Anda di halaman 1dari 25

Apakah itu eletrolik?

Ia adalah suatu zat yang larut atau terurai ke dalam bentuk ion-ion dan kemudiannya larutan
menjadi konduktor elektrik, ion-ion merupakan atom-atom bermuatan elektrik. Elektrolit
kebiasaannya berbentuk air, asam, basa, garam, atau berupa senyawa kimia lainnya.
Senang cerita, di setiap minuman isotonik biasanya tertulis di botol-botolnya (sila rujuk di
tepi botol) mengandungi elektrolit. Biasa air yang ada elektrolit macam 100 plus lah. Itu
memang ada. Yang lain-lain tuh kurang periksa.Air berkabonat bukan ya!! Itu berapa sudu
teh, tak tahulah. Sempena raya-raya nih elakkan minum air bergas. Minum air biasasudah.
Elektrolit, unsur kimia yang dicampurkan ke dalam minuman isotonik. Ia boleh berupa
vitamin atau mineral. Isotonik, iso-nya sendiri bererti unsur tambahan sepenuhnya larut
(tidak mengendap) dalam minuman itu. tonik-nya, suplemen penambah vitalitas atau daya
tahan tubuh.
Elektrolit membantu mengekalkan hidrasi
Proses perpeluhan dalam persekitaran yang panas dan lembap merupakan cara semulajadi
tubuh bertindak balas dalam membantu mengekalkan suhu badan pada bacaan 37C.
Menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh
Elektrolit pada asasnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita. Kita boleh
membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri
lampu suluh. Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam
elektrolit. Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan
elektrolit utama seperti di bawah:

Natrium

Kalium

Kalsium

Magnesium

Klorida

Fosfat

Sulfat

Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong


kepada penyahhidratan dan strok haba. Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan
dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan sekiranya berlaku sedikit
perbezaan. Digalakkan kita untuk menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini
dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan
penghidratan semula dengan pantas.
Kepentingan elektrolit.
1. Ia juga merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui
perpeluhan dan pembuangan air kencing.
2. Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel.
3. Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan
mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel. Selain itu juga ia
melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot anda
berehat termasuk otot-otot jantung.
Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini dapat diterangkan, kenapa
sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia akan menyebabkan kekejangan
otot. Kekurangan natrium mungkin tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya
mungkin loya, pening dan kejang otot-otot.
Sebaliknya jika berlebihan, natrium akan dikumuhkan tetapi sesetengah penyakit buah
pinggang akan mengganggu pengumuhan natrium di kalangan individu sihat, seterusnya
menyebabkan pembendungan cecair dan pembengkakan.
Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga berperanan
dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan pula, ia turut membantu
memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau isyarat saraf serta
mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat, kekurangan kalium amat jarang kita
ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-birit, badan mungkin mengalami

kehilangannya dengan banyak. Antara gejala kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang
selera makan, mual dan letih lesu.
Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh kita dan bertindak sebagai
pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda. Ia merupakan komponen utama dalam
struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat jarang berlaku kecuali bagi sesiapa
yang mengambil ubat antasid dengan aluminium hidroksida dalam jangka panjang. Gejalagejala kekurangan termasuklah kerapuhan tulang, kelemahan, hilang selera makan dan
kesakitan.
Pengambilannya dalam jumlah yang berlebihan boleh menurunkan tahap kalsium dalam
darah, dan masalah yang timbul jika pengambilan kalsium adalah rendah.
Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia tubuh ke sel-sel
badan anda serta menyingkirkan bahan-bahan buangan. Selain itu, ia juga menolong
melaraskan suhu badan anda.
Bahan utama di dalam minuman isotonik adalah air. Ia juga mengandungi karbohidrat
(glukosa dan sukrosa), natrium, kalium dan fosfat. Dahaga hilang apabila kita minum cukup
cecair bagi melegakan rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang
dalam bentuk peluh.
Minuman isotonik sememangnya mempunyai peranan di dalam penyimpanan cecair yang
anda gunakan dan menggalakkan penghidratan semula.
Bagi memenuhi pengambilannya, minumlah pelbagai jenis cecair sama ada air, jus, minuman
isotonik, susu soya dan susu dalam jumlah yang disarankan.
Pesanan untuk diri sendiri dan anda semua.
Sangat penting bagi mengekalkan tahap hidrasi tubuh di dalam iklim panas dan lembap
seperti yang ada di Malaysia ini. Tapi sekarang ini, cuaca pun agak tak menentu, kadangkadang suhu terlalu panas. Yang penting ialah pengambilan elektrolit-elektrolit utama mesti
dikekalkan untuk kekal terhidrasi.
Pengiraan pengunaan kalori asas
Pengiraan kolori makanan adalah sangat penting untuk orang yang ingin diet
secaraberkesan. Tujuan pengiraan penggunaan kalori adalah untuk
membudayakan kitakea rah amalan pemakanan yang sihat.

BMI
BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index atau Indeks Jisim Tubuh.Body
MassIndex atau indeks massa tubuh adalah angka yang menunjukan perbanding
anantara berat badan dan tinggi badang seseorang, yang dapat digunakan untuk
menentukan kategori berat badan orang tersebut, apakah berat badannya
normal,underweight, oerweight, atau obesitas.!ara pengiraan BMI adalah deng
an membahagikan berat badan indiidu"#$% dan ketinggian "M&%. !ara mengu
kur BMI ialah berat badan indiidudibahagikan dengan ketinggian indiidu.selai
n itu, terdapat tiga kategori utamadalam ukuran BMI iaitu '(.) * &).+ adalah
normal, &).+ * +.+ adalah berat badanberlebihan dan peningkatan risiko
mendapat penyakit berbahaya dan lebih daripada+.
+ adalah sangat gemuk dan mempunyai risiko tinggi mnghadapi penyakitberbah
aya.
Kalori
#ita bukan sahaja harus mengambil makanan yang ber-at tetapi juga perlu
tahucara mengunakan tenaga daripada -at itu. Tenaga yang kita gunakan ini
dikenalisebagai kalori. #alori ialah satu unit tenaga. Badan kita akan bergantung
kepadaapa sahaja yang kita makan. Pengambilan makanan yang seimbang
sangat
pentingkerana pengabaian pengambilan makanan yang seimbang akan berisiko
untukmendapat pelbagai penyakit. ecara sainti/ik, satu kalori bersamaan
dengan
0.'(0 joule yang merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk
meningkat suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius. etiap makanan dan
minuman mengadungi kalori. Pengambilan kalori
yangberlebihan daripada keperluan badan akan tersimpan dalam badan sehingg
adigunakan, jika simpanan tenaga dalam badan semakin hari semakin
bertambah,
iniakan meningkatkan berat badan dan sekaligus menyebabkan kegemukan.

Pengambilan kalori kurang daripada keperluan badan juga tidak bagus jika kita
tidakmempunyai simpanan kalori dalam badan yang mencukupi. 1al ini akanmen
gakibatkan keletihan dan penyusutan berat badan. ebagai contoh andai
kataanda memerlukan ')++ kalori sehari untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Jikaanda mengambil lebih kalori contohnya &+++ kalori sehari , badan anda teta
pmenggunakan ')++ kalori sahaja dan baki )++ kalori yang tidak digunakan
akan disimpan sebagai
lemak.Jadi untuk mendapatkan susuk badan yang ideal, kita peru mengambilma
kanan dan minuman yang mengandungi kalori yang seimbang dengan
keperluanbadan kita.
Cara-cara mengira kalori asas
BM2 untuk lelaki 3
13.7516w + 5.0033s 6.775a + 66.!73
BM2 untuk wanita 3

".563!w + 1.#!"6s !.6756a + 655.0"55

MENGAPA MEROKOK
MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
Perlu anda ketahui, terdapat 4000 jenis bahan beracun dalam sebatang
rokok yang dihisap. Bahan-bahan beracun ini akan mengancam kesihatan
setiap perokok dan boleh mengakibatkan penyakit yang membawa maut
Awas! Tanpa disedari, setiap kali anda menghisap sebatang rokok, 4000
jenis bahan beracun ini akan mengisi paru-paru anda. Antara bahanbahan beracun yang disedut termasuklah 3 jenis bahan kimia merbahaya
yang utama iaitu:
i. Nikotin

Sejenis dadah yang sangat merbahaya kepada jantung dan sistem sarat. la
boleh menyebabkan bertambahnya denyutan jantung, mengecutkan
saluran-saluran darah dan menaikkan tekanan darah.

ii. Karbon Monoksida


Sejenis gas merbahaya, jika disedut dengan banyak boleh
mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu
dan menyebabkan sukar bernatas dan cepat letih.

ijj Tar
Sejenis bahan peransang yang boleh mengakibatkan kanser. Perokok
akan menghidapi risiko barah paru-paru, perut dan mulut daripada orang
yang tidak merokok . Selain daripada bahan-bahan di atas ia juga
mengandungi bahan beracun yang sepertimana yang ditunjukkan dalam
rajah di bawah.

