Anda di halaman 1dari 3

Apa itu IKHTILAT ?

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu
yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki
iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan
atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka
bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa.
Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki
dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki
sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki
sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah
HARAM.
ikhtilat
HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?
Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan
(mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak
mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.
Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan
percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu
perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:
1-

Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam
kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2Dalam keadaan keperluan (Hajat)
Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
Dalam pembelajaran (Kelas)
Jual beli
Kerja kehakiman
Saksi
Amar maaruf nahi mungkar
Melayan tetamu
Dalam kenderaan awam
Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga

p/s: Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan
percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati
syarat-syarat Ikhtilat
Perkara yang dilarang dalam ikhtilat
1-

Pandangan yang berlebihan

Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,


Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan
menjaga kehormatan.. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman
supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan Surah An-Nur : 30-31
Dan sabda rasulullah . janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu
dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan
yang kedua adalah dosa ke atasmu
2Bersentuhan
Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, Sekiranya kamu
ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang
lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau
berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh
membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3Bercakap lembut
Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan
yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada
perbualan yang lain.
4Khalwat(berdua-duaan)
DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan,
melaikan bersama mahram.
Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja
yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan
daripada landasan islam/maksiat
5Tidak menutup aurat
Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka
dan kedua tapak tangan
Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
Syarat-syarat Ikhtilat
1Niat
Kerana Allah
2Matlamat
Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3Tidak bersentuhan
Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik

4Menutup & menjaga aurat


Perlu sentiasa terjaga
5Menjaga adab bercakap
Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6Mengasingkan tempat
Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan
belakang
7Dibawah kawalan orang yang dipercayai
Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu
menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
Keadaan (Wakie) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin
(Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat
Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan
adab-adab ikhtilat.
Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram
(orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, chatting dan lain-lain lagi cara
komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu
dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza
tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak
angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara
mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu
mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat
Wallahualam
Rujukan:
Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud,

Anda mungkin juga menyukai