Anda di halaman 1dari 38

1.

KANDUNGAN
1.0 LANGKAH PERMULAAN
1.1 Apakah itu FrogPlay?
1.2 Mengakses Kuiz Pra-Bina

.
.

2
2

2.0 MENGGUNAKAN KUIZ DALAM LAMAN


2.1 Menambah Kuiz Ke Dalam Laman .

2.2 Melihat Keputusan Kuiz Dari Paparan Data .

3.0 MENGGUNAKAN FROGPLAY KUIZ DALAM TUGASAN


3.1 Menugaskan Kuiz

3.1.1 Dari FrogDrive


3.1.2 Dari Tugasan
3.1.3 Dari Laman
3.2 Menanda Kuiz
.
3.3 Mengakses Laporan Lanjutan Dari Tugasan .
3.4 Memberi Maklum Balas Kuiz
.
3.4.1 Menanda Bendera Pada Soalan

9
10
11

4.0 MENGAKSES DASHBOARD GURU DALAM FROGPLAY


4.1 Laman Utama

13

4.1.1 Perbandingan Penggunaan


4.1.2 Penggunaan Mengikut Tahun
4.1.3 Penggunaan Mengikut Subjek
4.2 Papan Pendahulu

14

5.1 Laporan Gambaran Keseluruhan Sekolah .

17

5.2 Laporan Subjek

18

5.3 Laporan Penggunaan Pelajar

21

5.4 Laporan 7 Hari

24

5.5 Mengubah Suai Dan Memuat Turun Laporan Anda

25

5.0 LAPORAN

5.5.1 Memasukkan Kata Kunci Carian


5.5.2 Menggunakan Menu Ke Bawah Berbeza
5.5.3 Menapis Masa Dan Tarikh
5.6 Memuat Turun Laporan

26

28

6.0 PROFIL
6.1 Sistem Mata

6.2 Mengedit Avatar

29

6.2.1 Memilih Bahagian Avatar


6.2.2 Menukar Warna Bahagian Avatar
6.2.3 Menukar Warna Kulit Avatar
6.2.4 Merawatkkan Bahagian Avatar
6.2.5 Memuat Turun Avatar

7.0 LIHAT SEBAGAI PELAJAR


7.1 Halaman Utama FrogPlay (Bilik Pelajar)

34

ii

1.0
LANGKAH PERMULAAN

1.0 LANGKAH PERMULAAN


1.1 Apakah itu FrogPlay?
FrogPlay adalah modul tambahan dalam Frog VLE yang menyediakan kandungan percuma dan
fungsi-fungsi tambahan untuk pengalaman kuiz yang berikut:

Kuiz Pra-Bina
Bank kuiz yang sedia digunakan dan boleh ditugaskan kepada pelajar dengan pantas dan
mudah.

Analisis Lanjutan
Pengukuran prestasi pelajar dipertingkatkan, termasuk rakaman jawapan pelajar pada tahap
soalan dan perbandingan prestasi pelajar dari semasa ke semasa.

Pilihan Kuiz Untuk Pelajar


Pelajar boleh memilih kuiz yang ingin dijawab dari bank kuiz yang sedia digunakan.

Permainan
Pelajar boleh bermain permainan yang menarik dan menyeronokkan di antara soalan untuk
meningkatkan motivasi dan minat (jika diizinkan oleh guru).

1.2 Mengakses Kuiz Pra-Bina


Dengan FrogPlay, anda boleh mengakses bank kuiz yang sedia digunakan yang boleh anda
tugaskan atau kongsi dengan pelajar dengan pantas dan mudah.
1. Buka FrogDrive dengan mengklik
2. Klik Kuiz dalam menu di sebelah kiri.

pada bar Frog anda.

3. Klik FrogPlay Kuiz untuk melihat kuiz pra-bina yang tersedia untuk anda.
4. Klik

untuk melihat soalan-soalan di dalam setiap kuiz.

2.0
MENGGUNAKAN KUIZ
DALAM LAMAN
2.0 USING QUIZZES IN A SITE

2.0 USING QUIZZES IN A SITE


2.0 MENGGUNAKAN KUIZ DALAM LAMAN

Kuiz boleh dijadikan sebagai sebahagian dari laman. Anda boleh memberikan kuiz kepada pelajar
pada bila-bila masa dan mereka boleh menjawab kuiz sebagai antara kaedah mengulang kaji
pelajaran.

2.1 Menambah Kuiz Ke Dalam Laman


1.

Dalam Laman baru atau yang sedia ada, seret dan lepas widget Kuiz ke dalam Laman.

2. Klik widget Kuiz dua kali untuk membuka tetapan widget.


3. Di bawah tetapan widget, klik

4. FrogDrive akan terbuka dan anda boleh membuat kuiz baru atau menggunakan kuiz yang
sedia ada.
a. Untuk membuka kuiz baru, klik

b. Untuk menggunakan kuiz yang sedia ada, pilih kuiz dan klik

5. Kuiz akan dimasukkan ke dalam Laman.


6. Untuk menyimpan Laman anda, klik

2.2 Melihat Keputusan Kuiz Dari Paparan Data


Jika anda mempunyai akses Edit dan Urus (Pentadbir) Laman dan telah memasukkan item
pengumpulan data seperti kuiz, tinjauan atau borang, anda tentunya mahu melihat data yang
dikumpul oleh item-item tersebut. Paparan Data adalah alatan untuk melihat data yang
dikumpul. Ia boleh diakses berdasarkan laman ke laman dan turut menyediakan anda keupayaan
untuk mengeksport data yang telah dikumpulkan.
1. Untuk mengakses Paparan Data, layari laman berkaitan untuk melihat data yang
dikumpulkan dan pada menu navigasi yang terdapat di sebelah Frog Head, klik pada
Laman

dan kemudian klik Paparan Data.

2. Dalam Paparan Data, klik pada ikon

di menu sebelah kiri untuk melihat data kuiz yang

dikumpulkan dari laman yang telah anda pilih.


Semasa melihat data sesuatu kuiz, kawasan ringkasan akan memaparkan:

Nama kuiz
Berapa kali pengguna telah menjawab kuiz (jumlah penghantaran)
Bilangan pengguna yang berkongsi laman tersebut
Tarikh dan masa penghantaran pertama
Tarikh dan masa penghantaran yang paling terkini

Kawasan ringkasan juga memaparkan graf yang menunjukkan jumlah penghantaran setiap hari,
setiap minggu atau setiap bulan. Jika kuiz tersebut aktif dalam tempoh kurang daripada 14 hari,
graf akan dipaparkan dalam format hari, di antara 14 dan 59 hari dalam mingguan atau 60 hari
dan ke atas dalam bulanan.
Ruangan data kuiz juga akan dipaparkan dan ia boleh dieksport dalam format CSV:

Nama Pengguna - Nama pengguna individu yang menjawab kuiz.

Nama - Nama penuh individu yang menjawab kuiz.

Mula - Tarikh dan masa pengguna mula menjawab kuiz.

Tamat - Tarikh dan masa pengguna selesai menjawab kuiz.

Skor - Skor terakhir yang diperolehi, berdasarkan kepada soalan yang dijawab dengan
betul pada kali pertama dan yang dijawab betul dalam percubaan yang lain.

Jawab bagi Kali Pertama - Bilangan soalan yang dijawab dengan betul pada kali pertama.

Jawab Selepas Cubaan - Bilangan soalan yang dijawab dalam percubaan, selepas pada
mulanya dijawab dengan salah.

Jumlah Cubaan Semula - Bilangan percubaan fizikal yang dibuat oleh pengguna yang
menjawab kuiz ini, ini bukannya bilangan soalan yang dijawab.

Untuk mengeksport data, klik menu tindakan

, dan klik Eksport.

Sebaik sahaja Eksport diklik, data akan dimuat turun secara automatik ke dalam peranti
anda dalam bentuk fail CSV.

3.0
MENGGUNAKAN FROGPLAY
KUIZ DALAM TUGASAN

3.0 MENGGUNAKAN FROGPLAY KUIZ DALAM TUGASAN


Kuiz boleh dijadikan sebagai tugasan pelajar untuk disiapkan sebagai kerja rumah.

