Anda di halaman 1dari 2

Apa itu Program Nilam?

NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua
aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang
berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah
mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus
setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan
Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat
Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Objektif :

Menjadikan murid banyak membaca

Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca ini

3 elemen dalam Program Nilam :


Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat
maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda
tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia
merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh
guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras
NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan
diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan
ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran

Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan
ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan
mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan
buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah
dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.

2 tahap dalam Program Nilam:


Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan
menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai
JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan
membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).

Anda mungkin juga menyukai