Anda di halaman 1dari 8

Faktor Pencetus Perang Iraq

By Ninie Scherzinger Travellion in LIBURAN SEJARAH ( HA 24 ) 09/12 Edit Doc


1.0

PENGENALAN

Peta 1: Kedudukan Iraq dan Iran ( negara yang terlibat dalam perang Iraq-Iran atau Perang Teluk
Parsi Pertama).

Perang Iraq- Iran ini tercetus antara dua buah negara Arab iaitu Iran dan juga Iraq. Perang ini
juga dikenali sebagai Pertahanan Suci dan Perang Revolusi Iran bagi negara Iran dan
Qadisiyyah Saddam bagi Iraq.[1] Selain itu, ia juga dikenali secara umum sebagai Perang Teluk
Parsi Petama yang tercetus pada 22 September 1980 hingga 20 Ogos 1988.[2] Perang ini
dikenali sebagai Perang Teluk Parsi yang pertama kerana setelah perang yang tercetus antara Iran
dan Iraq tamat pada 20 Ogos 1988, kedua buah negara kembali berkonflik dalam isu Kuwait
yang mana ia dikenali sebagai perang Teluk Parsi kedua. Bagaimana pun, dalam esei ini hanya
akan membincangkan Perang Teluk Parsi yang Pertama dengan mengambil kira faktor-faktor
yang menyebabkan perang tersebut tercetus. Selain itu, turut dibincangkan adalah mengenai
penyelesaian dan juga kesan daripada perang yang berlaku.
2.0

FAKTOR PENCETUS PERANG IRAQ-IRAN

2.1 KRISIS SATT AL-ARAB

Peta 2: Kedudukan Shatt Al-Arab yang menjadi rebutan antara Iraq dan Iran.

Perang Iraq dan Iran tercetus disebabkan beberapa faktor. Faktor yang dianggap sebagai faktor
yang mempercepatkan tercetusnya perang ini adalah disebabkan faktor krisis Satt Al-Arab. Satt
Al-Arab merupakan laluan air sepanjang 200Km yang terletak di Selatan Iraq iaitu terletak di
antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. [3]Mengapa laluan Satt Al-Arab ini ingin ditawan
oleh Iraq adalah kerana kedudukannya yang merupakan satu-satunya jalan air yang
menghubungkan Iraq dengan Teluk Parsi. Apabila Saddam Hussien menaiki tampuk
pemerintahan Iraq pada tahun 1979, beliau telah melanggar perjanjian Algiers 1975 yang
dimeterai bagi menyelesaikan pertikaian sempadan.[4] Enam tahun selepas perjanjian tersebut
dan ketika itu Saddam Hussien sudah berkuasa, Iraq telah bertindak menyerang Iran semata-mata
ingin menguasai laluan tersebut. Perlanggaran Iraq terhadap Iran telah mencetuskan konflik di
antara kedua buah negara.

2.2 PERTIKAIAN WILAYAH SEMPADAN KHUZESTAN


Selain daripada pertikaian sempadan dan hak pemilikan laluan Satt Al-Arab, satu lagi pertikaian
mengenai sempadan adalah mengenai wilayah sempadan Khuzestan. Seperti mana Satt Al-Arab
yang terletak di antara Iraq dan Iran, demikian juga kedudukan wilayah Khuzestan yang terletak
di sempadan antara kedua buah negara.[5] Jika Satt Al- Arab dituntut oleh Iraq kerana
kedudukannya yang strategik, Khuzestan pula dituntut disebabkan mempunyai sumber yang
banyak iaitu kaya dengan minyak. Oleh itu, Iraq ingin menggabungkan wilayah Khuzestan
dengan Iraq. Selain daripada alasan ingin mendapatkan wilayah yang kaya minyak itu, Iraq juga
menuntut Khuzestan disebabkan faktor sejarah di mana menurut Iraq, Khuzestan merupakan
sebahagian daripada wilayah Iraq sebelum diambil oleh Inggeris dan diserahkan kepada Iran.[6]

2.3 PEREBUTAN PEMILIKAN PULAU ABU MUSA, PULAU TUNBS BESAR DAN
PULAU TUNBS KECIL
Pertikaian sempadan dan wilayah antara kedua buah negara bukan hanya melibatkan pertikaian
Satt Al-Arab dan wilayah Khuzestan malah dalam isu pertikaian Pulau Abu Musa, Pulau Tunbs
Besar dan Pulau Tunbs Kecil.[7] Iraq seperti mana dalam isu Khuzestan yang inginkan kekayaan
minyak turut mempunyai motif utama untuk menawan ketiga-tiga pulau tersebut iaitu
disebabkan terdapatnya minyak yang banyak di kawasan tersebut. Ketiga-tiga pulau tersebut
dikuasai oleh Iran pada 30 November 1971 dengan alasan ketika itu, ia berada di bawah
kekuasaan Sharjah dan Ras al- Khaimah.[8] Oleh itu, Iran bertindak menguasai ketiga pulau
tersebut bagi memastikan pengaliran minyak lancar. Dengan manfaat yang dapat diperolehi
apabila menguasai ketiga-tiga pulau tersebut, Iraq telah melancarkan serangan mengejut terhadap

Iran dengan harapan jika Iraq beroleh kemenangan, maka Iran akan dipaksa untuk menerima
tuntutan yang dibuat oleh Iraq berkaitan dengan isu ketiga pulau tersebut.[9]

2.4 REVOLUSI ISLAM DI IRAN


Perang Iraq-Iran ini juga sebenarnya dipengaruhi oleh Revolusi Islam yang berlaku di Iran.
Muhammad Reza Shah Pahlavi[10] merupakan tokoh penting dalam sejarah Iran kerana semasa
tampuk pemerintahannya, telah muncul tokoh dan gerakan Islam yang akhirnya mewujudkan
revolusi Islam sekali gus telah menjatuhkan pimpinan Pahlavi.[11] Pemerintahan Pahlavi yang
tidak disenangi oleh rakyat misalnya sifat keperibadian beliau yang dikatakan boros
membelanjakan wang kerajaan sedangkan rakyat masih dibelenggu kemiskinan telah menaikkan
semangat rakyat untuk menggulingkan Pahlavi.[12] Tokoh Islam yang muncul memboikot
pemerintahan Pahlavi adalah Ayatullah Rohullah Khomeini[13] dari mazhab Syiah.[14]
Khomeini membawa ideologi yang berbeza dengan Saddam Hussein dan Pahlavi iaitu beliau
begitu menekankan sistem teokrasi Islam dalam pemerintahan berbanding Saddam Hussein yang
mengaplikasikan sistem pemerintahan sekular bercorak sistem Barat dalam pentadbiran di Iraq.
[15] Bagi Khomeini, bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang maju dan bertamadun, aspek
agama perlu diaplikasikan dalam politik dan pentadbiran negara. Ideologi yang dibawa oleh
Khomeini ini telah mempengaruhi rakyat Iran sekali gus membawa kepada penggulingan Pahlavi
pada 1979.[16] Kesan revolusi yang tercetus di Iran telah mempengaruhi rakyat Iraq yang berada
di sempadan bersebelahan Iran dan memiliki penganut Syiah yang ramai.[17] Hal ini merisaukan
Saddam Hussien dan bertindak untuk berusaha menghalang pengaruh revolusi Iran masuk ke
Iraq.

2.5 PERANAN SADDAM HUSSIEN


Peranan yang dimainkan oleh Saddam Hussein juga merupakan antara faktor pencetus perang
Iraq-Iran. Faktor ini merujuk kepada sifat keperibadian Saddam Hussein itu sendiri di mana
beliau dikatakan merupakan seorang diktator yang melaksanakan pemerintahan kuku besi di
Iraq. Saddam Hussein (dari Parti Baath) mula berkuasa pada tahun 1979[18] setelah berjaya
dalam sebuah rampasan kuasa dan mengaplikasikan sistem pemerintahan sekular iaitu
memisahkan agama dengan pentadbiran/politik. Selain dari sekular membawa ideologi sekular,
Saddam Hussein juga mempunyai semangat Pan-Arabisme yang kuat. Dengan semangat PANArabisme yang kuat, Saddam Hussein berusaha menonjolkan diri untuk menjadi pemimpin
masyarakat Arab yang memperjuangkan perpaduan Arab dan juga perjuangan untuk
mendapatkan kembali hak rakyat Palestin, seperti mana yang dilakukan oleh Gamal Abdel
Nasser.[19] Selain itu, semangat inilah juga yang mempengaruhi tindak tanduk beliau dalam
melakukan banyak kekejaman dengan hanya tujuan untuk menunjukkan bahawa masyarakat
Arab merupakan masyarakat yang terpilih untuk memimpin dunia Arab. Oleh itu, beliau telah
melakukan banyak penindasan terutamanya terhadap Syiah dan Kurdish. Masyarakat Kurdish
misalnya telah mengejutkan mata dunia apabila Saddam Hussein bertindak menggunakan senjata
kimia di Halabja iaitu dengan melepaskan gas mustard yang telah membunuh ramai masyarakat

