Anda di halaman 1dari 4

Ekonomi Perdagangan

3.1.2.1 Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Portugal

Soalan 69. Huraikan faktor-faktor dan perkembangan perdagangan


dan perniagaan di Portugal.

Pendahuluan
Sejarah Portugal sebagai sebuah negara eropah dan negara atlantik bermula
sejak awal zaman pertengahan.
Pada abad ke-15 dan 16, Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman
Penerokaan di eropah kerana Portugal berjaya membina sebuah empayar besar di
amerika selatan, afrika, asia, dan Australia
Isi-isi penting
1.

Galakan Putera Henry

Putera henry telah menghantar kapten-kapten untuk melaksanakn misi


perdagangan hamba yang mendatangkan keuntungan.
Hasilnya, menjelang tahun1460, portugis berjaya menguasai rangkaian
pelabuhan dari Madeira dan cape verda.

2.

Keadaan politik

Galakan daripada raja-raja Portugal terutamanya semasa pemerintahan Dinasti


Avis telah melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber yang memberikan
dorongan kuat kepada rakyat untuk menceburi bidang perdagangan dan
perkapalan.

3.

Perang salib

Ekoran perang salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan semenanjung


Iberia yang sekaligus melahirkan masyarakat eropah yang berfikiran terbuka.
Penaklukan wilayah islam yang menyebabkan ilmu pelayaran islam telah sampai
kepada masyarakat eropah membantu mereka untuk menjelajah negara luar.

4.

Kemajuan dalam penemuan baharu

Penemuan seperti carta pelayaran (peta), kompas, rekabentuk kapal, dan


sebagainya.
Dalam pembinaan kapal, orang Portugal mempunyai kemahiran dalam membina
kapal jenis caravel seberat 2000 tan yang kuat dan mampu mengharungi lautan
luas.

5.

Kemunculan tokoh pelayar Portugal

Kemunculan tokoh seperti Diego Cam dan Bartholomew Diaz yang berjaya
belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat afrika antara tahun 1482-1484.
Bartholomew telah memulakan pelayaran dengan tiga buah kapal dan mengelilingi
Tanjung Pengharapan. Vasco da Gama pula melancarkn ekspedisi ke timur dengan
empat buah kapal seberat 120 tan dan 180 orang pelaut. Selepas tu, mengelilingi
Tanjung Pengharapan dan belayar sepanjang pantai timur afrika hingga ke Malindi.
Hal ini, menyebabkn banyak kapal portugis belayar ke timur untuk memperoleh
lada hitam, batu permata, dan rempah-ratus
Penutup
6.
Kesimpulannya, faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan Portugal telah
memberi sumbangan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan sosial.

3.1.2.1 Perkembangan Ekonomi Perdagangan di Belanda


Soalan 70: Huraikan faktor-faktor dan perkembangan perdagangan
dan perniagaan di Belanda.
Pendahuluan
Belanda bukan sahaja terkenal sebagai negara pertanian

Malah kedudukannya geografinya yang dikelilingi oleh laut membolehkan Belanda


muncul sebagai kuasa perdagangan di eropah pada abad ke-16 hingga ke-18.
Isi-isi penting
1.

Bekalan tenaga yang murah

Bekalan tenaga yang murah kerana dihasilkan melalui kincir angin dan tanah
gambut. Dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan. Hal ini
menyumbang kepada pembinaan kapal-kapal besar yang boleh digunakan untuk
berdagang sekaligus dapat memajukan ekonomi.
Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai kuasa perkapalan yang maju.

2.

Pembukaan pelabuhan Antwerp

Menyebabkan barangan dari England di hantar ke eropah melalui pelabuhan di


Belanda. Malah, pelabuhan ini bertindak sebagai pelabuhan pengantara di mana
barangan dari kawasan lain juga dihantar untuk di edarkan di England.
Oleh itu, pelabuhan ini menjadi pusat pertukaran barangan di eropah dan asia.

3.

Dasar ekonomi merkantilisme

Belanda merupakan satu-satunya negara yang tidak mengamalkan dasar


ekonomi merkantilisme di eropah. Perdagangan dan perniagaan berkembang pesat
dan maju mengikut kebijaksanaan pedagang-pedagang
Hal ini menyebabkan Belanda muncul sebagai negara yang terkaya di eropah
ketika itu.

4.

Angkatan marin perdagangan

Belanda mempunyai angkatan marin perdagangan yang besar dan terutamanya


fluyts iaitu kapal pengangkut sederhana dan tahan lasak. Ini membolehkan eropah
menguasai perdagangan balak, bijirin, kain, garam, dan ikan herring pada tahun
1600.

Dalam negeri pula, bahan mentah diimport dengan banyak dan menghasilkan
barang siap melalui pelbagai jenis perdagangan. Hal ini membangunkan industri
pembersihan gula, pelaburan, penyulingan, pemeraman, hasil tembakau, tenunan
sutra, pembuatan tembikar, kaca, senjata, kertas, dan percetakan.

5.
Tindakan mengecualikan negara Belanda dari menggunakan pelabuhan
sepanyol dan Portugal.

Keadaan ini menyebabkan Belanda terpaksa mencari sumber bahan mentah dan
pasaran baru bagi memasarkan barangan mereka. Belanda telah menjual bijirin
yang telah diproses kepada empayar uthmaniyah.
Mendapat keuntungan yang lumayan melalui perdagangan di kawasan carribean
dan selatan amerika.
Penutup
Kesimpulannya, faktor-faktor perkembangan perdagangan dan peniagaan di
Belanda telah memberi banyak sumbangan terhadap perkembangan politik,
ekonomi dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai