Anda di halaman 1dari 2

Jurnal

Pada minggu kedua, saya diagihkan sebagai guru bertugas minggu


ini. Saya perlu mencatat kehadiran kakitangan sekolah dan guru-guru
setiap hari dan menu makanan RMT murid-murid. Kami berdua-dua juga
diberikan

projek

sekolah

yang

perlu

dilaksanakan

dalam

tempoh

praktikum ini adalah mengecat semula Pondok PPDa dan logo pada
tangki. Kami perlu menyediakan kertas kerja dahulu supaya dapat
memastikan pelancaran projek tersebut dapat dijalankan dengan baik.
Minggu ini merupakan minggu yang sibuk kepada para guru kerana
mereka perlu menyediakan pelancaran untuk pengnaziran. Guru-guru
perlu memindahkan semua fail ke bilik ICT untuk memudahkan Nazir
memyemak. Kami dapat membantu pihak sekolah hanya menolong guruguru mengangkat fail ke bilik ICT sahaja. Kami berharap sekolah kami juga
berpeluang menjadi sekolah cemerlang.
Anak murid Tahun 4 saya merupakan murid-murid yang terlalu aktif.
Sebagai

contoh,

murid-murid

berasa

hairan

dan

gembira

apabila

ternampak boneka tangan yang disediakan oleh guru. Mereka ingin asyik
memegang hasil karya guru. Tetapi saya masih dapat mengawal tingkah
laku mereka. Mereka sentiasa melibatkan diri dalam pengajaran dan
pembelajaran

dengan

aktif.

Murid-murid

sentiasa

membantu

guru

menyediakan kekuda kanvas semasa waktu rehat supaya guru dapat


menggunakan semasa pengajaran.
Guru menyediakan aktiviti boneka tangan bagi murid-murid Tahun
4, terdapat seorang murid, Mallena seorang pendiam dan kurang
menguasai kemahiran menghasilkan boneka tangan. Hal ini berlaku
kerana guru tidak menyediakan contoh hasil karya yang mempunyai
tahap yang berlainan supaya setiap murid-murid dapat menguasai
kemahiran dan meningkatkan kreativiti masing-masing.
Guru juga menyediakan aktiviti stensilan kepada murid-murid Tahun
5. Guru mendapati seorang murid, Athirah tidak menggunakan warna
penggenap.

Guru

sempat

memberi

bimbingan

kepada

Athirah

menyebabkan Athirah sempat membuat penambahbaikan pada hasil


karyanya.

Jurnal