Anda di halaman 1dari 86

PENGENALAN PERLEMBAGAAN

1.0 KONSEP PERLEMBAGAAN


A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learners Dictionary.

Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang


dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu
diperintah.

C.H. Pritchett dalam International Encyclopedia of Social Sciences.

Perlembagaan sesebuah negara itu sebagai satu rangka kerja peraturan perundangan
yang menjadikan atau membuatkan sistem pemerintahan negara itu.

Tun Salleh Abas

Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang
difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang moden.

Perlembagaan bermaksud undang-udang yang dipersetujui bersama melalui badan


perundangan .

Perlembangan Persekutuan mengandungi 15 bahagian dan 183 perkara yang


menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA, keistimewaan
raja-raja , Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa Melayu, agama,
kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.

Malaysia mempunyai dua jenis perlembagaan:


(a)Perlembagaan bertulis
(b)Perlembagaan tidak bertulis

Undang-undang tertinggi sesebuah negara.

Panduan mengatur dan menyelaras pentadbiran sesebuah negara.

Panduan pembentukan undang-undang.

Menerang dan memperuntukkan kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara.

Bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat

2.0 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN

Perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.


Perlembagaan bertulis ini mengandungi tiga sifat yang utama
1. Ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam
perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.
2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang
terkandung dalam Perlembagaan tetapi Parlimen adalah dilarang membuat undangundang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.
3. Tugas mahkamah. Dalam hal ini mahkamah mempunyai kuasa untuk
mentafsir undang-undang dan melindungi Perlembagaan.
Bertulis
Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh:
Perlembagaan Malaysia
Tidak Bertulis
Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti
undang-undang adat. Contoh: Adat temenggung
Perlembagaan panjang dan pendek.
Perlembagaan US ada 7 perkara berbanding India yang terpanjang. Malaysia
mengandungi 183 perkara, 15 bahagian.
Perlembagaan berparlimen dan perlembagaan berpresiden.
Perlembagaan berparlimen adanya hubungan rapat antara badan perundangan dan
pemerintahan. Perlembagaan berpresiden adanya pengasingan kuasa seperti USA &
Filipina.
Perlembagaan rigid dan perlembagaan fleksibel.
Perlembagaan rigid memerlukan majoriti besar untuk memindanya manakala
perlembagaan fleksibel memerlukan majoriti kecil untuk meminda.
Perlembagaan bersekutu dan perlembagaan tidak bersekutu.
Dalam perlembagaan bersekutu, cara pengagihan kuasa dibuat antara kerajaan pusat
dan negeri seperti senarai persekutuan, negeri dan bersama. Persekutuan melebihi
kuasa berbanding negeri.

3.0 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN

Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi konsep dan
dasar pelaksanaannya. Antara lain ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:
1.

Kekal

Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang menjadi kebiasaan umum


ataupun tatacara yang lazim. Ianya membolehkan rakyat mengetahui hak-hak mereka,
menggunakan hak-hak tersebut, dan membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam
pembangunan negara.

2.

Unsur-Unsur Tanggungjawab

Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat. Segala permintaan adalah


sebagai panduan kepada tindakan-tindakan kerajaan. Rakyat adalah berhak mengetahui segala
perbelanjaan kerajaan dan berhak menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap
kerajaan.
3.

Pilihan Raya

Melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil mereka dalam dewan parlimen.
Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan rakyat.
4.

Pembahagian Kuasa

Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan
tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan
penting, iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Badan kehakiman pula
menjadi badan yang melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen.
5.

Terbuka

Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan agar rakyat tahu dan
menilai apa yang berlaku di dalam negara. Segala perbincangan yang dijalankan di parlimen
akan disebarkan kepada umum melalui media massa seperti belanjawan tahunan negara dan
pembuatan dasar baru.
CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang bertulis yang dikanunkan dalam
sebuah buku. Hal/keadaan ini berlainan daripada perlembagaan United Kingdom yang
mengamalkan perlembagaan tidak bertulis.
2. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara dan 13 Jadual. Perkara adalah
untuk mentakrifkan hak dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara kasar.
Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan secara terperinci mengenai sesuatu
perkara itu.

3. Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja berasaskan demokrasi


berparlimen di mana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan.
4. Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar dipinda. Pindaan yang hendak dibuat
tidak sama dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh Parlimen. Perkara 159
memperuntukkan bahawa beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah
dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain hendaklah mendapat sokongan
majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
5. Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang utama dan tertinggi. Ia
memperuntukkan bahawa Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan
dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya.
6. Dalam perlembagaan Malaysia terdapat idea pengasingan kuasa sebagaimana doktrin
itu diamalkan di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada tiga bahagian
yang berlainan dalam sistem pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undangundang, pemerintah dan kuasa kehakiman.
7. Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan dan mengatur perhubungan antara
Persekutuan dan Negeri, perlembagaan Malaysia juga menentukan kuasa-kuasa
perundangan dan kuasa-kuasa pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri melalui
tiga senarai yang dipanggil Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
8. Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan asasi. Bahagian-bahagian dalam
perlembagaan Malaysia mengenai kebebasan asasi individu adalah bahagian yang
mustahak dalam perlembagaan Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang
warganegara yang sah dari segi undang-undang. Peruntukan ini merupakan salah satu
ciri perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan nyata mengenai jaminan
perlindungan yang diberikan kepada setiap warganegara dan orang-orang lain dalam
negara itu.

4.0 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN


Perlembagaan diwujudkan atas beberapa tujuan. Pertama ialah taraf, maksudnya ialah untuk
mencapai taraf yang dikehendaki oleh rakyat. Untuk mencapai cita-cita mestilah mempunyai
cara-cara yang diperlukan. Perlembagaan ini dapatlahdisifatkan sebagai satu undang-undang
yang diperlukan bagi menjayakankeutuhan sesebuah negara.
Kedua, menyelesaikan masalah. Dengan adanya perlembagaan pihak-pihak yang
sering bertentangan agak sukar untuk wujud. Keadaan tidak akanmenjdi terlalu tegang atau
huru-hara kerana rakyat di negara itu diwajibkanmenurut apa yang tercatat di dalam
perlembagaan. Masalah ketidakfahaman boleh dibicarakan dengan tenang. Berlandaskan
undang-undang yang telah tersedia di dalam perlembagaan. Apabila semua pihak yang tidak
begitubersefahaman dapat membincangkan masalah mereka sacara bersama, maka masalah
yang mungkin timbul tentulah tidak begitu sukar dan ketara. Oleh itu dengan adanya
perlembagaan kita dapat menyelesaikan konflik-konflik yangberlaku di dalam sesebuah negara
dengan lebih mudah.
Ketiga, menjamin riwayat sesebuah negara. Tanpa perlembagaan rakyat sesebuah
negara tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka dalam menghasilkan sebuah

negara yang makmur dan utuh. Semangat nasionalisme juga tidak wujud di kalangan rakyat
yang tidak memikirkan tentang negara mereka. Apabila semangat ini tidak terdapat di dalam diri
seorang rakyat, merekatidak akan cuba untuk menyumbangkan tenaga mereka terhadap
negara, makadengan ini negara akan menjadi lemah. Apabila sesebuah negara tidak
mempunyai kekuasaan yang utuh dan pemerintahan yang kuat, musuh dengan mudah
mengambil alih kerajaan atau tampuk pemerintahannya. Jadi, dengan adanya perlembagaan,
rakyat dapat berpegang kepada satu undang-undang yang pasti dan mereka akan
menyatupadukan tenaga bagi mewujudkan sebuah negara yang kuat dan berpanjangan.
Keempat, mengekalkan keamanan walaupun terdapat pindaan. Pindaan yang dilakukan
di dalam sesebuah negara mestilah berdasarkan kepada perlembagaan. Ini bermaksud pindaan
dalam negara tidak boleh dilakukandengan sewenang-wenangnya. Jika pindaan dilakukan
dengan mudah dan mengikut kehendak pemimpin, ia menghasilkan satu keadaan yang kucar
kacir dimana pemimpin itu mungkin bertindak sesuka hatinya dan mengabaikan kemahuan
rakyat. Oleh itu, jelas betapa perlunya perlembagaan bagi mengekalkan keamanan dalam
sesebuah negara.
Kelima, perjalanan kerajaan dapat dipastikan. Dengan adanya perlembagaan, segala
tindakan para pemimpin dapat diketahui atau dipastikan.Ini kerana segala tindak tanduk mereka
mestilah berdasarkan pada perlembagaan yang telah dicatatkan. Oleh itu, pihak pemerintah
tidak dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh menyeleweng daripada perlembagaan.
Ini bererti perlembagaan dapat menjamin agak pihak pemerintah tidak menyalahgunakan
kuasa.
Keenam, mengekalkan keamanan walaupun pemerintah ditukar. Pertukaran pemimpin
juga tidak akan mengakibatkan sebarang kesan ke atasnegara mahupun corak pemerintahan.
Ini kerana setiap pemimpin mestilahmempunyai cita-cita atau konsep yang sama dalam
mengendalikan negaranya.Mereka sepatutnya memerintah negara dengan tujuan yang sama
sebagaimana pemimpin-pemimpin yang terdahulu memerintah. Oleh itu, walaupun terdapat
pertukaran pemimpin, tujuan pemerintahan tidak akan terkeluar dari maksud rakyat.
Ketujuh, perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara. Ini memanglah tidak
dapat dinafikan kerana bukti-bukti atau sebab-sebab yang nyata. Dengan adanya
perlembagaan, rakyat dapat berpegang kepada satu matlamat dalam mengutuhkan negara
kerana dengan adanya perlembagaan jugalah segala masalah yang timbul dapat diselesaikan
dengan lebih mudah. Ia juga menjamin sesebuah negara agar mengekalkan keamanan
walaupun pemerintah ditukar, perjalanan kerajaan dapat dipastikan dan dapat menghasilkan
standard yang dikehendaki rakyat. Oleh itu, adalah wajar untuk menyatakan bahawa salah satu
tujuan perlembagaan adalah untuk menstabilkan negara.

SEJARAH PERLEMBAGAAN di NEGERI2 MELAYU HINGGA AWAL


KURUN KE-20
HUKUM KANUN MELAKA
Undang-undang Melaka yang lebih dikenali Hukum Kanun Melaka dan risalat hukum kanun
(dalam bahasa Arab) merupakan undang tradisional yang tertua di negara ini. Hukum Kanun
Melaka merupakan peraturan yang tidak bertulis. Menurut pandangan Dr Mohd Yusoff Hashim,
Hukum Kanun Melaka pada mulanya dijalankan pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
pada tahun (1446M -1456M) tetapi ia baru ditulis dan disusun secara teratur pada pemerintahan
Sultan Mahmud Syah pada tahun (1489M 1511M). Hukum Kanun Melaka ini diwujudkan
bertujuan untuk melindungi rakyat, kerajaan dan negeri Melaka.
Hukum Kanun Melaka mempunyai 44 fasal yang menyentuh tentang bidang kuasa raja
dan pembesar, pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap
kesalahn jenayah awam dan undang-undang Melaka. Dalam Hukum Kanun Melaka juga,
sedikit sebanyak menyentuh tentang hukum hukum Islam seperti Hukum Hudud.
Contoh bahasa yang telah digunakan dalam petikan Hukum Kanun Melaka atau dikenali
Undang Undang Melaka :Lima perkara, yang tiada beroleh kita menurut kata itu, melainkan raja yang kerajaan juga.
Pertama-tama 'titah', kedua 'berparik', ketiga 'murka', keempat 'karunia', kelima 'anugerah'.
Maka segala kata ini tiada dapat kita mengatakan dia. Dan jikalau orang keluaran berkata
demikian itu, digocoh hukumnya
KEPENTINGAN HUKUM KANUN MELAKA SEBAGAI PANDUAN YANG LENGKAP
DALAM MENJALANKAN PEMERINTAHAN KERAJAAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA
Hukum Kanun Melaka sungguh penting kerana menjadi panduan dalam menjalankan
pemerintahan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Hukum Kanun Melaka dapat mewujudkan
keamanan dan kesejahteraan dalam negara serta menjamin keselamatan rakyat. Dengan itu,
perilaku jenayah di dalam negeri melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus. Hal ini demikian
kerana setiap jenayah akan dikenakan hukuman yang setimpal.sebagai contoh kesalahan
membunuh akan dibalas dengan hukuman bunuh. Ini sudah tentu akan menjadi peringatan dan

rakyat takut melakukan jenayah. sekaligus negara akan aman serta keselamatan rakyat lain
terpelihara.
Selain itu, Hukum Kanun Melaka penting sumber rujukan bagi menentukan hukuman bagi
kesalahan tertentu. Dengan ini hukuman dapat dijatuhkan dengan seadil-adilnya dan mengikut
undang-undang negara. Tidak akan berlaku fenomena "main hakim sendiri" dalam kalangan
masyarakat kerana Hukum Kanun Melaka sudah memaktubkan semua peruntukan yang
berkenaan. Sebagai contohnya, dalam Hukum Kanun Melaka mengandungi hukuman awam atau
undang-undang awam yang menyentuh perkara-perkara seperti hutang, penyewaan tanah, harta
dan hamba. Selain itu, terdapat juga hukuman untuk perbuatan jenayah meliputi perbuatan
membunuh dan menikam orang, menetak dan memukul, merampas dan mencuri, tidak menurut
perintah raja dan menderhaka serta tuduh-menuduh. Peruntukan hukuman yang lengkap dalam
hukum kanun melaka ini sesungguhnya telah menjadi panduan yang sempurna dalam
menjalankan pemerintahan kerajaan.
Pentingnya Hukum Kanun Melaka juga terletak pada peranannya sebagai menentukan
pembahagian tugas, peranan serta struktur pemerintahan. Dalam undang-undang tersebut,
terkandung satu adat yang digelar Adat Lembaga yang di dalamnya mengkanunkan satu sistem
pentadbiran dan pemerintahan yang teratur. Adat tersebut menerangkan tentang adat-adat raja
dan larangannya, perihal peranan bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan syahbandar
dalam membantu raja. Hal ini dapat melancarkan pentadbiran, memudahkan urusan tertentu
kerana berlaku pengkhususan yang sudah pastinya meningkatkan mutu dan produktiviti. Maka
nyatalah, Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan dalam menjalankan pemerintahan
kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Di samping itu, kepentingan Hukum Kanun Melaka turut terserlah bagi mempertahankan
sistem sosial. Ini turut dapat membezakan keistimewaan golongan raja dengan rakyat jelata.
Walaupun golongan pemerintah amat berbeza dan jauh jurangnya dengan golongan yang
diperintah, hak masing-masing sentiasa terpelihara. Raja berada pada hierarki tertinggi dalam
struktur pemerintahan negeri, maka baginda menduduki tempat yang istimewa dalam masyarakat
Melayu tradisional. Taraf seseorang raja ternyata berbeza berbanding dengan golongan rakyat

samada dari segi kedudukan, pakaian, peralatan, atau pertuturan. bagi memastikan perbezaan
antara raja dengan golongan rakyat biasa berkekalan, maka diadakan pelbagai peraturan dan
larangan tertentu ke atas rakyat supaya wujud jurang antara pemerintah dengan rakyat, justeru
memperkukuh kedudukan raja. Misalnya, raja sahaja yang berhak memakai pakaian kuning,
payung kuning, pakaian nipis, keris berhulu emas. Rakyat dilarang menggunakan barang-barang
tersebut kecuali dianugerahkan oleh raja. Walau bagaimanapun, kedudukan hamba terpelihara.
Buktinya, sebahagian daripada peruntukan yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka
menjelaskan tentang undang-undang perhambaan. Undang-undang ini memperakukan
kedudukan hamba abdi, iaitu hamba abdi tidak diibaratkan seperti barang, tetapi mempunyai hak
yang tertentu. Tegasnya, Hukum Kanun Melaka mengukuhkan institusi beraja di Melaka,
mempertahankan sistem sosial yang adil. Peruntukan yang telah termaktub ini sebenarnya
menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan baik melibatkan golongan bangsawan, rakyat
jelata mahupun hamba.

PENGARUH ISLAM DALAM HUKUM KANUN MELAKA


Undang-undang islam dalam Hukum Kanun Melaka
1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yang mengambil nyawa (membunuh) orang akan
dibalas bunuh. Orang Islam yang membunuh orang kafir tak dikenakan qisas. Dalam soal
mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yang sama dan setimpal. Hal ini selari
dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 Hukum Kanun Melaka menyatakan
pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda). Hal ini selari
dengan mazhab Shafiee. Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina, qazaf (tuduhan
zina), mencuri, minum arak dan murtad. Sebagai contoh kesalahan zina akan direjam sampi mati
bagi yang telah berkahwin dan disebat 100 x bagi yang belum berkahwin. Hal ini selari dengan
surah an-Nur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80 x sebatan.
Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40 x sebatan. Hukum Tazir bagi kesalahan yang
tidak dikenakan hudud dan qisas seperti mencuri tidak cukup nisab akan dikenakan tazir.
Contoh akan diminta pulang semula barang yang dicuri atau digantung dileher dan di arak
keliling kampung sebagai pengajaran.
Undang-undang Muamalah,

Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30
Hukum Kanun Melaka. Contoh disebut dengan nyata haramnya riba, tidak boleh berniaga
dengan orang gila.
Undang-undang Keluarga

Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya. Dalam hal ini semuanya
selari dengan hukum Islam.
Undang-undang Keterangan dan Acara

Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperti mesti Islam, adil,
pengampun, pemurah dan sebagainya. Disini dinyatakan juga hakim/kadi dilarang menerima
hadiah.
Penglibatan Ulamak dalam soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi
terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun
pengaruh Islam amat ketara dalam Hukum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh
Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.
Undang-undang yang Tidak Selari Dengan Islam :

1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)


2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya Raja Muhammad telah
membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina dengan
isteri orang.
Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :
o

Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah
seperti

Konsep Daulat dan Tulah :


o

Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.

Pengaruh adat Temenggung :

Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan
selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA


Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan
Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut. Undang-undang ini merupakan satu peraturan
yang telah ditetapkan oleh Kesultanan Melayu Melaka berkaitan hukum dan peraturan di laut
seperti tatacara, undang-undang pelayaran dan perkapalan.
Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga,cara
berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda,
kiwi serta anak kapal. Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan
pedagangan di Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari
luar untuk terus berdagang di Melaka.
Menurut R.O Winstedt dan Josselin de Jong yang meneliti dan menyelenggara teks
Undang-undang Laut Melaka, undang-undang ini dipercayai telah disusun pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Seri Maharaja. Undang-undang Laut
Melaka ini dianggap sebagai undang-undang tambahan kepada Hukum Kanun Melaka
(Undang-undang Darat Melaka).
Undang-undang Laut Melaka mempunyai 25 fasal di mana 24 daripadanya menyentuh
soal perdagangan dan perkapalan. Antara peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang
Laut Melaka yang bersabit dengan hal di laut termasuklah:
1. Tugas pegawai kapal

5. Penyewaan dan penumpangan kapal dagang

2. Hukuman yang dijalankan di atas kapal

6. Langkah keselamatan atas kapal

3. Hukum-hukum perniagaan

4.

Tugas

anak

kapal

Antara tugas-tugas pegawai kapal termasuklah:


1. Nakhoda:
Nakhoda dianggap sebagai pegawai tertinggi dan individu yang paling berkuasa dalam
sesebuah kapal, jong atau balok. Beliau diberi kuasa penuh seperti seorang raja. Nakhoda
mempunyai beberapa keistimewaan tertentu, antaranya termasuklah tempat duduk khas yang
hanya boleh diduduki oleh nakhoda sahaja yang dikenali sebagai peterana lawang.
Selain itu, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak kapal bagi
menghormati nakhoda. Antaranya, anak kapal dilarang untuk duduk terjuntai di atas anjung dan
duduk menghadap ke belakang kapal. Hal ini dianggap sebagai tidak menghormati nakhoda
sebagai seorang raja di laut.Tidak ada mana-mana anak kapal dibenarkan bercermin
menghadap ke haluan kerana dikhuatiri mempunyai muslihat tertentu. Contohnya, jika nakhoda
datang dari belakang akan kelihatan nakhoda dan isteri atau gundiknya di dalam cermin.

Antara keistimewaan lain yang terdapat pada nakhoda termasuklah:


Jika seseorang anak kapal turun ke darat dengan suruhan nakhoda dan mendapat apa-apa
harta seperti emas atau perak, semua harta itu akan jatuh kepada raja (nakhoda). Mereka
hanya akan mendapat harta itu atas belas kasihan nakhoda.Tetapi jika anak kapal turun ke

darat tanpa suruhan nakhoda, nakhodahanya mendapat 1/3 sahaja dari harta tersebut. Akan
tetapi, Fasal 3 dalam Undang-undang Laut Melaka menjelaskan jika abdi atau orang berhutang
mendapat harta itu walaupun tanpa suruhan nakhoda, harta itu akan menjadi milik nakhoda.

Barang siapa mendapat hamba yang lari ia tetap kepunyaan nakhoda. Jika bertemu dengan
tuannya, hamba itu terpaksa menebus separuh harga kepada nakhoda. Jika tidak bertemu
dengan tuannya, hamba itu kekal di tangan nakhoda.Jika nakhoda mahu menjual hamba itu,
hendaklah disaksikan oleh anak kapal dan orang-orang di tempat itu.

Dalam perniagaan pula, terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh nakhoda.
Antaranya, jika nakhoda sampai ke sebuah pelabuhan atau bandar,beliau akan diberi peluang
berniaga terlebih dahulu, iaitu pada empat hari yang pertama.

Dalam hal tawar menawar ke atas sesuatu barang pula, jika nakhoda menawarkannya
ke peringkat harga tertentu, orang lain (pegawai atau anak-anak kapal tidak dapat
mengatasinya). Jika melakukannya juga,barang itu akan jatuh ke tangan nakhoda.
Selain itu, jika terdapat pegawai kapal membeli hamba atau barang-barang yang
berharga tanpa pengetahuan nakhoda, apabila diketahui oleh nakhoda ia akan jatuh ke tangan
nakhoda.
2. Jurumudi:
Jurumudi dianggap sebagai pegawai dan individu kedua yang terpenting selepas
nakhoda.Tugas utama seorang jurumudi adalah untuk mengemudi sesebuah kapal dan kuasa
yang ada padanya dianggap setaraf dengan seorang Bendahara di darat. Jurumudi dan
jurubatu tidak boleh meninggalkan sesebuah kapal. Jika terpaksa berbuat demikian, mereka
akan dikenakan denda.

3. Jurubatu:
Kuasa yang ada pada jurubatu dianggap seperti seorang Temenggung di darat.Beliau
berperanan menjaga sauh dan bahagian hadapan kapal atau perahu. Selain itu, beliau juga
bertanggungjawab menjaga keamanan di atas kapal.Mengikut Undang-undang Laut Melaka,
jika seseorang anak kapal melanggar perintah Tukang Agung (Ketua Segala Tukang), jurubatu
berhak menjatuhkan hukuman ke atas anak kapal tersebut.
4. Tukang:
Terbahagi kepada beberapa jenis mengikut tugasan. Contohnya tukang petak,tukang kiri,
tukang kanan dan sebagainya.Ketua segala tukang ialah Tukang Agung.
5. Malim:
Beliau dianggap sebagai hakim dalam sesebuah kapal.Beliau juga merupakan seorang yang
arif mengenai arah yang hendak ditujui, mengenali tanah dan laut, angin dan ombak dalam atau
tohor, bulan dan bintang,teluk dan tanjung, gunung dan bukit, batu dan pasir dsb.
6. Muda-muda:
Dianggap seperti tentera dalam sesebuah kapal. Tugas seorang muda-muda termasuklah
menjaga senjata, menjadi tentera dan mempertahankan kapal dari serangan musuh.Ketika di
darat, muda-muda bertugas menjaga keselamatan dan menjadi pengiring nakhoda.

7. Orang Berkepung:
Merupakan anak kapal yang menjalankan tugas-tugas rencam termasuklah menjagaair ruang,
melihat api dalam jong, melihat musuh dan melihat angin dan ribut.

Undang-undang Laut Melaka tidak menjelaskan sama ada anak kapal dibayar gaji
ataupun tidak. Tetapi yang jelasnya, Undang-undang Laut Melaka telah memberi panduan
yang jelas kepada setiap anak kapal dan peranan mereka di atas sesebuah kapal, perahu, jong
atau baluk. Selain itu, nakhoda berperanan menempatkan muatan mereka di atas kapal serta

memberi pinjam wang kepada anak-anak kapalnya. Selain menjelaskan peranan dan
keistimewaan tertentu ke atas setiap pegawai dan anak kapal, Undang-undang Laut Melaka
turut memuatkan bentuk hukuman yang dikenakan atas setiap kesalahan yang dilakukan di
atas kapal. Antaranya termasuklah:
1. Kesalahan Berzina:
Kesalahan ke atas mereka yang bersalah melakukan perzinaan dilihat mengikutundang-undang
yang berasaskan Islam.Sebagai contoh, mana-mana anak kapal yang didapati berzina dan
telah berkahwin, mereka akan dihukum bunuh. Kepada pesalah yang belum berkahwin, mereka
akan dipalu sebanyak 100 kali.Untuk kesalahan berzina di antara seseorang yang merdeheka
dengan hamba perempuan, mereka perlu membayar denda setengah harga hamba
tersebut.Untuk kesalahan berzina dengan isteri nakhoda pula, hukuman bunuh akan dikenakan.
Isteri nakhoda juga akan dibunuh atau dihukum masuk ulur.

2. Kesalahan Memaki Nakhoda:


Kesalahan yang dianggap serius, namun tidak sampai dikenakan hukuman bunuh.Hukuman
terhadap kesalahan memaki nakhoda adalah pesalah akan dimalukan di hadapan orang ramai.
3. Kesalahan terhadap Pegawai yang Cuai:
Misalnya muda-muda yang ditugaskan menjaga hamba abdi. Sekiranya hamba abdi didapati
melarikan diri atau berbuat jahat atas kecuaian muda-muda, mereka dikehendaki membayar
harga abdi tersebut dan disebat sebanyak 60 kali sebatan.Jika malim cuai ketika menjaga kapal
atau perahu sehingga pecah,hukuman bunuh dikenakan ke atasnya.
Antara kesalahan yang dianggap besar dan dikenakan hukuman bunuh termasuklah
berbuat khianat, membuat pakatan hendak membunuh nakhoda, malim, tukang dsb serta
seseorang yang berkelakuan amat jahat.
Selain itu, Undang-undang Laut Melaka juga menetapkan hukum-hukum mengenai
perniagaan. Antara hukum-hukum berkenaan perniagaan dalam Undang-undang Laut Melaka
termasuklah kebenaran untuk membawa barang dagangan di atas sesebuah kapal. Di samping
nakhoda, pegawai dan anak-anak kapal, perahu terdapat beberapa penumpang yang juga
membawa barang untuk didagangkan. Penumpang ini dikenali sebagai mulkiwi. Kiwi merujuk
kepada penyewa petak perahu yang juga menjalankan perniagaan dan terbahagi kepada empat

jenis iaitu kiwi yang membeli petak, kiwi yang hanya memberi modal kepada nakhoda tetapi
barangnya tiada di atas kapal serta dua jenis lagi kiwi yang tidak dinyatakan keadaannya.

Kiwi hanya membayar cukai di jong dan tiada cukai negeri. Jika kiwi berhajat untuk turun dari
kapal, maka hilang harga pitaknya. Jika turun dengan satu-satu sebab, seperti berbalah dengan
nakhoda, tidak semua hartanya itu akan hilang. Jika sudah sampai musim berlayar, iaitu musim
kasip jika jong itu terlambat,misalnya lebih dari 7 hari, nakhoda terpaksa mengembalikan
harga pitak kepada kiwi. Jika kiwi yang terlambat turun, disebabkan urusan perniagaannya, iaitu
lebih dari 7 hari, nakhoda boleh berlayar tanpa kiwi itu.

ADAT PEPATIH & ADAT TEMENGGUNG


Adat Perpatih
Asal Usul
Adat Perpatih

Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin
Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah
amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya
adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi
Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh
perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu
di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka
adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Struktur Masyaraat Adat Perpatih

Masyarakat

Adat

Perpatih

terbahagi

kepada

tiga

kumpulan

utama

iaitu Perut, Suku, dan Luak. Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota
sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka
ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama.
Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak
buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh
beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh
seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit

kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utamaiaitu Rembau, Sungai
Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak
utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah
Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu
Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh
seorang ketua yang bergelar Penghulu Luak.
Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia
merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan
pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang
melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat
itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya
hukum atau adat itu.
Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan
amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di
mana bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh
Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan
Undang Jelebu. Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan
dari raja Pagar Ruyung untuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato' Lembaga ini pula adalah pemimpinpemimpin

yang

dilantik

secara

muafakat

oleh

pemimpin-pemimpin

keluarga

yang

digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya
berada di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan
demokrasi.
Prinsip - prinsip Adat Perpatih

Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan mempunyai lima prinsip utama.
1.

Keturunan dikira melalui nasab : ibu yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang
melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya
dan bukan anggota suku bapanya.

2.

Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu


perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu
isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah
keluarga isterinya.

3.

Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak
menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta
pusaka keluarga ibunya.

4.

Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku,
hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah
saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini
adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi
harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang
jawatan dalam adat.

5.

Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi,
dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim.
Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli
suku yang akan disertainya.

Pembahagian Harta

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian
harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam
Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang
dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang
turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan
kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita
Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun,
dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya
dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki.
Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup
(survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka
pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat
yang hanya untuk perempuan sahaja).

Adat Temenggung
Adat Temenggung merupakan undang-undang adat Minangkabau yang diamalkan di NegeriNegeri Melayu (pada asalnya bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka sebelum diwarisi
turun temurun oleh negeri-negeri Melayu yang lain) kecuali Negeri Sembilan yang
mengamalkan Adat Perpatih. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan (abang tiri

kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang berasal dari
Sumatera.
Wujudnya istilah "Adat Temenggung" adalah berkait dengan munculnya istilah "Adat Perpatih"
kerana istilah ini tidak ada dalam budaya Melayu yang awal. Disebabkan oleh Adat
Temenggong diamalkan di hampir semua negeri-negeri Melayu, maka Adat Temenggong telah
bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai nama yang
berbeza mengikut negeri. Antaranya ialah Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Johor dan
Undang-Undang Kedah.

Perbezaan Antara Hukum Adat Perpatih Dan Adat Temenggung

Adat perpatih dan adat temenggung dapat di kategorikan sebagai hukum adatdi negeri-negeri
Melayu.Adat ini berasal di utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk
Ketemengungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk
Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa dia Pagar Ruyung(Adat Perpatih).
Adat temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka
yang mengamalkan adat perpatih.Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad 15M
dan kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh undang-undang Johor
dan Kedah,Undang-undang Pahang di Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak.Adat
temenggung kemudian diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie.

HUKUM ADAT PERPATIH

Politik

- bersifat demokrasi iaitu perlantikan pemerintah dibuat dari bawah iaitu anak buah memilih buapak,
buapak memilih lembaga, lembaga memilih undang dan undang melantik Yamtuan Besar.

- para pembesar yang berada di hierariki lebih ke bawah melantik pembesar.Keputusan yang
dibuat Yamtuan besar juga adalah berdasarkan keputusan bersama undang.

Kekeluargaan dan Perkahwinan

mengamalkan hidup secara bersuku-suku iaitu hidup secara berkeluarga dengan ahli-ahlinya
terdiri daripada satu ikatan sedarah sedaging.

setiap suku mempunyai nama sendiri seperti biduanda,hampar,paya kumbuh,mungkal, dan


sebagainya.

jika berlaku penceraian atau si isteri meninggal dunia,maka si suami akan kembali semula
kepada sukunya yang asal manakala anak-anak mereka bukan menjadi hak keluarga asas
pasangan suami isteri tetapi hak rumpun ibunya.
Undang-undang

dalam undang-undang perpatih,undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia


bertimbang rasa dan bersifat pemulihan.

yang dipertuan besar atau undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh.
HUKUM ADAT TEMENGGUNG
Politik

bersifat autokrasi,iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja. Kuasanya diperkukuhkan
dengan konsep Dulat dan Derhaka.

kuasa raja dikaitkan dengan kesaktian,sesiapa yang melanggar akan terkena tulah raja.

penggunaan warna tertentu (kuning,putih) dan bahasa seperti "santap".

Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak dan berhak melantik pembesar (diperingkat
negeri,jajahan,mukim dan kampung).

jawatan Sultan adalah bersifat warisan iaitu putera sulungnya dilantik jika kemangkatan Sultan.

turut mewariskan peranan pembesar dalam membantu Sultan,dibahagikan kepada beberapa


lapisan yang membentuk piramid hierariki.

Kekeluargaan dan Perkahwinan

membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan hukum
syarak dan bersesuaian dengan kehendak individu dengan persetujuan keluarga.

'larangan berkahwin' mengikut hukum syarak iaitu berkahwin dengan orang yang mempunyai
pertalian darah : perepmpuan yang bersaudara,orang yang bukan islam, dan saudara
sepersusuan.

adat ini memberi keutamaan yang sama kepada pihak lelaki dan perempuan.Pihak lelaki cuma
dilebihkan kerana hukum syarak.Kaum lelaki dikira ketua keluarga dan nasab keturunan dikira
sebelah bapa.
Undang-undang

dalam adat temenggung,undang undang jenayahnya lebih tegas dan keras.

hukuman terhadap kesalahan pembunuhan adalah membunuh pesalah.

Raja yang akan menjatuhkan hukuman.

ia bertujuan untuk memberi iktibar kepada orang lain dan pembalasan kepada si pesalah.

UNDANG-UNDANG 99 PERAK
Undang-undang Perak juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak disebabkan oleh 99
perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.
Undang-undang ini dipercayai berasal dari Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada abad
ke-17 yang dibawa ke Perak oleh Saiyid Hassan dari Hadramaut ketika pemerintahan Sultan
Ahmad Tajuddin (1577-1584).
Teks undang-undang ini dipercayai disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus.
Undang-undang 99 Perak merupakan sebahagian daripada rumpun Adat Temenggong dan
dianggap sebagai antara undang-undang yang paling adil dalam kalangan undang-undang
tradisional di alam Melayu. Undang-undang ini dibuat dalam bentuk dialog (soal jawab) di
antara Raja Nushirwan Adil dengan menterinya bernama Khoja Berza Amir Hakim.
Walaupun terdiri daripada 99 fasal, susunan fasal-fasal adalah tidak mengikut kategori. Antara
rangkuman isi kandungan Undang-undang 99 Perak termasuklah:
Tugas serta Tanggungjawab Pemerintah:
merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor
pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk
pemerintahan.
Peraturan Adat Istiadat:
merangkumi adat menghadap Raja, adatperlantikan Raja, adat Berbahasa semasa berada
dalam istana dansebagainya.

Undang-undang Jenayah:
contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.
Undang-undang Kekeluargaan:
contohnya; perkahwinan, penceraian, pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

Walaupun undang-undang ini dilihat menerima pengaruh agama Islam yang kuat,namun
pengaruh hukum adat dilihat bercampur baur dengan pengaruh Hindu dan pengaruh daripada
Hukum Kanun Melaka.
Antara contoh fasal-fasal yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak termasuklah:

Fasal 4: Hukum Membunuh


Sekiranya seseorang Islam membunuh orang bukan Islam, maka pembunuh akan dihukum
mati. Namun dia boleh membuat tawaran kepada keluarga si mati dengan membayar sepuluh
tahil emas.

Sekiranya seseorang bukan Islam membunuh orang Islam, dia tidak dijatuhkan hukuman bunuh
supaya dia masih berpeluang untuk memeluk Islam. Dia hanya perlu membayar kepada
keluarga si mati.
Fasal 6: Kesalahan Mengambil Isteri Orang
Sesiapa yang bersalah mengambil isteri orang akan dibuang mukim atau didenda sepaha tiga
tahil emas. Perempuan isteri orang itu pula akan didera di pintu masjid dengan
dicukur kepalanya atau membayar denda.
Fasal 54: Mengenai Perceraian
Isteri dibenarkan untuk mengadu meminta cerai sekiranya tidak diberi nafkah zahir dan batin.
Fasal 23: Hukum membunuh - pembunuhan sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam Orang Islam yang membunuh orang
Islam tidak boleh dijatuhi hukuman bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang
membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan ialah denda empat tahil dua paha
emas (dua dirham) dan disedekahkan setahil sepaha emas.

HUKUM KANUN PAHANG


Hukum Kanun Pahang terdiri daripada 93 fasal yang tidak tersusun secara sistematik dan tanpa
mengikut klafikasinya yang tertentu.Perlu diingatkan juga bahawa sebagaimana Hkum Kanun
Melaka, Hukum Kanun Pahang merupakan hukum kanun yang berkembang. Kandungannya
yang awal mencerminkan pengaruh Hindu iaitu yang terdiri daripada fasal 1 hingga 23,
kemudiannya ditambah 66 fasal lagi setelah menerima pengaruh Islam. Ia berkembang lagi
menjadi 67 dan kemudiannya 93 fasal setelah menerima pengaruh Hukum Kanun Melaka serta
mengutip beberapa isi daripada Undang-undang Johor.

i.
ii.
iii.
iv.

Pada keseluruhannya, undang-undang Melayu klasik ini adalah mengandungi hukum


yang berdasarkan 4 perkara utama iaitu:
aspek berkerajaan iaitu kuasa raja dan pembesar dalam pentadbiran.
hukum bagi kesalahan jenayah iaitu mencuri dan menceroboh.
hukum bagi kesalahan bukan jenayah iaitu bergaduh, hukum zina dan riba.
adat istiadat atau larangan istana.

1. Undang-undang Jenayah
Termasuklah hukuman-hukuman tentang kesalahan membunuh, mencuri,
menyamun dan menceroboh. Diperuntukkan juga kesalahan berhubung dengan zina
dan rogol, berjudi, rasuah dan lain-lain. Kesemua peruntukkan tadi terdapat dalam fasal
4, 5, 6, 7, 8, 22, 46, 47, 48, 50, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 63, 70, 72, 74, 79, 84,
86, 90, 92 dan 93.

2. Undang-undang Muamalat
Termasuk peraturan jual beli, sewa-menyewa, gadaian, pinjam-meminjam,
hutang-piutang, upah dan lain-lain lagi. Perkara tersebut diperuntukkan dalam fasal 2,
3,9, 11, 12, 14, 16, 17, 18, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39,
41, 42, 43, 44, 62, 77, 81, 85, 87 dan 88.
3. Undang-undang Keluarga dan Perkahwinan
Walaupun tidak ada peruntukan undang-undang keluarga Islam dalam teks
Hukum Kanun Pahang, namun beberapa orang sarjana sejarah yang mengkaji teks ini
berpendapat bahawa fasal 67 yang tidak dimasukkan dalam teks tersebut sebenarnya
terdiri daripada fasal 25-27 Hukum Kanun Melaka iaitu bahagian undang-undang
keluarga Islam.
4. Perkara Berhubung dengan Kesalahan Agama dan Ibadah
Diperuntukkan dalam fasal 60, 61, 64 dan 65.
5. Undang-undang Adat dan Perlembagaan
Menyentuh tentang tugas serta keistimewaan raja-raja serta para pembesar. Ia
terdapat dalam fasal 1, 12, 20, 21, 23, 56, 57, 75, 76, 82, 83, 89 dan 91.
Sistem Politik
Sesebuah organisasi memerlukan politik sebagai satu sistem dalam memastikan pergerakan
sesuatu organisasi tersebut. Dalam konteks kebudayaan Melayu, sistem politik berhubung rapat
dengan sistem dalam masyarakat Melayu. Sistem politik ini bertujuan untuk menentukan
peraturan siapa yang berkuasa dan siapa pula yang dikuasai, wilayah yang dikuasai, hak
bertindak dan dasar-dasar legitiminasi sesuatu kuasa. Sistem politik itu juga memberi
pengesahan terhadap kuasa undang-undang, corak pemerintahan kuasa, birokrasi, organisasi
menjalankan kuasa dan juga persaingan mendapatkan kuasa. Kemakmuran dan kesejahteraan
dilaksanakan melalui peraturan dan perundangan untuk memastikan kemanusiaan di atas
landasan akhlak, tatasusila, moral dan etika. Oleh sebab itu, kepentingan mempunyai satu
sistem yang kukuh untuk menjalankan jentera pemerintahan.
Dalam pendahuluan Hukum Kanun Pahang jelas disebut fungsi hukum bagi pembesar
selain sultan :

Adapun segala raja-raja hendaklah is menjadikan orang besar-besar akan gantinya


supaya tiada datang masygul kepadanya. Dan, pertama Raja itu harus menjadikan Bendahara;
kedua Temenggung; ketiga Penghulu Bendahari; keempat Syahbandar. Maka terpeliharalah
segala raja-raja itu dengan segala rakyatnya.
Maka dibahagi pula segala hukum itu kepada tiga bahagi; segala hukum itu tiga:
Pertama pada Bendahara: kedua kepada Temenggung: ketiga pada Syahbandar; iaitu seperti
hukum orang berjawatan dan sida-sida dan anak orang besar-besar. Adapun Temenggung itu

hukum dalam negeri dan tafahus. Dan adapun Syahbandar itu menghukumkan segala anak
dagang dan anak yatim yang teraniya dan adat segala jong dan baluk dan barang sebagainya.
Adapun adat itu turun pada zaman raja-raja yang tua, pada adatnya akan ganti raja itu orang
tiga inilah, tiada lagi kurang itu memerintahkan.
Fasal di atas jelas menyatakan bahawa negeri Pahang pada masa itu telah memiliki
satu sistem pemerintahan yang kukuh. Organisasi tersebut yang diketuai oleh raja dan segala
pembesar di bawahnya termasuklah bendahara, temenggung, penghulu bendahari dan
syahbandar. Walau bagaimanapun, setiap pembesar itu berfungsi dengan tanggungjawab
masing-masing untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. Justeru itu, para
pembesar bertindak dengan berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan dalam Hukum
Kanun Pahang. Tambahan pula, undang-undang yang dilaksanakan itu tidak jauh lari dari adat
masyarakat setempat pada masa itu.
Walau bagaimanapun, kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan
rakyat yang derhaka akan ditimpa tulah. Oleh itu, pemusatan kuasa berada di tangan sultan
manakala pembesar hanya berkuasa di wilayah di bawah naungannya sahaja. Justeru itu,
pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja atau sultan
haruslah dilakukan tanpa bantahan. Pemikiran masyarakat pada zaman itu telah menjelaskan
bahawa kepatuhan rakyat kepada raja perlu bagi membentuk sebuah organisasi masyarakat
yang stabil dan aman.
Hukum Kanun Pahang disusun dalam sembilan belas fasal besar, yang tentunya
memadai bagi keperluan jentera kerajaan pada zaman itu. Di samping itu terdapat bab-bab
kecil yang meliputi aspek-aspek perlakuan sosial yang memerlukan tindakan sekiranya berlaku
sebarang penyelewengan daripada norma masyarakat. Fasal-fasal yang terdapat dalam
manuskrip Hukum Kanun Pahang ini ialah :
1. Adat majlis raja dan adat pakaian dan bermain kepada orang besar-besar.
2. Hukum penggunaan lima patah bahasa diraja iaitu titah, patik, murka, kurnia dan
anugerah.
3. Hukum jikalau mati seseorang raja.
4. Hukum yang terpakai di negeri dan sungai dan dusun pada negeri yang takluknya yang
melihat berbunuh-bunuh, menikam, menetak, memukul dan merampas.
5. Hukum membunuh orang dengan tiada setahu raja atau orang besar-besar.
6. Hukum segala orang mengamuk.
7. Hukum orang menderhaka dan membunuh hamba abdi.
8. Hukum orang menetak orang.
9. Hukum empat martabat orang yang dapat membunuh.

10. Hukum tentang biduanda dan mada-mada, hamba orang dan hamba raja.
11. Hukum orang mencuri.
12. Hukum orang menawar anak bini orang.
13. Hukum orang lari dan menyembunyikan dan mengurungkan hamba orang.
14. Hukum bertuduh-tuduh, bersangkal dan lawan seseorang itu menuduh.
15. Hukum upahan menaik kayu dan menebang pokok kayu perhumaan.
16. Hukum fadhul (mengambil tahu hal orang, mengumpat, campur tangan dan fitnah)
17. Hukum orang mengambil upah membunuh orang atau menampar orang atau
memalukan orang.
18. Hukum angkara, iaitu angkara maharajalela dan angkara menawar tunangan orang atau
melakukan barang kehendaknya tiada berkira-kira.
19. Hukum tentang perilaku tentang buah-buahan dalam kampung atau dalam kota negeri.

Hukum Kanun Pahang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan
dengan pengaruh Islam. Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan
tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contohnya, Hulubalang mempertahankan dan
melindungi raja dan negeri daripada musuh. Undang-undang Jenayah pula menetapkan 360
seksaan bagi kesalahan menderhaka. Selain itu, undang-undang awam berkaitan dengan tanah
dan perumahan.
Hukum Kanun Pahang bukanlah khas disusun untuk kegunaan negeri Pahang. Ada
tercatat dalam Hukum Kanun Pahang tentang ketetapan dalam Hukum Kanun tersebut juga
dipakai di negeri Johor, Pahang dan Perak. Ini jelas menunjukkan bukti tentang betapa rapatnya
hubungan antara ketiga-tiga buah negeri tersebut.
Memandangkan doktrin undang-undang yang digunakan dalam manuskrip Hukum
Kanun yang dipakai oleh negeri-negeri Melayu di seluruh Nusantara terlalu banyak
menggunakan doktrin fiqah Islamiyah, dapatlah dibuat kesimpulan tentang betapa rapatnya
golongan ulama dengan pihak istana, khususnya sebagai penasihat kepada sultan-sultan
dalam hal ehwal agama Islam. Nasihat para ulama sentiasa diterima pakai oleh pemerintah dan
seterusnya dilaksanakan sebagai undang-undang. Kepercayaan golongan pemerintah kepada
ulama merupakan faktor membolehkan penyebaran dan perkembangan Islam dijalankan
dengan lancar di seluruh Nusantara.
Seterusnya, keutuhan sistem pemerintahan dalam bidang politik dapat dibuktikan
berdasarkan Hukum Kanun Pahang menerusi fasal 31. Fasal 31 ini menerangkan tentang
tanggungjawab ataupun bidang kuasa yang dimiliki oleh seseorang penghulu bendahari dalam
melaksanakan tugasnya. Contoh petikan teksnya ialah:

Dan dijadikan pula penghulu bendahari, maka diserahkan padanya dan menyurat daftar segala
hambanya dan mengiring segala hasil yang baik kepadanya dan memulih segala pekerjaanya
yang dalam pagar istana. Maka ia menetukan dia segala pekerjaanya itu. Dan dijadikan pula
Temenggung. Maka menyerahkannya segala pekerjaan negeri kepadanya seperti kota parit
dan orang si mati dan ehwal negeri atasnyalah tertanggung ...
Selain itu, pada fasal 31 hingga 35 pula menyatakan tanggungjawab dalam sistem
politik masyarakat melayu mengikut susunan dari atas ke bawah seperti Raja, Penghulu
Bendahari, Temenggung, Hulubalang, Syahbandar dan tanggungjawab hamba. Berdasarkan
Hukum Kanun Pahang ini, raja mempunyai hak mutlak ke atas tanah. Hal ini kerana, ianya
disifatkan bahawa tanah adalah milik Tuhan dan Raja pula adalah bayangan Tuhan di muka
bumi. Sehubungan ini, maka dalam fasal 18 ianya menjelaskan tentang konsep perkongsian
tanah antara Tuhan dengan raja. Penjelasan ini mengambarkan bahawa raja yang bertindak
sebagai bayangan Tuhan di muka bumi, maka raja mempunyai hak mutlak terhadap tanah yang
ada di muka bumi ini. Situasi ini termasuklah hasil yang terdapat di muka bumi ini adalah milik
raja.

Ekonomi
Selain aspek politik, dalam pemikiran dan persoalan Hukum Kanun Pahang juga dapat dilihat
dalam aspek ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan Hukum Kanun Pahang yang
membicarakan tentang terdapatnya hukum tanah tanaman terbakar, hukum orang bertanam,
hukum orang berjual beli, hukum hasil dan cukai serta sebagainya. Contoh teksnya iaitu:
Tanah tanaman yang tiada diperhuma oleh tuannya. Maka barang siapa hendak berbuat dia
dipinjamnya pada tuannya atau disewanya. Kemudinya jika berkehendak tuannya dikembalikan
pada tuannya. Maka hendaklah kamu segala sekalian menolong saudara kamu yang se-Islam.
Menerusi Hukum Kanun Pahang ini jelas menyatakan bahawa sekiranya terdapat tanah
tanaman yang tidak diusahakan oleh pemiliknya dan ada individu yang berminat untuk
mengusahakannya maka sistem penyewaan boleh dilakukan menerusi tuannya. Seterusnya,
jika tuannya berhasrat untuk mengambil balik tanah yang disewakan itu maka haruslah individu
menjadi penyewa tersebut mengembalikannya. Seterusnya, lebihan hasil yang diperolehi
tersebut hendaklah disalurkan kepada kaum seislam yang memerlukan pertolongan.
Justeru itu, undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Pahang itu sendiri
telah membentuk pemikiran masyarakat dalam membantu kestabilan ekonomi negeri tersebut.
Undang-undang yang dibuat bukan sahaja menguntungkan sebelah pihak tetapi setiap individu
mendapat kebajikan daripadanya. Goloangan rakyat pula sedia maklum dengan peraturanperaturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, antara golongan pemerintah dan rakyat telah samasama membantu menjana ekonomi dengan lebih pesat lagi.
Hukum bertanam pula ialah, maka hendaklah segala kamu yang bertanam tanaman itu kamu
perbuat pagarnya, jangan kamu taksir pada menuggui dia. Bermula pada tanam-tanam itu atas
dua perkara. Suatu tanam berpagar. Jika masuk kerbau atau lembu, maka tertikam pada

malamnya, menyilih, sebelah harga tanaman pada kaul sah menyilih suatu harganya tanaman
itu di sebelah umpanya kerbau itu.(fasal keenam).
Berdasarkan teks ini ianya menunjukkan bahawa sekiranya seseorang individu tersebut
mengusahakan tidak kira apa sahaja tanaman, maka ianya hendaklah menjaga tanamannya
sebaik mungkin jika menginginkan hasil yang baik. Penjagaan tanaman tersebut seperti
membuat pagar bagi mengelakkan daripada binatang yang boleh memusnahkan tanaman
tersebut.
Selain itu, dalam Hukum Kanun Pahang terdapat upah menenun kain. Harga upahan
hendaklah diberi jika hanya selesai kain tersebut ditenun seluruhnya. Perkara ini dapat
menggalakkan si pengambil upah bersungguh-sungguh bekerja. Ini menjelaskan bahawa
undang-undang yang ditetapkan itu bukan sahaja menjamin kestabilan ekonomi malah
menjamin kebajikan rakyat jelata. Tambahan pula, memberi kesedaran kepada rakyat
seterusnya memupuk kesetiaan dan kepatuhan rakyat dengan menghormati undang-undang.
Berdasarkan beberapa teks undang-undang yang diketengahkan ini iaitu banyak
menyentuh tentang penanaman, pelabuhan dan juga perdagangan ataupun perniagaan. Maka
jelaslah bahawa masyarakat melayu pada masa dahulu sudah mengalami perubahan
ketamadunan jika dilihat dari aspek ekonomi walaupun melalui aktiviti sara diri yang mereka
lakukan. Penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti pertanian, penternakan dan pencarian
hasil hutan dalam meneruskan hidup seharian mereka. Oleh yang demikian jelaslah
menunjukkan bahawa ketertinggian kebudayaan Melayu dapat dibuktikan dengan kehadiran
Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis sejak abad ke-15 lagi.

Sosial
Aspek sosial merupakan satu item penting dalam membuktikan ketertinggian kebudayaan
Melayu dengan kehadiran Undang-undang Melayu Tradisi atau bertulis iaitu sejak abad ke-15
lagi. Hal ini kerana, aspek sosial secara umumnya merupakan satu aspek yang menjadi
pelengkap kepada sesebuah kebudayaan mahupun undang-undang. Berdasarkan undangundang Melayu tradisi ini maka ianya dapat membuktikan bahawa pemerintah pada ketika itu
sudah mengambil berat tentang keadaan sosial masyarakatnya. Situasi ini dapat dilihat melalui
penelitian yang dilakukan terhadap fasal nikah kahwin yang mana ianya menunjukkan
keprihatinan penggubal undang-undang tentang mewujudkan institusi kekeluargaan dengan
sempurna.
Sistem sosial masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan iaitu
golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja
atau sultan, keluarga dan kerabat diraja, pembesar, pentadbir serta ulama istana. Golongan
diperintah pula ialah orang merdeheka dan hamba. Institusi perhambaan telah lahir di kalangan
orang Melayu lebih awal daripada kedatangan agama Islam. Oleh itu adalah salah jika kita
katakan bahawa institusi ini datangnya bersama-sama dengan agama Islam. Akan tetapi

kemudiannya undang-undang Islam banyak mempengaruhi sastera undang-undang mengenai


undang-undang perhambaan ini (Maxwell 1890: 247).
Raja atau sultan dilambangkan sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.
Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam juga
memastikan peraturan Islam dilaksanakan. Raja wajib mengekalkan keamanan dan
keharmonian di dalam negeri baginda. Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial
seperti membina istana dan sebagai tentera. Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat
contohnya mengetuai segala upacara diraja seperti pertabalan.
Golongan diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas dan
merdeheka. Rakyat biasa seperti petani, nelayan, dagang dan tukang. Golongan ini tidak
mempunyai kuasa politik dan jawatan dalam pentadbiran. Selain itu, mereka mengamalkan
tradisi gotong-royong. Walau bagaimanapun, terdapat tiga golongan rakyat biasa iaitu
pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
Mereka ini bebas menjalankan kegiatan ekonomi dalam bidang pertanian, perikanan,
perlombongan dan perdagangan.
Dalam masyarakat Melayu golongan hamba terbahagi kepada dua iaitu hamba abdi dan
hamba berhutang. Jika dipandang dari kaca mata sastera undang-undang, hamba jenis
pertama nyatalah paling rendah kedudukannya. Hamba jenis ini dapat diklafikasikan seperti
barang. Seseorang hamba itu dapat dijual atau dipinjamkan oleh tuannya kepada orang lain,
iaitu mengikut sesuka hati tuannya. Hamba yang dibeli itu jika didapati cacat dapat dipulangkan
semula kepada tuannya. Contohnya, dalam Hukum Kanun Pahang, fasal 26 :Pertama hamba itu pelari dan pemukah dan pencuri dan gila dan busung dan burut dan buta
larangan dan tuli dan sopak dan kelu atau hamba itu bersuami atau aib yang terbunyi kemudian
kelihatan beberapa lamanya pun, dapat dikembalikan.
Terdapat juga hamba raja yang dipaksa berkhidmat dengan raja atau masuk ulur kepada
negara lantaran mengelakkan daripada sesuatu hukuman. Hukum Kanun Pahang juga
menyatakan dalam fasal 19 bahawa hamba raja juga tidak boleh dipalu dengan sewenangwenangnya. Jika seseorang merdeheka berbuat demikian, dia akan masuk ulur kepada raja
dan jika abdi berbuat demikian, abdi itu akan dikerat lehernya. Jika perbuatan abdi itu dengan
setahu tuannya, tuannya akan didenda sebanyak satu kati lima tahil.

Hamba berhutang pula disebabkan seseorang yang berhutang itu tidak sanggup
menjelaskan hutang-hutangnya. Hukum Kanun Pahang dalam fasal 12 ada menyebut bahawa
seseorang yang berhutang yang ditentukan tempoh masa pembayarannya. Jika seseorang itu
terlewat walaupun sehari sahaja untuk menjelaskan hutangnya dia akan bekerja dengan tuan
emas. Sebenarnya dengan kewujudan hierarki atau lapisan dalam masyarakat Melayu
tradisional adalah untuk membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah dalam membezakan kedudukan dan penghormatan. Tambahan pula, dapat

menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Namun begitu, susun lapis ini
mengalami perubahan selepas kedatangan campur tangan British.

UNDANG-UNDANG KEDAH
Undang-undang Kedah merupakan satu komponen perundangan yang dibuat dalam satu jangka masa yang
berbeza-beza.
Terdapat lima bab utama dalam Undang-undang Kedah iaitu:
1. Undang-undang Pelabuhan (1650)
2.Tembera Dato Seri Paduka Tuan (1667)
3. Hukum Kanun Dato Kota Setar (tiada tahun)
4. Adat Bunga Mas, Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar-besar, Adat Meminang
5. Undang-undang 1199 Hijrah (1784)
1. Undang-Undang Pelabuhan Kedah:
Undang-undang Pelabuhan Kedah ini dilihat digubal berdasarkan Undang-undang Pelabuhan Acheh (Adat
Acheh) disebabkan pada masa tersebut, kerajaan Kedah berada di bawah jajahan takluk Kesultanan
Acheh.
Antara persamaan yang terdapat pada Undang-undang Pelabuhan Kedah dan Undang-undang
Pelabuhan Acheh termasuklah nama-nama jawatan dan peraturan-peraturan yang hampir serupa di dalam
kedua-dua undang-undang tersebut.
Undang-undang ini dipercayai disalin daripada undang-undang yang pernah dibuat sebelumnya oleh
Dato Besar atas perintah Sultan Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (1619-1652M).
Mengandungi 37 fasal, undang-undang ini merangkumi fasal-fasal berkait dengan tatacara
di pelabuhan seperti:
1. Undang-undang Perlabuhan
2. Perdagangan
3. Pasar
4. Tugas Para Pembesar
Dalam undang-undang ini, syahbandar mempunyai kuasa yang agak besar di pelabuhan dan
berperanan dalam menangkap dan menghukum pesalah-pesalah tertentu. Antara jawatan penting
yang terdapat di pelabuhan Kedah pada ketika itu dalam kalangan pegawai kerajaan termasuklah
Panglima Negeri, Panglima Bandar/Syahbandar Darat, Syahbandar, Panglima Kuala/Batangan,
Mata-mata dan Sakai.

Selain itu, undang-undang pelabuhan ini memberi panduan yang jelas kepada para pedagang dan
pegawai pelabuhan berkaitan dengan sistem percukaian yang dikenakan ke atas para pedagang. Jumlah
cukai yang dikenakan juga adalah berbeza di antara pedagang mengikut negeri mereka. Antara pedagang
yang paling banyak terdapat di pelabuhan Kedah berdasarkan catatan dalam undang-undang pelabuhan ini
termasuklah pedagang dari negeri Keling, Gujerat, Perak dan lain-lain. Barang dagangan yang
diperdagangkan di pelabuhan Kuala Kedah pula termasuklah timah, garam dan kain.
Bagi sistem mata wang, wang yang digunakan untuk perdagangan di pelabuhan Kuala Kedah
termasuklah bidur (wang timah), kupang dan wang emas.
Bagi sistem sukatan pula, antara sukatan yang digunakan di pelabuhan Kuala Kedah
termasuklah gantang, kayu (untuk gulungan kain), koyan (seberat 40 pikul), nalih(sama berat
dengan 16 gantang) dan tahil.
2. Tembera Dato Seri Paduka Tuan:
Undang-undang ini ditulis oleh pembesar negeri Kedah, Dato Seri PadukaTuan pada tahun
1078 Hijrah iaitu pada waktu pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Syah (1661-1687), Sultan Kedah
yang ke-15 yang bersemayam di Kota Indera Kayangan dalam wilayah Perlis (pada ketika itu Perlis
merupakan sebahagian daripada negeri Kedah).
Kandungan bahagian kedua dalam Undang-undang Kedah ini adalah membicarakantentang
kesalahan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang dianggap jenayah dan yang
dilarang oleh syarak.
Hal ini menunjukkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran dan perundangan negeri Kedah pada
ketika itu. Tembera ini mengandungi 16 fasal yang berkaitan dengan hukuman terhadap kesalahan jenayah,
pertanian dan penternakan. Tembera ini bukan sahaja mencegah perkara yang mungkar akan
tetapi turut menggalakkan perkara yang baik (makruf).
Sebagai contoh dalam fasal pertamanya dinyatakan bahawa tugas kweng (penghulu)dan panglima
adalah untuk menangkap mereka yang berjudi, menghisap madat(ganja), minum arak, mencuri dan
merompak dan membawa mereka ke muka pengadilan. Dan dalam fasal yang kedua pula dinyatakan bahawa
para kweng juga dikehendaki menasihati anak buah mereka supaya mengerjakan sembahyang lima
waktu,sembahyang Jumaat dan berpuasa. Mereka yang tidak mahu mengerjakan sembahyang
akan ditangkap dan dikakang lehernya. Pesalah hanya akan dilepaskan jika dia mahu bertaubat.
Selain itu, antara aspek yang banyak diutarakan dalam undang-undang ini ialah mengenai undangundang pertanian dan penternakan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah negeri pertanian, undangundang Kedah ini banyak mencatatkan tentang hal-hal padi dan kerbau. Antaranya seperti
perintah membuat pagar di sawah dan hukuman terhadap kerbau dan tuan kerbau jika
kerbaunya menceroboh masuk ke sawah orang lain yang sudah berpagar ataupun jika menanduk orang.

Dalam Tembera Paduka Tuan ini terdapat lima fasal yang diperuntukan untuk pemeliharaan sawah
dan kerbau.
Di samping itu dicatatkan juga peraturan berdagang dan undang-undang tentang
tanah. Undang-undang ini juga ada memperuntukkan hak laluan yang mirip denganundang-undang moden
hari ini.
Dalam fasal 15, undang-undang mencatatkan;
"Fasal yang kelima belas menyatakan hukum undang-undang padahal jalan. Jika sa-orang kampong
didalam sa-orang diluar ,jika tiada taroh jalan menjadi terpenjara-lah mereka itu, maka
hendaklah jalan adat-nyaenam hasta luasnya, maka dapat lalu perusongan itu-lah kira-nya.Dibicarakan
oleh segala yang arif, supaya jangan hamba Allah itu jadi berbantah sesama sendiri-nya; tambah pada
hokum adat negeri pun, kerana jalan besar pekerjaannya jika sudah tiada berjalan, tiada-lah
dapat mereka itududok pada tempat itu. Maka ini dibicarakan hukumnya, jika tiadalah
tuantanah itu mahu membuka jalan, maka dapat di-beli tanah itu ka-pada-nyatiada mahu
dijual-nya tanah itu, maka hendaklah gagah buka juga jalan itudengan kekerasan : apa-apa dapat dikata
oleh tuan tanah itu suatu pun tiada jadi perkataan. Demikian-lah hukum-nya."
Berdasarkan tembera ini, tuan tanah yang mengerjakan sawah wajib membuka sebahagian
daripada batasnya agar boleh dijadikan laluan kepada orang ramai. Wujudnya undang-undang khusus
berkaitan persawahan ini menunjukkan bagaimana Kedah telah muncul sebagai sebuah pusat
kegiatan penanaman padi sejak abad ke-17. Selain itu, dalam fasal ke-10 juga ada menyatakan
mengenai Sambang yang tugasnya menangkap orang yang berjalan malam tanpa membawa api atau lari.

3. Hukum Kanun Dato Kota Setar:


Undang-undang ketiga dalam Undang-undang Kedah ini tidak diketahui secara jelas tarikh penggubalannya.
Mengandungi lapan fasal, undang-undang ini mencatatkan tentang tugas
dantanggungjawab raja dan para pegawai negeri. Antaranya termasuklah:
1. Tugas Temenggung;
2. Perintah Raja-raja;
3. Syarat Raja-raja;
4. Bahasa Raja-raja;
5. Pakaian Raja-raja;
6. Lima Perkara yang dibenarkan rakyat biasa melakukannya;
7. Warna bendera untuk Raja-raja, Menteri dan Hulubalang;
8. Sifat kebesaran yang ada pada raja-raja dan para pembesar lain;
Kanun ini memperincikan tugas-tugas seseorang pegawai itu termasuk hak dan tugas
seseorang raja. Ia menggariskan hak dan keistimewaan raja, tugas dan tanggungjawab

Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Panglima Negeri, Paduka Raja dan Bentara. Undang-undang ini jelas
memperlihatkan kematangan fikiran orang-orang Melayu Kedah pada masa itu untuk mengawal kegiatan
dan tindakan para pegawai negeri. Sebagai contoh, walaupun Temenggung merupakan seorang pegawai yang
mempunyai kuasa yang besar yang bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan
tetapi beliau tidak boleh bertindak sesuka hati.
Kanun Dato' Kota Star ini memperuntukkan bahawa beliau hanya boleh bertindak menghukum
seseorang itu setelah dijatuhi hukum oleh Penghulu Hakim.
Fasal 1Kanun ini mencatatkan antara lain;
" Maka akan banyak orang Temenggung mengawal negeri itu enam pulohorang berganti-ganti. Sabagai pula: perkerjaan Temenggong itu, apa-bila orang berdakwa sudah jatoh hokum, disuroh penghulu hakim keluarkan makaTemenggong-lah mengeluarkan dia: barang yang thabit pada
hukom Allah taala:tiada boleh Temenggong itu memereksa pandai sendiri-nya mengeluarkan itu,
supaya tiada teraniaya anak daawa itu: maka akan hasil Temenggong sapulohemas. Jikalau orang kena
rantainya berlenggu, hasil Temenggong sa-paha emas.Jika orang itu jatoh hokum di-kodong
atau di-bunoh, maka tiada-lah hasil kepada-nya."
Seperti juga dengan tugas 'Syahbandar' yang begitu banyak diperkatakan dalam Undang-undang
Pelabuhan Kedah, maka dalam Hukum Kanun Dato Kota Setar banyak memperkatakan tentang
tugas 'Temenggung' paling banyak dinyatakan dari fasal-fasal yang lain. Selaku pembesar yang
bertanggungawab untuk keselamatan negeri dan kesejahteraan rakyat, beliau bersama pembantunya
seramai 60 orang sentiasa melakukan rondaan secara bergilir-gilir, di samping ada yang mengawal
penjara.Mereka akan menangkap pesalah-pesalah seperti pencuri, penyamun, pemakan madat,
penyabung ayam dan pembunuh orang.
Orang ramai tidak dibenarkan berjalan malam kecuali mempunyai sebab-sebab utama
dengan syarat menggunakan damar (sebagai lampu atau obor). Mereka yang melanggar hukuman ini akan
ditangkap, yang melawan akan dibunuh kerana "ia melawan titah raja". Sekiranya orang yang didakwa
atau saksi-saksinya tidak menghadiri perbicaraan yang ditetapkan oleh Hakim, maka Temenggung
akan menugaskan orangnya menuruti mereka. Pihak anak buah Temenggung yang mencari mereka akan
mendapat upah atau bayaran dari mereka mengikut jarak dekat atau jauh mereka itu dapat
dikesan.Misalnya jika ke Perlis atau Pedu upahnya dua emas, Tanjung Pauh upahnya dua kupang, sementara
Anak Bukit atau Naga upahnya sekupang.
Fasal empat dan lima dalam HKDKS ditekankan segala 'larangan diraja' baik dari
segi perkataan atau bahasa mahupun dalam hal pakaian. Ini merupakan antara ciri-ciri
keistimewaan yang diperuntukkan kepada raja-raja yang tidak boleh dilakukan oleh orang
biasa.
Dari segi bahasa diraja, HKDKS menegaskannya begini:

"Fasal pada menyatakan hukum bahasa raja-raja itu lima perkara: pertama 'titah', dan
kedua 'kami', dan ketiga 'kita', dan keempat 'berpatik' dan kelima'derma kurnia'. Maka
kelima perkara ini tiada boleh berkata-kata dengannya mereka yang keluaran, barangsiapa
melalui akan dia hukumnya dibunuh jika ia hamba raja,dan dikujut mulutnya jika ia keluaran".
Dari segi pakaian pula, HKDKS menyatakan begini:
"Fasal pada menyatakan pakaian raja-raja itu empat perkara: pertama berkain kuning, dan
kedua bertilam pandak empat persegi namanya peterana, dan ketiga ubur-ubur, dan
keempat tombak bercabang. Maka seperti pakaian yang demikian, tiada boleh yang lain memakainya,
barang-siapa memakainya kelak dirampas."
Kesemua larangan tersebut jelas menunjukkan betapa tingginya taraf seseorang raja dianggap
berdaulat itu. Larangan tersebut bertujuan untuk membezakannya dengan rakyat jelata.
Dalam HKDKS, di samping warna kuning menjadi warna khusus untuk pakaian diraja, terdapat dua
perkara lagi yang menjadi kepunyaan raja seperti yangditegaskan dalam fasal 6 iaitu:
1. membuat perusung atau alat mengusung orang yangdipanggil 'raja diraja'.
2. membuat binaan sebagai tambahan kepada yang sedia ada pada bahagian kiri dan kanan sesebuah
bangunan, atau rumah, kapal atau perahu, yang dipanggil 'sayap lelayang'.
Kedua-dua perkara ini juga adalah dilarang kepada rakyat biasa membuatnya.
Bagaimanapun ada pula kekecualiannya iaitu dalam mengerjakan sesuatu adat atau aktiviti
harian, rakyat dibenarkan membina dua perkara di atas termasuk dibenarkan memakai
pakaian berwarna kuning, tetapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu dan yang ada
kaitannya dengan kebaikan atau kepentingan kepada raja.
Berikut ini diperturunkan beberapa kutipan menarik dari HKDKS yang berkaitan dengan
perkara yang dibincangkan ini:
"Fasal yang menyatakan lima perkara yang boleh diperbuat oleh mereka yang keluaran,
kerana maaf dan diampuni raja. Pertama di atas'mempelai' yang diarak, boleh ia memakai pakaian
kekuningan dan pakaian beremas dan berpayung besar yang dipegang oleh orang serta
bersorak-sorak, dinamai akan dia 'raja sehari', kerana puteranya pada sehari itulah raja kepada sekalian
warisnya." Kedua di atas 'jenazah' boleh diperbuat mereka itu raja diraja dan sayap lelayang dan sulur
bayung serta kain sampai, kerana puteranya sehari itulah hilang di mata mereka itu sekalian
warisnya, sekalian pekerjaan itu tiada menjadi tulah atau papa.Ketiga di atas 'perahu' yang dibawa
ke lautan boleh dibubuh sayap lelayang, maka petuanya tiada dapat pada ketika perahu itu dipinjam
raja. Keempat pada 'masjid' boleh dibubuh sayap lelayang, maka petuanya di rumah Allah,
apabila raja berangkat, nescaya singgah ia sembahyang. Kelima di atas 'pangkalan' yang besarbesar serta banyak orang pergi datang bolehlah diperbuat jamban berdinding papan dan bersayap
lelayang.Dan demikian juga pada 'jalan raya' hendaklah diperbuat telaga dan balai bersayap
lelayang, maka petuanya tatkala raja berangkat mudik, bila dipandangnya jamban itu baik, dan

singgahlah ia naik kepada jamban itu, danapabila berangkat berburu, bila dipandangnya, balai dan telaga itu
baik,nescaya singgahlah ia di situ, berhenti bersemayam."
Pada fasal terakhir HKDKS dinyatakan apakah sifat-sifat kebesaran yang ada pada
seseorang para pembesar seperti Syahbandar, Laksamana, Temenggung, Panglima Negeri dan lain-lain
termasuklah juga mata-mata dan 'hamba raja'.
Pada keseluruhannya yang ingin ditegaskan oleh undang-undang tersebut ialah ketika para
pembesar itu menjalankan kewajipan atau tugas yang ditetapkan, kuasa mereka seperti
seorang raja, kerana mereka menjalankan tugas raja, seperti dalam beberapa kutipan
berikut:
"Dan kebesaran Panglima Negeri, pada masa dititahkan raja berkerah, ialah raja, tiada boleh dilalui
(dibantahi) sabdanya". "Dan kebesaran Temenggung itu pada masa membunuh orang dengan titah oleh
raja, tiada boleh dilalui perkataannya kerana ialah raja pada masa itu". Di bahagian terakhir HKDKS itu
terdapat gelaran 'Seri Perdana Menteri' dan pada bahagian terakhir Hukum Kanun Kedah itu gelaran
tersebut diulang lagi dengan sebutan 'Paduka Seri Perdana Menteri' atau 'Perdana Menteri'
sahaja.
Gelaran ini diberikan kepada seseorang pembesar paling kanan iaitu berjawatan 'Bendahara' dan
ianya terus digunakan sehingga ke abad 19 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah (1881- 1943), SultanKedah ke-25. Tokoh tersebut ialah Wan Muhammad
Saman yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kedah Darulaman pada tahun 1870 di zaman Almarhum
Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah, Sultan Kedah ke-23.
4. Adat Mengenai Bunga Emas:
Peraturan atau adat tentang pembuatan bunga mas untuk dikirimkan ke Siam dan adat istiadat penabalan
seseorang raja dan juga adat pinang meminang. Undang-undang ini tidak banyak berkaitan dengan orang
ramai. Ia lebih tertumpu kepada urusan istana. Kedah terpaksa menghantar ufti berbentuk bunga
emas kepada Siam setelah tewas dalam peperangan pada abad ke-18. Sebelum itu, bunga emas hanya
dihantar sebagai tanda persahabatan Kedah-Siam.
Tidak ada catatan yang menjelaskan tentang bila peraturan ini digubal. Ia
mengandungi 24 fasal.* Bahagian Lima Undang-undang Kedah yang digubal pada 1784 Masihi berkait
dengan salinan kepada gabungan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Selain itu,
terdapat satu lagi versi Undang-undang Kedah yang dinamakan sebagai Undang-undang Kedah
versi Ku Din Ku Meh.

PIAGAM KEADILAN DIRAJA 1807, 1826, & 1855.


Pembentukan Piagam Keadilan Diraja Pertama (Royal Charter of Justice) pada tahun 1807
memberikan Syarikat Hindia Timur Inggeris hak daripada Kerajaan Diraja British untuk
mengadakan mahkamah yang dikenali sebagai Mahkamah Keadilan Pulau Pinang (Court of

Judicature of the Prince of Wales Island) dan ianya menjadi peristiwa penting kerana menjadi
penanda bermulanya undang2 bertulis Inggeris yang pertama.
Kebanyakan perbicaraan dan hukuman yang dijalankan di dalam tempoh tersebut
dilakukan dalam keadaan pentadbiran yang tergempar dan di dalam kes-kes yang besar pihak
pentadbiran Pulau Pinang terpaksa merujuk kepada pihak berkuasa Inggeris di
India. Penubuhan Mahkamah ini berikutan dengan pengisytiharan Piagam Keadilan yang
pertama di Pulau Pinang. Piagam ini telah dirangka oleh beberapa orang Pegawai Inggeris
yang berkhidmat di Pulau Pinang dan dimajukan kepada pihak kerajaan Inggeris di London
melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Penubuhan mahkamah yang selaras dengan Piagam Keadilan telah membuka suatu
zaman baru di dalam pentadbiran Inggeris di Pulau Pinang. Mahkamah ini mengandungi
seorang Presiden atau Gabenor, tiga orang pegawai perunding sebagai Hakim dan seorang
Perekod Mahkamah yang mempunyai satu kedudukan istimewa. Mahkamah tidak boleh
membuat apa-apa akta jika Perekod tidak hadir. Mahkamah ini mempunyai semua kuasa
seperti Mahkamah Tinggi di England dan mempunyai kuasa-kuasa sepenuhnya terhadap
sebarang kes awam dan jenayah.
Sempena penubuhan mahkamah ini satu istiadat mengangkat sumpah telah dilakukan
oleh Gabenor dan Hakim-Hakim dan hormat Diraja telah dibuat dengan tembakan meriam
berhampiran dengan Fort Conwallis. Mahkamah ini sebenarnya ditubuhkan untuk menjamin
keselesaan rakyat British dari segi keselamatan peribadi dan keselamatan harta benda.
Mahkamah ini juga menjamin rakyat tempatan dari segi kebebasan beragama dan kebebasan
meneruskan adat istiadat tradisi masing-masing
Diputuskan dalam kes Kamoo lwn Thomas Turner Bassett bahawa Piagam 1807 ini
telah melanjutkan bukan sahaja undang-undang jenayah Inggeris ke Pulau Pinang tetapi
termasuk juga undang-undang sivil Inggeris. Piagam ini diikuti oleh pembentukan Piagam
Kedua dan Piagam Ketiga yang mana bidang kuasanya meliputi Negeri-Negeri Selat (Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura).
Walau bagaimanapun hakim-hakim Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu ketika itu
tidak menafikan kedudukan undang-undang asal yang dilaksanakan. Contohnya dalam satu kes
iaitu kes Rahmah v. Laton yang diputuskan pada tahun 1927. Kes ini melibatkan pertikaian
antara dua orang isteri terhadap harta sepencarian yang ditinggalkan oleh suaminya selepas
suami meninggal. Dalam penghakimannya, mahkamah telah memutuskan bahawa Undangundang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi ia merupakan undang-undang asal yang
wujud dan diterima pakai serta dilaksanakan di Tanah Melayu.
Inggeris juga memperkenalkan tiga piagam yang dipanggil Charters of Justice (Piagam
Keadilan Pertama) pada tahun 1807, (Piagam Keadilan Kedua) pada tahun 1826 dan (Piagam
Keadilan Ketiga) pada tahun 1885. Semua ini bertujuan untuk mengangkat taraf Undangundang Inggeris dan secara tidak langsung menenggelamkan serta menyisihkan Undangundang Islam yang dulunya diamalkan sebagai undang-undang tempatan.

Menerusi piagam ini, sebuah mahkamah tinggi ditubuhkan di Pulau


menguatkuasa undang-undang Inggeris. Seterusnya pada tahun 1826
memperkenalkan Piagam Keadilan Kedua bagi memperkembang dan
penguatkuasaan undang-undang Inggeris ke atas tiga buah negeri selat
kekuasaannya.

Pinang dengan
Inggeris telah
menyelaraskan
yang di bawah

Puncak kepada usaha pelebaran sistem perundangan Inggeris ini tercapai pada tahun
1855 apabila sebuah piagam baru diperkenalkan dan dengan pelaksanaan piagam baru ini
mahkamah Inggeris dibahagikan kepada dua bahagian - satu di Singapura dan Melaka dan
satu lagi di Pulau Pinang. Piagam baru ini yang dikenali juga sebagai Piagam Keadilan Ketiga
telah diperluaskan ke Persekutuan Tanah Melayu bila sahaja Pulau Pinang dan Melaka menjadi
sebahagian dari Persekutuan dalam tahun 1948 Masihi.
Proses peminggiran Islam ini telah mencetuskan penentangan secara kekerasan yang
dipimpin oleh tiga golongan yang terdiri dari golongan istana dan bangsawan, ulama dan rakyat
jelata. Penentangan dengan cara yang lebih lembut dilakukan melalui gerakan Islah.
Sungguhpun gerakan Islam gagal untuk menghalang perlaksanaan undang-undang Inggeris,
terdapat beberapa kesan positif di mana Inggeris terpaksa bertindak mengubah struktur
pentadbiran agama Islam dan undang-undang Mahkamah Syariah yang sedia wujud di samping
menubuhkan Majlis Agama Islam serta menggubal undang-undang untuk dilaksanakan di
mahkamah tersebut, walaupun mengikut cita-rasa mereka sendiri.
Sungguhpun penubuhan Mahkamah Syariah adalah di bawah kuasa Majlis Undangan
Negeri, Inggeris bukan sahaja berusaha mewujudkan mahkamah tersebut bahkan tugas bagi
mengendalikannya diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang ditubuhnya yang mana
kebanyakan ahlinya terdiri dari kerabat di Raja dan golongan elit agama yang pro-kerajaan
Inggeris. Atas hakikat ini, Majlis-majlis Undangan Negeri meluluskan undang-undang untuk
dijalankan di Mahkamah Syariah atas nasihat Inggeris.
Disebabkan pandangan Inggeris terhadap agama adalah pandangan agama Kristian
yang memisahkan agama dari negara maka tidaklah menghairankan apabila bidang kuasa
Mahkamah Syariah hanya terhad kepada undang-undang keluarga Islam sahaja dan boleh
dikuatkuasakan ke atas orang-orang Islam sahaja. Manakala undang-undang Inggeris
mempunyai bidang kuasa yang luas, dijalankan di mahkamah-mahkamah awam, dan
penguatkuasaan undang-undangnya meliputi semua penduduk, Islam dan bukan Islam.
Sekiranya berlaku percanggahan di antara undang-undang Islam dan undang-undang
Inggeris, yang melibatkan orang-orang Islam, maka undang-undang Inggeris yang diambil kira
atau terpakai. Demikianlah gigihnya pihak Inggeris dalam usaha mereka untuk meminggirkan
peranan Islam dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Perlembagaan baru yang
mengiringi kemerdekaan Tanah Melayu yang digubal melalui Suruhanjaya Reid masih
menempatkan Islam di tahap yang tidak utama dalam sistem perundangan negara.
Campur tangan secara langsung terhadap urusan kekeluargaan orang Islam di Tanah
Melayu juga telah berlaku pada tahun 1880. Inggeris telah memperkenalkan satu Ordinan yang
dipanggil Muhammedan Marriage Ordinance (Ordinance no. 5, 1880). Ordinan ini digubal

dengan tujuan untuk menetapkan sejauh mana Undang-undang Islam boleh diterima dan
diiktiraf oleh mahkamah.
Dengan terlaksananya Ordinan ini juga, maka cita-cita dan usaha British untuk
memisahkan di antara urusan sivil dan urusan keagamaan yang telah dirancang semenjak
kedatangannya ke Tanah Melayu telah mula terzahir dengan begitu jelas. Apa yang berlaku
menunjukkan Inggeris telah campur tangan secara langsung atau tidak langsung terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan juga adat-istiadat Melayu.
Dalam Ordinan ini, perkara mengenai pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang
Islam, pengiktirafan kepada kedudukan Kadi dan peraturan terhadap harta perempuan yang
berkahwin telah diperuntukkan. Ordinan tersebut telah mengalami beberapa pindaan pada
tahun 1894, 1902, 1908, 1909 dan juga pada tahun 1917. Dalam pindaan tersebut, British telah
membuat peruntukan yang menyentuh secara terbuka tentang Undang-undang Keluarga Islam.
Ordinan ini dan pindaannya telah digubal kembali dan disebut Ordinan No. 26 tahun 1920 dan
seterusnya dipinda lagi pada tahun 1923 dan 1934 sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam
Chapter 57 of the Revised Laws of the Straits Settlement, 1936.
Begitu juga bagi Negeri-negeri Tidak Bersekutu pula iaitu negeri Kedah, Johor dan
Kelantan, diperkenalkan kod undang-undang yang dipanggil Kedah, Mohammedan Marriages
(Separation) Enactment 1913, 1932, atau dikenali sebagai Undang-undang Syiqaq 1332H
(1913M) dan juga Syariah Court Enactment No. 109/1934.. Manakala bagi penduduk Kelantan
pula dikuatkuasakan satu kod undang-undang yang dipanggil Notis Fasal Orang Islam
Berkehendakkan Berbini Dua, Tiga dan Empat 1914 yang kemudiannya ditambah dengan kod
The Notice On Matters Relating to Marriage, Divorce, Recohabition and Talik 1915. Kod lain
turut diperkenalkan pada tahun 1919 iaitu Muhammadan Division of Property between Husband
and Wife of 1919.
Undang-undang Inggeris ini seterusnya diperkenalkan ke Negeri Melayu Bersekutu
melalui Enakmen Undang-undang Sivil 1937, Sabah melalui Ordinan Undang-undang Sivil 1938
dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu melalui Enakmen Undang2 Sivil 1951 dan akhirnya
keseluruhan
Persekutuan Tanah
Melayu
melalui Akta Undang2
Sivil
1956.

PERJANJIAN PERSEKUTUAN, 1895.


Latar Belakang Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895. Satu perjanjian yang dikenali
sebagai Perjanjian Persekutuan 1895 telah ditandatangani di antara Gabenor Negeri-negeri
Selat, Sir Cecil Clementi Smith bagi pihak Kerajaan British dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia
Sultan Idris, Perak; Sultan Suleiman, Selangor; Sultan Mahmud, Pahang; dan Yam Tuan Besar

Sri Menanti, Dato Bandar Sungai Ujong, Undang Johol, Undang Rembau dan Tengku Dewa
Tampin.

Latar Belakang Perjanjian Persekutuan 1895


Idea penubuhan persekutuan dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892 kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Smith menghantar laporan
kepada Pejabat Tanah Jajahan mencadangkan penubuhan persekutuan yang terdiri daripada
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Dalam laporan itu, beliau menegaskan penubuhan persekutuan akan menguntungkan British
dan negeri tersebut dari segi politik, ekonomi dan sosial. Frank Swettenham mengambil inisiatif
dengan mendapatkan persetujuan Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan terhadap penubuhan persekutuan.
Pada 1 Julai 1895, Sultan tersebut menandatangani perjanjian persekutuan. Pada 1 Julai 1896,
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan semasa Sir Charles Mitchell menjadi Gabenor
Negeri-negeri Selat. 4 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
disatukan menjadi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di mana pusat pentadbiran terletak
di Kuala Lumpur. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral di mana Jawatan Residen masih kekal di
negeri masing-masing. Frank Swettenham adalah Residen Jeneral Pertama NNMB dari tahun
1896 hingga 1900.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini
dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila
ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
digabungkan bagi membentuk Malayan Union.
Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.
Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura.

Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895:


1.
Perak, Pahang Selangor dan Negeri Sembilan digabungkan sebagai persekutuan yang
dikenali sebagai Ngeri-negeri Melayu Bersekutu. Persekutuan menjadi negeri lindungan
British di mana hal ehwalnya dikuasai oleh British.
2.
Perjanjian ini mengesahkan semua perjanjian yang ditandatangani di antara keempatempat negeri itu.
3.
Kuasa Sultan hanya terhad ke atas negeri tersebut. Sultan tidak boleh mengadakan
hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
4.

Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral.

5.

Gabenor Negeri-negeri Selat dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.

6.

Residen akan menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.

7.

Beberapa jabatan persekutuan akan ditubuhkan.

8.

Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.

9.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menubuhkan pasukan tentera untuk menjaga
keamanan persekutuan dan Negeri-negeri Selat jika diperlukan.
10.

Kerjasama antara negeri akan dijalankan dalam politik, ekonomi dan sosial.

11. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal oleh
pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
12.

Majlis Mesyuarat Raja-raja akan ditubuhkan.

13. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang menjadi badan pentadbiran Negeri-negeri Melayu
Bersekutu akan ditubuhkan.
14. Tiada syarat dalam perjanjian ini yang bertujuan mengurangkan kekuasaan dan
kewibawaan Sultan.

Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896 (Negeri-Negeri Melayu


Bersekutu)
Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) di Singapura)

Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur dan tinggal di Carcosa tahun 1898)

Residen
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang

Kesan-Kesan Pembentukan Persekutuan 1896


1.

