Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pada awal kurun ke-20 semangat kebangsaan dibangkitkan oleh golongan pelajar berpendidikan
daripada Timur Tengah khususnya di Mesir. Mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan
menimbulkan kesedaran di kalangan golongan intelektual di Tanah Melayu. Golongan intelektual Melayu ini
telah membangkitkan semangat nasional kepada penduduk-penduduk Tanah Melayu.
Latarbelakang Pendidikan Golongan Intelektual di Tanah Melayu
Terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti ini pada tahun 1925. Mereka
terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
Mereka memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu dan dikenali sebagai Kaum Muda Idea pembaharuan
Kaum Muda disebarkan melalui majalah Al-Imam (pemimpin) yang diterbitkan di Singapura pada tahun
1906. Majalah ini memberi kesan besar dalam perkembangan pemikiran orang Melayu.
Beliau telah
i) Harun Aminurrashid
Beliau adalah seorang tokoh pejuang kebangsaan lepasan MPSI dan merupakan seorang guru yang
bersemangat kebangsaan. Beliau juga adalah seorang penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi
bertemakan semangat kebangsaan.
berpendidikan Inggeris ialah Raja Chulan, Dato Abdullah bin Haji Dahlan, Dato Onn bin Jaafar, dan
Mohammad Eunos bin Abdullah. Kesatuan Melayu Singapura yang ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin
Abdullah bertujuan untuk memajukan orang Melayu dalam sistem pendidikan dan bidang politik
i) Raja Chulan
Berpendidikan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1924, dilantik menjadi Ahli Majlis
Perundangan Persekutuan. Menggesa British meningkatkan taraf ekonomi Orang Melayu. Menggesa juga
British menambah peluang orang Melayu menceburkan diri dalam perkhidmatan kerajaan.
ii) Mohammad Eunos Abdullah
Berpendidikan di Raffles Instituition, Singapura. Merupakan orang Melayu Pertama dilantik sebagai
Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat. Pernah bertugas sebagai Pengarang Akhbar Utusan Melayu
dan Lembaga Melayu. Menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura pada tahun 1926.
orang Melayu,
menyedarkan orang Melayu kepentingan pendidikan, mengingatkan orang Melayu kepentingan melibatkan diri dalam
politik serta hak kebebasan dan. menyedarkan orang Melayu kesan penjajahan
Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu dan diasaskan oleh
akhbar Saudara. PASPAM merupakan pertubuhan soial kebajikan dan kegiatannya lebih kepada bidang bahasa dan
kesusasteraan. Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa. Pemimpin utama ialah Syed Alwi , S.M
Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohd. Hashim. Keahliannya meningkat kepada 12 000
orang dan persidangan yang dianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi orang lain. Saranan PASPAM adalah orang Melayu mesti rajin.
Razak membina ekonomi negara melalui rancangan - rancangan pembangunannya di pelbagai bidang
dalam keadaan dan suasana yang begitu baik.
Contohnya, selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku
mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam(PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf
Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM
sehingga setahun sebelum kematiannya.
Tun Dr Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan
"Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliau berjaya membawa pembangunan
melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga
mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia
Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang dibangunkan pada zaman
pentadbirannya termasuk Jambatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar
Antarabangsa Sepang
Rumusan
Gerakan Islah pencetus kpd kesedaran membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan
golongan intelektual. Golongan intelektual melayu membangkitkan semangat nasional kpd penduduk di
Tanah Melayu melalui pelbagai cara dan kaedah. Semangat nasional melahirkan pejuang-pejuang yang
bersemangat patriotik bagi memperbaiki nasib bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan yang ada
dimanafaatkan sepenuhnya untuk memajukan bangsa dan negara. Selepas Perang Dunia Kedua, gerakan
kebangsaan menjadi lebih mantap apabila semua kaum bersatupadu menuntut kemerdekaan Tanah Melayu
daripada British.
Kini, kita semakin bangga menjulang nama Malaysia di persada dunia berbekalkan kemajmukan dan
keamanan negara serta kestabilan politik dan juga perkembangan ekonomi yang membanggakan. Kita
sudah berani mengatur langkah bersama negara-negara lain dalam usaha mengisi ruang dalam negara
dengan aspek teknologi terkini, isu semasa dan juga bersama-sama menyusuri arus kemodenan dan
globalisasi. Kita juga tidak gentar dalam melaungkan prinsip, pendirian dan juga pandangan kita terhadap
apa yang kita perjuangkan di sini. Malahan suara kita menyelar tindak tanduk negara-negara besar dalam
isu-isu tertentu seperti kekejaman peperangan, isu keagamaan, hak asasi dan sebagainya, turut kedengaran
di mana-mana.
Dengan budaya yang tersendiri, kita mampu mengekalkan kemerdekaan sampai bila-bila. Hargai
kemerdekaan dengan memperkaya negara melalui kejayaan dalam pelbagai bidang, keikhlasan dalam
berbakti serta ketulusan dalam mempertahankan agama dan budaya. Berpada-pada dalam mengaplikasi
budaya luar ke dalam budaya kita. Dengan itu, kemerdekaan akan sentiasa manis dan penuh kebanggaan
untuk dikenang.
Sumber Rujukan:
http://cikgurazak.blogspot.my/2010/02/nota-sej-ting-2-bab-8.html
http://classof-2hormat-sejarah.blogspot.my/2010/11/84-intelektual-mematangkan-perjuangan.html
http://euw233titas.blogspot.my/2012/03/sumbangan-pencapaian-bertaraf-dunia.html
https://prezi.com/gyqx-jh6qez2/84-intelektual-mematangkan-perjuangan/
http://sumbanganpemimpin.blogspot.my/2013/05/tundr-mahathir-bin-mohamad-pada-10.html
http://www.slideshare.net/AinulAlli/golongan-intelektual-sejarah-malaysia
http://www.slideshare.net/smkmnpk/bab-8-9770119
Maisarah binti Mispari, Johara binti Abdul Wahab & Ridzuan bin Hasan, 2012. Sejarah Tingkatan 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka