Anda di halaman 1dari 11

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

TAHUN 3 SEMESTER 3
TEMPAT :
KLINIK OTORINOLARINGOLOGI HRPB
TAJUK :
PERFORASI MEMBRAN TIMPANI
TARIKH PENEMPATAN:
18 JULAI 2016-29 JULAI 2016

NAMA : SITI NUR AMIRAH BT MOHD NAZIR


NO MATRIK : BPP2014-2068

PENGENALAN

Perforasi membran timpani adalah suatu keadaan dimana berlaku koyakan atau lubang pada
membran timpani.Hal ini disebabkan oleh trauma dimana ia terbahagi kepada dua iaitu
keadaan barotrauma (Perbezaan tekanan udara antara ruang telinga internal dan
eksternal),manakala trauma seperti, kemasukan benda tajam didalam telinga,ditampar atau
kemalangan.Selain itu,otitis media juga boleh menyebabkan perforasi mebran timpani dimana
berlaku jangkitan didalam ruang tengah telinga yang disebabkan oleh bakteria Aspergillus
niger ,atau komplikasi bedah.
Terdapat beberapa klasifikasi perforasi membran timpani iaitu perforasi sentral :lokasi pada
pars tensa,anterior-inferior,posterior-inferior.

Perforasi Sentral (Ludman,2007)


Perforasi marginal :terdapat pada pinggir membran timpani dengan adanya erosi dari annulus
fibrous yang disertai jaringan granulasi.Perforasi marginal dikenali sebagai perforasi total.

Perforasi marginal (Ludman,2007)

Membran timpani merupakan selaput yang terletak diantara telimga luar dan telinga dan
dikenali sebagai gegendang telinga.Fungsi membran timpani adalah menyalurkan gelombang
bunyi kepada getaran di tulang osikel (mellus,incus,stapes) dan bahagian hujung tulang stapes
iaitu di oval window, gelombang bendalir di perilymph skala vestibule mula menjadi
tekanan.Tekanan bergerak ke saluran koklea, gelombang bergerak di endolymph
menyebabkan getaran dan meransang reseptor auditori pada sel-sel rambut organ of
corti.Impuls saraf terjadi dan dihantar ke otak melalui saraf vestibulokoklear untuk
ditafsirkan.

KENYATAAN MASALAH
NAME :POAT BIN ABDUL
MRN :HRPB 29693
IC :670728088007
GENDER : MALE
RACE :MALAY
Pesakit telah datang ke Klinik Pakar Otorinolaringologi pada 26 Jun 2016 untuk follow
up.Pemeriksaan pada pesakit telah dilakukan untuk melihat keaadaan gegendang telinga
selepas melakukan pembedahan.Dr Dinesh telah melakukan auroskopi pada bahagian telinga
kiri pesakit dan mendapati hasilnya,tiada lagi discaj ,tinnitus dan vertigo tapi masih
mengalami kurang pendengaran.Pesakit telah diberikan ubat sofradex.
Pesakit ini pernah dirujuk ke Klinik Pakar Otorinolaringologi pada 10 Feb 2016 dari Klinik
Buntong untuk melakukan ear toilet.Pesakit ini telah mengadu berasa sakit di bahagian telinga
kiri dan terdapat keluar discaj dari telinga dan seterusnya menjadi otitis media.Ear toilet dan
Otoskopi telah dilakukan dan terdapat perforasi membran timpani,dalam lingkungan
3%.Nasihat telah diberikan kepada pesakit supaya memastikan telinga di bahagian kiri
sentiasa kering.
Pada 16 Feb 2016,pesakit datang untuk follow up.Pesakit masih mengadu ada
tinnitus.Pemeriksaan otoskopi telah dilakukan,terdapat 40% perforasi membran
timpani.Pesakit telah diberikan pilihan untuk melakukan pembedahan mygioplasty pada
6/4/2016 dan diberi rawatan ubatan sofradex.Pada 5/4/2016,pesakit telah admit ke wad untuk
melakukan pembedahan.Pesakit juga telah melakukan ujian PTA(Pure Tone Audiometry)
untuk menguji tahap pendengaran pesakit.
Pada 16 Feb 2016,pesakit telah masuk ke dewan bedah,untuk melakukan pembedahan
myringoplasty di bahagian telinga kiri pesakit.

