Anda di halaman 1dari 15
FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN JANUARI 2012 OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS NO.

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

JANUARI 2012

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN AND DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI

:

860904135099001

NO. KAD PENGENALAN

:

860904135099

NO. TELEFON

:

014-8982585

E-MEL

:

 

jude_baluh@uom.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

:

Pusat Pembelajaran Bandar Baru Bangi

BIL

KANDUNGAN

PERKARA

OUMH1103

NO. MUKA SURAT

1. PENGENALAN

3

2. DAPATAN

5

3. SARANAN

10

4. KESIMPULAN

13

5. APENDIKS

14

2

PENGENALAN

OUMH1103

Zaman globalisasi masa kini memerlukan tenaga kerja yang berdedikasi tinggi dan mempunyai modal insan yang cemerlang. Sehubungan itu, permintaan ini mendorong kepada kadar pengangguran yang semakin meningkat di negara ini. Isu kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian tinggi menjadi faktor utama peningkatan masalah pengangguran. Graduan dikatakan tidak mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, lemah dalam kemahiran bahasa inggeris, kurang kemahiran ICT, kurang kemahiran berkomunikasi dan kemahiran memahami bidang kerjaya yang dipohon. Kemahiran dapat dirumuskan sebagai set kemahiran yang merangkumi asas, teknikal, pengurusan dan kepimpinan yang mana adalah paling kritikal untuk membangunkan pengetahuan (Gallagher,P.1999).

McLarty‟s (1998) pula menyifatkan kemahiran terdiri daripada perkara berikut:

• Komitmen: Kesungguhan dan ketahanan seseorang menbuat sesuatu tugas

• Kompeten: Kemahiran untuk menjalankan tugas dengan cara yang efektif

• Keyakinan diri: Percaya diri sendiri dan yakin boleh pada keupayaan diri

• Kreativiti: Keupayaan berimaginasi dan membayang serta menghasilkan sesuatu

• Dedikasi: Keupayaan mengekalkan diri membuat sesuatu tugas

• Keseronokan: Berasa bahagia dan bersedia dalam membuat sesuatu tugas

• Fleksibiliti: Keupayaan seseorang menyesuaikan diri dalam situasi tertentu

• Kebijaksanaan: Kekuatan fikiran memahami

• Kepimpinan: Kebolehan membimbing dan memberi semangat kepada orang lain

• Kematangan: Mempunyai pengalaman yang luas dan keperibadian yang mengagumkan

• Motivasi: Keupayaan untuk membawa kecemerlangan komersil

• Persepsi: Keupayaan untuk mengenalpasti isu yang signifikan

• Personaliti: Mempunyai keperibadian yang menarik dan sikap yang mudah

bersosial dan mendampingi orang sekeliling

• Professionalisme: Mempunyai kaedah dan cara yang berkesan dalam membuat

sesuatu

• Kebolehpercayaan: Mempunyai tabiat yang boleh dipercayai dan dapat ditentukan

3

OUMH1103

Atas dasar tersebut, pihak graduan dan institut pengajian tinggi tidak hanya perlu fokus pada keputusan akademik yang cemerlang semata-mata, akan tetapi penerapan kepada kemahiran- kemahiran yang sewajarnya amat diperlukan bagi membolehkan seseorang graduan memainkan peranan yang lebih berkesan dalam dunia pekerjaan. Agensi-agensi kerajaan pula perlu membekalkan latihan yang berkaitan kepada graduan yang dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi supaya bertepatan dengan kehendak majikan.

Dalam kertas kerja ini, dibentangkan kajian yang bermatlamat untuk melihat kepentingan kemahiran di kalangan graduan sebagai kriteria penting pasaran tenaga kerja masa kini. Kajian ini turut mengupas permasalahan isu kemahiran yang perlu dimiliki oleh graduan bagi memenuhi permintaan majikan disamping menganalisa tindakan yang boleh diambil oleh graduan, pihak kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi bagi melengkapkan graduan dengan kemahiran sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Antara kemahiran-kemahiran yang dikaji adalah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berbahasa, kemahiran IT, berkomunikasi secara berkesan dan lebih memahami bidang kerjaya yang dipohon. Kajian turut menekankan kepada tindakan yang perlu diambil bagi membantu graduan memenuhi set kemahiran dalam memenuhi permintaan majikan.