3.1 Menugaskan Kuiz


Setelah kuiz dihasilkan, terdapat tiga cara untuk menjadikannya sebagai tugasan pelajar:
Dari FrogDrive

Dari Tugasan
Dari Laman

3.1.1 Dari FrogDrive


1. Klik FrogDrive
pada bar Frog.
2. Klik Kuiz pada menu di sebelah kiri.
3. Klik FrogPlay Kuiz pada menu di sebelah kiri.
4. Klik Kuiz yang ingin dijadikan ditugaskan. Kuiz akan terserlah dalam warna biru.
5. Klik menu tindakan

, kemudian kemudian klik 'Tugaskan'.

6. Tetingkap Tugasan Baru akan muncul. Ikut arahan untuk memasukkan nama tugasan,
subjek, arahan dan penerima.
7. Klik

3.1.2 Dari Tugasan


1.

Klik Pelancar Pantas

pada bar Frog.

2. Klik Tugasan.
3. Klik

4. Masukkan nama tugasan, subjek, arahan, penerima dan tarikh.


5. Dalam seksyen 'Tambah sumber ke dalam tugasan, klik

6. Navigasi ke kuiz yang anda ingin tugaskan, pilih kuiz dan klik

7. Klik

untuk menugaskan kuiz anda.

3.1.3 Dari Laman


1. Selepas kuiz ditambah ke dalam Laman (lihat seksyen 2.1), klik
2. Klik Tugaskan.
3. Masukkan butiran tugasan anda dan klik

Nota: Setelah pelajar selesai menjawab kuiz yang menjadi tugasan mereka, anda
kemudiannya boleh melihat keputusan mereka dalam aplikasi Tugasan.

3.2 Menanda Kuiz


Anda boleh menentukan jumlah markah yang boleh diperolehi oleh seseorang pelajar untuk
setiap jenis soalan, apabila mereka menjawabnya dengan betul. Andalah yang akan
menentukan ukuran unit pemarkahan (cthnya, kesukaran soalan, pemberat, kreativiti dan
sebagainya).
Untuk berbuat demikian, masukkan markah di bawah setiap soalan semasa anda membuat kuiz.
Di bahagian akhir, pembina kuiz akan merumuskan markah keseluruhan yang diperolehi oleh
pelajar anda secara automatik.
Nota: Untuk tugasan yang perlukan markah, pemberitahuan

akan dipaparkan di bawah

tajuk Perlukan Markah.


1.

Klik Pelancar Pantas

pada bar Frog anda.

2. Klik pada Tugasan.


3. Klik pada tugasan yang anda ingin berikan markah.
4. Pilih pelajar yang anda ingin berikan markah atau klik

untuk memberi

markah ke atas setiap tugasan pelajar secara satu persatu.


5. Markah kuiz anda akan diimport secara automatik ke dalam kotak di sebelah kanan, Markah
Aktiviti.

6. Teruskan dengan menandakan aktiviti-aktiviti anda yang lain dan masukkan markah penuh
untuk keseluruhan tugasan ke dalam kotak Markah Diberi.
7. Masukkan maklum balas tentang prestasi pelajar ke dalam tugasan mereka, di dalam kotak
Komen Keseluruhan dan lengkapkan proses ini dengan mengklik

3.3 Mengakses Laporan Lanjutan Dari Tugasan


Untuk melihat keputusan kuiz yang pelajar anda siapkan, anda perlu terlebih dahulu
mengakses aplikasi tugasan.

1.

Klik Pelancar Pantas

2. Klik

pada bar Frog.

3. Pilih tugasan yang anda ingin lihat analisisnya dan klik Papar Laporan.
Tindakan ini akan membuka Analisis lanjutan yang disediakan oleh FrogPlay.

10

3.4 Memberi Maklum Balas Kuiz


Ciri ini disediakan kepada pengguna bagi membolehkan kami memperbaiki kuiz FrogPlay
kami. Dengan meletakkan bendera, anda akan memaklumkan kami soalan tertentu di dalam
kuiz yang perlu untuk pasukan kami berikan perhatian.