Politik

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berjaya mewujudkan keseragaman dan


kecekapan pentadbiran di seluruh persekutuan. Keamanan dan peraturan yang stabil dan
menyeluruh berjaya diwujudkan di seluruh persekutuan. Perkara yang berkaitan dengan
persekutuan seperti sistem pentadbiran, cukai, keadilan, Undang-undang Tanah dapat disatu

dan diselaraskan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat,
khususnya arahan Residen Jeneral yang mengenai persekutan.
Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, polis, kastam,
perhutanan, hal-ehwal orang Cina, kerja raya, keretapi ditubuhkan. Frank Swettenham dilantik
sebagai Residen Jeneral pertama pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri Melayu Bersekutu bukan
merupakan sebuah persekutuan dalam erti kata sebenarnya lebih merupakan kesatuan politik.
Semua urusan pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat khususnya Residen Jeneral
yang berkuasa penuh dalam semua hal-ehwal termasuk kewangan. Punca utama hasil (duti
eksport) juga dibawah kawalan kerajaan pusat. Tiada pembahagian antara kerajaan negeri dan
kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya mengikut arahan pusat dalam menjalankan pentadbiran.
Penubuhan Jabatan Persekutuan menyebabkan tumpuan besar ke atas kerajaan pusat.
Jabatan negeri mengikut arahan jabatan pusat.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan Residen Jeneral muncul sebagai
orang paling berkuasa dalam persekutuan kerana semua urusan pentadbiran dijalankan atas
arahannya. Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri tidak dapat mengawal kuasanya.
Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan pentadbiran negeri.
Gabenor Negeri-negeri Selat yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan juga tidak
dapat mengawal kuasa Residen Jeneral kerana beliau berada di Singapura untuk mentadbir
Negeri-negeri Selat. Selain itu, sudah menjadi kecenderungan Residen Jeneral menjalankan
pentadbiran tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan yang
diharap mengawal kuasa Residen Jeneral tidak ditubuhkan sehingga tahun 1909.
Penubuhan persekutuan juga menyebabkan Sultan, Residen dan Majlis Mesyuarat Negeri
kehilangan kuasa. Mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral dalam menjalankan
pentadbiran. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu.
Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah
arahan Residen Jeneral. Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan fungsi sebagai institusi
pentadbiran. Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi undangundang digubal oleh Pegawai Persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
Majlis Mesyuarat Negeri tiada kuasa pembatal dan terpaksa meluluskan undang-undang yang
dipersetujui.
Penubuhan Jabatan Persekutuan telah menyebabkan lebih ramai Pegawai British yang
diambil tugas. Keadaan ini menunjukkan seolah-olah Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditadbir
secara langsung oleh British. Pemusatan kuasa yang keterlaluan telah menimbulkan bantahan
Sultan, contohnya, dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja Kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903,
Sultan Idris (Perak) telah mengecam hebat pemusatan kuasa dan mendesak diambil langkah
melaksanakan desentralisasi (pengagihan kuasa) bagi mengembalikan kuasa Sultan, Residen
dan Majlis Mesyuarat Negeri. Sultan Idris juga mendesak lebih ramai orang Melayu dilantik
dalam jabatan persekutuan. Penubuhan persekutuan membolehkan Sultan Perak, Selangor,
Pahang dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bertemu dan berbincang bersama-sama
kepentingan bersama dalam Majlis Mesyuarat Raja-raja sejak tahun 1897 dan Majlis Mesyuarat
Persekutuan sejak 1909.

2.

Ekonomi

Perkembangan ekonomi yang pesat di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kestabilan politik
telah membawa kepada kestabilan ekonomi. Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan
keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil
persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya. Keadaan politik
dan peluang-peluang ekonomi telah menggalakkan pelabur-pelabur dari Negeri-negeri Melayu
atau Seberang Laut untuk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi, khususnya bijih timah dan
getah. Kedatangan mereka telah menyebabkan berlakunya pertambahan hasil di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, contohnya hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896 berjumlah $8.5
juta telah meningkat kepada $24 juta pada tahun 1909.
Pembinaan sistem jalan raya dan jalan keretapi terutamanya yang menghubungkan
negeri telah memajukan lagi kegiatan ekonomi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun
1904, sudah terdapat jalan raya sepanjang 2400 km dan jalan keratapi sepanjang 340 batu.
Pada tahun 1903, terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan disambungkan ke Johor
Bahru pada tahun 1909.
Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah memajukan perusahaan bijih timah
dan getah. Buktinya pada tahun 1889 eksport bijih timah Perak, Pahang Selangor dan Negeri
Sembilan berjumlah 20000 tan. Pada tahun 1904, eksport bijih timah persekutuan ialah 70000
tan. Selepas penubuhan persekutuan, orang-orang Eropah mula mengambil alih penguasaan
ke atas perlombongan-perlombongan bijih timah yang dikuasai oleh orang-orang Cina. Begitu
juga dengan perusahaan getah yang semakin berkembang selepas penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar, 1905 50 ribu ekar dan 1909
meningkat kepada 200 ribu ekar yang ditanami getah.

3.

Sosial

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan


peraturan. Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah
menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan
persekutuan dan perkembangan bijih timah. Kedatangan imigran telah menyebabkan
pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, kedatangan imigran juga
mewujudkan masyarakat majmuk. Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang
berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan
pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping,
Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, terdapat pelbagai kemudahan sosial seperti perhubungan, kesihatan,
pelajaran dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kemudahan sosial itu mempunyai kepentingan
ekonomi kerana ia disediakan di kawasan yang mempunyai kegiatan ekonomi. Pada tahun
1909, terdapat 52 buah klinik di persekutuan dan 1904 kemudahan perhubungan diadakan
(2400 km jalan raya dan 340 batu jalan keretapi). Dalam bidang pelajaran, banyak sekolahsekolah didirikan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1907, terdapat 266 buah
sekolah Melayu, 1903 terdapat 15 buah sekolah Tamil dan 1911, 50 buah sekolah Cina. Selain
itu, terdapat sekolah Inggeris yang didirikan oleh kerajaan dan mubaligh. Pada tahun 1905,

Maktab Melayu Kuala Kangsar dibina khas untuk anak-anak golongan bangsawan. Pada tahun
itu, kerajaan membina maktab teknik di Kuala Lumpur untuk menyediakan tenaga mahir bagi
Jabatan Kerja Raya dan keretapi.

Kesan-Kesan Akibat Kuasa Sultan Dikurangkan


Sultan-sultan NNMB tidak puas hati. Tahun 1897 British bersetuju menubuhkan DURBAR iaitu
Persidangan Raja-Raja Melayu bagi mengatasi masalah
Ahli-ahli Durbar ialah;
1.
Pesuruhjaya Tinggi
2.
Raja-Raja Melayu
3.
Residen Jeneral
4.
4 orang Residen (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang)
Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak
Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI JOHOR, 1895.

Dimasyurkan pada 14 April 1895 (18 Syawal 1312H) oleh Sultan Abu Bakar
Sultan Abu Bakar menggelarkan dirinya sebagai al-Wathiq-billah bermaksud orang yang percaya
kepada Allah
Tauladan dan panduan kepada pemerintahan kerajaan Johor

Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895


1. Syarat-syarat bagi melantik atau menabalkan Sultan serta menetapkan wang-wang
perbelanjaan dan aturan-aturan bagi menggantikan Sultan Johor itu hingga
berketurunan
2. Peraturan-peraturan dan kewajipan-kewajipan Majlis Mesyuarat Menteri-menteri dan
Majlis Mesyuarat Negeri

3. Aturan-aturan berkenaan dengan agama dalam negeri Johor


4. Menetapkan asas hukuman-hukuman undang-undang yang akan dijalankan di dalam
mahkamah-mahkamah keadilan
5. Mengenai perjanjian dengan negara-negara asing.

Semenjak ia diperakukan dan dimasyhorkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini telah
mengalami empat kali tambahan yang berlaku di sepanjang pemerintahan Sultan Ibrahim.
Kerajaan Johorlah yang mula-mula memakai Undang-undang Tubuh yang bertulis.
Perubahan pertama pada 1 April 1908
Perubahan kedua pada 17 September 1912
Perubahan Ketiga pada 12 Mei 1914
Perubahan Keempat pada 17 Julai 1918

Keistimewaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing

Pembentukan Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri

Orang Melayu hendaklah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Menteri yang berfugsi
menasihati Sultan Mentadbir negeri

Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah dianggotai oleh rakyat Johor dan berperanan
menggubal undang-undang negeri.

Kesinambungan Perlembagaan Malaysia

Baginda menganjurkan perhimpunan agung pertama UMNO di istana baginda di Johor


Bahru pada Mei 1946. Beliau turut sama memboikot perlantikan gabenor pertama
Malayan Union.

Hasil daripada kejayaan orang-orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union,


para pemimpin negeri-negeri Melayu yang lain turut menggunakan Undang-undang
Tubuh Negeri Johor sebagai model bagi perlembagaan masing-masing bagi melindungi
kedaulatan negeri-negeri Melayu

Digunapakai sebagai panduan dalam pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah


Melayu.

PERLEMBAGAAN ISLAM TERENGGANU 1911 (Itqan al-Muluk Bi Tadil al-Suluk)


Itqan Al-Muluk Bi Taqil As-Suluk @ Kesungguhan Raja-raja dengan Pemerintahan yang Adil
adalah Undang-undang Bagi Diri (undang-undang tubuh) Kerajaan Negeri Terengganu Darul
Iman yang disusun dan diwujudkan semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Undangundang ini diwujudkan untuk mengekang pengaruh British disamping suatu pengisytiharan
bahawa Terengganu merupakan negeri Melayu Islam merdeka dan berkerajaan sendiri serta
mengekalkan sistem amalan monarki. Undang-undang yang diisytiharkan pada 2 November
1911 bersamaan 11 Zulkaedah 1329 Hijrah ini mengandungi 53 fasal, satu pendahuluan
(muqaddimah) dan satu penyudahan (khatimah) yang bertujuan ntuk menguatkan kuasa
kesultanan dan menghalang sebarang tindakan yang akan menyebabkan Terengganu dijajah.
53 fasal daripada Perlembagaan Itqan Al-Muluk Bi Tadil Al-Suluk yang telah digubal oleh ulama
ini boleh dibahagikan kepada beberapa inti pati utama seperti berikut (Mohd Nazri, 2006):
1. Meletakkan asas bahawa negeri Terengganu adalah sebuah negeri Islam yang
berdaulat.
2. Mempertahankan dan menentukan kedudukan raja dalam negeri. Ia terdiri daripada (a)
perlantikan raja dan tanggungjawabnya. (Fasal 2: maka hendaklah yang memerintah
kerajaan Terengganu selama-lamanya dia beragama Islam dan daripada bangsa Melayu
dan darah daging keturunan sultan-sultan yang memerintah kerajaan Terengganu dan
laki-laki sebagaimana tartib dan syarat-syarat yang tersebut pada Fasal 3,4 dan 5) (b)
kebajikan raja dan kerabat keturunannya.
3. Mengasaskan dan menyusun atur pemerintahan negeri Islam moden. Ia terdiri daripada
(a) bentuk, struktur dan pengendalian pemerintahan negeri, dan (b) pentadbiran
undang-undang.
4. Menerapkan pengaruh sistem politik Islam dalam pemerintahan negeri.

Fasal dalam Perlembagaan


F1 pelantikan raja
F2 syarat menjadi raja
F3 waris raja
F4 tertib raja
F5 zuriat sultan
F6 raja yang belum cukup umur
F7 tegahan kepada raja
F8 sara hidup kerabat diraja

F9 menteri (bilangan menteri, kesetiaan menteri dan pelantikan menteri)


F10 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
F11 tanggungjawab pembesar
F12 kedudukan agama Islam
F13 ketaatan kepada pemerintah
F14 kesalahan khianat kepada negeri
F15 pemilihan Menteri Besar dan Naib Menteri Besar
F16 kepentingan dan agenda mesyuarat kerajaan
F17 mengadakan perjanjian
F18 hubungan kerajaan dengan kerajaan lain
Laporan de Moubray ini perlu dikaji dan diteliti untuk mengetahui kesahihan dakwaan tersebut.
Jika ditelusuri Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu atau Itqan Muluk dalam fasal 3
misalnya disebutkan dengan jelas aspek syarat menjadi raja, iaitu Islam, Melayu, sempurna
(akal dan anggota) dan adil saja yang membolehkan seseorang dilantik sebagai sultan. Malah,
terdapat beberapa peruntukan dalam Undang-undang bagi Diri Kerajaan Terengganu ini yang
menjelaskan pertimbangan atas dasar agama, antaranya:
1. Agama bagi negeri Terengganu ialah Islam. Kerajaan Terengganu dianggap Kerajaan
Islamiyah Melayuiyah, yang menjadikan Islam sebagai agama negeri dan kerajaan,
manakala agama lain dibenarkan diamalkan dengan aman.
2. Syarat bagi pelantikan Raja, Jemaah Menteri, Menteri Besar dan Ahli al- Halli waal-Aqdi (Jemaah Pangkuan Negeri) hendaklah beragama Islam. Walau bagaimanapun,
Ahli Mesyuarat Kerajaan tidak semestinya beragama Islam atau berbangsa Melayu.
Peruntukan ini memperlihatkan bahawa Raja merupakan Ketua Agama Islam.
3. Hukum syarak dijadikan rujukan dan ikutan. Undang-undang Islam diterima dan
dilaksanakan tanpa sebarang tokok tambah. Misalnya, Kerajaan tidak berkuasa
menggubal, meminda atau menambah mengenai perkara agama dan hukum syarak
kerana itu daripada Allah SWT. Rumah dan kampung kediaman Raja boleh diwarisi
berdasarkan hukum syarak.
4. Hukum syarak dijadikan pertimbangan nilai dalam pemerintahan atau memutuskan
sesuatu tindakan. Misalnya, peruntukan yang menyatakan Raja yang bersifat keji yang
tidak dibenarkan hukum syarak boleh diganti, dan Menteri yang melakukan dosa pada
hukum syarak boleh dipecat. Hari-hari kebesaran Islam amat dihormati, seperti tidak

mengadakan mesyuarat Kerajaan pada bulan Ramadan, pada hari-hari kebesaran Islam
atau kelepasan am kecuali kerana darurat.
5. Penglibatan alim ulama dalam pemerintahan. Keadaan ini berdasarkan kesaksian dan
persetujuan pada penggubalan undang-undang tubuh ini yang melibatkan ulama
Terengganu pada masa itu, iaitu Engku Syed (Syed Abdul Rahman) bin Muhammad alIdrus (Tok Ku Paloh), yang berpangkat Syeikh al-Ulama dan Tuan Dalam (Syed
Mustafa) bin Muhammad al-Idrus yang berpangkat Ulama.
Aspek Pemerintahan dan Perundangan
Kebimbangan Sultan Zainal Abidin III terhadap usaha British yang ingin menguasai Terengganu
dapat diatasi melalui penubuhan perlembagaan baharu bagi mengekalkan kedaulatan negeri
Terengganu. Malah dalam kajian Nik Haslinda (2014) menyatakan bahawa sesiapa sahaja
termasuk para menteri dan ahli jemaah yang bertindak atau berikhtiar mengadakan sebarang
perjanjian dengan kuasa asing atas niat menyerahkan negeri atau hendak mengurangkan
kuasa dan hak kerajaan Terengganu, dianggap telah menderhaka kepada raja dan kerajaan
serta boleh dihukum sepadan dengan dosanya sebagai mana tertakluk dalam Fasa 14.
Keadaan ini secara tidak langsung menyukarkan tindakan kuasa asing seperti British
menguasai Terengganu.
Undang-undang ini merupakan dokumen perlembagaan tertinggi secara bertulis yang
memperuntukan secara khas kuasa bagi penubuhan dua badan tertinggi di negeri Terengganu
iaitu Jemaah Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Diperingkat awal pelaksanaannya, Raja
atau sultan tertakluk pada peruntukan undang-undang dan hukum syarak sebagaimana yang
termaktub dalam Fasal 3 bagi Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu. Sesuatu
keputusan, Sultan hendaklah mengadakan mesyuarat walaupun mempunyai kuasa dalam
melantik, memecat atau menjatuhkan hukuman seperti yang kandung dalam Fasal 6,7, 9 dan
10. Garis panduan yang terkandung dalam perlembagaan ini memperlihatkan bahawa
keputusan yang dicapai secara demokratik adalah yang terbaik sama ada keputusan itu
diputuskan oleh Sultan atau pembesar yang lain (Nik Haslinda, 2014).
Kunjungan W. Coway pada tahun 1909 sebagai wakil Inggeris yang pertama di Terengganu,
beliau menyaksikan bagaimana tatacara undang-undang Terengganu dijalankan mengikut
lunas-lunas Islam. Terdapat dua jenis mahkamah yang ditubuhkan iaitu Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Balai. Hakim kedua-dua mahkamah ini berkelulusan undang-undang Islam.
Mahkamah syariah mengendalikan permasalahan ibadat dan munakahat. Mahkamah Balai pula
menyelenggarakan perundangan yang berkaitan dengan jenayah dan muamalat. Sesuatu
kesalahan melibatkan hukuman hadd, maka perundangan Islamlah yang akan digunakan. Kes
rogol contohnya, memerlukan dua saksi lelaki Islam. Walaupun sabit kesalahan tetapi kerana
kurang saksi, maka tuduhan gugur dengan sendirinya (Yusoff Hashim, 1991).
Aspek Keagamaan dan Syariat Islam
Sultan Zainal Abidin III ialah seorang yang sangat warak dan sangat komited kepada
pengajaran dan amalan Islam di negerinya. Gabenor Straits Settlement Mitchell menyatakan

dalam suratnya bertarikh 14 September 1896 bahawa Sultan Zainal Abidin was very
studious, reading many Arabic works of science, very strict in religious observance. (Yusoff
Hashim, 1991). Malah menurut Musa Hashim & Adi Yasran (2011), baginda mahir dalam
bahasa Arab dan mempunyai beberapa orang guru dari kalangan ulama yang tersohor
antaranya Wan Muhammad Wan Abdullah iaitu putera seorang ulama terkenal Tok Sheikh
Duyung dan juga berguru dengan Engku Syed Keramat dan mengambil banyak daya usaha
untuk melaksanakan hukum Islam di Terengganu. Oleh itu tidak hairanlah Undang-undang
Terengganu atas perintah baginda ini banyak di pengaruhi Islam.
Keutuhan agama Islam menjadi tulang belakang kekukuhan politik pemerintah di
Terengganu. Hal demikian diselaraskan dengan kehendak Fasal ke-51 Undang-undang Tubuh
Kerajaan Terengganu yang memperuntukan Islam sebagai agama negeri (Yusoff Hashim,
1991). Pengenalan dan pengamalan berbagai-bagai aspek agama seperti syariah,
perundangan (jenayah dan awam), muamalat, pewarisan dan hak milik menyebabkan ulama
mendapat kedudukan istimewa dalam masyarakat. Keadaan ini diperlihatkan melalui peranan
golongan ulama yang berfungsi sebagai penasihat dalam hal ehwal agama, menjadi guru dan
juga sahabat kepada raja. Malah, banyak golongan ulama yang dilantik dalam Jemaah Menteri
disebabkan pengaruh mereka terhadap sistem pemerintahan di Terengganu. Tambahan pula,
pertukaran dan penghayatan akidah Islam dalam kalangan masyarakat Melayu di Terengganu
mengundang cemburu pemerhati barat (Clifford 1992). Menurut Wan Hussein Azmi (1985),
secara amnya sebelum kedatangan Islam masyarakat Melayu mempercayai khurafat tetapi
apabila berlaku perubahan pegangan, mereka memilih Islam sebagai anutan berbanding
dengan ajaran-ajaran yang lain. Oleh kerana perubahan pegangan ini berlaku tanpa paksaan,
hal ini mengundang cemburu kepada aktivis agama yang lain.
Aspek Sosial
Masyarakat Terengganu sendiri telah menerima asuhan dan tarbiah daripada ulama melalui
pengajian di pondok-pondok, madrasah, surau dan masjid. Malah, Sultan yang memiliki kuasa
turut memberi sokongan dan kemudahan kepada ulama untuk menjayakan misi dakwah
mereka kepada masyarakat awam. Sokongan ini membawa kepada tertubuhnya beberapa
buah pondok dan madrasah di Terengganu. Antaranya ialah Pondok Pulau Manis, Pondok Bukit
Bayas dan Pondok Pulau Duyung (Ishak Saat, 2005). Selain daripada pondok, surau dan
masjid juga menjadi medan penyebaran ilmu.
Biasanya, ulama-ulama ini akan hadir ke masjid atau surau berkenaan pada hari-hari
tertentu untuk memberi kuliah. Antara surau yang pernah menjadi pusat pengajian seperti ini
ialah Surau Sayid Sagar yang terletak di bandar Kuala Terengganu yang menjadi tempat untuk
Haji Abdul Rahman Limbong menyampaikan kuliahnya kepada masyarakat awam. Sehubungan
dengan itu, kewujudan institusi masjid dan surau dalam sesebuah kampung dapat
memperkukuhkan orientasi keislaman. Sistem pengajian yang terbuka dan keikhlasan golongan
ulama untuk mengembangkan ajaran dan akidah Islam melalui institusi-institusi tersebut,
memberi peluang yang sama rata kepada seluruh lapisan masyarakat awam di Terengganu,
untuk mempelajari dan menghayati kesucian ajaran dan akidah Islam. Oleh itu, penghayatan
Islam dalam kalangan masyarakat di Terengganu membangkitkan semangat anti kolonialis
(Safri Ali & Fauzi Hamat, 2011).

UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH DAN SARAWAK


Di Malaysia Timur terdapat juga undang-undang adat yang masih berkuatkuasa. Undang-undang ini
digunakan terutamanya di kawasan luar bandar, dan dikuatkuasa oleh Mahkamah Asli. Di Sabah,
suatu bentuk hukuman ganjil yang boleh dikenakan Mahkamah Asli ialah sogit, iaitu sebentuk ganti
rugi yang mana pesalah diarah membayar dalam bentuk ternakan atau tanaman.[7] Mahkamah Asli
ditabdbirkan oleh Enakmen Mahkamah Asli, dan keputusan mahkamah ini boleh dirayu di
mahkamah-mahkamah utama Malaysia.[8] Di Peninsular, Mahkamah Penghulu juga serupa
peranannya.

PENDAHULUAN
Mahkamah Anak Negeri (MAN) merupakan salah satu institusi kehakiman yang telah lama
wujud di Negeri Sabah. Kewujudannya ada kaitan dengan pertapakan secara rasmi Syarikat
Borneo Utara British (SBUB) di negeri ini pada tahun 1881. Tulisan ini membincangkan
mengenai peranan MAN dalam konteks mentadbir dan melaksanakan undang-undang adat
dengan mengambilkira undang-undang bertulis yang terpakai bagi mahkamah lain iaitu
Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Perkara ini perlu dijelaskan memandangkan adanya
satu peruntukan khas dalam Enakmen Mahkamah Anak Negeri tahun 1992 (EMAN 1992) iaitu
Seksyen 9 yang menyatakan bahawa Mahkamah Anak Negeri tidak berbidang kuasa ke atas
mana-mana perkara yang terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah
Syariah. Penjelasan mengenai perkara ini dapat mengelak dari berlakunya isu pertindihan
bidangkuasa mendengar kes khususnya di pihak MAN sendiri.

PENUBUHAN MAHKAMAH ANAK NEGERI


Mahkamah Anak Negeri ditubuhkan di bawah Bahagian II yang meliputi Seksyen 3, 4 dan 5
EMAN 1992. Melalui peruntukan tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah diberi kuasa untuk
menubuhkan Mahkamah Anak Negeri di mana-mana tempat yang disifatkan patut dan boleh
menetapkan wilayah bidang kuasa mahkamah-mahkamah berkenaan melalui pewartaan.
Kewujudan MAN dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang memberi pengiktirafan
kepada kedua Negeri Sabah dan Sarawak untuk meneruskan pemakaian dan pelaksanaan
undang-undang adat anak negeri, termasuk penubuhan Mahkamah Anak Negeri
Terdapat 3 peringkat MAN di Sabah yang terdiri daripada:
(a) Mahkamah Anak Negeri
(b) Mahkamah Anak Negeri Daerah
(c) Mahkamah Rayuan Anak Negeri
BIDANGKUASA MAHKAMAH ANAK NEGERI SABAH

Bidangkuasa MAN boleh dilihat dengan jelas dalam Seksyen 6(1) Enakmen Mahkamah Anak
Negeri 1992 seperti berikut:
(a) Kes-kes yang timbul daripada perlanggaran undang-undang atau adat anak negeri yang
semua pihaknya adalah anak negeri;
(b) Kes-kes yang timbul daripada perlanggaran jundang-undang atau adat anak negeri,
daripada segi agama, perkahwinan atau seksual, jika izin bertulis Pegawai Daerah yang
bertindak atas nasihat dua orang Ketua Anak Negeri telah didapatkan bagi memulakan
prosiding, jika satu pihaknya adalah bukan anak negeri;
(c) Kes-kes melibatkan undang-undang atau adat anak negeri berhubung dengan(i)
Pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembatalan perkahwinan atau
pemisahan kehakiman;
(ii)
Pengambilan anak angkat, penjagaan dan keesahan;
(iii)
Hadiah atau pewarisan dengan wasiat atau tak berwasiat; dan
(d) Kes-kes lain jika bidang kuasa diberikan kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana
undang-undang bertulis yang lain.
Bidangkuasa jenayahnya dikawal oleh Akta Mahkamah Anak Negeri (Bidangkuasa Jenayah)
1991. Dalam akta ini, MAN diberi kuasa menghukum dengan denda kepada pesalah jenayah
tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya.[6]

SEKSYEN 9 DAN IMPLIKASINYA KE ATAS BIDANG KUASA MAHKAMAH ANAK NEGERI


Penambahbaikan undang-undang bertulis di Malaysia dan khususnya di Sabah terus berlaku.
Pada tahun 1988, telah berlaku sejarah penting bagi negara apabila Parlimen meluluskan
pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Pindaan pada perkara 121(1A) Perlembagaan telah menyingkirkan sebarang tindakan
Mahkamah Awam untuk mendengar dan memutuskan kes yang mana jelas jatuh di bawah
bidangkuasa Mahkamah Syariah. Bidangkuasa Mahkamah Syariah secara amnya dapat dilihat
pada Senarai 2, Jadual 9, Perlembagaan Persekutuan.
Dalam konteks Mahkamah Anak Negeri, perkara yang sama juga berlaku 4 tahun kemudian.
Pada tahun 1992, Badan Perundangan Negeri Sabah telah meluluskan satu undang-undang
khas bagi Mahkamah Anak Negeri yang dinamakan sebagai Enakmen Mahkamah Anak Negeri,
1992. Selaras dengan roh dan semangat Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan di atas,
Enakmen ini turut memasukkan satu peruntukan penting bagi mengelak terjadinya konflik
pertindihan bidangkuasa antara Mahkamah Anak Negeri dengan Mahkamah Sivil dan
Mahkamah Syariah. Seksyen 9 EMAN 1992 menyebut seperti berikut:
Mahkamah Anak Negeri tidak boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan
apa-apa kuasa atau perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah atau
Mahkamah Sivil.

Dapat difahami bahawa MAN tidak berbidangkuasa ke atas perkara atau kuasa yang jatuh di
bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil. Dalam konteks undang-undang
keluarga, agama yang dianuti oleh seseorang yang berstatus Anak Negeri atau bumiputera,
tanpa mengira di mana ia tinggal, samada di Sabah, Sarawak atau di Semenanjung boleh
memberi kesan perundangan ke atas dirinya, khususnya perkara berkaitan perkahwinan dan
perceraian. Jika ia seorang Muslim, tidak ada pilihan lain melainkan tertakluk kepada undangundang keluarga Islam. Sebaliknya bagi orang bukan Islam, mereka mempunyai pilihan
samada memilih untuk menggunakan saluran undang-undang Sivil atau undang-undang adat.
Bagi penulis, antara langkah yang boleh diambil sebelum MAN mendengar kes di hadapannya
bagi mempastikan samada kes berkenaan jatuh di bawah bidang kuasanya atau tidak adalah:
(a) memastikan apakah bentuk atau jenis tuntutan atau dakwaan pihak dalam kes
berkenaan. Jika aduan atau dakwaan adalah berkenaan rogol atau mencuri, maka awalawal lagi kes berkenaan tidak patut dilayan di Mahkamah Anak Negeri. Ini kerana, ia
jelas jatuh di bawah bidangkuasa Mahkamah Awam.
(b) Memastikan bahawa hanya perkara berkaitan adat sahaja yang boleh dikendalikan
di Mahkamah Anak Negeri. Jika, perkara yang dibawa tidak ada kaitan dengan adat, itu
satu tanda yang jelas bahawa perkara tersebut perlu dibawa ke Mahkamah yang lain.
(c) Memastikan apakah agama pihak yang mengemukakan kes di hadapannya. Jika
pihak adalah orang Islam, perlu pula lihat apakah jenis atau perkara yang dibawa itu
termasuk dalam senarai perkara yang boleh didengar dan dibicarakan di Mahkamah
Anak Negeri.
Bagi memudahkan usaha ini, adalah disarankan bahawa setiap warga MAN mempunyai
senarai yang jelas mengenai perkara yang jatuh di bawah bidang kuasanya dan perkara yang
jatuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil. Jika senarai ini belum diwujudkan,
penulis mencadangkan agar satu usaha dilaksanakan untuk merealisasikan perkara ini. Senarai
berkenaan boleh ditulis dalam bentuk buku untuk menjadi panduan kepada semua warga
Mahkamah Anak Negeri. Ini kerana, terdapat juga kes-kes di mana Mahkamah Anak Negeri
boleh mendengar dan memutuskan kes adat melibatkan orang-orang Islam sebagaimana dapat
dilihat dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri 1995. Usaha ini dilihat amat berkesan
bagi mengelak sebarang kekeliruan mahupun pertindihan dalam menguatkuasa dan
melaksanakan undang-undang.
Warga Mahkamah Anak Negeri juga disarankan agar memiliki undang-undang bertulis
yang terpakai bagi Mahkamah Syariah. Alangkah cantiknya jika perpustakaan Mahkamah Anak
Negeri di setiap daerah mempunyai barisan dan rangkaian Enakmen yang terpakai bagai
Mahkamah Syariah! Termasuk undang-undang bertulis yang perlu dibekalkan adalah
Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan (Penal Code), Akta Memperbaharui UndangUndang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dan lain-lain lagi yang dikira relevan. Bagi Penulis,
ini suatu keperluan yang wajar diberi perhatian. Ia memudahkan para Hakim Mahkamah Anak
Negeri membuat rujukan degan cepat dan tepat bagi mengelak berlakunya pendengaran kes
yang tidak sepatutnya didengar di Mahkamah berkenaan.

Perlu ditekankan bahawa sebarang tindakan mana-mana mahkamah untuk mendengar,


membicara dan memutuskan suatu kes yang bukan dalam bidang kuasanya akan
menyebabkan keputusan tersebut boleh dicabar di Mahkamah Sivil. Jika jelas tiada bidang
kuasa, keputusan mahkamah berkenaan boleh dibatalkan dan ini merugikan pihak-pihak yang
terlibat dari segi kos, tenaga dan masa.
Justeru, orang Islam boleh menjadi pihak di MAN. Hal ini dapat dilihat berdasarkan
kepada apa yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Undang-Undang
Adat Anak Negeri) 1995. Kaedah ini mengandungi 9 Bahagian yang mengandungi perkaraperkara seperti berikut:
(1) Bahagian I Permulaan;
(2) Bahagian II Serangan, hentaman dan kelakuan mengancam;
(3) Bahagian III Kesalahan seksual;
(4) Bahagian IV Perkahwinan, pertunangan dan pikatan;
(5) Bahagian V Tanah perkuburan dan kematian;
(6) Bahagian VI Perangan buruk melampau, kelucahan dan khianat;
(7) Bahagian VII Mungkir janji;
(8) Bahagian VIII Kelahiran dan pantang adat;
(9) Bahagian IX Peruntukan am.

PERLEMBAGAAN 1946-1948
PERBANDINGAN PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION (1946)

Selepas Perang Dunia Kedua, Kolonial British telah memerintah semula Tanah Melayu
menerusi Perlembangaan Malayan Union. Ia merupakan suatu perancangan yang strategik di
bawah Malayan Planning Unit (MPU) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1943. MPU diketuai
oleh Ralph Hone yang ketika itu menjadi Ketua Jabatan Asia Tenggara di Pejabat Tanah
Jajahan (Simandjuntak,1985). Pada 1 Apiril 1946, kerajaan Malaysia Union telah diisytiharkan
secara rasmi yang diketuai oleh Edward Gent. Antara kandungan utama perlembangan
Malayan Union adalah:
I Sebuah Malayan Union bagi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu termasuk Pulau
Pinang.
II Kerajaan berasingan bagi tanah jajahan Singapura.
III Seorang Gabenor Jeneral bagi kedua-dua Malayan Union dan jajahan Singapura.

IV Kuasa yang ada pada raja-raja terlalu sedikit dan kuasa telah dipindahkan kepada
baginda Queen.
V Hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan digantikan dengan hak sama rata untuk
semua kaum.
VI Kewarganegaraan serupa bagi Malayan Union dan jajahan Singapura
VII Sistem keadilan mengikut undang-undang Bristish dan mahkamah rayuan di Privy
Council.
VIII Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan dan baginda diberikan peranan sebagai penasihat
Gabenor dan Ketua Majlis Penasihat Melayu. Sultan hanya sebagai satu gelaran dan
mereka hanya bersuara dalam soal yang menyentuh agam Islam dan adat resam
Melayu.
IX Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu kerakyatan Tanah Melayu diberikan
kepada:
1) Kerakyatan melalui kuatkuasa undang-undang. Orang asing yang berumur 18 tahun
ke atas dan telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun
daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942 akan diberi kerakyatan
2) Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union.
Kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun yang ibu bapanya warganegara turut
diberi kerakyatan.
3) Kerakyatan melalui permohonan diberikan kepada golongan berikut:
4) Mereka yang bermastautin selama lima tahun daripada lapan tahun terdahulu
semasa permohonan dibuat
5) Berkelakuan baik dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
6) Mengangkat sumpah taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan
Union atau Singapura.
Antara sebab Malayan Union diperkenalkan adalah seperti berikut (Mardiana Nordin dan
Hasnah Hussiin 2005:51-52, Zaid Ahmad et.al 2006: 50):
1.

Untuk langkah penyatuan politik untuk mengintegrasikan kaum Cina, India dan Melayu
menjadi komuniti yang kuat.

2.

Untuk membentuk pentadbiran yang sistematik di Tanah Melayu dengan menyeragamkan


pentadbiran di bawah Malayan Union.

3.

Untuk menjimatkan kos pentadbiran di negeri-negeri Melayu

4.

Untuk menyediakan penduduk Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri mengikut ciri
politik British.

5.

British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu memberi kerjasama dengan
Jepun sebelum ini. Malayan Union dianggap dapat mengurang dan mengawal kuasa orang
Melayu.

Antara sebab-sebab penentangan ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin 2005:52-53):

Kehilangan kedaulatan raja-raja

Pemberian kewarganegaraan secara jus soli. Ia akan menjejaskan majoriti orang Melayu
yang akhirnya menjejaskan ekonomi dan politik mereka serta hak istimewa Melayu juga
terancam.

Malayan Union digubal tanpa meminta pandangan orang Melayu

Cara Sir Harold Mac Michael mendapatkan tanda tangan raja-raja Melayu tidak disukai.
Beliau dikatakan menggunakan kekasaran dan paksaan. Sultan tidak diberikan masa untuk
membincangkan cadangan ini dengan pembesar dan rakyat.

PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947)

PKMM yang menerajui Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) di bawah kepimpinan Dr.Burhanuddin
Al-Helmi telah mengadakan perundingan dengan Tan Cheng Lock yang
mewakili All Malayan Council oj Joint Action (AMCJA) (Soh,1960). Pada tanggal 4-7 Julai 1947,
kedua-dua pertubuhan ini bersetuju mencadangkan Perlembagaan Rakyat kepada kerajaan
British yang mengandungi sepuluh perkara asas dalam perlembagaan ini merangkumi hak
demokrasi rakyat, pemerintah beraja yang berperlembagaan dan konsep hak
ketuanan Melayu serta konsep kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh
Dr.Burhanuddin (Saliha,1986).
Enam prinsip yang awal diputuskan oleh AMCJA, manakala empat prinsip lagi dicadangkan
oleh PUTERA, iaitu (Kamarudin Jaffar,1980):
I.
Malaya bersatu, termasuk Singapura.
II.
Satu dewan perundangan pusat bagi seluruh Malaya dengan keseluruhan ahlinya dipilih
oleh orang ramai.
III. Hak politik yang sama bagi semua orang yang menganggap Malaya sebagai tanah airnya
dan sebagai tumpuan taat setianya.
IV. Sultan Melayu harus mengambil tempatnya sebagai raja berperlembagaan yang
berdaulat penuh menerima nasihat rakyat melalui institusi-institusi yang demokratik bukan
penasihat-penasihat British
V.
Perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu harus
diletakkan dalam penguasaan orang-orang Melayu semata-mata
VI. Bahasa Melayu harus menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi
Malaya.

VII. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan
Malaya dan kerajaan British.
VIII. Kerakyatan Malaya harus dinamakan Melayu
IX. Perhatian khas harus diberi kepada kemajuan orang-orang Melayu.
X.
Merah dan putih harus dimasukkan sebagai latar bendera kebangsaan Malaya.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1948)

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan


Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan pada 1 Februari 1948. Antara ciri-ciri
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 ialah (Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin
2005: 54-55; Zaid Ahmad et.al 2006: 50-51):
1.

Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam
Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.

2.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan
dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

3.

Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis rasmi, 7 ahli
tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.

4.

Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis
Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.

5.

Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

6.

Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British dan kuasa
kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan kerajaan tempatan.

7.

Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu
dan telah bermastautin selama 8 tahun dari 12 tahun. Seorang pemohon asing mestilah
bermastautin selama 15 tahun dari 20 tahun.

8.

Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai
pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.

PERBANDINGAN MU (1946) & PTM (1948)

PERLEMBAGAAN 1957-1963

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (1957)

Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah


Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu ketua negara YDPA dipilih drpd 9
orang raja Melayu selama 5 tahun. Ketua kerajaan ialah PM dilantik dalam kalangan
Dewan Rakyat dan ketuai kabinet untuk gubal dasar-dasar kerajaan.
Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri
Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara
3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara
1) Kuatkuasa Undang-undang (warganegara persekutuan sebelum Hari Merdeka,
dilahirkan di persekutuan pada @ selepas Hari Merdeka)
2) Permohonan (Berumur 18 tahun ke atas dilahirkan di persekutuan telah
bermastautin selama 5 dari 7 tahun, boleh bertutur BM & angkat sumpah taat setia)

3) Naturalisasi (Berumur 21 tahun ke atas dilahirkan di luar persekutuan, tetapi telah


bermastautin selama 8 drpd 12 tahun terdahulu, boleh bertutur dalam BM serta
angkat sumpah setia)
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan seperti:
1) Pemberian tanah di kawasan simpanan.
2) Kouta perkhidmatan awam
3) Pemberian biasiswa
4) Lesen perniagaan dan lain-lain bantuan kerajaan.
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkan, Bahasa
Inggeris boleh digunakan pada Majlis Mesyuarat Undangan dan urusan rasmi lain
setelah 10 tahun merdeka.
Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat negeri,Menteri Besar dan Ketua Menteri menjadi pelaksana pentadbiran
dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO dipilih dalam pilihan raya
untuk tempoh 5 tahun.

Perlembagaan negara yang merdeka meliputi perkara berikut, iaitu:


Bahagian 1: Negeri-negeri, agama dan undang-undang bagi Persekutuan
Bahagian 2: Kebebasan asasi
Bahagian 3: Kewarganegaraan
Bahagian 4: Persekutuan
Bahagian 5: Negeri-negeri
Bahagian 6: Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Bahagian 7: Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8: Pilihanraya
Bahagian 9: Perhakiman
Bahagian 10: Perkhidmatan Awam
Bahagian 11: Kuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversif dan kuasa-kuasa darurat
Bahagian 12: Am dan pelbagai
Bahagian 12A: Pelindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13: Peruntukan sementara dan peralihan

Bahagian 14: Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya


Bahagian 15: Prosiding Terhadap Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja dalam perlembagaan
Malaysia, dinyatakan bahawa kerajaan Persekutuan adalah lebih utama dan agung berbanding
dengan kerajaan negeri. Sebarang penggubalan perlembagaan negeri mestilah tidak
bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan. Fenomena ini juga boleh berdasarkan
pengagihan kuasa kepada kerajaan pusat adalah lebih banyak berbanding kerajaan negeri.
Perbahagian adalah seperti berikut; (Mansour, 1982)

SENARAI PERSEKUTUAN:
I.

Pertahanan dan keselamatan

II.

Hal ehwal luar negeri

III.

Keselamatan dalam negeri

IV.

Undang-undang jenayah dan sivil

V.

Kewarganegaraan

VI.

Pilihanraya Persekutuan

VII.

Kewangan dan perbendaharaan

VIII.

Perdagangan, perniagaan dan perindustrian

IX.

Perkapalan

X.

Pengangkutan

XI.

Kerjaraya Persekutuan dan tenaga

XII.

Ukur

XIII.

Pendidikan

XIV.

Kesihatan dan perubatan

XV.

Buruh dan kebajikan sosial

XVI.

Kebajikan orang asli

XVII.

Perkerjaan ikhtisas

XVIII. Hari kelepasan am Persekutuan


XIX.

Persatuan

XX.

Kawalan pertanian

XXI.

Penerbitan

XXII.

Penapisan

XXIII. Panggung wayang gambar dan tempat hiburan awam (kecuali lesen)
XXIV. Perumahan Persekutuan
XXV.

Syarikat kerjasama atau koperasi

SENARAI NEGERI:
I.

Undang-undang orang Muslim, agama dan adat Melayu

II.

Tanah

III.

Pertanian dan perhutanan

IV.

Kerajaan Tempatan

V.

Perkhidmatan tempatan

VI.

Kerjaraya Negeri dan air

VII.

Jentera Kerajaan Negeri

VIII.

Hari Kelepasan Negeri

IX.

Penyu dan penangkapan ikan di sungai

SENARAI BERSAMA:
I.

Kebajikan sosial

II.

Biasiswa

III.

Perlindungan binatang liar, taman kebangsaan

IV.

Perusahaan ternakan

V.

Perancangan bandar dan desa

VI.

Pengembaraan

VII.

Kesihatan awam, peraturan kesihatan dan pencegahan

VIII.

Pengairan dan saliran

IX.

Pemulihan tanah perlombongan

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA (1963)

Dan menjelang Disember 1962, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak
bersetuju dengan pembentukan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Bagaimanapun tarikh itu
terpaksa ditunda pada 16 September 1963 disebabkan laporan daripada PBB tidak dapat
disiapkan serta tentangan daripada Indonesia dan Filipina manakala Brunei menarik diri pada
saat-saat akhir.
Bagaimanapun perjanjian Malaysia ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan pada bulan
berikutnya, Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia yang diluluskan oleh Parlimen
British. Akhirnya perjanjian Malaysia diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu, Dewan
Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah. Pada 26
Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia.
Dan pada 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan secara rasmi. Antara lain inti pati
perjanjian Malaysia 1963 ialah:
a) Semua urusan hal ehwal iuar tanggungjawab kerajaan persekutuan
b) Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi
agama lain bebas diamalkan
c) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain
masih boleh diamalkan
d) Bahasa rasmi Sabah dan Sarawak adaiah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun
selepas Hari Malaysia.
e) Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan
awam
f) Sarawak memperolehi 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi perwakilan
kuasa
g) Rakyat Bumiputera Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang
Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

PERANAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU dalam SISTEM


PERLEMBAGAAN

PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA (DURBAR)

Pada 1 Julai 1896, pihak British membentuk Negeri - Negeri Melayu Bersekutu dan
menetapkan dengan serta - merta bahawa suatu mesyuarat antara Raja-raja Melayu dengan
pihak British hendaklah diadakan bagi membincangkan hal-ehwal dan kepentingan bersama

dengan Pemerintah Inggeris. Pihak British menamakan mesyuarat ini sebagai Durbar. Nama ini
timbul daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar membawa maksud istana raja) Durbar juga
membawa maksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Negeri
berkenaan, ataupun Gabenor atau Wizurai British. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
mengeratkan lagi tali persahabatan antara Raja - Raja dengan pihak British.
Durbar yang pertama dijadual diadakan pada penghujung tahun 1896 tetapi terpaksa
ditunda kerana Sultan Abdul Samad (Selangor) jatuh gering dan pada akhirnya mesyuarat
diadakan di Kuala Kangsar pada 13 Julai 1897. Mesyuarat tersebut berlangsung selama empat
hari dan dihadiri oleh Sultan Idris Murshidul'adzam Shah dari Perak, Sultan Ahmad dari
Pahang, Sultan Abdul Samad dari Selangor dan Yamtuan Besar Muhammad dari Negeri
Sembilan.
Pihak British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri - Negeri Selat dan
Pesuruhjaya Tinggi Negeri - Negeri Melayu Bersekutu), Frank Swettenham (Residen Jeneral
Negeri - Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger
(Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak). Negeri Sembilan
tidak diwakili kerana Residennya Martin Lister meninggal dunia pada bulan Februari 1897.
Mesyuarat Durbar yang kedua diadakan pada Julai 1903 di Kuala Lumpur, Ibu Negeri
Persekutuan. Gabenor Negeri-Negeri Selat pada masa itu ialah Sir Frank Swettenham yang
juga merupakan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dalam tahun 1948, keahliannya
ditambah dengan kemasukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Majlis Raja-raja ditubuhkan secara formalnya dalam
tahun 1948 sebagai menggantikan Mesyuarat Raja-raja Negeri-negeri Bersekutu yang dikenali
sebagai Majlis Raja-raja Melayu (Durbar). Ianya pertama kali diadakan di Kuala Kangsar pada
tahun 1897. Majlis ini dianggotai oleh empat orang Raja dari Negeri Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang. Mesyuarat Majlis Raja-raja yang pertama diadakan ialah pada 18
Februari 1948. Mesyuarat ini dibuat pertama kali dihadiri oleh semua Sembilan orang Raja-Raja
Melayu.

TANGGUNGJAWAB MAJLIS RAJA-RAJA

- Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan (Majlis Raja-Raja)


1) Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan
mengikut peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga.
2) Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.
3) Memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat
atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang di bawah Perlembagaan ini
dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh
atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
4) Melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
5) Memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau
meringankan hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42.

6) Setiausaha Majlis Raja-Raja iaitu penyimpan mohor besar raja-raja bertugas


mengesahkan keputusan mesyuarat Majlis Raja-Raja dan umumkan tarikh mula puasa
dan Hari Raya.
7) Menimbangkan perubahan sempadan negeri Perkara 2 (Penerimaan masuk wilayahwilayah baru dalam Persekutuan)
8) Merundingkan perlantikan hakim, Ketua Audit Negara, ahli SPA & SPR.

KEDAULATAN RAJA-RAJA MELAYU

- Perkara 181 Perlembagaan Persekutuan (Kecualian bagi Kedaulatan dsb RajaRaja)


1. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan
bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar
Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing
sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
2. Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah
terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas
yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

PENILAIAN TERHADAP PERKARA 181


1) Keistimewaan dan kedudukan Raja tidak boleh disentuh oleh mana-mana undangundang kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja, Sultan dan Raja, bukan ahli
politik.

2) Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam melantik seorang Perdana Menteri
yang akan memacu pentadbiran dan pemerintahan negara, menangguhkan
pembubaran Parlimen, meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
3) Membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja.

ISU-ISU AKIBAT KEKEBALAN RAJA


1) Isu prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit hingga membunuh beberapa orang
kerana adiknya mati dibunuh akibat mentertawakan sultan ketika bermain golf.
2) Isu Tengku Bendahara Johor yang dituduh memukul dan mencederakan seorang yang
bernama Jaafar iaitu penjaga gol hoki pasukan Perak. Pada 10 Julai 1992, putera

kedua Sultan Iskandar, Tunku BendaharaTunku Abdul Majid Idris, naik berang ketika
berakhirnya perlawanan hoki antara Johor dan Perak yang memihak kepada Perak
dengan pukulan penalti, lalu menyerang penjaga gol Perak, Mohamed Jaafar Mohamed
Vello
3) Isu Douglas Gomez : Dicederakan di istana Sultan Johor pada 30 November 1992.
Pada November 1992, Douglas Gomez, seorang jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan
Abu Bakar, meluahkan kekesalan kerana dipanggil untuk menarik diri daripada
perlawanan separuh akhir oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Johor. Sultan Iskandar
tertarik lalu menitah Gomez untuk menghadap baginda di Istana Bukit Serene, tetapi
kemudian menyelar dan menyerangnya. Selepas itu, Gomez merawat muka dan
perutnya, kemudian membuat laporan polis untuk mendakwa Sultan kerana
menyerangnya. Gomez menjelaskan bahawa para pengawal peribadi Sultan, selaku
anggota Angkatan Tentera Johor hanya sekadar memerhati, sebaliknya Sultan sendiri
yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kecederaan yang dialaminya.
4) Isu Syarikat Pahang Consolidated Sdn. Bhd. Vs Negeri Pahang. Privy Council telah
menerima tanpa hujah bahawa negeri itu telah memasuki NNMB 1895, Sultan Pahang
kekal menjadi Raja yang mutlak, dan kuasa pemerintah tertakluk kepada batasan dari
semasa ke semasa baginda kenakan ke atas dirinya sendiri dan baginda mendapat
imuniti dari proses undang-undang.
5) Isu Syarikat Duff Development Sdn. Bhd. Lwn Kerajaan Kelantan dan Seorang Lain, dan
sekali lagi Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, En. Winston Churchill telah perakui
bahawa Sultan Kelantan adalah Raja berdaulat bagi sebuah negara merdeka, dan
mempunyai imuniti dari bidang kuasa mahkamah Inggeris.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Pindaan berdasarkan kepada suara lebih 2 per 3 dalam tiap-tiap sidang Parlimen dan
persetujuan Majlis Raja-raja.
Perkara 181 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-Raja dsb. Undang-undang yang
berkaitan dengan perubahan sempadan negeri.

Pindaan yang pernah dilakukan


1) Pemansuhan imuniti bagi Yang DiPertuan Agong, Raja-raja yang memerintah negeri
dari kesalahan jenayah
2) Pembentukan Mahkamah Khas (bidang eksklusif untuk membicarakan kes berkaitan
YDA & raja-raja) Perkara 182 (Mahkamah Khas)
Melindungi rakyat daripada tindakan atau hukuman secara peribadi oleh Raja.
Kerana ianya dirasakan tidak relevan dengan peredaran masa dan raja juga telah
termaktub dengan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang menyatakan raja
bernaung di bawah peruntukan perlembagaan setelah menandatanganinya.

KESAN PINDAAN PERLEMBAGAAN

Kekebalan raja-raja berkurangan: raja-raja turut dapat dibicarakan di mahkamah


sekiranya melakukan kesalahan.
Kuasa raja-raja terkawal
YDPA hilang hak untuk pengampunan diri sendiri
Penerangan terhadap Raja Berperlembagaan
Dapat memberi perlindungan undang-undang kepada rakyat daripada sebarang tekanan
atau penganiayaan oleh Raja yang telah mengambil masa yang agak panjang
(mendapat perlindungan undang-undang daripada sebarang penyalahgunaan
kedudukan yang dilakukan oleh Raja)
Bagi Raja, keistimewaan mereka dikekalkan.
Bagi negara, konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen mendapat
makna yang lebih tepat dan jelas.
Mengelakkan daripada rakyat menghina dan memperkecilkan sistem beraja dan
pemerintahan negara.

PINDAAN & ISU-ISU PERLEMBAGAAN (Perkara 159, Perkara


161E(2)

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh Parlimen seperti yang
dijelaskan dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E).

Perkara 159 (4) - Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3 dalam
tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.

Perkara 161 (E) - Perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak boleh
dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh
Yang Dipertua mana-mana negeri.

TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN

Sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan


Parlimen terlebih dahulu.

Undang-undang dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu Bacaan Pertama, Bacaan


Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan seterusnya Bacaan Ketiga.

Setelah dibahaskan, rang undang-undang Akta Perlembagaan ( Pindaan) 1993 yang


telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3
majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Rang undang-undang dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenalkan.


Setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang dua
pilihan, iaitu:
(i)
(ii)

Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalam


tempoh 30 hari
Baginda memulangkan semula kepada Perlimen dengan menyatakan sebab
rang undang-undang-undang tersebut tidak diperkenalkan untuk
dipertimbangkan semula atau diubahsuaikan oleh Parlimen.

Pengubahsuaian yang dibuat terhadap rang undang-undang berkenaan ialah hasil


daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak rajaraja.Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang Akta
Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan raja
boleh didakwa di bawah undang-undang negara. Perbezaannya ialah raja-raja akan
dihadapkan ke Mahkamah Khas sahaja.Peruntukan asal dalam Perlembagaan
menyatakan raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.

PROSES PINDAAN PERLEMBAGAAN

Majoriti Mudah Ahli Hadir


1) Berhubung kemasukan atau gabungan negeri-negeri dalam persekutuan
2) Pindaan Jadual Kedua (Bahagian 3) Perlembagaan Persekutuan (berhubung
peruntukan tambahan tentang kewarganegaraan)
3) Pindaan berbentuk sumpah dan ikrar taat setia (Jadual Keenam)
4) Pindaan pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara (Jadual Ketujuh)
5) Perkara-perkara yang berkaitan dengan apa-apa kuasa untuk membuat undangundang bagi Parlimen di bawah mana-mana peruntukan, kecuali Perkara 74 dan
Perkara 76.

Majoriti 2/3 keahlian Kedua-dua Dewan Parlimen


1. Perlantikan senator
2. Persempadanan kawasan pilihan raya

3. Semua hal dalam perlembagaan yang tidak melibatkan keistimewaan dan hak
tertentu dan tidak melibatkan keistimewaan dan hak Sabah dan Sarawak
4. Segala perkara yang tidak disebutkan dalam mana-mana kaedah.

Majoriti 2/3 keahlian Kedua-dua Dewan Parlimen dan Perkenan Majlis Raja-Raja Melayu
1. Kewarganegaraan (Perkara 14-31)
2. Tugas dan Kuasa Raja-Raja (Perkara 38)
3. Keistimewaan Parlimen (Perkara 63)
4. Melibatkan keutamaan raja: YDPA, Raja Permaisuri Agung, raja2 dan Yang
Dipertuan Negeri (Perkara 70)
5. Jaminan Persekutuan terhadap Perlembagaan Negeri (71)
6. Keistimewaan DUN(71)
7. Bahasa Kebangsaan (152)
8. Kedudukan istimewa kaum melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak (153)
9. Pindaan Perlembagaan Persekutuan (159)
10. Kedaulatan Raja(181)
11. Undang-Undang berkait perubahan sempadan negeri

Majoriti 2/3 keahlian Kedua-dua Dewan Parlimen dan Perkenan Majlis Raja-Raja Melayu
1. Hak warganegara Sabah dan Sarawak menjadi warganegara Malaysia;
2. Pemberian royalti oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak;
3. Perlantikan hakim dan kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak;
4. Soal berkaitan agama, bahasa dan keistimewaan Bumiputera Sabah dan
Sarawak;
5. Kuasa perundangan negeri.
6. Akta Imigresen bagi menghalang kemasukan orang yang bukan dari Sabah dan
Sarawak serta kewarganegaraan bagi orang lahir sebelum Hari Malaysia.

PINDAAN dalam PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pindaan 1971 (Isu Keselamatan Negara)

Selepas perisitiwa 13 Mei, kerajaan dilihat bersungguh-sungguh dalam menangani masalah


dalam kelemahan perpaduan yang sedia ada. Usaha-usaha itu boleh dirumuskan kepada tiga
langkah besar iaitu politik, ekonomi dan sosial kebudayaan. Ketiga-tiga langkah ini dijalankan
secara serentak dan saling melengkapi.
Di antara langkah politik yang diambil ialah tindakan melalui sistem perundangan di
mana undang-undang dan akta digubal oleh parlimen untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan perpaduan. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah meluluskan
Akta ( pindaan ) Perlembagaan 1971. Pindaan ini merangkumi tiga aspek utama iaitu melarang
sebarang perbincangan secara terbuka yang melibatkan soal-soal perkauman yang mudah
menyinggung perasaan. Ia meliputi perkara-perkara seperti 152, 153 dan 181 dalam
perlembagaan. Di samping itu, ia turut memansuhkan keistimewaan ahli-ahli politik dalam
membincangkan perkara-perkata sensitif di peringkat negeri dan persekutuan. Selain itu,
pindaan ini turut memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung dalam memperuntukkan

nisbah tertentu untuk orang Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya dalam bidangbidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan sains.
Selain itu, terdapat juga beberapa pindaan atau akta lain yang bertujuan untuk
mengawal tingkah laku atau kenyataan yang dianggap boleh memudaratkan keamanan negara.
Misalnya pindaan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Pilihan Raya majlis Tempatan
1966 yang melarang individu yang telah disabitkan dengan kesalahan Akta Menghasut daripda
menyertai sebarang pilihan raya samada di peringkat parlimen, undangan negeri mahupun
majlis tempatan selama lima tahun.
Manakala Akta Keselamatan dalam negeri pula bertujuan menjaga kepentingan serta
keselamatan dalam negeri. Akta ini memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk menangkap
sesiapa sahaja yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negeri. Individu sedemikian boleh
dipenjara atau ditahan selama dua tahun tanpa dibicara. Begitu juga dengan akta-akta yang lain
seperti AUKU dan OSA sedikit sebnayak menghadkan kegiatan kumpulan tertentu daripada
bersuara dan bertindak dalam cara yang boleh menimbulkan masalah dalaman.
4 perkara mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia :
1.

Mempersoalkan Hak Keistimewaan Orang Melayu (Perkara 153)

2.

Mempersoalkan Soal Kedudukan Bahasa Kebangsaan (Perkara 152)

3.

Mempertikaikan Kewarganegaraan (Bahagian III)

4.

Kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181)

Memasukkan Perkara 10 Fasal 4 Perlembagaan


Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan dalam Perkara 10 Perlembagaan
bukanlah bermaksud kebebasan mutlak tanpa boleh dikenakan sekatan. Orang ramai yang
tersalah faham menyangka bahawa Perkara 10 ini seolah memberikan mereka kebebasan
mutlak, tetapi hakikatnya tidak.
Pada ketika itu, terdapat Perkara 10 (2) yang membenarkan undang-undang sekatan
dibuat.
Perkara 10 (4) kemudiannya diusulkan serta diterima secara sebulat
suara di
Parlimen untuk memastikan ke semua 4 perkara sensitif tersebut disebutkan dengan jelas
sebagai perkara-perkara yang mana Parlimen boleh membuat undang-undang melarang
perbuatan mempersoalkan Bahagian III, Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 dalam
negara.
Meminda Perkara 63 Dengan Memasukkan Fasal 4
Sebelum ini, Ahli-Ahli Parlimen mempunyai kekebalan yang dilindungi oleh Perlembagaan
menerusi Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan untuk bercakap, mempersoalkan hampir apa

sahaja tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang jika perbuatan tersebut diucapkan di
dalam sidang parlimen.
Usul untuk memasukkan Fasal 4 ke dalam Perkara 63 dibawa dan diluluskan secara
sebulat suara di Parlimen. Fasal 4 yang diperkenalkan menanggalkan kekebalan seseorang
ahli parlimen jika mereka dipertuduhkan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh
Parlimen di bawah Perkara 10(4) Perlembagaan atau atas suatu kesalahan di bawah Akta
Asutan 1948 mengikut sebagaimana dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat
1970.
Dengan kemasukan fasal 4 ini, maka ahli-ahli parlimen boleh didakwa sekiranya 4
perkara sensitif sepertimana yang dinyatakan sebelum ini dipersoalkan.
Pindaan Perkara 159 Perlembagaan Dengan Memasukkan Fasal 5
Fasal 5 kepada Perkara 159 dicadangkan serta diluluskan di dalam Parlimen. Perkara 5
ini diperkenalkan bertujuan supaya semua Perkara-Perkara sensitif di dalam Perlembagaan
tidak boleh dipinda tanpa mendapat sokongan majoriti 2/3 daripada keseluruhan ahli-ahli
Parlimen dan tidak boleh diluluskan tanpa mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

Pindaan 1983 (Penambahan kerusi Dewan Rakyat)

Penyampai : DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


Tajuk

: SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN


(PINDAAN) 1983

Lokasi

: DEWAN RAKYAT

Tarikh

: 01-08-1983

Tuan Yang di-Pertua,


5. Pindaan juga dicadangkan kepada Perkara 46 berhubung dengan bilangan kerusi Dewan
Rakyat. Pindaan terakhir kepada bilangan kerusi Dewan Rakyat telah dibuat dalam tahun 1973.
Semenjak itu bilangan pemilih yang berdaftar telah bertambah hampir 50%. Memandangkan
kepada pertambahan bilangan pemilih ini, adalah dicadangkan supaya peruntukan Perkara 46
dipinda untuk menambah bilangan kerusi di Dewan ini sebanyak 22 kerusi lagi, iaitu 18 bagi
Semenanjung Malaysia dan 4 bagi Negeri Sabah. Dengan pindaan ini jumlah kerusi bagi
Dewan Rakyat ialah 176. Bilangan kerusi bagi Negeri Sarawak tidak berubah, kerana Sarawak
telah meminda kawasan pilihanrayanya dalam tahun 1977 dan Perlembagaan tidak mengizin
pindaan sebelum genap 8 tahun.
6. Tambahan kerusi yang dicadangkan adalah seperti berikut: ii) Kedah - 1 iv) Melaka - 1 vi)
Pahang - 2 viii) Perak - 2 x) Selangor - 3 xii) Wilayah Persekutuan - 2 Bagi Negeri Perlis tidak
ada tambahan.

7. Parlimen mengikut Perlembagaan, berkuasa menentukan bilangan kerusi Dewan Rakyat


untuk tiap-tiap Negeri. Penentuan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya akan dibuat oleh
Suruhanjaya Pilihanraya setelah pindaan mengenai bilangan kerusi diluluskan. Urusan kajian
bagi menentukan sempadan kawasan pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya hanya boleh
dibuat selepas 8 tahun, tetapi tidak melebihi 10 tahun sesudah urusan kajian yang terakhir.
Dengan demikian, urusan penentuan sempadan kawasan bagi kali ini, mestilah selesai tidak
lewat dari 26hb. Julai, 1984. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan baru cuma akan diguna
bagi pilihanraya umum yang akan datang. Jika sesuatu pilihanraya kecil perlu diadakan
sebelum pilihanraya umum akan datang, kawasan-kawasan yang sedia ada sekarang akan
digunakan.

Pindaan 1988 (Kuasa Kehakiman)

Pada tahun 1987, UMNO mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya. Buat pertama kali
sejak dua belas tahun yang lalu, jawatan Presidennya dicabar. Tengku Razaleigh Hamzah yang
merupakan calon "Pasukan B" untuk kepresidenan mencabar Dr Mahathir daripada kem yang
digelarkan "Pasukan A". Terwujud satu kempen yang amat gigih untuk mendapat sokongan
daripada lebih kurang 1,500 wakil cawangan di seluruh negara yang akan memilih pegawaipegawai parti. Penyokong-penyokong Razaleigh mengharapkan beliau akan menang, dan
dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama selepas pengiraan undi, terdapat khabar-khabar
angin bahawa Razaleigh telah menang. Bagaimanapun, keputusan rasmi mengisytiharkan
Mahathir sebagai pemenang, dengan 761 undi berbanding 718 undi untuk Razaleigh. Ghafar
Baba, calon Pasukan A untuk Timbalan Presiden, menewaskan Musa Hitam daripada Pasukan
B, dan Pasukan A juga memenangi 16 daripada 25 dalam Majlis Agung UMNO.
Dua minggu selepas keputusan Harun, Dr. Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO
Baru. Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Pasukan
A yang kemudian memulakan pemindahan aset UMNO "lama" ke UMNO baru dalam bulanbulan yang berikut. UMNO 11 meneruskan kes mereka ke mahkamah yang tertinggi di dalam
negara, iaitu Mahkamah Agung, untuk memulihkan status UMNO "lama" serta untuk
mengadakan pemilihan baru. Bagaimanapun, rayuan mereka ditolak. Razaleigh kemudian
memutuskan untuk membentuk parti baru yang menumpukan kepada "semangat 1946", iaitu
tahun UMNO diasaskan. UMNO Baru kemudian memutuskan bahawa perkataan "Baru" tidak
diperlukan, dan menggugurkannya secara rasmi dan oleh itu, menuntut diri sebagai waris
UMNO yang benar, bukannya parti Razaleigh. Akhirnya, Razaleigh menggunakan
nama Semangat 46 untuk partinya yang baru.

Pada tahun 1988, Salleh Abas dihadapkan ke timbang tara yang diadakan oleh Dr.
Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri ketika
itu, atas tuduhan salah lakunya. Tidak lama kemudian, kelima-lima hakim Mahkamah Agung itu
digantung jawatan mereka. Daripada lima orang hakim itu, tiga orang hakim dipecat.
Pemecatan ini menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, dan oleh itu, tuntutan

terhadap pengesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan. Timbang tara kemudian memecat
Salleh Abas daripada jawatannya. Pemecatan luar aturan Salleh Abas menyebabkan Badan
Peguam Malaysia enggan mengiktiraf Ketua Hakim Negara yang baru. Pada masa yang sama,
Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan
hanya memberikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman sebagaimana yang Parlimen
inginkan.

Kesan Pindaan Kuasa Kehakiman


24. Perkara 121 meletak hak kuasa kehakiman Persekutuan pada Mahkamah Tinggi dan
mahkamah-mahkamah rendah. Ia juga meletak hak bidang kuasa tertentu pada Mahkamah
Agung.
25. Fasal 8 Rang Undang-Undang ini mencadangkan supaya Perkara 121 dipinda dengan
menghapuskan peruntukan tentang meletak hak kuasa-kuasa kehakiman pada mahkamahmahkamah dan dengan memasukkan ke dalam Fasal (1) Perkara itu peruntukan yang
menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah rendah hendaklah
mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa sebagaimana yang diberi oleh atau di bawah
undang-undang persekutuan. Dengan ini, Perkara itu tidak lagi akan memberi penekanan pada
meletak hak kuasa kehakiman persekutuan pada mahkamah-mahkamah tetapi akan hanya
memperkatakan tentang jenis-jenis mahkamah dan bidangkuasa serta kuasa-kuasanya.
26. Pindaan ini adalah perlu untuk menjelaskan lagi kedudukan mahkamah-mahkamah. Pada
masa ini, dengan adanya peruntukan tentang meletak hak kuasa kehakiman Persekutuan itu,
batasan antara bidang kehakiman dan bidang eksekutif atau perundangan adalah samarsamar. Dengan pindaan ini, Kerajaan berharap akan dapat menggariskan batasan itu dengan
jelasnya. Ini adalah penting supaya pihak eksekutif, perundangan dan kehakiman dapat
menunaikan tanggungjawab masing-masing tanpa mengganggu atau diganggu oleh pihak yang
lain. Kebelakangan ini telah terdapat tanda-tanda bahawa perkara-perkara yang disangka
adalah kuasa eksekutif semata-mata telah dianggap sebagai boleh disentuh oleh pihak
kehakiman. Jika bidang tugas satu pihak dapat diganggu oleh pihak lain, pentadbiran negara
akan terancam dan akan menjadi lemah, dan pentadbiran yang lemah tidak akan dapat
menjamin kestabilan dan kesejahteraan dalam sesuatu negara.
28. Amatlah sukar bagi sesiapa juga membuat sesuatu jika ia tidak tahu sama ada
perbuatannya itu salah atau tidak salah kerana undang-undang yang bertulis boleh diketepikan.
Mungkin ia bertindak kerana ia berfikir apa yang dibuat olehnya tidak melanggar apa-apa
undang-undang. Alangkah malang baginya jika tiba-tiba ia didakwa dan mahkamah
memutuskan kesnya mengikut budi bicara mahkamah tanpa mengambilkira undang-undang
yang sedia ada. Mahkamah boleh membuat keputusan ini dengan membuat bandingan dengan
kes di negara-negara lain yang tidak diketahui umum, bahkan kadang-kadang tidak pun
diketahui oleh peguam-peguam yang mungkin memberi nasihat kepada pihak yang didakwa.
Sebab itu, biasa terjadi di mana mahkamah membuat keputusan yang berlainan terhadap dua
kes yang sama latarbelakangnya. Sebab itu juga kes yang dahulu tidak pernah disoal oleh

mahkamah kerana mematuhi peruntukan undang-undang, tiba-tiba disoal dan didapati salah
berasaskan Natural Justice atau Judicial Review yang tidak bertulis.
30. Di Britain, Tuan Yang di-Pertua, Parlimen mempunyai kuasa yang tertinggi sekali.
Perlembagaan Britain tidak bertulis dan tidak berkuasa lebih dari Parlimen. Dengan itu,
Parlimen dapat membuat keputusan yang muktamad mengenai sesuatu. Pihak lain perlulah
menerima keputusan Parlimen dan tidak membuat interpretasi yang berlainan daripada
Parlimen.
31. Di Malaysia, kita bersetuju menjadikan Perlembagaan yang bertulis sebagai sumber
undang-undang dan kuasa tertinggi sekali. Tetapi interpretasi semua undang-undang dan
perlembagaan kita diserahkan kepada mahkamah tanpa had. Ini bermakna bahawa sebenarnya
Perlembagaan yang bertulis tertakluk kepada budi-bicara kehakiman yang kadang-kadang
bertukar-tukar dan berbeza antara satu hakim dengan hakim yang lain. Ini telah berlaku dalam
kes bidang-kuasa Kerajaan dan hak menteri berkenaan mengenai soal keselamatan.
32. Dengan kuasa membuat interpretasi ini, mahkamah boleh dan telahpun membuat
interpretasi yang lari jauh daripada maksud dan semangat sesuatu undang-undang itu digubal.
Mahkamah telah membuat keputusan bahawa dalam menguatkuasakan undang-undang,
mereka tidak terikat dengan tujuan dan maksud undang-undang itu digubal oleh Parlimen.
Mereka membuat dasar sendiri bahawa mereka hanya terikat dengan interpretasi mereka
terhadap ayat-ayat yang didapati dalam undang-undang. Dengan itu, segala keterangan,
penjelasan dan perbahasan semasa undang-undang digubal dalam Dewan Rakyat dan Dewan
Negara menjadi sia-sia sahaja. Perbahasan kita di Dewan yang mulia ini tidak mencapai apaapa faedah.
41. Namun demikian, sistem demokrasi kita memberi peluang kepada pihak kehakiman dan
pihak perkhidmatan awam yang kekal, atau permanent civil service, untuk menegur wakil rakyat
-- iaitu Kerajaan -- dalam urusan harian melalui saluran-saluran tertentu. Kuasa menegur dan
mengawal Kerajaan tidak bermakna anugerahan kuasa menidakkan hak rakyat dan wakil-wakil
mereka. Juga jika wakil rakyat dan Kerajaan menyeleweng atau melakukan jenayah, mereka
boleh dihukum sama seperti orang lain. Sejarah menunjukkan bahawa Kerajaan mematuhi
keputusan mahkamah berkenaan dengan Menteri-Menteri Kabinet. Ada yang disingkir daripada
Kabinet kerana menyalahi undang-undang. Tetapi mahkamah juga perlu patuh kepada undangundang.
42. Untuk menentukan bahawa suatu imbangan tercapai, kita memerlukan kehakiman dan
perkhidmatan awam yang tidak terlibat dengan parti politik.
43. Kehakiman sepatutnya menumpukan perhatian kepada keadilan dan tidak memihak kepada
sesiapapun. Apabila hakim berasa perlu ia membuktikan kebebasannya terlebih dahulu, maka
keadilan akan mendapat tempat yang kedua. Dengan perkataan lain, keadilan tidak tercapai
apabila hakim lebih mengutamakan sikap bebasnya dari Kerajaan.
50. Saya membuat kenyataan ini kerana adalah amat penting rakyat mempunyai kepercayaan
kepada sistem kehakiman negara. Jika saya tidak menjelaskan tentang lemahnya asas

hukuman yang dibuat oleh seseorang hakim, maka rakyat akan tertanya-tanya akan tindakan
yang telah diambil oleh Kerajaan. Mungkin kenyataan ini akan prejudice kes rayuan Kerajaan.
Ini adalah risiko yang kita tidak dapat elakkan. Hakikatnya ialah amalan sub-judice dan
contempt of court kadang-kadang menghalang hak pihak yang dicemuh mempertahankan diri.
Seperti juga apa-apa sistem, baik-buruknya bergantung kepada orang yang menjalankannya.
Jika orang ini menyalahgunakan sistem ini, dengan kepercayaan bahawa tiada sesiapa boleh
membuat apa-apa kepadanya, maka sistem ini akan membawa keburukan.
51. Membuat tuduhan bahawa menteri bertindak dengan sewenang-wenangnya atau cavalier
dan mempunyai niat buruk (mala fide) adalah perkara yang serius yang mencemar nama
menteri. Sudah tentu akhbar luar negeri akan gembira dengan tuduhan ini, dan sudah tentu
imej negara terjejas. Sudah tentu parti pembangkang akan gembira. Soalnya, benarkah
tuduhan ini? Oleh kerana contempt of court, mulut pihak yang dicemoh ditutup. Bahkan akhbar
tempatan pun tidak dapat membuat apa-apa komen. Apakah ini keadilan?

Pindaan 1993 (Kekebalan Raja-Raja)

Penyampai

: DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Tajuk

: SEMASA PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA


PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993

Lokasi

: DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR

Tarikh

: 08-03-1993

Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang- undang
sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman. Dengan pindaan ini adalah dipercayai perasaan
marah kepada Raja atau Sistem Beraja dapat dielakkan kerana rakyat akan dilindungi oleh
undang-undang daripada dianiaya oleh Raja dan dengan itu adalah dipercayai dan diharap
Raja tidak akan melakukannya. Dengan pindaan ini, perhubungan di antara Raja dengan rakyat
akan menjadi lebih teratur dengan kedua- kedua pihak mempunyai hak-hak tertentu di bawah
undang- undang yang jelas dan bukan lagi hanya ditentukan oleh adat yang mudah disalaherti
dan disalahtafsirkan. Rakyat tidak lagi akan marah kepada Raja kerana apa yang dilakukan
oleh Raja adalah terhad kepada peruntukan di bawah undang-undang. Sebaliknya jika rakyat
melakukan sesuatu kesalahan terhadap Raja, maka yang akan menentukan hukum ialah
pengadil atau hakim dalam Mahkamah Khas yang akan menguatkuasakan undang- undang
biasa.
2. Setelah dibahas, Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 telah diluluskan
mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada dua pertiga majoriti oleh Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Menurut prosedur, Rang Undang-undang ini telah dihantarkan
kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

6. Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-Undang Akta


Perlembagaan (Pindaan) l993 yang diluluskan oleh Parlimen, iaitu menentukan Raja boleh
didakwa di bawah undang-undang negara. Perbezaannya ialah Raja-Raja akan dihadapkan ke
Mahkamah Khas sahaja.Peruntukan asal dalam Perlembagaan bahawa Raja tidak boleh
dihadapkan ke mahkamah biasa dikekalkan.
7. Penyesuaian ini memerlukan dua perkara yang baru ditambah kepada Rang UndangUndang berkenaan. Perkara yang pertama ialah mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong
atau kedudukan Raja sekiranya Baginda atau Raja menghadapi tindakan undang-undang.
Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila
menghadapi tindakan undang-undang. Begitu juga dengan Raja- Raja Negeri. Sekiranya Raja
menghadapi tindakan undang- undang, Raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi Baginda
dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta
melainkan jika Baginda diampun.
Dalam tempoh Raja berhenti menjalankan fungsi-fungsi Raja, seorang Pemangku Raja
atau Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan
fungsi Raja negeri berkenaan. Bagi membolehkan fungsi-fungsi Raja itu dijalankan oleh
seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja, Jadual Kelapan Perlembagaan
Persekutuan perlu dipinda. Penyesuaian ini, saya percaya, disyorkan oleh Raja-Raja kerana
tentulah aneh dan tidak dapat diterima oleh masyarakat dan juga oleh Raja- Raja jika seorang
Raja yang dihadapkan ke Mahkamah Khas ini terus menjalankan tugasnya sebagai Raja atau
ianya masih terus menjadi Raja setelah dihukum oleh mahkamah dan menjalani hukuman.
11. Pindaan yang kedua ialah sebarang tindakan ke atas Raja-Raja tidak boleh diambil tanpa
persetujuan Peguam Negara. Ini adalah bagi menjamin Raja-Raja tidak diheret ke mahkamah
oleh pihak-pihak yang hendak memalukan Raja-Raja atas sebab-sebab yang tidak berasas.
12. Kerajaan menyokong Rang Undang-Undang pindaan yang disyorkan dan dipersetujui oleh
Majlis Raja-Raja ini kerana ianya selaras dengan pindaan asal. Pindaan ini adalah untuk
kebaikan rakyat, Raja-Raja dan Kerajaan. Ianya memberi keadilan kepada semua pihak dan
sesuai dengan pentadbiran negara masa kini serta selaras dengan pemikiran di zaman ini
berkenaan dengan Sistem Beraja.
16. Perbincangan berkenaan pindaan kepada Perlembagaan untuk memberi perlindungan
undang-undang kepada rakyat daripada sebarang tekanan atau penganiayaan oleh Raja telah
mengambil masa yang agak panjang. Kadang-kadang kita dengar kritikan bahawa serangan
terhadap Raja, tingkah-laku dan cara hidup mereka adalah keterlaluan.
18. Tetapi selepas Pilihanraya Umum 1990 perasaan marah kepada Raja Kelantan telah
meluap kerana Baginda telah secara aktif dan terbuka berkempen bagi pihak parti bapa
saudaranya. Rakyat tidak dapat menerima bukan sahaja perbuatan membelakangkan larangan
berpolitik oleh Raja, tetapi juga percubaan untuk menaikkan keluarga sendiri ke jawatan tinggi
-- satu jenis nepotisma yang amat berbau feudal dan anti demokrasi.

20. Kerana Raja Kelantan, adat resam dan ketakutan rakyat kepada undang-undang telah
hilang. Maka apabila berlaku peristiwa Gomez, rakyat membuat teguran dan kritikan terhadap
Raja-Raja dengan begitu lantang. Kerajaan yang dipilih oleh rakyat yang percaya kepada
kedaulatan undang-undang tidak dapat berdiam diri. Untuk memberi perlindungan kepada
rakyat maka pindaan telah dibuat kepada Perlembagaan seperti dalam Akta yang dibahaskan
oleh Dewan ini pada 18 dan 19 Januari 1993.
28. Saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa Raja tidak pernah mengatasi undang-undang.
Negara kita dibentuk mengikut satu Perlembagaan yang bertulis. Kita semua memegang
jawatan masing-masing mengikut peruntukan ini, termasuklah Raja-Raja. Perlembagaan atau
undang-undang tubuh atau undang-undang asas negara adalah undang-undang yang
menentukan adanya Raja, adanya Yang di-Pertuan Agong, adanya Majlis Raja-Raja, adanya
Jemaah Menteri dan sebagainya. Institusi-institusi ini dari awal lagi tidak wujud dengan
sendirinya tetapi adalah hasil perjanjian di antara rakyat dengan pihak yang dipertuankan, hasil
daripada satu kontrak sosial yang contohnya ialah perjanjian di antara Demang Lebar Daun
dengan Sang Sapurba Trimurti Tribuana.
29. Apabila kita menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Raja-Raja telah
secara rasmi menandatangani perjanjian Federation of Malaya dan menerima undang-undang
asas, iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menentukan kedudukan, tempat
dan peranan masing-masing.Penerimaan undang-undang ini bermakna semua pihak
meletakkan diri mereka di bawah undang-undang. Soal Raja-Raja mengatasi undang-undang
tidak wujud dan tidak pernah ada.
31. Sekarang ini diperuntukkan satu badan khas untuk membicarakan Raja-Raja yang
melakukan kesalahan di bawah undang-undang negara. Mahkamah Khas yang ditubuhkan ini
bukan untuk rakyat tetapi untuk Raja. Ini tidak melucutkan keistimewaan Raja daripada segi
tidak boleh didakwa di mahkamah biasa, tetapi menambah keistimewaan itu dengan
mewujudkan satu mahkamah yang khas bagi Raja.
32. Bagi rakyat, yang penting ialah mereka mendapat perlindungan undang-undang daripada
sebarang penyalahgunaan kedudukan yang dilakukan oleh Raja. Bagi Raja, keistimewaan
mereka dikekalkan. Bagi negara, konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
mendapat makna yang lebih tepat dan jelas.

PERANAN PERLEMBAGAAN dalam MEMPERTAHANKAN


KEDAULATAN NEGARA

UNDANG-UNDANG TERTINGGI
Menurut Tun Mohammed Suffian, Perlembagaan ini dapat dilihat pada peruntukan berikut:
1. Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan yang akan menentukan kuasa
perundangan kerajaan Persekutuan di satu pihak dan kepada tiap-tiap buah negeri di
satu pihak. Dalam hal ini, Perlembagaan menentukan apakah perkara persekutuan yang
kerajaan Persekutuan boleh lakukan dan perkara negeri yang kerajaan Negeri boleh
lakukan.
2. Perlembagaan juga menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contoh undangundang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran , hal ehwal luar
negara dan sebagainya. Parlimen hanya tertinggi dalam perkara-perkara Persekutuan
dan jika ia campur tangan dalam pembentukan undang-undang di luar perkara
Persekutuan juga akan diisytiharkan tidak sah seandainya ia bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia menurut perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan.
3. Kedudukan YDPA - baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang
negara, kerua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Tetapi baginda adalah
tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda
adalah raja Berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.
4. Kuasa perundangan dijalankan oleh berbagai badan perundangan tertakluk kepada
sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa kehakiman juga tertakluk
kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai
ketua ketiga-tiga cabang kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan.
5. Kebebasan asasi juga merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang
mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh
membuang negara seorang warganegara, tidak boleh menahan seorang warganegara
daripada pulang ke tanah airnya dan tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh
paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-

undang. Jadi terdapat banyak perkara dalam Perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh
kerajaan.

KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN NEGARA


1. Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Perlembagaan menentukan corak pemerintahan, pembahagian kuasa antara pelbagai
badan kerajaan serta prinsip-prinsip umum cara kuasa tersebut dilaksanakan.
2. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan hak asasi
rakyat seperti kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta.
Perlembagaan dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa pemerintahan.
3. Perlembagaan juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan
seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak
boleh dipersoalkan. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan persengketaan kaum.
4. Memudahkan

perpaduan

nasional

dan

pembangunan

negara.

Perlembagaan

melindungi kepentingan semua kaum. Perlembagaan juga menjamin keadilan sosial


antara kaum. Hal ini dapat memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan
pembangunan negara.
5. Kepentingan perlembagaan di sesebuah negara itu juga mempunyai haluan tertentu.
Hal ini demikian kerana, perlembagaan mempunyai undang-undang dasar yang
menentukan arah politik negara tersebut. Menerusi perlembagaan, arena politik negara
dapat ditentukan dan parti-parti politik pula mengetahui hala tuju semasa memegang
kuasa dan mentadbir negara.

PERLEMBAGAAN & RAKYAT


Perlembagaan adalah undang-undang yang mengandungi peraturan yang boleh
dikuatkuasakan atau prinsip asas yang mengasaskan sistem pemerintahan seperti yang
termaktub dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlaksanaan Perlembagaan telah

banyak membawa kebaikan kepada negara secara amnya dan kepada rakyat secara
khususnya.
Perlembagaan merupakan penentu kepada rangka dan bentuk pemerintahan serta
kuasa yang diamanahkan kepada mereka yang menerajui tampuk pemerintahan dan terbukti
Pelembagaann mampu menjamin satu pentadbiran yang cekap, jujur dan adil. Oleh itu
Perlembagaan adalah penting bagi sesebuah negara untuk menjamin kesinambungan
pentadbiran dan kestabilan politik seterusnya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.
Perlembagaan juga menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegara seperti
kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta dan kebebasan beragama.
Dengan peruntukan tersebut, Perlembagaan menjamin keselamatan dan keamanan melalui
undang-undang yang digariskan sejara jelas. Selain itu, Perlembagaan menentukan batasan
bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi
kemakmuran rakyat
Perlembagaan Malaysia juga memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum. Bagi
menjamin keadilan antara kaum, kebebasan sosial dihadkan. Ini bermakna seseorang itu diberi
kebebasan bercakap tetapi kebebasan ini dihadkan kerana seseorang itu tidak dibenarkan
bercakap mengenai isu sensitif seperti keistimewaan hak orang Melayu dan bumiputera,
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan
yang boleh menimbulkan kebencian terhadap kaum lain serta akan mengakibatkan berlakunya
persengketaan dan pergaduhan antara kaum yang bakal mengancam keselamatan negara.
Perkara ini telah termaktub dalam pindaan Akta Hasutan pada tahun 1970 yang mengehadkan
hak kebebasan seseorang bercakap. Dengan ini Perlembagaan boleh menjamin keselamatan
dan rakyat daripada dianiaya serta keamanan negara.
Unsur taat setia kepada negara adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Perkara tersebut menyatakan bahawa seseorang itu akan diperintah dilucutkan kerakyatannya
sekiranya kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa seseorang itu telah memperolehi kerakyatan
negara lain. Seseorang itu juga diarahkan dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti yang dia
tidak setia atau tidak suka kepada negara ini. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
kepentingaan Perlembagaan di negara kita adalah untuk menjaga kedaulatan, keamaan dan
kesejahteraan negara.
Perlembagaan juga menentukan supaya hak keistimewaan orang Melayu dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak boleh dipersoalkan kerana ini adalah jaminan awal
sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan sebelum Sabah dan Sarawak bersetuju
memasuki Malaysia pada tahun 1963. Walau bagaimanapun semua warganegara Malaysia,
tanpa mengira kaum adalah sama rata di sisi undang-undang, bebas menganut dan mengamal
agama masing-masing, boleh mengajar dan bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri serta
berhak memiliki harta.
Selain itu, terdapat juga peruntukan mengenai hak pelajaran yang menegaskan bahawa
tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas sebab
agama, kaum, keturunan atau tempat lahir untuk kemasukan dan bayaran yuran ke institusi

pendidikan yang diselenggarakan oleb kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan begitu
menitik beratkan soal keaman, kemakmuran dan hak sama rata di kalangan rakyat di negara
ini.
Bagi dunia pendidikan pula, pemilihan pelajar ke institusi pengajian tinggi telah merima
sistem meritokrasi yang menolak pelaksanaan sistem koata yang dilaksanakan sebelum itu.
Sistem meritokrasi melaksanakan pemilihan pelajar berdasarkan prestasi akademik tanpa
mengira golongan etnik. Walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan telah termaktub
dalam Perlembagaan, namun pelbagai sikap akomodatif antara Melayu dan bukan Melayu telah
diwujudkan ke arah memantapkan lagi hubungan etnik di Malaysia.