4

DAPATAN

OUMH1103

Kemahiran dan pengetahuan individu sering meningkat dan berubah seiring dengan arus perubahan masa kini dan permintaan dalam alam pekerjaan. Graduan perlu melengkapkan diri dengan segala kemahiran yang perlu bagi membolehkan mereka bersaing dalam merebut tempat dalam alam pekerjaan. Skop tugas masa kini berubah mengikut peredaran globalisasi dan ini memberi kesan terhadap kemahiran yang perlu dimiliki oleh graduan masa kini agar bertepatan dengan permintaan sesebuah organisasi. Kemahiran yang diperlukan merangkumi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berbahasa inggeris, kemahiran ICT, berkomunikasi dan kemahiran personal. Majikan masa kini amat menekankan kemahiran ini agar graduan yang dipilih bekerja mampu memikul tugas yang di amanahkan.

1. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Dalam berdepan dengan arus pekerjaan masa kini, graduan perlu mempunyai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Pemikiran didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar,bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami (Tengku Zawawi bin Tengku Zainal dalam http://muhajid.tripod.com/kbkk.html). Secara amnya, kemahiran berfikir dibahagi kepada 2 domain yang paling utama iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Berfikir secara kritis adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan wajar berdasarkan alasan dan bukti yang kukuh(http://mahirkbkk.tripod.com) manakala kemahiran berfikir secara kreatif pula adalah keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinandan menghasilkan sesuatu yang baru yang bersifat abstrak.

Menyedari tentang pentingnya KBKK di kalangan pekerja untuk meningkatkan prestasi dan menghadapi alam pekerjaan yang serba mencabar dalam dunia berteknologi tinggi masa kini, maka wajarlah setiap graduan perlu menguasai KBKK untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi, berdaya fikir dan mampu membuat keputusan rasional dalam

5

OUMH1103

menyiapkan tugasan dalam alam pekerjaan.Justeru,KBKK perlu untuk melahirkan generasi pekerja yang mempunyai daya intelek yang tinggi dalam mengembangkan idea-idea bijak dan bernas demi menaiktaraf dan mengembangkan sesebuah institusi pekerjaan ke tahap yang lebih tinggi.

2. Kemahiran Bahasa Inggeris

Malaysia adalah setanding dengan atau mendahului beberapa negara-negara serantau dari segi pelaburan dalam bidang pendidikan. Dalam Bajet 2012, RM13.6bil telah diperuntukkan kepada sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan dan pembangunan masyarakat.Bagaimanapun, kualiti graduan dalam Bahasa Inggeris masih kekal menjadi satu isu (Bernama,2011). Hal ini menyebabkan graduan ini pastinya terpaksa berdepan dengan piawaian antarabangsa dan persaingan dari segi pasaran kerja, sebagai sebahagian daripada globalisasi dan permintaan majikan terhadap penguasaan Bahasa Inggeris.Pekerja hari ini bukan sahaja perlu berurusan dalam negeri malah perlu berurusan dengan pelbagai pelanggan dan syarikat asing seluruh dunia,dimana bahasa utama adalah Bahasa Inggeris (Azizan, H. & Mun, L. Y. 2011). Selain itu, majikan masa kini mencari individu berbakat yang boleh mengembangkan syarikat, jadi tahap penguasaan Bahasa Inggeris tidak hanya menjadi keutamaan tetapi membuatkan ia satu kemestian.

Kajian IPPTN (2003) mendapati kurangnya penguasaan dalam bahasa inggeris merupakan faktor utama graduan gagal memperoleh sebarang pekerjaan.Ini kerana, graduan hanya berbekalkan segulung ijazah tanpa memikirkan bahawa kemahiran menguasai bahasa inggeris dengan baik merupakan kunci utama yang mampu menarik minat majikan. Kelemahan graduan untuk menguasai kemahiran ini juga membataskan peluang mereka untuk bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang sudah semestinya bahasa pengantar utama adalah bahasa inggeris. Graduan perlu menguasai kemahiran ini bagi mewujudkan suasana persaingan yang sihat bagi mencerahkan peluang mendapat pekerjaan.

6

OUMH1103

3. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT)

Sejak komputer diperkenalkan pada tahun 1990an di Malaysia, penggunaan ICT kini telah merangkumi pelbagai bidang dan pekerjaan. Semua ini digerakkan menuju ke arah mencapai kemajuan dan keharmonian hidup serta memacu pembangunan negara. Pengaliran ICT merupakan asas kepada pendekatan globalisasi (Abu Bakar Abdul Majeed, 1998: 80). Tumpuan diberikan kepada usaha menggalakkan graduan menguasai (ICT) sebagai pemacu strategik bagi menyokong dan menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup penduduk selaras hasrat kerajaan untuk memastikan negara ini mampu bersaing dalam era globalisasi kini.Pelaburan yang besar telah dibuat untuk menyediakan infrastruktur ICT bagi meningkatkan kebolehcapaian serta menambah baik agensi yang berkaitan dalam sektor ekonomi bukan sahaja di kawasan pusat-pusat bandar malahan di kawasan luar bandar turut dilengkapi kemudahan ICT.

Long (2004:26) menyatakan ciri-ciri yang menunjukkan seseorang itu mahir dalam menggunakan ICT:

1. Selesa dalam menggunakan sistem komputer

2. Mampu menggunakan komputer menyelesaikan tugasan seperti untuk menyelesaikan masalah kebosanan, pengurusan kewangan keluarga dan seumpamanya.

3. Boleh berinteraksi dengan komputer dengan memasukkan dan mengeluarkan data.

4. 4.Berasa selesa apabila berada dalam dunia cyber.

5. Memahami pengaruh komputer terhadap masyarakat hari ini dan kesannya pada masa akan datang.

6. Menjadi pengguna komputer, peralatan komputer dan perkhidmatan komputer yang bijak.

7. Mahir dalam menggunakan bahasa komputer dan teknologi maklumat.

Graduan yang memiliki kesemua ciri-ciri ini adalah graduan yang celik ICT dan menjadi rebutan dalam sektor pekerjaan.Ini bagi memastikan graduan yang benar-benar layak dipilih bekerja untuk memikul tanggungjawab meningkatkan produktiviti dan daya saing sesebuah agensi selain mampu memasarkan produk ke pasaran antarabangsa melalui jaringan talian

7

OUMH1103

seluruh dunia.Dengan ini,kita mampu bersaing dalam pasaran antarabangsa sekaligus menaikkan nama baik negara di mata dunia.

4. Kemahiran Berkomunikasi

Menurut Omain, S.Z., Jusuh, A., Low, H. H., Salleh, N.M., & Yatim, S.M.,(2007) kemahiran komunikasi merupakan salah satu faktor yang perlu ditekankan oleh pihak universiti dalam merangka program supaya dapat melengkapkan graduan dalam bidang pekerjaan. Menurut Abdul Rahman Azizi 26(2000) pula kebolehan berkomunikasi adalah pencapaian manusia yang paling berharga kerana kebolehan ini telah membolehkan manusia berhubung di antara satu sama lain. Kemahiran komunikasi ini penting kepada graduan kerana ia merupakan di antara keperluan kemahiran yang diperlukan oleh pihak majikan (Zaiton Mohd Hassan, 2003). Ini jelas membuktikan betapa pentingnya kemahiran komunikasi dalam sektor pekerjaan.Kemahiran komunikasi terbahagi kepada komunikasi dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.Komunikasi memang diakui sangat penting kerana komunikasi yang baik dapat menyampaikan maklumat secara tepat.Amnya,graduan yang mula bekerja akan berada pada tahap „first line manager’. Oleh itu komunikasi yang baik membantu mereka untuk menyalurkan sebarang maklumat dengan tepat.

Maklum balas daripada majikan tempatan dan antarabangsa menunjukkan bahawa kemahiran komunikasi lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris kekal aspek yang paling utama dicari dalam diri bakal pekerja (Azizan, H.& Mun, L. Y., 2011). Alam pekerjaan sekarang memerlukan pekerja untuk terlibat dalam pelbagai skop tugas dan berinteraksi dengan pelanggan. Komunikasi yang berkesan mampu menyakinkan pelanggan terhadap servis dan kemudahan yang dibekalkan oleh syarikat berkenaan. Selain itu, pekerja boleh mendapat kredibiliti yang lebih dari rakan sekerja kerana mereka mempunyai keyakinan dalam menyampaikan pembentangan, dan untuk menjadi sebahagian dalam setiap perbualan yang dibincangkan (Salleh, K. M., Sulaiman, N. L. & Talib, K. N., 2010). Justeru itu, graduan yang mampu berkomunikasi secara berkesan berjaya memenuhi kriteria majikan untuk diambil bekerja