Padah Merokok!!!
Pihak Berkuasa Perubatan melalui kajian saintitik telah mengenalpasti
bahawa merokok adalah penyebab atau merupakan taktor utama kepada
kira-kira 25 jenis penyakit, antaranya:

Kanser
Merokok merangsang dan boleh mengakibatkan kanser pada paruparu, tekak, mulut pankreas, pundi kencing, buah pinggang, rahim dan
esotagus.
- Kegencatan pertumbuhan Gnak di dalam rahim
- Penyakit jantung
Bronkitis kronik (jangkitan saluron pernotosan) {mtisima (paru-paru
kembang)
- Angin ahmar
- Ulcer peptik
-

- Penyempitan (aluran darah)


- Buta
- Penyakit asma bertambah teruk
Ketahuilah merokok mengakibatkan 25% dari jumlah penyakit jantung
koronori, 75% dari jumlah penyakit (saluran pernatasan kronik, dan 90%
dari seluruh kes kanser/barah paru-paru, serta kebanyakan kes kanser
mulut dan tekak, esotagus, perut, pundi-pundi kencing, pankreas dan
ginjal.

Dari Segi Islam

Terdapat dua pendapat berbeza di kalangan ulamak berhubung tabiat


merokok. Ada yang menghukumkannya makruh manakala satu lagi
haram. Namun apa yang jelas, kedua-duanya berpendapat bahawa
merokok adalah satu perbuatan yang membazir dan memudaratkan
kesihatan.

Merokok menyebabkan seseorang itu kelihatan selekeh dan berbau busuk


asop rokok. Boleh mendorong ke arah amalan buruk yang lain seperti
menghidu gam, menghisap ganja, menagih dadah dan meminum minuman
keras.
- Menjejaskan kecerdasan minda dan tubuh.

- Bagi remaja yang merokok, anda akan di label sebagai remaja


bermasalah dan nakal kerana kebanyakan remaja yang terlibat dengan
masalah di(iplin rata-raia menghisap rokok.
- Merokok mengundang pelbagai jenis penyakit akut dan kronik.
- Merokok menyebabkan ketagihan yang sukar untuk dipulihkan.
- Dapat mengekalkan tahap kesihatan dan mengelak dari mendapat
penyakit akibat
merokok.
- Dapat menjimatkan wang.
- Kelihatan lebih sopan dengan perwatakan yang lebih matang dan
menarik.
- Lebih cergas, berstamina dan bertenaga.
- Natas, mulut dan pakaian tidak berbau asap rokok.
- Minda lebih terbuka, cerdas dan kreatit.

Merokok adalah amalan yang boleh memudaratkan kedhatan kepada perokok dan
jugo kepada orang ramai yang berada di sekitar mereka. Walaupun masyorakat
menyedari hakikat ini, namun masih ramai di kalangan kita yang terus mendampingi
amalan merbahaya ini. Sebuah syarikat rokok di Amerika Syarikat iaitu Ligget
Company juga telah mengakui bahawa merokok boleh mengakibatkan kanser.

FAKTA AKIBAT MEROKOK


- Merokok merupakan penyebab utama gangguan kesihatan ser}a
kematian sebelum masanya. 25% daripada perokok yang ketagih
merokok meninggal dunia
>akibat diserang penyakit yang berkaitan dengan merokok.
- Merokok menyebabkan komplikasi semasa mengandung dan penyakit
pemafasan kanak-kanak.

- Merokok menggandakan risiko mati akibat serangan jantung.


- Perokok yong kuat merokok mempunyai peratusan yang tinggi
untuk maut dolam usia muda akibat serangan jantung. Jika anda merokok
lebih daripada 20 batang sehari, anda akan menghadapi 10-15 kali ganda
resiko maut akibat serangan jantung jika dibandingkan dengan orang yang
tidak merokok. > Penggunaan tembakau telah menyebabkan 3.5 juta
kematian
setiap tahun iaitu lebih kurang 10,000 kematian setiap hari di seluruh
dunia.
Keburukan Dan Kebaikan Arak
Assalamualaikum
Jom Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!

Allah berfirman,
Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk
berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan
keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkan lah ia semoga kamu berjaya.
(Surah Al-Maidah ayat 90)
Nabi Muhammad bersabda, Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia
adalah penyakit.
(Riwayat Tarmuzi-Hasan Sahih)
Arak ialah alkohol di dalam bentuk ethyl alcohol dan merupakan sejenis dadah
yang bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Ia
biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau yeast cells yang bertindak ke atas
karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan dan biji-bijian.
Di dalam pasaran, ada tiga jenis arak yang popular, iaitu,
1.Bir yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol,

2.Wain yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-14% alkohol


3.Liquor dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan makanan
sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50% alkohol.

