Anda di halaman 1dari 4

APAKAH ARAK???

Arak ialah minuman yang memabukkan.


Dalam bahasa Arab dinamakan khamar,
berasal dari kata khamara ertinya menutupi.
Seseorang yang minum arak atau khamar,
biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya
tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan
dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama
ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau
pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu
adalah najis ainnya. Firman Allah yang
bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman
bahawa sesungguhnya arak dan judi,
dan pemujaan berhala dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak
panah, adalah semata-mata kotor (najis /
keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.

[Surah Al- Maidah


ayat 90]

HUKUM ORANG YANG MINUM


ARAK :
Dalam Qanun jenayah syariyyah, seseorang
yang telah sabit kesalahan minum arak atau
sebarang minuman yang memabukkan, sama
ada dia mabuk atai tidak, wajib dikenakan
hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat
dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat.
Hukuman ini adalah berdalilkan hadith
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada
Ali bin Abi Thalib r.a yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w telah menyebat orang
yang minum arak sebanyak 40 kali
sebat, dan Saidina Abu Bakar telah
menyebat sebanyak 40 kali sebat juga,
dan Saidina Umar menyebat sebanyak
80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah

Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling


engkau suka.

Kesan / Akibat Meminum Minuman Keras


Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith Assamarqandi
berkata dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: Awaslah
kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi
sepuluh bahaya:
1. Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan
menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di
kalangan orang-orang berakal.
2. Memboroskan harta dan merosakkan akal.
3. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan.
4. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang.
5. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan
mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa
disedari.
6.Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan.

7. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang


menjaga si peminum disebabkan kefasikan dan bau
busuk arak yang diminumnya.
8. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan
disaksikan oleh keluarga dan teman-teman.
9. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit
disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat
ke langit selama 40 hari.
10. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum
kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.

Anda mungkin juga menyukai