Anda di halaman 1dari 29

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

UNIT 9

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


DAN PROFESION PERGURUAN

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pembelajaran topik ini, anda dapat:
I.
II.
III.
IV.

9.1

Menerangkan Konsep dan latar belakang berkaitan Standard Guru Malaysia


Menghuraikan berkenaan komponen yang terkandung dalam Standard Guru
Malaysia.
Menganalisis kandungan Kod Etika Profesionalisme Keguruan Malaysia.
Menjelaskan berkenaan Etika dan Akauntabiliti Guru

Pemetaan Ringkasan Kandungan

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

9.2

Pengenalan

Melahirkan modal insan kelas pertama menjadi antara usaha yang ditekankan oleh negara
kita dalam rangka menuju status negara maju pada tahun 2020, di mana bina upaya
menjadi perkara utama. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai
tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti;
yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Dalam membina modal insan
berkualiti, pendidikan memainkan peranan paling penting dalam melahirkan
individu yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta
kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
Selain sistem pendidikan berkualiti, guru dan pendidik merupakan elemen
penting dalam mencapai matlamat pendidikan. Namun dewasa ini umum
mendapati isu kredibiliti dan integriti guru sering menjadi topik hangat dalam
masyarakat rentetan pelbagai perkara yang terjadi dan menjadi pertikaian yang
menyebabkan guru menjadi sasaran serangan golongan tertentu yang ingin
melahirkan ketidakpuashatian terhadap hasil sistem pendidikan kini secara
umumnya yang dikatakan bermasalah. Justeru, modul ini bertujuan
menerangkan berkenaan Standard Guru Malaysia, etika, keprofesionalan,
kebertanggungjawaban (akauntabiliti), tatasusila, dan beberapa perkara lain
yang perlu dipatuhi oleh golongan guru serta pendidik, institusi latihan
perguruan dan institusi pendidikan sesuai dengan dasar pendidikan untuk
melahirkan guru-guru terlatih yang berkualiti agar matlamat pendidikan negara
dapat dicapai serta isu-isu yang sering timbul dan memalitkan golongan pendidik
dengan pelbagai label dapat dimurnikan semula.

9.3

Konsep dan Pengertian Standard Guru Malaysia


9.3.1 Pengertian Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut


dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang
ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk
melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula
secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

9.3.2 Latar Belakang Penggubalan Standard Guru Malaysia


Dalam abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,
liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan
yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah
agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan
mempunyai
iltizam
yang
tinggi
dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
2

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut: ... as the most
significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends,
in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers,
that their teaching is of high quality, and that all students have access to high
quality teaching.(Organization for Economic Co-operation and Development;
petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal
dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh
perkhidmatan.
Antara
langkah
yang
telah
diusahakan
termasuklah
memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru,
melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik
laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di
Malaysia.
BPG
bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi
Awam
(IPTA)
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk
memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara.
Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama
ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.Bahagian Pendidian
Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru
sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi
latihan perguruan di Malaysia.

9.3.3 Rasional Penggubalan SGM


Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
1. Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan
dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi
membolehkan merekaberfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
2. Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang
jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar,
sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan
proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
3. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi
institusi latihan perguruan diwujudkan, dan
4. Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras
dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria
dan standard am pendidikan tinggi.

9.3.4 Tujuan SGM

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:


1. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran,
2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru
yang ditetapkan tercapai.
3. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi
pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan
perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.

9.3.5 Penggubalan SGM


Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
1) Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil,
dan realistik.
2) Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta
penandaarasan.
3) Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan
persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.

9.3.6 Penggunaan SGM


Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh
pihak yang berikut:
1. Guru
I. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
II. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
2. Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan
I. Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
II. Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
III. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru
praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
IV. Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus
meningkatkan tahap pencapaian standard.
3. Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan
I. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta
kursus.
II. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
institusi.
4

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

III. Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard


dan keperluan.
4. Guru Besar dan Pengetua Sekolah
I. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
II. Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap
pencapaian standard oleh guru.
5. Agensi Latihan Perguruan
I. Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta
kursus di institusi latihan perguruan.
II. Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan.
III. Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang
boleh
ditambahbaik.