Kurdish di Halabja tidak kira kanak-kanak, wanita mahupun golongan warga emas.[20] Sifat
diktator yang ada dalam diri Saddam Hussein menyebabkan Perang Iraq-Iran ini berlangsung
begitu lama iaitu selama lapan tahun.

2.6 PERSAINGAN IRAQ DAN IRAN UNTUK MENJADI PEMIMPIN ARAB


Selain daripada faktor-faktor yang telah dibincangkan, perang Iraq-Iran ini juga tercetus ekoran
daripada sejarah kedua buah negara yang memang merupakan negara Islam yang mana secara
tidak langsung masing-masing ingin bersaing untuk menjadi pemimpin Arab. Persoalan siapakah
yang akan memimpin umat Islam muncul setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW. Pembunuhan
Ali bin Abu Talib menyebabkan perpecahan Islam kepada dua Mazhab bersifat politik iaitu
Sunah dan Syiah.[21] Jurang perbezaan yang ada antara kedua mazhab ini menyebabkan masingmasing mahu diangkat menjadi mazhab yang benar/betul sekali gus memimpin masyarakat Arab
untuk menjalani kehidupan umat Islam yang sebenar. Persaingan pemimpin umat Islam untuk
memimpin Arab juga dapat dilihat dalam peribadi Saddam Hussein dan Ayatullah Rohullah
Khomeini. Kedua-dua pemimpin ini masing-masing mahu mengetengahkan dan mengangkat
ideologi masing-masing di mana Saddam Hussein dengan ideologi sekular dan Pan-Arabisme
manakala Khomeini dengan teokrasi Islam. Hal ini menyebabkan tiada kesepaduan dan
persefahaman dalam kalangan umat Islam. Untuk menjayakan persaingan ini, Saddam Hussein
misalnya bertindak menguasai beberapa wilayah Iran dan melancarkan serangan ke atas
masyarakat Syiah dan Kurdish di Iran.

2.7 ARABISME VS PERSIAN


Semangat yang tertanam dalam diri masyarakat kedua-dua negara yang terlibat juga memainkan
peranan penting untuk menaikkan semangat rakyat semasa Perang Iraq-Iran berlaku. Iran di
bawah pimpinan Ayatullah Khomeini memiliki impian untuk menyebarkan pengaruh revolusinya
ke negara Arab yang lain. Bangsa Arab sememangnya tidak pernah berbaik-baik dengan bangsa
Persia sejak pertempuran Al-Qadisiyyah[22] di mana ketika itu, Persia mengalami kekalahan.
Kekalahan itu menaikkan semangat Persia untuk kembali berjuang menentang Arab manakala
kemenangan itu membuatkan Arab merasakan Persia tidak akan mampu mengalahkan Arab
ekoran kekalahan dalam pertempuran abad ke-7 itu. Saddam pula seperti mana bekas pemimpin
Mesir iaitu Gamal Abdel Nasser mempunyai semangat Arabisme yang kuat. Revolusi Islam yang
berlaku di Iran dianggap oleh bangsa Arab di Iraq sebagai satu penghalang untuk mencapai
hasrat Iraq dalam memodenkan Iraq kerana Iraq memperjuangkan nasionalisme sekular Arab.
Ekoran daripada semangat yang berbeza dan tidak wujud kesatuan dalam kalangan masyarakat
Islam menyebabkan perang terus berlanjutan dengan begitu lama. Boleh dikatakan, perang IraqIran bukan sahaja melibatkan militer malah melibatkan perang ideologi.

