Anda di halaman 1dari 4

NAMA :

TARIKH :
BAHASA MELAYU TAHUN 3
(Membaca dan Menjawab Soalan Pemahaman)

KAUM LUN BAWANG, SARAWAK

Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman


( people of the interior ). Lun bermaksud orang manakala
Bawang membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun
Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku
kaum yang terdapat di Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak
1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4% daripadanya ialah suku
kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah
sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi
Tettoni, Edric Ong. 1996).
Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut
kerana kedua-dua etnik ini hampir sama dari beberapa aspek.
Terdapat beberapa jenis etnik yang sinonim dengan Lun Bawang
iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun Bawang yang dikenali di Sabah, Lun
Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar kawasan hilir sungai
(downriver). Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di sekitar
bahagian Lawas, Limbang; Trusan; Kalimantan, Indonesia; dan
Temburong, Brunei yakni di tengah kawasan pedalaman Borneo.

BAHASA MELAYU TAHUN 3


(Membaca dan Menjawab Soalan Pemahaman)

Lun Bawang pada masa dahulu merupakan masyarakat yang


dikenali sebagai pahlawan yang berani, penyerang, dan pemburu
kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan masyarakat ini
tinggal

di

kawasan

pedalaman

di

tanah

tinggi,

ini

telah

memudahkan mereka untuk menyerang musuh di kawasan tanah


rendah kerana bentuk fizikal di kawasan pergunungan telah melatih
stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan
musuh di persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir
di kawasan perairan kerana mereka tidak pandai dalam perihal
mengendalikan pengangkutan air.
Selepas

kedatangan

James

Brooke

iaitu

penjajah

British,

kehidupan dan budaya masyarakat serba sedikit telah berubah.


James Brooke menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa yang
sangat jahil kerana budaya mereka yang suka minum minuman
keras di samping suka memenggal kepala musuh. Maka dengan itu,
Rajah Brooke telah menyebarkan satu fahaman agama kepada
masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama Kristian dan
sehingga kini hampir keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang
menganuti agama Kristian.

Latihan 1 :
1. Apakah maksud Lun Bawang

BAHASA MELAYU TAHUN 3


(Membaca dan Menjawab Soalan Pemahaman)

2. Kaum Lun Bawang berasal dari mana?

3. Kaum Lun Bawang dikenali sebagai kaum apa di negeri


Sabah?

4. Kaum Lun Bawang boleh ditemui di beberapa kawasan iaitu


i.

ii.
.
iii.
.
iv.
.
v.
..
vi.
..
vii.
..

5. Pada zaman dahulu, kaum Lun Bawang sangat dikenali sebagai


apa?

..
.

6. Apakah kelebihan kaum Lun Bawang berbanding dengan kaum


yang tinggal di tanah rata?

BAHASA MELAYU TAHUN 3


(Membaca dan Menjawab Soalan Pemahaman)

7. Apakah kelemahan kaum Lun Bawang berbanding dengan


kaum yang tinggal di tanah rata?

8. Bilakah kehidupan kaum Lun Bawang mula berubah?

9. Mengapakah

James

Brooke

menyebarkan

agama

Kristian

kepada kaum Lun Bawang?

10.

Pada

pendapat

anda,

apakah

maksud

perkataan

penjajah dan jahil ?


i.
Penjajah = ..
ii.
Jahil = ..

17

Anda mungkin juga menyukai