3.4.1 Menanda Bendera Pada Soalan


Ciri ini disediakan kepada pengguna bagi tujuan menambah baik kualiti kuiz FrogPlay.
Dengan menandakan soalan, anda dapat memaklumkan kami tentang soalan-soalan
tertentu di dalam kuiz yang perlu disemak semula.
Untuk meletakkan bendera pada soalan:
1.

Buka FrogDrive

2. Klik Kuiz pada menu di sebelah kiri.


3. Klik

untuk melihat soalan-soalan yang terdapat di dalam setiap kuiz.

4. Klik ikon bendera

untuk menanda bendera pada soalan.

5. Tab akan terbuka di sebelah kanan:

Masukkan maklum balas anda ke dalam kotak teks tentang mengapa anda menanda
bendera pada soalan tersebut (cthnya, Kesalahan tatabahasa, kandungan yang salah, salah
eja dll)

6. Skrol ke bawah dan klik


.
7. Anda akan dimaklumkan tentang maklum balas anda yang telah dihantar.

11

4.0
MENGAKSES DASHBOARD
GURU DALAM FROGPLAY

4.0 MENGAKSES DASHBOARD GURU DALAM FROGPLAY


1. Untuk mengakses FrogPlay, klik Pelancar Pantas

2. Klik

pada bar Frog anda.

4.1 Laman Utama


Sebaik anda mengklik FrogPlay dari Pelancar Pantas, anda akan melihat skrin utama berikut:

1. Perbandingan Penggunaan
2. Penggunaan Mengikut Tahun
3. Penggunaan Mengikut Subjek

4.1.1 Perbandingan Penggunaan


Di sebelah kiri, anda dapat melihat jumlah masa yang dihabiskan oleh pelajar pada setiap
bulan untuk menjawab kuiz, selama satu tahun akademik . Di sebelah kanan pula, anda dapat
melihat jumlah statistik penggunaan seperti jumlah masa yang dihabiskan, bilangan kuiz dan
jumlah soalan yang dijawab pada bulan semasa.
Carta ini digunakan sebagai ringkasan penggunaan bagi bulan semasa dan akan
menunjukkan aliran penggunaan di sepanjang tahun.

13

4.1.2 Penggunaan Mengikut Tahun


Di sini anda dapat melihat jumlah keseluruhan masa yang dihabiskan pelajar untuk
menjawab kuiz, mengikut tahun di mana mereka berada. Sebagai contoh, paparan data
50%: Form 5 bermaksud, daripada keseluruhan masa yang dihabiskan untuk kuiz tahun ini,
separuh daripadanya adalah untuk pelajar tingkatan 5.
Carta ini digunakan untuk mengenal pasti pelajar manakah yang menghabiskan masa paling
banyak untuk menjawab kuiz.
Nota: Jika pelajar Tahun 5 menjawab kuiz yang disediakan untuk pelajar Tahun 6,
penggunaan tersebut akan direkodkan di bawah Tahun 5 kerana nombor yang direkodkan
adalah berdasarkan kepada tahun di mana pelajar tersebut berada.

4.1.3 Penggunaan Mengikut Subjek


Bahagian ini menunjukkan jumlah pelajar masa dihabis oleh pelajar untuk menjawab kuiz,
mengikut subjek. Sebagai contoh, paparan data 30%: English bermaksud, daripada jumlah
keseluruhan masa yang dihabiskan untuk kuiz, satu pertiga daripadanya adalah untuk kuiz
Bahasa Inggeris. Laporan ini merangkumi semua data dari kuiz yang telah dijawab oleh
pelajar, termasuk kandungan Bahasa Inggeris percuma yang disediakan bersama kuiz-kuiz
yang dihasilkan oleh guru.

4.2 Papan Pendahulu


Dengan mengklik 'Leaderboards pada bar menu FrogPlay, anda akan dibawa ke halaman
Leaderboards. Di sini anda akan melihat kedudukan pelajar di dalam sekolah anda mengikut
mata yang mereka perolehi setelah menyelesaikan kuiz.