8

5. Kemahiran Personal

OUMH1103

Menurut Nabi dan Bagley (1998), dalam satu kajian untuk mengklasifikasikan kemahiran menyatakan kemahiran personal merupakan salah satu kemahiran selain

kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah.Menggunakan kajian tadi,kemahiran personal dapat dinyatakan seperti berikut:

motivasi: kesungguhan dan keinginan untuk mencapai sasaran dan kesabaran untuk memperolehi hasil yang telah ditetapkan dalam situasi yang mencabar.

kebolehan mengurus: kebolehan untuk menentukan tindakan munasabah yang perlu diambil demi mencapai matlamat yang telah disasarkan. Kebolehan menjangka keperluan dan boleh menetapkan kepentingan sesuatu perkara.

kerja berkumpulan: bersedia untuk bekerja secara berkesan sebagai ahli dalam kumpulan, melibatkan pekerja lain dalam mengusahakan idea yang diberikan dan menyelesaikan masalah.

kemahiran sosial dan interpersonal: kebolehan untuk mengadakan hubungan baik dengan pelanggan, klien dan rakan sekerja yang lain.

kepimpinan: mempunyai keyakinan diri, keupayaan mempengaruhi orang lain, bersedia bersikap adil

Graduan ideal yang memenuhi kemahiran personal menepati kehendak majikan dan industri yang mereka ceburi. Bermotivasi dalam melaksanakan tugas,boleh menguruskan kerja dengan baik,sanggup bekerja secara berkumpulan selain mampu mangadakan hubungan yang baik dalam agensi dan bersifat pemimpin mampu mempengaruhi produktiviti sesebuah agensi/syarikat tempat graduan ini diambil bekerja.Kemahiran personal berkait rapat dengan kemahiran berkomunikasi di mana boleh disimpulkan bahawa komunikasi yang berkesan mampu menghadirkan rasa selesa di kalangan rakan sekerja seterusnya menjalinkan hubungan yang baik.Proses menyalurkan maklumat dan menyelesaikan masalah secara berkumpulan juga senang andai mampu berkomunikasi sesama sendiri.

9

SARANAN

OUMH1103

Dalam usaha untuk meningkatkan imej graduan, pelbagai pihak perlu merencanakan tindakan bagi memastikan mereka mampu memenuhi kehendak pasaran pekerjaan masa kini yang berkehendakkan bakal pekerja yang berwibawa. Pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan oleh graduan, pusat pengajian tinggi dan pihak kerajaan dalam menangani masalah ini. Semua pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam menerapkan kemahiran-kemahiran yang sesuai kepada graduan.

1. Pusat Pengajian Tinggi

Antara tindakan yang perlu diambil oleh pusat pengajian tinggi adalah memberikan ilmu tambahan atau kemahiran di luar kurikulum program. Tidak hanya menumpukan pada pengkhususan tetapi menggalakkan pelajar mengambil mata pelajaran minor atau sebagainya. Selain itu, pihak universiti juga perlu mengkaji semula kurikulum program yang ditawarkan agar tidak dilabel hanya sebagai gedung ilmu yang bertanggungjawab menyalurkan ilmu akademik semata-mata. Pihak universiti juga perlu diberikan autonomi untuk menentukan kurikulum yang sesuai dengan program yang ditawarkan berdasarkan jaminan kualiti agar selaras dengan arus pekerjaan global. Ia perlu disemak semula dari semasa ke semasa untuk memenuhi keperluan tempat kerja. Kurikulum ini perlu di selitkan kursus-kursus yang boleh mengembangkan kemahiran dan kecekapan berkaitan kebolehpasaran supaya wujud keseimbangan antara pengetahuan akademik dan kemahiran yang membolehkan mereka bekerja dengan baik. Pendekatan pembelajaran perlu lebih menjurus kepada penyelesaian masalah, kajian kes dan sebagainya. Dua kebaikan pendekatan seperti ini ialah pelajar akan didedahkan kepada kes-kes sebenar dalam industri dan pelajar akan dapat mengasah kemahiran kreativiti, pemikiran aras tinggi, pengambilan risiko, kerja berpasukan (kemahiran pemikiran inventif) yang amat diperlukan dalam dunia sebenar (http://www.ipptn.usm.my/attachments/091_11%20Bab%206-Cadangan.pdf capaian 17/3/2012). Tempoh pengajian juga perlu dikaji semula agar ia menjadi lebih fleksibel dan pelajar mampu mengikuti pengajian berdasarkan kemampuan masing-masing.Hal ini berdasarkan cara pembelajaran dan pemahaman yang berbeza di kalangan graduan dan

memberikan graduan lebih peluang untuk mendalami bidang pengajiannya mengikut kemampuan sendiri.Ini bagi membolehkan mereka betul-betul memahami bidang tugas kerja yang berkaitan dengan bidang pengajian apabila habis pengajian kelak.

10

2. Pihak Kerajaan

OUMH1103

Tanggungjawab untuk mendidik graduan ini sebenarnya bermula dari sekolah menengah.Sehubungan itu,Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memantapkan sistem pembelajaran di peringkat sekolah menengah.Sistem pembelajaran perlu menjurus kepada pembelajaran dan pengajaran yang menumpukan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan tidak hanya melaksanakan berdasarkan kandungan dan sukatan pelajaran.Program berkaitan kerjaya pada peringkat sekolah pula perlu menitik beratkan kepada pendedahan sebenar alam pekerjaan.dengan ini.Pelajar boleh fokus kepada bidang pengajian tertentu bila memasuki universiti.

Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) pula perlu merencanakan latihan industri yang sesuai kepada graduan dari segi skop latihan, tempoh masa latihan, objektif dan pengisian latihan itu sendiri. Tempoh latihan perlu dipanjangkan dan pemilihan tempat latihan yang sesuai memberikan impak terhadap graduan. KPT perlu memastikan yang latihan industri pada setiap tahun pengajian dan pelajar betul-betul menyumbangkan sesuatu kepada organisasi dan bukan sekadar mencukupi jam kredit pengajian semata-mata. Oleh itu, kementerian perlu menubuhkan satu jawatankuasa bagi memantau keberkesanan latihan industri yang di lalui pelajar. Pihak kerajaan lain harus mampu memberikan insentif melalui Kementerian Kewangan (MOF) kepada pihak industri yang menunjukkan komitmen penuh dan bekerjasama dalam pembabitan melaksanakan latihan industri. Selain itu, pelajar perlu didedahkan dengan situasi sebenar alam pekerjaan melalui pembabitan dalam kursus kerjaya. Kursus kerjaya ini sebenarnya berkait rapat dengan latihan industri dan hendaklah diwajibkan kepada semua pelajar untuk menyertainya agar mereka tahu sasaran kerja masing-masing. Kursus kerjaya ini seharusnya diwujudkan bagi membentuk hala tuju pelajar selepas pengajian dan memastikan mereka bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar.

Hubungan kerjasama yang bermasalah antara pusat pengajian tinggi dengan pihak industri mengenai keperluan pasaran pekerjaan perlu segera diselesaikan. Pertemuan dan perbincangan antara pusat pengajian tinggi dengan pihak industri perlu lebih kerap bagi membincangkan dan menghasilkan pertukaran idea bagi membolehkan perkembangan yang positif mengenai kemahiran graduan. Pihak Institut Pengajian Tinggi perlu mengurangkan kursus dan latihan industri yang tidak relevan dan perlu menyemak akan kesesuaian latihan

11

OUMH1103

dengan kursus pengajian agar graduan dibekalkan kemahiran yang membolehkan mereka bekerja dengan lebih kompetitif.

12

Kesimpulan

OUMH1103

Keupayaan graduan lepasan universiti untuk berada dalam pasaran pekerjaan memang menjadi isu utama sejak dulu lagi.Graduan yang berjaya semestinya mahir dalam bidang mereka dan pada masa yang sama haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka memiliki nilai pasaran yang tinggi untuk di ambil bekerja.Sehubungan itu,pendekatan-pendekatan terancang perlu diambil oleh pusat pengajian tinggi dan pihak berwajib agar negara ini tidak menanggung masalah lambakan graduan menganggur akibat kekurangan kemahiran dan nilai kebolehpasaran. Negara pastinya rugi jika aset negara yang bakal menjadi pewaris dan pemimpin di masa depan terumbang ambing mencari pekerjaan tanpa kemahiran di dada. Negara amat memerlukan tenaga kerja yang berkualiti dan mampu bersaing bukan sahaja di pasaran kerja tempatan malah di peringkat antarabangsa. Seharusnya graduan masa kini wajar melengkapkan diri dengan memiliki pelbagai kemahiran seperti yang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,kemahiran berbahasa inggeris, mahir dalam mengendalikan ICT,berkomunikasi secara berkesan dan memiliki kemahiran personal yang baik yang amat dituntut majikan demi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan bangsa dan negara.Oleh itu,diharapkan semua pihak yang terlibat memberi perhatian dan mengambil langkah yang berkesan dalam usaha memperkembangkan kemahiran graduan lepasan universiti bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan memastikan negara mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Graduan itu sendiri juga wajib berusaha memperbaiki kelemahan diri dan mampu menilai kelebihan diri bagi membantu mereka dalam memilih skop dan sektor pekerjaan yang berkaitan.Mereka seharusnya mengambil peluang dengan mendaftar di mana-mana latihan dan kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi.Namun begitu,kursus dan latihan yang dianjurkan haruslah mendatangkan kesan yang mendalam dalam memantapkan dan mengukuhkan lagi kemahiran diri graduan selaras dengan cabaran dunia pekerjaan.Oleh yang demikian,semua pihak wajib mengambil tindakan drastik agar isu kekurangan kemahiran yang menghalang graduan menceburi bidang pekerjaan dapat diselesaikan.

(2606 patah perkataan)

13

RUJUKAN

OUMH1103

Abdul Rahman Abdul Aziz (2000). Kemahiran Sosial Asas. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Bakar Abdul Majeed, (1998) Information Age An Islamic Perspective, Islam and Development in Asia, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Azizan,H. & Mun,L. Y. (2011), Top jobs only for those who know the language well,The Star.

Azizan,H. & Mun,L. Y. (2011), Minding our language,The Star.

Bernama (2011), Don:English standard for undergraduates is still not up to par,The Star.

Gallagher, P. (1999). Critical Skills: Hitting a Moving Target. Background paper for the Expert Panel of Skills. Ottawa: Industry Canada. At < http://acst-ccst.gc .ca/skills >. Dlm. Canadian Public Policy-Analyse De Politiques, Vol. XXVIII, No.2 2002.

IPPTN.2003. Laporan Akhir Kajian Masalah Penggangguran di Kalangan Siswazah. Institut Penyelidikan PendidikanTinggi Negara,Usm, Penang;Universiti Sains Malaysia.

Long, Larry E. (2004), Computers: Information Technology in Perspective, 11 th ed. New Jersey: Pearson Education Inc.8Zaiton Mohd Hassan (2003), Developing Graduates for the global market. Kertas kerja dibentangkan di National IPT, Industry and Career Symposium Melaka. Tidak diterbitkan.

McLarty,R. (1998), Using Graduate Skills in Small and Medium-sized Enterprises, University College Suffolk, Ipswich.

Nabi, G.R and Batley D (1999), “Graduates‟ perceptions of transferable personal skills and future career preparation in the UK”, Education + Training, Vol 32 No 6.

14

OUMH1103

Omain, S.Z., Jusuh, A., Low, H. H., Salleh, N.M., & Yatim, S.M.,(2007). Penentuan Kemahiran Yang Bersesuaian Untuk Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi. Research Vot No:75101.Management Department Faculty Of Management And Human Resource Development. University Of Technology Malaysia

Salleh, K. M., Sulaiman, N. L., Talib, K. N. (2010), Globalisation‟s Impact on Soft Skills Demand in the Malaysian Workforce and Organisations:What makes graduates unemployable?,Proceedings of the 1st UPI International Conference on Technical and Vocational Education and Training.

Tengku Zainal, T. Z.,Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif(KBKK) Dalam Kurikulum Sekolah Bestari, http://muhajid.tripod.com/kbkk.html dimuaturun pada 15/3/2012

http://mahirkbkk.tripod.com capaian pada 15/3/2012

17/3/2012

15

capaian