2.8 PENGLIBATAN KUASA BARAT

Perang Iraq-Iran tercetus bukan sahaja disebabkan faktor-faktor dalaman antara kedua
buah negara malah turut dipengaruhi oleh faktor luaran seperti penglibatan kuasa Barat. Antara
kuasa Barat yang memainkan peranan dalam perang ini adalah Amerika Syarikat. Meskipun pada
mula Amerika Syarikat[23] mengamalkan sikap berkecuali terhadap perang antara Iraq-Iran
kerana merasakan Amerika Syarikat tidak mempunyai keperluan untuk masuk campur tangan,
namun hal ini berubah apabila perang yang berlanjutan itu telah memberikan tempias terhadap
Amerika Syarikat terutamanya dalam aspek ekonomi.[24] Oleh itu, Amerika Syarikat telah
bertindak untuk masuk campur dalam perang ini. Dapat dilihat sikap Amerika Syarikat yang
tidak mempunyai pendirian siapa yang disokongnya kerana Amerika Syarikat dilihat
menyebelahi kedua-dua pihak mengikut kepentingannya sendiri. Hal ini dilihat misalnya, pada
awal Amerika Syarikat memperlihatkan sokongan terhadap Iran dengan mengerahkan tentera
Iraq beredar dari wilayah Iran. Namun Amerika Syarikat mula berubah apabila melihat Iran
mempunyai kemampuan untuk menewaskan Iraq. Kemampuan Iran yang dilihat mampu
menewaskan Iraq dilihat sebagai satu ancaman besar dan membimbangkan sekutu Amerika
Syarikat di Teluk Parsi.[25] Keadaan ini sekali gus menyebabkan Amerika Syarikat berubah
sikap untuk menyokong Iraq pula kerana Iraq dilihat satu kuasa yang boleh menghalang
pengaruh Iran daripada meluas. Oleh itu, Amerika Syarikat telah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Iraq tetapi dalam masa yang sama, turut memberikan bantuan senjata kepada
Iran. Sikap Amerika Syarikat ini dikatakan sebagai talam dua muka dan hanya mementingkan
kepentingan peribadi semata-mata sekali gus menyebabkan persengketaan antara Iraq dan Iran
semakin memuncak dan berlanjutan begitu lama.

3.0

PENYELESAIAN PERANG

Perang antara Iran dan Iraq yang tercetus pada 22 September 1980 berlangsung selama lapan
tahun di mana ia berakhir pada 20 September 1988. Bagaimana pun, pada akhir perang ini, tiada
pihak yang menang atau kalah, ataupun tiada keputusan muktamad yang menentukan
kemenangan sesebuah pihak. Perang ini diselesaikan dengan campur tangan oleh PBB
( Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) dengan mengenakan gencatan senjata kepada kedua belah
pihak yang terlibat.[26] Selama perang ini berlangsung, PBB telah memerintahkan agar gencatan
senjata diadakan namun tidak diendahkan hingga menyebabkan perang tersebut berlarutan
hinggalah pada 20 September 1988. Demikian juga misalnya pada Julai 1982, Iraq pernah
menawarkan gencatan senjata tetapi Iran nekad untuk meneruskan serangan ke atas Iraq.[27]

4.0

KESAN PERANG

4.1 KORBAN DAN KEMUSNAHAN


Kesan perang Iraq-Iran yang paling ketara dapat dilihat adalah mengenai angka kematian dan
korban perang. Jumlah kematian dan kecederaan yang dianggarkan bagi negara Iran adalah
sebanyak 500,000 hingga 750,000 orang yang terdiri daripada askar dan juga orang awam
manakala negara Iraq pula adalah sebanyak 375,000 hingga 500,000 yang juga terdiri daripada

askar dan juga orang awam. Jumlah kematian bagi negara Iran adalah lebih besar kerana
serangan yang dilakukan oleh Iraq misalnya terhadap masyarakat Kurdish di Halabja dengan
menggunakan gas mustard.

4.2 EKONOMI MEROSOT


Kesan daripada perang ini telah menyebabkan hubungan kerjasama antara kedua buah negara
terjejas sekali gus memberi impak negatif terhadap ekonomi terutamanya bagi komoditi minyak.
[28] Perang yang berlaku menyebabkan negara-negara lain berwaspada untuk menjalinkan
hubungan ekonomi pada waktu perang sekali gus menyebabkan aliran wang masuk adalah
kurang. Kemusnahan infrastruktur juga menyebabkan dana untuk membiayai semula pembaikan
infrastruktur diperlukan menyebabkan ekonomi negara tidak begitu stabil.
4.3 PENGARUH BARAT
Dapat dilihat semasa perang Iraq banyak dibantu oleh kuasa-kuasa Barat yang besar seperti
Amerika Syarikat. Kepentingan ekonomi Amerika Syarikat di negara Arab menyebabkan
Amerika Syarikat masuk campur misalnya memberikan sokongan dan bantuan senjata[29].
Selepas perang, pengaruh barat bukan sahaja dari aspek luaran malah dalam aspek dalaman iaitu
ideologi barat yang dibawa oleh Amerika Syarikat. Pada ketika itu, jelas dilihat hubungan yang
baik antara Amerika Syarikat dan juga Saddam Hussien hinggakan ada yang melabel Saddam
Hussein sebagai boneka Barat.
4.4 PERPECAHAN NEGARA ARAB
Tercetusnya perang antara Iraq dan Iran yang mana kedua-duanya merupakan negara Arab dan
Islam telah menyebabkan wujudnya perpecahan antara negara Arab itu sendiri. Misalnya, ada
negara Arab yang menyokong (pro) terhadap Iraq dan ada juga yang mengkritik dan mengutuk
tindakan Iraq terhadap Iran.[30] Perpecahan yang wujud antara negara Arab menyebabkan
ketidak sepaduan dan perpecahan sekali gus menyebabkan negara barat yang lain, Israel
misalnya mengambil kesempatan terhadap kelemahan tersebut.

5.0

ANALISIS

Perang Iran-Iraq yang berlaku bukan sahaja disebabkan faktor masalah atau konflik
dalaman/internal dalam negara yang terlibat tetapi turut dipengaruhi oleh anasir-anasir luar
seperti sokongan pihak barat seperti Amerika Syarikat.
Jika dianalisis dengan teliti, konflik yang tercetus di antara Iran dan Iraq berlaku begitu
lama disebabkan adanya campur tangan kuasa Barat seperti Amerika Syarikat. Boleh dikatakan