14

Untuk setiap pelajar, anda akan melihat:

Nama pelajar

Jumlah mata diperolehi

Avatar pelajar

Kedudukan dalam papan pendahulu

Papan pendahulu ini boleh ditapis mengikut kedudukan pelajar berdasarkan kepada
permainan yang dimainkan semasa menyelesaikan kuiz..
1. Klik Filter Leaderboards di sebelah kanan skrin.
2. Pilih permainan dari senarai menu turun ke bawah.

15

5.0
LAPORAN

5.0 LAPORAN
Dengan mengklik 'Reports pada bar menu FrogPlay, anda akan dipaparkan dengan 4 jenis
laporan:
1.
2.
3.
4.

Gambaran Keseluruhan Sekolah


Laporan Subjek
Penggunaan Pelajar
Laporan 7 Hari

Nota: Semua laporan hanya tentang tahun akademik semasa. Untuk menyimpan rekod setiap tahun,
anda boleh mengeksport data ke dalam fail CSV pada penghujung tahun (rujuk seksyen 5.6).

Dalam semua laporan berkaitan, tiga warna utama digunakan bagi membezakan prestasi pelajar
yang membolehkan anda mengenal pasti pelajar manakah yang masih bersusah payah
memahami sesuatu topik dan pelajar manakah pula yang boleh beralih ke topik seterusnya:

Merah (Julat markah 0-39%)

Amber (Julat markah 40-69%)

Hijau (Julat markah 70-100%)

5.1 Gambaran Keseluruhan Sekolah (School Overview Report)


School Overview memaparkan ringkasan penggunaan kuiz di sekolah, daripada bermulanya
tahun akademik persekolahan sehinggalah ke hari ini. Laporan ini tentunya berguna untuk
Pengetua / Guru Besar serta Kumpulan Kepimpinan Kanan Sekolah untuk menilai penggunaan
dan prestasi pelajar di sepanjang tahun
School Overview Report memaparkan maklumat-maklumat berikut:

17

Student Statistics (Statistik Pelajar): Memaparkan jumlah masa dan peratus pelajar yang
melog masuk, jumlah masa yang mereka habiskan untuk menjawab kuiz dan purata masa
yang diambil oleh seseorang pelajar untuk menjawab kuiz.

Teacher Statistics (Statistik Guru): Memaparkan jumlah masa dan peratus guru yang telah
melog masuk, jumlah kuiz yang dihasilkan dan jumlah kuiz yang dijadikan tugasan.

Year Statistics (Statistik Tahunan): Memaparkan jumlah log masuk dan jumlah masa yang
dihabiskan untuk kuiz.

Department Overview: (Gambaran Keseluruhan Jabatan): Memaparkan jumlah masa yang


dihabiskan untuk kuiz mengikut subjek.

Year Overview (Gambaran Keseluruhan Tahun): Memaparkan jumlah masa yang dihabiskan
untuk kuiz mengikut tahun pelajar.

Independent Learning Hours (Waktu Pembelajaran Sendiri): Memaparkan jumlah masa yang
dihabiskan untuk kuiz setiap bulan, di sepanjang tahun akademik. Carta bar ini kemudiannya
dipecahkan lagi mengikut bulan berdasarkan di tahun manakah pelajar tersebut berada.

5.2 Laporan Subjek (Subject Report)


Subject Report memaparkan prestasi pelajar mengikut subjek. Laporan ini tentunya berguna
untuk Pengetua / Guru Besar serta Kumpulan Kepimpinan Kanan Sekolah untuk mengukur dan
membandingkan penggunaan dan prestasi pelajar di antara jabatan atau subjek.

18

Untuk melihat maklumat lanjut dalam Subject Report:


1.

Klik Phase yang anda mahu (cthnya, Upper Primary) untuk melihat butiran lanjut.

2. Gunakan menu ke bawah untuk memilih tahun dan kelas. Anda juga boleh menetapkan julat
tarikh untuk melihat data bagi tempoh tertentu. Jika anda tidak menetapkan tempoh masa,
julat tarikh lalai akan ditetapkan mengikut hari pertama dan hari terakhir pada tahun tersebut
(1 Januari hingga 31 Disember).