9.4

Kerangka Standard Guru Malaysia

Standard Guru Malaysia mengandungi tiga komponen utama :


I. Komponen Asas Penentuan Standard & Keperluan.
II. Komponen Standard (S) ialah Pernyataan kompetensi profesional yang
patut dicapai oleh guru.
III. Komponen Keperluan (K) ialah Pernyataan aspek yang patut disediakan
serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. SGM
dirangka berasaskan, Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja
Kementerian Pelajaran. Hubungkait di antara kesemua komponen yang
terdapat di dalam SGM dapat dilihat menerusi Rajah 9.4 di bawah ;

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

Rajah 9.1 : Komponen Standard Guru Malaysia

9.4.1 Komponen 1 : Asas Penentuan Standard Dan Keperluan


I. Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada
pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama
seperti yang berikut:
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas
pertama,
menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara
membina dan produktif,
meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
II. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
6

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
III. Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
IV. Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu
profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion
Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut:
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan
yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip
Rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul
sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran
masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab
membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan
ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya";

V. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak
ke arah kebaikan, memperkota apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab
serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. SGM
digubal berdasarkan rujukan dan penanda aras standard pendidikan di Malaysia
dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. SGM mempunyai dua
komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K).

9.4.2 Komponen 2 : STANDARD (S)


Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang
guru.
7

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institutusi


Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum
sekolah,
nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan
Tonggak Dua
Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
S1.1 Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut
dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan
kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan,
amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang
rasa,
daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran
interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
S1.2 Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus
oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional.
Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap
profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan,
proaktif, kreatif dan inovatif.
S1.3 Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam
masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah
keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman
tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada
seseorang guru. Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan
berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Keterangan mengenai bidang
pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti dalam jadual berikut:
Standard
S2.1
S2.2
S2.3
S2.4
S2.5

Jadual 9.1 : Standard 2


Keterangan
Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras
dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil
pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran yang diajarkan.
Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
Kandungan Ilmu Pendidikan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber
pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
8

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan


S2.6
S2.7
S2.8

Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.


Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk
menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.
Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan
bersepadu.

Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran


Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang
patut dikuasai oleh seseorang guru. Standard ini memfokuskan kebolehan guru
untuk
membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan
pembelajaran
akademik dan kokurikulum. Keterangan berkenaan kemahiran yang patut ada
pada semua guru adalah seperti jadual berikut:
Standard
S3.1

S3.2

S3.3

S3.4

Jadual 9.2 : Standard 3


Keterangan
Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira
perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan
pencapaian murid.
Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan
kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat
dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir
dan menilai.
Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan
pengajaran dan
pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan
meningkatkan pencapaian murid.
Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan
kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai
pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.

9.4.3 Komponen 3 : KEPERLUAN (K)


Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan
dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan
arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Ia bagi menyokong
dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang diharapkan.
Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan
guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu:
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Pengambilan Calon
Program Latihan Perguruan
9

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

10

Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan


calon
program latihan perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja
ditawarkan
mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan
patut
mematuhi syarat dan prosedur berikut:

Standard
K1.1
K1.2
K1.3
K1.4
K1.5
K1.6
K1.7

Jadual 9.3 : Keperluan 1


Keterangan
Mengiklankan permohonan
Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk
menduduki ujian kelayakan
Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap
yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga
Melaksanakan sesi temu duga calon guru
Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
Menandatangani perjanjian latihan perguruan

Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian


Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan
pentaksiran dan
penilaian. Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan
perguruan,
agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara seperti dalam
jadual berikut:

Standard
K2.1
K2.2
K2.3
K2.4
K2.5

Jadual 9.4 : Keperluan 2


Keterangan
Kurikulum latihan
Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan
pengalaman di sekolah
Sumber pengajaran dan pembelajaran
Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan
penilaian yang sedang berkuatkuasa

Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan
perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara,
badan bukan
kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.
10

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

11

Bagi
meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan
perguruan patut
mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:

Standard
K3.1
K3.2
K3.3

Jadual 9.5 : Keperluan 3


Keterangan
Sekolah
Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan
dan
permainan

Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur


Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi
dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Bagi
menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan,
bermakna dan
menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
prasarana dan
sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:
Standard
K4.1

K4.2

Jadual 9.6 : Keperluan 4


Keterangan
Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi
memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan
pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi
standard dan kos yang sedang berkuatkuasa
Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk
menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
dan pentadbiran

Keperluan 5: Jaminan Kualiti


Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar,
strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan
sentiasa
terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.Perincian standard dan keperluan
yang
digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan
menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
Pemantauan,
penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi
menjamin
kualiti latihan perguruan:
11

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

Standard
K5.1
K5.2
K5.3
K5.4

12

Jadual 9.7 : Keperluan 5


Keterangan
Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
Penandaarasan latihan perguruan
Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA)

Rajah 9.2 : Model Standard Guru Malaysia

Sebagai rumusannya Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian


kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan
mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan
akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku
Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia
akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang
tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.

9.5 Etika Dan Akauntabiliti Guru


1.5.1 Kualiti Guru Profesional
Dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan
sifat dan kualiti guru yang profesional seperti berikut:
i. Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan:
Guru yang sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam
perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir ke sekolah sebelum waktunya,
masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif, inovatif dan
motivatif.
ii. Bermatlamat yang jelas:
12

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

13

Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan. Meletakkan
perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Manakala perkara
yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan.
Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain.
iii. Berkemahiran mengurus bilik darjah:
Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya.
Kecekapan itu dapat dilihat dalam bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan
murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah yang berkesan
(kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketepatan masa,
suasana kelas yang ceria dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan
terhadap pengajarannya.
iv. Berkebolehan komunikasi yang baik:
Guru yang dapat menyampaian pengajarannya dengan berkesan. Suara yang
lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan
yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen
humor. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan suasana pembelajaran di
mana murid-murid merasa terhibur dan tidak bosan sepanjang kelas
berlangsung.
v. Jangkaan yang tinggi terhadap murid:
Guru yang sentiasa beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa
yang mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar
yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini sentiasa memberi
galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua
perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya).
vi. Berupaya memberi yang terbaik:
Guru yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri
sendiri dengan kebolehan memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi
masa depan mereka dan yang terbaik dalam tugas-tugas khasnya untuk
kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan khas
atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi
kandungan topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran.
vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara
mendalam:
Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum
kebangsaan yang menjadi panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat,
objektif dan kandungannya. Guru ini juga dapat menguasai subjek yang diajar
dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang
memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini
pengetahuannya tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya
menyesuaikan pengetahuan tentang subjek dengan matlamat kurikulum
kebangsaan yang ditetapkan.
viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan
majikan:
Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan
keharmonian dalam
13

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

14

perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti


anaknya, bergaul mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi
rakan sejawat yang baik dan boleh dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan
diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu dirasai oleh sekolah,
rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar.
Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah
dirumus dan dibentangkan oleh Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia) untuk hayati dan diamalkan
oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab
perkhidmatannya. Beliau menjelaskan guru yang unggul dan profesional
mestilah menunjukkan sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori,
kaya dengan ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji,
berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap
masa dan berupaya melahirkan persekolahan berwatak supaya pelajar
mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.Ciri-ciri kulaiti
guru yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut
merupakan adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan oleh
negara-negara Islam dalam Muktamar Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada
tahun 1977, semua negara-negara Islam sedunia telah menggariskan sifat-sifat
guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan rakyat di
negaranegara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu:

Tawadhu
Berakhlak
Insan berilmu (alim)
Memiliki taraf akademik yang baik
Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat

9.5.2 Etika Profesionalisme Keguruan


Salah satu cabang falsafah ialah aksiologi yang membincangkan persoalan
tentang teori nilai iaitu etika dan estetika. Etika khusus membincangkan tentang
tingkah laku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Perkataan
etika berasal dari bahasa Yunani iaitu ethos yang bererti watak kesusilaan
atau adat kebiasaan. Pengertian tentang etika lazimnya disamaertikan dengan
moral dan akhlak. Perkataan moral berasal dari bahasa Latin iaitu mos atau
mores yang bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup
seseorang dengan mengamalkan perbuatan yang baik (kesusilaan). Manakala
akhlak dari bahasa Arab yang bermaksud sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang, darinya terbentuklah perbuatan yang menjadi amalan (al-Ghazali).
Maksud yang biasa digunakan ialah satu peraturan yang menjadi panduan hidup
manusia. Ia berkaitan dengan tingkah laku, adat dan cara hidup; serta aspekaspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan
sesuatu aktiviti. Mengikut Kamus Dewan IV (2005) etika membawa maksud suatu
sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Dalam konteks
Islam etika merujuk kepada tingkahlaku betul berasaskan al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
Ahmad Sarji (1992) menyatakan etika professional ialah semua garis panduan
yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam
perkhidmatan dengan member penekanan terhadap semua aspek yang
14

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

15

berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat. Dalam bidang pendidikan, etika keguruan digubal
pada tahun 1970-an yang membawa maksud satu set tingkahlaku atau
tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara dan
rakan sejawat serta profesion. Oleh itu, setiap guru yang sedang berkhidmat
wajib akur
dan tidak melanggar etika ini.
Nilai-Nilai Utama Etika Kerja Dalam Perkhidmatan Awam
Guru sebagai penjawat awam juga perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja
perkhidmatan awam yangdikeluarkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara
(INTAN). Amalan terhadap nilai-nilai ini dapat meningkatkan lagi profesionalisme
guru.;
Ikhlas Tekun Dedikasi Penyayang
Benar Bersyukur Bijaksana Bekerjasama
Amanah Taat setia Sederhana Berbudi mulia
Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri
seorang guru. Nilai tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu
yang cemerlang dan seterusnya memantapkan kualiti organisasi dan
perkhidmatan keguruan.

9.5.3 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan garis panduan untuk
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan,
peradaban, peranan, nilai serta tingkahlaku profesion dalam masyarakat. Etika
Kerja Kementerian Perlajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
i. Niat yang betul
Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dituntut
oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru
untuk menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
ii. Perlakuan yang baik
Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai
hasil yang berkualiti di samping membaiki imej kualiti. Perlakuan tersebut
melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang
masa mestilah dijaga dengan baik.
iii. Berdisiplin dan beradab
Seorang guru mestilah menjaga adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh
kepada setiap murid sebagaimana yang dtuntut oleh agama. Malahan mematuhi
setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah yang telah

15

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

16

ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Akujanji,


Pekeliling Ikhtisas, Sukatan Pelajaran.
iv. Penggerak ke arah kebaikan
Seorang guru mestilah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik,
progresif, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan
kebaikan. Seterusnya penambahbaikan ini berlaku secara berterusan.
v. Memperkota apa yang dikatakan
Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang
diajar oleh
seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa yang dikatakan
olehnya.
vi. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak
sekolah, PPD, JPN dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan
kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan prestasi perkhidmatan yang
cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik.