KAJIAN SEMULA

Perforasi membran timpani ialah suatu keadaan dimana membran timpani ditemukan dalam
keadaan berlubang dan penyebab yang boleh menyebabkan perforasi sesetengahnya dari
trauma atau infeksi.(Mick J.Sanders ,2012).
Kadar saiz/keluasan perforasi pada membran timpani dapat mempengaruhi kesan
pendengaran iaitu frekuisi yang diterima pada membran timpani.Semakin besar perforasi yang
dialami,semakin kurang getaran pada malleus dan seterusnya makin kurang pendengaran
seseorang individu.(Aage R.Moller,2006).
Kebiasaan perforasi membran timpani berlaku selepas sekondari otitis media.Dalam kajian
menemui seseoorang individu yang mempunyai sejarah otitis media supparative ditemui pada
6 minggu selepas itu kehadiran perforasi membran timpani.(Michael C.Joiner ,2016).
Tumbesaran fibroblast mempengaruhi kadar kesembuhan pada mmbran timpani dimana ia
dapat menutupi ruang yang terbuka.(Marcos V.Goycoolea ,2012).
Salah satu manifestasi klinikal perforasi membran timpani adalah,komplain hilang
pendengaran atau large amount of exudate yang keluar dari telinga.Selain itu mengadu bunyi
tinnitus.(Shane Bullock ,2012).
Pembedahan myringoplasty adalah salah satu prosedur yang dapat mengembalikan intergriti
Perforasi pada timpani membran (Eugene N. Myers , 2008) .

PERBINCANGAN DAN HUJAHAN


Pesakit lelaki, berbangsa melayu, 49tahun , telah datang ke Klinik Pakar Otorinolaringologi
untuk follow up kes perforasi membran timpani yang dihadapi oleh beliau.Pesakit mempunyai
sejarah menghadapi masalah pada bahagian telinga kiri,berasa sakit,dan mendengar bunyi
seperti tinnitus(berdesing) dan terdapat keluar discaj.Dimana tanda-tanda seseorang pesakit
menghadapi perforasi membran timpani adalah mendengara bunyi seperti tinnitus akibat tidak
kesimbangan tekanan udara di bahagia luar telinga(External) dan di dalam telinga
(Internal).Selain itu,jika pesakit itu telah mengalami otitis media kebarangakalian jika tidak
dirawat dengan sempurna pesakit itu akan mendapat perforasi membran timpani.
Oleh itu, salah satu etiologi yang boleh menyebabkan perforasi membran timpani ialah,otitis
media yang disebabkan jangkitan pada ruang tengah telinga dan seterusnya menjadi kronik
jika tidak dirawat dengan sempurna(Browning,1997).Selain itu,keadaan trauma seperti
tertusuk benda tajam kedalam telinga jugak boleh menyebabkan perforasi pada membran
telinga.Disamping itu,perbezaan tekanan udara antara ruang internal dan external juga boleh
menyebabkan berlaku kes seperti itu (barotrauma).
Pesakit telah diperiksa menggunakkan alat auroskopi untuk memeriksa keadaan gegendang
telinga dan ruang didalam telinga supaya dapat memastikan ketidakhadiran discaj atau
bengkak di bahagian ruang telinga.Sebelum menggunakan auroskopi,telinga pesakit telah
dibersihkan dahulu dengan menggunakan suction tube bersama mesin Examination Under
Microscope supaya keadaan telinga dapat diperhatikan dengan lebih jelas.Selain itu,pesakit
telah diuji dengan ujian audiogram dimana ia digunakan untuk mengukur tahap
pendengaran.Keputusan yang diperoleh ialah Type A normal,Type B tidak normal.Selain
itu,pesakit jugak telah melakukan ear swab untuk culture &sensitivity untuk mengetahui
mikrooraganisma yang sensitive terhadap antibiotic tertentu.Disamping itu,pengambilan darah

telah dilakukan keatas pesakit untuk mengetahui keabnormalan pada nilai ujian darah seperti
bilangan sel darah putih dan sel darah merah.Ujian yang dilakukan ialah Full Blood
Count,Renal Function Test.
Pesakit telah mendapat rawatan ubatan untuk merawat simptom yang dialami seperti
kebengkakan,dan jangkitan yang dialami terlebih dahulu.Rawatan ubatan seperti analgesik
untuk kurangkan rasa sakit dengan memberi Tab Aspirin 2.5mg-5mg kepada pesakit.Selain
itu,pesakit telah diberikan ubat titisan seperti Sofradex.Sofradex berfungsi sebagai
antibiotik,anti-inflamatori,serta steroid diamana ia dapat merawat infeksi yang boleh
menyebabkan inflamasi pada bahagian telinga serta ia mempunyai kandungan antibiotik
dimana ia dapat membunuh bakteria yang menyebabkan infeksi.Selain itu ,ia berfungsi
sebagai corticosteroid(dexamethasone) dimana ia menghentikan inflamasi dan gatal.Cara
menggunakannya hanya dengan menitis 2-3 titisan kedalam telinga.
Hasil penelitian yang dilakukan oleh doktor setelah melihat keadaan membran timpani
mengalami perforasi sebanyak 40%,doktor telah mencadangkan supaya melakukan
pembedahan myringoplasty.Pada 15 April 2016,pesakit telah dimasukkan ke wad 1A sebagai
persediaan sebelum pembedahan.Dimana pesakit perlu menandatangani borang consent,vital
sign,persediaan fizikal dan emosi,diarahkan berpuasa sekurangnya 6 jam sebelum memulakan
pembedahan dan lain-lain.Pada 16 April,10.50 am pesakit telah dibawa ke dewan
bedah.Dimana DR.Philip Rajan sebagai surgeon yang mengetuai pembedahan
myringoplasty.Di dalam bedah pesakit telah dibaring dalam keadaan supine under General
Anesthesia.Telinga pesakit telah diuji dengan mengunakan endoscope.EAC infiltrated dengan
marcaine:adrenaline =1:100,000.Timpanic membrane edges refrashioned with straight
pack.Left Tragal cartilage with perichondrium graft harvested.Tragal cartilage with
perichondrium graft placed over perforation site.Middle ear mucosa healthy gelfoarm placed
over the graft.EAC packed with BIPP.Wound closed with daffilon 4.0.Setelah pembedahan

telah selesai dilakukan,pastikan pesakit telah sedar sepenuhnya dan vital sign diambil.Pesakit
telah diberikan rawatan ubatan seperti Tab Paracetamol 1000mg/qid, Tab Loratidine 1/1 od ,
C.Amoxycillin 500mg tds dan pastikan pesakit tidak melakukan kerja berat.Selepas
itu,pesakit diberi arahan supaya sentiasa hadir untuk teujanji bersama doktor untuk melihat
sebarang perubahan keadaan dilan telinga.Pada 26 Jun 2016,pesakit telah diperiksa sekali lagi
dengan menggunakan autoskopi dan hasilnya tiada lagi kebengkakan pada bahagian telinga,
dan tiada discaj.
Pesakit telah bersetuju untuk melakukan pembedahan untuk mengelakkan sebarang
komplikasi jika tidak meneruskan rawatan yang dicadangkan oleh doktor.Oleh itu,antara
komplikasi yang dihadapi kepada pesakit jika tidak menjalani rawatan ialah,boleh
menyebabkan jangkitan pada ruang internal seterusnya boleh merebak kebahagian otak dan
menjadi infeksi(meningitis).
Pesakit telah diberikan pendidikan kesihatan tentang bagaimana menjaga kebersihan telinga
setiap hari untuk mengelakkan pelbagai komplasi antaranya,pesakit dinasihatkan supaya
memastikan telinga sentiasa bersih dan kering.Pesakit juga tidak boleh menggunakan cotton
bud untuk membuang earwax untuk mengelakkan permasalahan seperti blockage
earwax.Disamping itu,pesakit harus mengambil ubatan yang diarahkan oleh doktor serta
sentuasa menghadiri temu janji bersama doktor.

RUMUSAN
Kesimpulannya,perforasi membran timpani adalah suatu keadaan diamana gegendang telinga
terkoyak.Kebiasaan penyebab yang boleh berlaku adalah disebabkan infeksi atau
trauma.Penyiasatan yang dilakukan dalam mengesan perforasi membran timpani adalah
auroskopi dan examination under mikroskop.Rawatan ubatan yang diberikan adalah sofradex
dan bagi surgikal pula,pembedahan myringoplasty akan dilakukan jika ia memerlukan lebih
dari 10%.Ujian tahap pendengaran perlu dilakukan untuk menilai status pendengaran
pesakit.Pemasangan alat pendengaran boleh dicadangkan sekiranya pesakit mahu
menggunakannya,kerana pembedahan myringoplasty bukan bertujuan untuk mengembalikan
tahap pendengaran tetapi bertujuan untuk mengelakkan komplikasi menjadi semakin teruk
iaitu infeksi ke ruang internal telinga.Peratus untuk pesakit sembuh lebih tinggi jika pesakit
mendapatkan rawatan yang sempurna.

RUJUKAN

Hearing :Anatomy,Physiology,and disorder of thr Auditory System. Aage R Moller


Basic Clinical Radiobiology,Fifth Edition ,Micheall C Joiner ,Albert van der Kogel
Lee AJ,Jackler RK,Kato BM ,et al . Repair of choronic timpanic membrane

perforations ussing epidermal factor growth towars clinical application.


Operative Otolaryngology :Head and Neck Surgery published 2008 by Eugene N

.Myers 2008.
https://en.wikipedia.org/wiki/Perforated_eardrum
http://www.mayoclinic.com/health/ruptured-eardrum/DS00499/DSECTION=8