19

3. Sekarang anda dapat melihat butiran prestasi pelajar mengikut subjek di separuh bawah
halaman. Klik subjek untuk melihat butiran yang lebih terperinci.

4. Klik pada nama kuiz untuk melihat butiran terperinci.

5. Ia akan membawa anda ke satu laporan terperinci dan anda boleh melihat jumlah masa (total

time), bilangan percubaan (total attempts), skor maksimum (maximum score), skor pertama
(first score), skor terakhir (last score) dan markah purata (average mark).

20

Di bawah Questions Answered Incorrectly, dengan mengklik Question anda akan dapat
melihat prebiu soalan, manakala apabila anda mengklik bilangan pelajar yang menjawab
soalan dengan salah, anda akan dapat melihat nama pelajar dipaparkan di atas halaman.

5.3 Penggunaan Pelajar (Student Usage)


Student usage memaparkan prestasi seseorang pelajar dalam semua subjek. Laporan ini sangat
berguna untuk guru kelas atau guru subjek kerana mereka dapat melihat prestasi pelajar bagi
subjek-subjek yang berbeza di sepanjang tahun akademik.
Untuk melihat butiran lanjut Student Usage:
1.

Gunakan menu ke bawah untuk memilih tahun dan kelas. Anda juga boleh menetapkan julat
tarikh untuk melihat data bagi tempoh tertentu. Jika anda tidak menetapkan tempoh masa,
julat tarikh lalai akan ditetapkan mengikut hari pertama dan hari terakhir pada tahun tersebut
(1 Januari hingga 31 Disember).

21

2. Kini butiran prestasi pelajar dipaparkan di separuh bawah halaman:

Last name (Nama khir)

First name (Nama pertama)

Total time (Jumlah masa (Masa dihabiskan untuk kuiz))

Average score (Skor Purata)

Last Accessed (Tarikh dan masa terahir pelajar mengakses kuiz)

3. Klik nama pelajar untuk melihat prestasi pelajar untuk subjek-subjek yang berlainan.

4. Klik nama subjek bagi melihat prestasi pelajar menjawab kuiz bagi subjek tersebut.

5. Klik nama kuiz untuk melihat butiran prestasi pelajar untuk kuiz tersebut.

22

6. Butiran prestasi pelajar untuk setiap percubaan dan setiap soalan dalam kuiz akan
dipaparkan.

Untuk melihat soalan dan jawapan yang betul /salah, klik soalan yang dipaparkan.

Untuk melihat butiran setiap percubaan pelajar, klik tarikh untuk setiap percubaan tersebut.

23

Semasa melihat laporan latihan pelajar untuk percubaan yang dipilih, anda akan melihat butiran
ringkasan untuk semua percubaan dan butiran untuk percubaan tertentu. Skrol ke bawah dan
klik soalan tertentu untuk melihat butiran lanjut tentang prestasi pelajar terhadap soalan kuiz.

5.4 Laporan 7 Hari (7 Day Report)


7 Day Report memaparkan ringkasan masa yang dihabiskan untuk kuiz secara mingguan.
Laporan ini berguna untuk Pengetua / Guru Besar, Pasukan Kepimpinan Kanan serta guru-guru
yang ingin melihat aliran penggunaan secara mingguan. Laporan ini memaparkan:

Last name (Nama akhir)

First name (Nama pertama)

Masa yang dihabiskan untuk kuiz minggu ini

Masa yang dihabiskan untuk kuiz minggu lepas

Masa yang dihabiskan untuk kuiz 2 minggu lepas

Masa yang dihabiskan untuk kuiz 3 minggu lepas

Peningkatan prestasi pelajar dapat dilihat dengan adanya anak panah ke atas yang berwarna
hijau, manakala penurunan prestasi pula ditandakan dengan anak panah berwarna merah.

Anda boleh menapis maklumat mengikut Year (Tahun), Class (Kelas) dan Group (Kumpulan)
dengan menggunakan menu ke bawah di bahagian atas halaman.