9.5.4 Kod Etika Profesion Keguruan Malaysia


Guru merupakan orang yang berada pada garisan hadapan pembangunan
negara. Setiap inci pada tubuh guru, gerakan guru, tutur kata guru dan tindakan
guru sentiasa menjadi perhatian dan ikutan kepada muridmuridnya. Pada
pandangan murid-muridnya guru adalah orang yang sentiasa benar dan betul.
Bagi menjamin guru sentiasa benar dan betul, maka Kod Etika Profesion
Keguruan telah digubal yang mengandungi:
i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat
profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai
terhadap profesion perguruan.
ii. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
iii. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
iv. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian.
v. Guru haruslah menumpukan perhatin terhadap keperluan setiap muridnya.
vi. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak
kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
vii. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha
membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
viii. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
ix. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan
muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari
segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
x. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit
mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan.
16

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

17

xi. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
xii. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.
xiii. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
xiv. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
xv. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau
'role model' kepada muridnya.
xvi. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah
melainkan bayaran yang disahkan.
xvii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
xviii. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya.
xix. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau
ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
xx. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
xxi. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan
kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
xxii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

9.5.5 Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia


Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak
zaman-berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk
masa depan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda
untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan
profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB KEPADA
IBUBAPA

TANGGUNGJAWAB KEPADA
MURID

TANGGUNGJAWA
B PROFESION
GURU

TANGGUNGJAWAB KEPADA
RAKAN SEJAWAT DAN
PROFESION PERGURUAN

TANGGUNGJAWAB KEPADA
MASYARAKAT DAN NEGARA

17

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

18

Rajah 9.3 : Tanggungjawab Profesion Guru


i. Tangungjawab Terhadap Murid
Guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan tanggungjawab
terhadap murid.
Tanggungjawab ini termasuk:
lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal lain.
bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
menunjukkan satu cara pakaian, tertuturan dan tingkahlaku yang dapat
member contoh yang baik kepada murid.
membimbing dan mengajar seseorang murid dalam bilik darjah sendiri atau
dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi
penyelidikan, lawatan,
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya
pengajaran
mencapai kualiti yang tinggi.
ii. Tanggungjawab Terhadap Ibubapa
Guru mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa murid. Oleh itu guru
hendaklah:
menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi
pendidikan
dengan rumah tangga dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu
bapa tentang
keadaan rumah tangga atau tentang anak mereka adalah sulit, dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.
memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan
menggunakan maklumat itu secara teliti dan bijaksana.
mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar
mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
iii. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara
Guru hendaklah bertingkah laku dan menjalankan tanggungjawabnya dengan
mengambil kira keperluan masyarakat dan negara. Maka dengan itu guru
hendaklah:
Elakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan
pelajar, masyarakat, negara atau bertentangan Rukun Negara.
Memupuk dalam diri pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua,
menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama.
18

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

19

Menghormati masyarakat setempat ditempat berkhidmat dan memenuhi


segala
tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa mengambil bahagian dalam
kegiatan
kemasyarakatan.
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa,
institusi
pendidikan dengan masyarakat.
Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan,
kecendekiawanan
masyarakat.
Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat,
dan menjalani
kehidupan sehari-hari dengan baik.
iv. Tangungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan
Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dalam
profesion yang sama.Oleh itu hendaklah:
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
berbuat
sesuatu yang boleh maruah seseorang guru.
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai seorang
guru.
Berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan rajin dan bersungguhsungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru
menceburi
profesion keguruan.
Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
keguruan.
Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

9.5.6 Kepentingan Kod Etika Profesion Keguruan


Kod Etika Keguruan dapat memartabatkan profesion itu sendiri. Kod etika
tersebut dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada setiap ahlinya.
i. Garis Panduan
Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan
bagaimana untuk
bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan.
Dalam perkhidmatan pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya
sama ada boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan oleh guru-guru. Terdapat
juga perkara yang samar-samar atau kabur untuk tindakan dilakukan. Oleh itu
satu garis panduan adalah perlu dirujuk. Oleh itu kod etika dapat menyatakan
dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku yang bagaimana sepatutnya
menjadi amalan guru-guru ketika menjalankan perkhidmatannya.

19

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

20

ii. Peranan dan Tanggungjawab


KEPK menyatakan dengan jelas tentang peranan dan tanggungjawab guru
terhadap stakeholders dalam bidang pendidikan. Dengan ini, guru lebih tahu dan
sedar tentang peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.
iii. Keunikan
Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat
perbandingan, guru dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia.
Perkara ini dapat menimbulkan rasa hormat terhadap profesion dan seterusnya
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.
iv. Semakan
KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan
dari masa ke
semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmanakah
kod etikanya dapat dipertahankan dan dikuatkuasakan.
v. Tingkatkan Imej
Dengan adanya KEPK, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan
secara rasmi.
Masyarakat dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang sebenar
(skop dan beban) di samping menyedari tanggungjawab sendiri dalam
membantu guru mancapai matlamat pendidikan negara.
vi. Nilai
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan
yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama
dalam mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi.

9.5.7 Akauntabiliti Keguruan.


Mengikut Kamus Dewan IV (2005), akauntabiliti bermaksud bertangungjawab
kepada seseorang atau bertangungjawab terhadap sesuatu. Menurut Ahmad
Sarji (2003) , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan
jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka
yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti
juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan
menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus
difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga
membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap
profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang
dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu
sendiri, sekolah, masyarakat dan negara, dan profesion keguruan amnya. Rajah
di bawah menunjukkan kategori akauntabiliti guru ;
20

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

O MU
K
I N
T
I

EK
S
O
HL
A

OF
R
P
SI
E
N
O

21

I K
T
A
L
U
G
N
HK
A

MU
R ID

AKAUNTABIL
ITI
GURU

Rajah 9.4 : Akauntabiliti Guru


Terdapat lima kategori akauntabiliti guru:
i. Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru
juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan muridmurid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor
jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar muridmurid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu
memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian
kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di
amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang
guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di
pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
ii. Akauntabiliti Guru Terhadap Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah guru mempunyai akauntabiliti
21

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

22

terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia
mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.
iii. Akauntabiliti Guru Terhadap Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan
cita dan
matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Guru hendaklah; Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan
masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi
tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara
cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah
mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha
untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak
menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga
hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di
tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli
masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan
ibubapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku soppan yang diterima
oleh masyarakat .
iv. Akauntabiliti Guru Terhadap Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya
isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan
seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak
pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara
maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid
menerima ilmu yang betul dan tepat.
v. Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugassebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di
kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru
hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang
boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru
juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan
peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik
supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru
juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa
lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Dengan
22

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

23

dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami


tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion
keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar
menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan
dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang
juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga
dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi
sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada
akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak
dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti
yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan
oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di
berikan.
Tunggak Dua Belas Dalam Perkhidmatan Pendidikan
Nikmat Mencipta
Menghargai Masa
Pengaruh Teladan
Menghargai Bakat
Ketinggian Peribadi
Keseronokan Bekerja

Keutamaan Kesabaran
Kekuatan Sifat Baik Hati
Kebijaksanaan Berkhidmat
Kemuliaan Kesederhanaan
Kewjipan Menjalankan Tugas
Ketekunan Membawa Kejayaan

Teras Perkhidmatan Cemerlang


Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan.
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh
negara.
Bekerjasama ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara.

RUMUSAN
FPG merupakan halatuju dalam pembinaan insan guru dari segi pemikiran dan
23

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

24

amalan. Keperibadian guru yang berteraskan kepada unsur sahsiah, akhlak,


ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan amalan. Sehubungan itu pendidikan
guru merupakan suatu proses penting dalam membentuk watak guru yang
bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai
seorang guru. FPG menjadi teras kepada pembinaan SGM. SGM dibentuk untuk
memartabatkan profesion keguruan pada tahap antarabangsa dengan memberi
penekanan kepada standard keguruan dan keperluan untuk mencapai standard
tersebut. Komponen Standard Keguruan melibatkan Amalan Nilai Profesionalisme
Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran Pembelajaran dan
Pembelajaran. FPG dan SGM memberikan implikasi terhadap etika professional,
Ilmu dan kemahiran, tanggungjawab dan penanggungjawaban (Responsibility
and accountability), kepenggunaan ilmu dan kemahiran, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

GLOSARI
Kolaborasi
Ilmu

Kurikulum
Nilai
Pengurusan
Akauntabiliti

Subahat ( kerjasama ) dengan musuh atau orang jahat,


subahat dalam perbuatan jenayah dsb
usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu
sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagianbahagian dan hukuman tentang hal ehwal yang diselidik
(alam dan manusia) sejauh yang dapat dijangkau oleh
pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang
kebenarannya diuji secara empiris dan experimental
Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang kea
rah mencapai penghasilan pembelajaran yang
dihasratkan
Kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah institusi
untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai
utama masyarakat.
melibatkan penggubalan dan perancangan, melaksanakan
perancangan dan bekerjasama secara berkesan dengan orang lain.
Tanggungjawab terhadap seseorang, atau
bertanggungjawab terhadap sesuatu

BIBLIOGRAFI
1. Chee Kim Mang (2008). Kualiti guru permulaan keluaran sebuah institut perguruan: satu
tinjauan dari perspektif pentadbir sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23(0), 49-67.
2. Ghafa, M. N., & Ariffin, M. N. (2008). Kesan latihan perguruan ke atas faktor pemilihan
perguruan. Jurnal Teknologi, 48(1). doi:10.11113/jt.v48.243
3. Hee, T. F., & Tie, F. H. (2002). Undang-undang pendidikan di Malaysia. Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti

24

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

25

4. Hussin, S., & Pustaka, D. B. dan (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem, dan
falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan,
Malaysia
5. Hussin, S. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: Teori dan analisis (2nd
ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Idris, N. H., & Hamzah, R. (2012). Nilai profesionalisme bakal guru berteraskan indikator
standard guru malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60(0). doi:10.11113/jt.v60.1445
7. Kusut, R. (2015). Amalan dan pendekatan pencerapan klinikal dalam praktikum serta
impaknya terhadap kualiti guru pelatih. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(1),
41-51.
8. Mohd Ishar, M. I., & Jabor, M. K. (2016). Pembentukan kemahiran kepimpinan guru
pelatih melalui latihan mengajar. Malaysian Journal of Science and Humanities, 1(1), 99110.
9. Mohd Tahir, L., & Abdul Rahman, H. (2002). Peranan etika dalam kepimpinan
pendidikan. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 8(0), 93-103.
10. Pa, A. N., & Idris, N. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:
Pengalaman 50 tahun merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors

Surat Pekeliling:
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1998 : Akta Pendidikan
1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur:
Kementerian Penddikan Malaysia.

Topik

ARAS KOGNITIF
Pengetahua Kefahama
n
n

Jum
Aplikas
i

Analisis

Sintesi
s

Penilaia
n

Latihan Objektif/ Esei


Definisi / Pengertian
SGM

Jumlah Soalan Objektif


Jumlah Soalan Esei

10
3

Latihan Objektif
25

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

26

1.) Apakah definisi Standard Guru Malaysia (SGM)?


A. bermaksud bertangungjawab kepada seseorang atau bertangungjawab
terhadap sesuatu
B. pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard)
dan
pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan (Keperluan).
C. garis panduan bagaimana untukbertingkahlaku dan bertatasulia yang
selayaknya dalam profesion keguruan
D. Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai
hasil yang berkualiti di samping membaiki imej kualiti
2.) Antara tujuan Standard Guru Malaysia (SGM) digubal adalah
A. untuk menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan
secara membina dan produktif,
B. untuk guru menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum
kebangsaan yang menjadi panduan dan rujukan kepadanya
C. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru
yang ditetapkan tercapai.
D. supaya guru dapat membentuk sifat dan keperibadian individu yang
cemerlang
3.) Berikut adalah golongan yang perlu mengguna pakai SGM sebagai dokumen
rujukan, kecuali..
A. Guru
B. Guru Besar
C. Pendidik Guru
D. Pelajar
4.) Komponen Standard ( S ) dalam SGM adalah...
A. Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
B. tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan
perguruan.
C. Pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan
D. strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.
5.) Antara kepentingan Kod Etika Keprofesionalan Guru adalah
I.
Memudahkan semakan dari masa ke semasa
II.
Menunjukkan kunikan KEPK yang terdapat di Malaysia berbanding
negara lain
III.
Supaya guru lebih sedar akan peranan dan tanggungjawabnya
IV.
Untuk menjaga dan meningkatkan imej keprofesionalan guru
A. I, II, dan III sahaja.
B. I, II, dan IV sahaja.
26

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

27

C. II dan IV sahaja.
D. Semua di atas
6.) Antara sifat dan kualiti guru profesional adalah bersemangat tinggi untuk
berkhidmat. Ia ditafsirkan sebagai..
A. meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan.
B. dapat menyampaian pengajaran dengan berkesan
C. sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam
perkhidmatan.
D. cekap dalam mengurus bilik darjah
7.) Mempunyai pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara
mendalam adalah
A. nilai utama etika kerja dalam perkhidmatan awam
B. kualiti guru yang profesional
C. nilai utama etika profesion keguruan
D. tatasusila profesion keguruan
8.) Akauntabiliti keguruan bermaksud...
A. keupayaan guru menjalankan tugas dengan berkesan
B. integriti guru
C. tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.
D. kemampuan guru untuk berinteraksi dengan murid, ibu bapa, serta pihakpihak berkaitan
9.) ....melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Berikut merupakan hasrat yang ingin dicapai dalam pembentukan...
A. Falsafah Pendidikan Guru
B. Misi Nasional
C. Kod Etika Profesion Keguruan
D. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
10.) Dalam Kod Etika Profesion Keguruan ada dinyatakan bahawa Guru haruslah
mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal,
keturunan, daya intelek dan lain-lain. Antara tujuan guru mematuhi etika ini
adalah supaya
A. sentiasa menjadi contoh ikutan para pelajarnya
B. guru dilihat sebagai insan sempurna
C. pelajar memuliakan guru melebihi segalanya
D. pelajar turut cenderung dan berminat menjadi guru pada masa hadapan

27

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

28

Latihan Esei
1. Terangkan kepentingan Kod Etika Perguruan.
2. Jelaskan akauntabiliti guru terhadap sekolah.
3. Sifat dan kualiti guru adalah merangkumi peribadi, sahsiah dan profesion.
Jelaskan sifat dan kualiti yang perlu ada pada seorang guru berserta contohnya.

SKEMA JAWAPAN
Jawapan Latihan Objektif.
1. B
2. C
3. D
4. A
5. D

6. C
7. B
8. C
9. D
10. A

Jawapan Latihan Esei.


1.

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam


profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika
Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
28

KPF4013 - Unit 9: Falsafah Pendidikan Guru dan Profesion Perguruan

29

tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di


negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun
di negara lain. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula
kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod
etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih
dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru
yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan
dan Negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah
organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang
diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi.
2.

Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia
mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran.

3.

Sifat dan kualiti guru merangkumi peribadi, sosial dan profesional. Dari segi sifat
dan tingkah laku peribadi adalah seperti baik hati. Sikap baik hati dan bertimbang
rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid. Murid dapat belajar dalam
suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Di samping itu, sifat dan kualiti
sosial/ tingkah laku bagi seseorang guru adalah tidak terhad di dalam bilik darjah
sahaja. Antara sifat dan kualiti sosial seseorang guru ialah seperti Budi pekerti,
ramah mesra, merendah diri, semangat berbakti dan sebagainya. Budi pekerti ini
termasuk kelakuan bersopan santun semasa bergaul dangan rakan-rakan sejawat
atau semasa menyertai aktiviti masyarakat.

29

Anda mungkin juga menyukai