Amerika Syarikat merupakan batu api antara Iran dan Iraq. Misalnya pada mula perang,
Amerika Syarikat menyokong Iran tetapi akhirnya berubah alih kepada Iraq. Dengan itu,
Amerika Syarikat cuba meyakinkan Iraq bahawa revolusi yang tercetus di Iran yang sekali gus
menyebabkan kejatuhan Shah Iran boleh memberi impak kepada Iraq kerana di Iraq sendiri
banyak penyokong dan penganut Syiah. Dengan pengaruh Syiah dari Iran ke Iraq, ini akan
mengancam kedudukan Saddam Hussien. Hal ini yang amat dikhuatiri oleh Saddam Hussien.
Namun demikian, Saddam Hussien beranggapan Iran pada ketika itu masih dalam proses
pemulihan kerana baru sahaja berdepan dengan revolusi tetapi anggapan itu meleset sama sekali
kerana negara yang baru mengalami revolusi sebenarnya masih mempunyai semangat yang
berkobar-kobar untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan konflik sukar diatasi oleh kedua negara, tambahan pula Amerika Syarikat yang
bertindak sebagai agen pendamai tetapi mempunyai motif disebaliknya. Mengapa Amerika
Syarikat masuk campur terhadap perang yang berlaku antara Iran dan Iraq adalah kerana
kepentingan ekonomi semata-mata Amerika Syarikat itu sendiri, terutamanya minyak.
Persoalan yang timbul dalam isu atau perang yang berlaku antara Iran dan Iraq selain
daripada campur tangan Amerika Syarikat yang mana menyebabkan perang berlaku dalam
tempoh begitu lama dapat dirujuk dengan mengamati sifat keperibadian Saddam Hussien itu
sendiri. Saddam hussien yang inginkan dirinya menjadi hero Arab cuba bertindak apa sahaja
agar dirinya digelar penyelamat Arab seperti mana Gamal Abdul Nasser di Mesir. Pemerintahan
kuku besi oleh Saddam Hussien juga disifatkan tidak berperikemanusiaan . hal ini boleh dilihat
dalam isu pelepasan senjata kimia iaitu gas mustard di Halabja terhadap masyarakat Kurdish.
Tindakan Iraq tersebut sangat kejam dan mendapat kritikan. Selain itu, tindakan PBB juga
sebenarnya mempengaruhi tempoh perang yang berpanjangan kerana tindakan PBB yang dilihat
tidak tegas dalam menyelesaikan konflik. Jika dilihat, salah satu tujuan pembentukan PBB
adalah untuk mencegah dan menangani perang berikutan tercetusnya Perang Dunia Pertama dan
kegagalan Liga-Liga Bangsa Bersatu dalam mencegah perang. Namun demikian, dalam isu
perang Iran-Iraq, meskipun PBB ada mengadakan gencatan senjata tetapi ia tetap tidak
diendahkan oleh pihak yang terlibat. Sepatutnya, PBB perlu tegas agar resolusi yang dilakukan
itu dipatuhi oleh pihak yang terlibat. Dapat dikatakan ketidak tegasan PBB menyumbang kepada
tempoh peperangan yang panjang antara Iran dan Iraq.
Setelah dianalisis, dapat dilihat satu perubahan yang amat ketara kesan daripada perang ini
adalah perubahan dunia Islam, Arab dan juga Barat itu sendiri. Dunia Arab dan Islam misalnya
mengalami perpecahan di mana terdapat pihak-pihak yang menyokong Iraq dan sebelah pihak
pula menyokong Iran. Ini menyebabkan perpecahan dunia Arab itu sendiri sekali gus
menyebabkan tiada kesepaduan ummah. Selain itu, hubungan sama ada antara Arab dengan Arab
mahupun Arab dengan Barat yang pada mulanya baik bertukar kepada syak wasangka dan juga
sentiasa berwaspada antara satu sama lain.
Melalui pembacaan, analisis dan pemahaman, saya berpendapat bahawa faktor peranan
dan sifat keperibadian Saddam Hussien merupakan faktor utama yang mencetuskan perang IranIraq. Hal ini kerana, jika difikirkan faktor perebutan dan pertikaian wilayah Khuzestan, Shatt AlArab dan juga tiga buah pulau iaitu Pulau Abu Musa, Pulau Tunbs Besar dan Pulau Tunbs kecil
sebenarnya boleh diselesaikan melalui rundingan dan diplomasi tanpa melibatkan pertumpahan
dan darah dan juga perang. Selain itu, sepatutnya hal dan isu ini tidak timbul kerana hal-hal

mengenai persempadanan antara kedua buah negara telah pun diselesaikan melalui Perjanjian
Algiers pada tahun 1975. Namun persoalannya adalah sifat dan sikap Saddam Hussien yang
begitu beria-ia ingin menakluki wilayah tersebut disebabkan kepentingan ekonomi hingga beliau
bertindak melanggar perjanjian Algiers dengan alasan beliau yang tersendiri. Demikian juga
keinginannya ingin menjadi hero Arab hingga bertindak kejam dengan rakyatnya sendiri
terutama yang bermazhab Syiah dan juga rakyat Iran. Oleh itu, dapat saya katakan bahawa jika
keperibadian Saddam Hussien merupakan seorang yang boleh berdiplomasi maka perang
tersebut dapat dielakkan dan jika ia tercetus mungkin perang dapat diselesaikan dalam masa
yang singkat.

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, perang Iran-Iraq tercetus disebabkan beberapa faktor yang boleh dicerakinkan
kepada faktor dalaman dan juga faktor luaran. Faktor dalaman dapat dlihat pada sifat peribadi
pemimpin dan juga kepimpinannya dalam mentadbir negara. Faktor luaran misalnya adalah
campur tangan kuasa barat seperti Amerika Syarikat terhadap perang ini. Oleh itu, faktor-faktor
seperti perebutan wilayah Shatt Al-Arab, pertikaian wilayah Khuzestan, perebutan Pulau Abu
Musa, Pulau Tunbs Besar dan Pulau Tunbs Kecil, revolusi Iran, peranan Saddam Hussien,
persaingan Iran dan Iraq untuk menjadi pemimpin Arab, Arabisme Vs Persian dan jua
penglibatan kuasa barat merupakan faktor pencetus yang saling berkait dalam mempengaruhi
tercetusnya perang Iran-Iraq.

Anda mungkin juga menyukai