24

Anda juga boleh menatal dengan butang navigasi


bahagian bawah halaman untuk melihat lebih ramai pelajar.

di

5.5 Mengubah Suai dan Memuatu Turun Laporan


Anda boleh mengubah suai laporan anda dengan mencari data tertentu dan menapis data.
Anda juga boleh memuat turun laporan untuk analisis lanjut atau untuk tujuan simpanan.

5.5.1 Memasukkan Kata Kunci


Semasa melihat laporan, gunakan bar carian berwarna biru untuk membantu anda mencari
laporan tertentu.
Taipkan kata kunci berkaitan dengan carian anda (contohnya untuk Laporan Subjek - Bahasa

Malaysia atau untuk penggunaan pelajar, taipkan Student X) ke dalam bar carian, dan tekan
butang Enter untuk carian.

5.5.2 Menggunakan Menu Ke Bawah Yang Berbeza


Gunakan menu ke bawah berbeza yang disediakan (Year, Class dan User Type) dengan cara
mengkliknya dan membuat pilihan yang dikehendaki bagi mengecilkan carian anda.

5.5.3 Menapis Masa dan Tarikh


Semasa melihat laporan, anda juga boleh menapis laporan berdasarkan kepada masa dan
tarikh tertentu.
1.

Klik ikon

untuk membuka kalendar.

2. Dalam kalendar, gunakan anak panah


menavigasi di antara bulan.

ke belakang dan ke depan

untuk

3. Klik tarikh tertentu untuk memilih tarikh bermulanya laporan anda. Tarikh tersebut akan
diserlahkan dengan warna biru apabila dipilih.
4. Untuk memilih masa tertentu laporan (pilihan), klik

25

5. Gunakan anak panah ke atas dan ke bawah untuk mengeset tarikh berdasarkan jj:mm:ss

6. Teruskan dengan mengklik mana-mana bahagian di luar tetapan tetapan.


7. Setelah anda memilih tempoh masa yang anda mahu, ulang langkah 1hingga 6 untuk
menetapkan tarikh/masa akhir laporan anda.
Untuk membersihkan tetapan/penapis carian, klik
carian.

di sebelah kanan bar

5.6 Memuat Turun Laporan


Sebaik sahaja anda selesai membuat carian dan berjaya menemui laporan yang anda kehendaki,
klik

untuk memuat turun laporan tersebut ke desktop anda.

Apabila butang biru tersebut diklik, muat turun laporan anda dalam format CSV akan diaktifkan

26

6.0
PROFIL

6.0 PROFIL
Untuk melihat profil anda, klik nama pengguna anda di sebelah kanan menu FrogPlay, diikuti dengan
mengklik Avatar.

Kini avatar anda dipaparkan dan lakukan beberapa fungsi berlainan untuk menghias avatar tersebut.
Avatar ini adalah ikon peribadi anda yang boleh diubah suai mengikut citarasa anda.

6.1 Sistem Mata


Beberapa bahagian untuk Avatar anda boleh ditebus atau dibeli dengan mata yang diperolehi.
Keseluruhan mata yang anda miliki dipaparkan di sudut kanan atas profil anda. Untuk membantu
anda menggunakannya, setiap pengguna diberikan mata berikut:

Guru: 100,000 mata

Pelajar: 600 mata

Ini akan menggalakkan pelajar merebut lebih banyak mata dengan cara menjawab kuiz.

28

6.2 Mengedit Avatar


Untuk mengubah suai avatar anda, anda boleh memilih bahagian-bahagian berbeza yang
boleh disesuaikan dengan warna dan kulit avatar anda.

6.2.1 Memilih Bahagian Avatar

1.

Klik pada

2.

Klik kategori yang ingin dilihat (contohnya, Tops).

3.

Klik bahagian avatar untuk mencubanya. Kos untuk setiap bahagian dipaparkan dalam
kotak oren. Bahagian tanpa kotak oren adalah percuma digunakan.

29

Tip: Gunakan butang navigasi

di bawahnya untuk melihat

lebih lanjut.

