Anda di halaman 1dari 3

PENGAJARAN ABAD KE-21 ELEMEN P&P

1) SET INDUKSI TEKNIK / KAEDAH Lontaran soalan KBAT- cungkil idea, situasi
berdasarkan tajuk dalam kehidupan, rangsangan visual berdasarkan tajuk, cuba
teka, nyanyian/didik hibur, bercerita, lawatan, berkongsi maklumat carian, celik
IT
PRINSIP SET INDUKSI:

Menarik perhatian / timbul perasaan ingin tahu


Sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid
Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid
Berkaitan dengan objektif pembelajaran
Jangkamasa terhad

2) PENGEMBANGAN - PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI TEKNIK / KAEDAH


CIRI UMUM komunikasi, kreatif, kritis, kolaboratif, KBAT, kontekstual, didik
hibur,unsur kecindan.
KAEDAH Koperatif, main peranan, kerja lapangan, simulasi/lakonan, eksperimen,
inkuari penemuan, stesen, I-THinK
PEMIKIRAN KREATIF -meneroka, menghasilkan idea yang pelbagai,
menghasilkan sesuatu yang maujud -mencipta analogi -menyelesaikan masalah
KRITIS Kebolehan berhujah, menilai dan membuat keputusan - Bersifat
analitikal, logikal, Penilaian dan tidak berat sebelah - - membuat keputusan
dengan bijak - Contoh : banding beza, membuat kategori, inferens, menerang
sebab, menjelaskan turutan. Mengesahkan sumber maklumat

3) PENGAJARAN BERASASKAN AKTIVITI


1. Berkemahiran berinteraksi / Berkomunikasi / Menyampaikan maklumat
2. Pelajar bekerja secara kolaboratif - Murid telah mempunyai kemahiran sosial Murid menguruskan usaha sendiri - Aktiviti kumpulan tidak perlu dipantau guru.
Persoalan diselesaikan dalam kumpulan. Guru Cuma membimbing ke arah
penyelesaian jika perlu. - Semua draf kerja disimpan oleh murid. - Murid menilai
prestasi kerja ahli kumpulan tanpa dibimbing oleh guru.
3. Pembelajaran bersifat kontekstual- situasi sebenar dalam kehidupan dan
dapat membuat aplikasi dan praktikal
4. Pembelajaran Koperatif Struktur pembelajaran + isi kandungan = aktiviti
K - Keep with the group ( dalam pasukan)
I - Include everyone ( elak penumpang)
S - share idea and feelings (berkongsi)
S - Stay on task ( tumpuan pada tugasan)
E - Encourage others ( beri galakan pada rakan)

S - six Inch Voices ( perbincangan mesra berdua/ berempat )


CONTOH PEMBELAJARAN BERASASKAN AKTIVITI (boleh guna untuk
ruangan AKTIVITI dlm RPH)
1. ROUND TABLE - Murid duduk dalam kumpulan - Guru mengemukakan satu
topik. - Secara bergilir, murid mencatat satu idea. - Murid menggunakan pen dan
kertas yang sama - Hasil dapatan dirujuk/dibentang
2. JIGSAW - Mulakan dengan KUMPULAN RUMAH - Setiap ahli diberikan nombor
mengikut topik kecil diberi oleh guru - Mereka dipanggil KUMPULAN PAKAR KUMPULAN PAKAR duduk bersama untuk membincangkan topik mereka. Selepas peruntukan masa tamat, KUMPULAN PAKAR kembali kepada KUMPULAN
RUMAH. - Mereka akan membimbing rakan dalam KUMPULAN RUMAH dalam
tajuk kursus mereka.
3. THINK-PAIR- SHARE - Topik diberikan guru. - Murid berfikir sendiri dalam
jangkamasa tertentu. - Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama
pasangan. - Masa tamat dan murid berkongsi dengan keseluruhan kelas.
4. HOT SEAT - Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian
( individu atau kumpulan) - Seorang murid akan duduk dikerusi yang disedikan
dan menjadipakar atau watak. - pakar atau watak akan menjawab segala
soalan yang dilontarkan oleh murid lain.
5. Deklamasi sajak/ nyanyian - Murid dibenarkan membuat persediaan dalam
kumpulan. - Tajuk diberikan. Murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan
kesesuaian. - Murid membuat persembahan di hadapan kelas.
6. Pembentangan - Murid membuat pembentangan untuk
mempersembahkan hasil dapatan kepadda keseluruhan kelas. - Boleh
dilaksanakan dengan berbagai cara dan bahan. - Menggunakan ICT /Bukan ICT
Pembentangan
7. Role Play / Main Peranan -Murid diberi tanggungjawab untuk memegang
peranan dan watak - Perlu masa untuk membuat persediaan. - Membuat
persembahan dengan memainkan watak.
8. GALLERY WALK - Aktiviti selepas kajian/ carian - Murid menampal hasil kerja
di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. - Biasanya murid boleh menulis
komen tentang hasil kerja kumpulan lain di atas sticker note dan menampal di
atas hasilan kerja itu.
9. Three stray, one stay - Kaedah lain pembentangan kumpulan. - Hasil kerja
ditampal. - Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi
penerangan. - Ahli lain boleh bergerak untuk melihat/ menyoal hasil kumpulan
lain.
10. Pembelajaran Penyelesaian masalah. - Simulasi - Kajian Lapangan Stesen - Eksperimen - Inkuari Penemuan
11. Peta I-THiNK -menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana
idea murid. Sebagai satu alat untuk murid membuat kajian/ carian dan
dipersembahkan dalam bentuk grafik.

3. Pengukuhan dan Pengayaan Teknik/Kaedah


Mengembangkan pengetahuan yang dipelajari, menerapkan dalam situasi
sebenar/kehidupan seharian dan mencungkil idea baru. -KBAT ITHiNK

4. Penilaian Teknik / Kaedah Informal / Formatif


Pemerhatian - Lisan - Kuiz - Soal jawab - Perbincangan - Penilaian kendiri
Penilaian Teknik / Kaedah Formal / Sumatif -ujian -laporan pembentangan
murid -tugasan/ hasil kerja murid - folio

5. Kesimpulan / Penutup Teknik / Kaedah


Mencari maklumbalas objektif pengajaran - Merumuskan isi pengajaran dan
pembelajaran. - Penambahbaikan - Membincang pencapaian/im pak - - traffic
light, smiley face, mimik muka, kad maklum balas.

Anda mungkin juga menyukai