4.

Untuk memindahkan atau bahagian avatar yang baru anda tambah, gunakan butang

Nudge

5.

Jika bahagian yang anda pilih perlu 'dibeli' dengan mata anda, kosnya akan dapat dilihat
di bahagian bawah avatar anda:

6.

Klik Add to Basket jika anda pasti anda mahu membelinya. Secara automatik ia akan
ditambah ke dalam troli membeli-belah anda.

7.

Setelah berpuas hati dengan avatar anda, klik Save

untuk meneruskan.

8.

Jika bahagian yang dipilih perlu 'dibeli' dengan menggunakan mata anda, senarai
pembelian anda akan muncul.

9.

Untuk mengeluarkan item dari senarai, klik

di bahagian atas sebelah kanan item.

10. Untuk mengeluarkan semua item dari senarai, klik

30

11.

Jika anda mahu mengesahkan semula senarai pembelian anda dan membuat
pembayaran, klik

12. Sebaik sahaja item-item berjaya ditambah, mesej akan dipaparkan dengan menyatakan
bahawa iamable anda telah berjaya disimpan.

6.2.2 Menukar Warna Bahagian Avatar


Anda boleh mengubah suai sebahagian besar warna bahagian avatar anda mengikut citarasa
anda.
1.

Pilih ciri kategori yang anda mahu tukarkan warnanya (tidak semua ciri boleh diedit).

2.

Klik

3.

Palet warna akan muncul di tengah-tengah halaman. Legarkan tetikus pada palet untuk

di kiri atas halaman anda.

melihat warna-warna berbeza yang disediakan dan klik warna yang anda mahu dengan
kanta pembesar.
4.

Ia akan mengubah warna ciri yang dipilih.


Nota: Jika warna avatar tidak berubah, itu bermaksud ciri tersebut tidak boleh diedit.

5.

Simpan perubahan dengan mengklik

6.2.3 Menukar Warna Kulit Avatar

1.

Klik

di kiri atas halaman.

2. Palet warna akan terpapar di tengah-tengah halaman anda. Legarkan pada palet
untuk melihat warna-warna berbeza yang tersedia dan klik warna yang anda mahu
dengan kanta pembesar.
3. Ia akan mengubah warna ciri yang dipilih.
Nota: Jika warna avatar tidak berubah, itu bermaksud ciri tersebut tidak boleh diedit.

31

4. Simpan perubahan dengan mengklik

6.2.4 Merawakkan Bahagian Avatar


Untuk mencipta avatar berdasarkan bahagian-bahagian yang dipilih secara rawak oleh
sistem, klik

6.2.5 Memuat Turun Avatar

1. Klik

2. Pilih di antara

atau

dengan mengklik salah satu:

Untuk menyimpan avatar dengan latar belakangnya, klik

Untuk menyimpan avatar tanpa latar belakangnya, klik

.
.

3. Klik Save.

32

7.0
LIHAT SEBAGAI PELAJAR

7.0 LIHAT SEBAGAI PELAJAR


Untuk melihat FrogPlay sebagai pelajar, klik nama pengguna anda di kanan menu FrogPlay,
kemudian klik View Student Room.

.
Anda akan dibawa ke Bilik Pelajar.

7.1 Halaman Utama FrogPlay (Bilik Pelajar)

Dengan mengklik bahagian-bahagian berbeza dalam halaman pada skrin Pelajar, fungsi-fungsi
berbeza Play akan ditawarkan kepada pelajar. Berikut adalah fungsi-fungsi berbeza yang
diberikan kepada setiap pelajar melalui FrogPlay:
a)

Kertas Dinding (Wallpapers)

b)
c)

Profil (Profile)
Pencapaian (Achievements)

d)

Laporan (Reports)

e)

Kuiz (Quizzes)

f)

Rakan (Buddies)

g)

Masa Dihabiskan (Time Spent)

h)

Papan Pendahulu (Leaderboards)

Untuk mengetahui tentang bagaimana mahu memanfaatkan fungsi-fungsi ini, sila lihat
Panduan Pelajar.

34