Alkohol Dan Kesannya Ke Atas Otak Dan Badan


Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak dengan
merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga menyebabkan
gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah mencukupi untuk
menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak memberi kesan negatif kepada
diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri ia boleh menyebabkan sawan dan
halusinasi dan pengambilannya di dalam jangka masa yang panjang boleh
merosakkan otak untuk selama-lamanya.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru, batuk
kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah hati serta
melemahkan sistem pertahanan badan.
Penagih Arak Di Amerika Dan UK
Pada bulan November, 2001, sebuah institut yang berkaitan dengan masalah
alkohol di Amerika yang dikenali sebagai National Institute on Alcohol Abuse And
Alcoholism melaporkan, kerosakan dan kerugian berpunca daripada penggunaan
alkohol berjumlah $185 bilion setahun.
Di UK pula, BBC News bertarikh 17 Ogos, 2001 melaporkan, peratus wanita yang
mengambil alkohol melebihi kadar yang diizinkan meningkat sebanyak 50% di dalam
masa 10 tahun.
Golongan remaja yang berumur di antara 11-15 tahun didapati meminum alkohol
dua kali lebih banyak apabila dibandingkan dengan tahun 1990. Laporan itu juga
menunjukkan, setiap seorang daripada empat orang lelaki dan setiap seorang
daripada tujuh orang wanita di UK meminum alkohol melebihi kadar yang diizinkan.

Kerugian yang terpaksa di tanggung rakyat kerana kerosakan dan masalah yang
timbul daripada pengambilan arak ini berjumlah lebih kurang 3 bilion pound sterling
setiap tahun.
Majalah Time edisi 28 Januari, 2002, pula melaporkan, 1/5 daripada remaja yang
berumur di antara 15-16 tahun di UK pernah mabuk sebanyak tiga kali dalam masa
sebulan.
Adakah Arak Baik Untuk Jantung?
Ramai pakar-pakar perubatan berpendapat, arak apabila diminum dengan kadar
yang sedikit, amat bermanfaat untuk jantung. Justeru, ramai pakar di dalam bidang
kardiologi menggalakkan masyarakat meminum arak sebanyak 1-2 gelas sehari,
agar kesihatan jantung mereka terpelihara.
Namun Dr. James H. Stein, seorang pakar jantung, dan Penolong Profesor di Fakulti
Perubatan Universiti Wisconsin, mempunyai pandangan yang berbeza. Di dalam
tulisannya yang diterbitkan oleh Milwaukee Journal Sentinel bertarikh 25 November,
1998, beliau berkata,
Ramai pesakit dan pakar perubatan mahu mempercayai arak merupakan penawar
ajaib yang dapat menyelamatkan jantung kita. Sayang sekali, hakikatnya tidaklah
seperti yang difikirkan, kerana alkohol sebenarnya merosakkan jantung dengan cara
melemahkan otot-ototnya, mengganggu cara jantung mengepam darah dan
menaikkan tekanan darah. Tambahan daripada itu, alkohol merosakkan hati,
menyebabkan radang pankreas, kanser esofagus dan perut. Justeru ramai yang
keliru apabila mereka diberitahu pengambilan 1-2 gelas alkohol setiap hari
menyihatkan jantung.
Walaupun kenyataan ini mempunyai kebenarannya, kerana pengambilan alkohol
yang sedikit menambahkan kolesterol baik (HDL) di dalam darah, namun ia hanya
benar bagi wain merah (red wine) dan bukannya bir ataupun spirit.
Sebenarnya, bukanlah alkohol yang menyihatkan jantung, sebaliknya bahan
flavonoid yang terdapat di dalamnya yang menguatkan jantung. Bahan flavonoid ini
diperolehi daripada buah-buahan yang digunakan untuk menyediakan arak.

Justeru, cara yang lebih selamat untuk menyihatkan jantung adalah dengan
memakan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti bawang, anggur dan epal
yang kaya dengan flavonoid, dan bukannya meminum arak.
Doktor Ira J. Goldberg, M.D. dari American Heart Associations Nutrition Committee
yang juga merupakan seorang profesor perubatan di Universiti Columbia di New
York pula berkata,
Nasihat saya ialah, jika anda benar-benar hendak menurunkan risiko
diserang penyakit jantung, bercakaplah dengan doktor anda tentang cara
hendak menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah. Di samping itu anda
perlu mengawal berat badan anda, bersenam selalu dan mengambil makanan
yang berkhasiat. Tidak terdapat satu pun bukti yang saintifik yang
menunjukkan bahawa meminum wain atau yang seumpamanya dapat
menggantikan pendekatan konvensional yang telah disebutkan dalam usaha
untuk mencegah dari menghidap penyakit jantung.
Hal ini disebutkan dalam American Heart Association Journal Report bertarikh
Januari 22, 2000.
Adakah Kesan Alkohol Lebih Teruk Daripada Lain-Lain Dadah?
Mengikut satu kajian yang dilakukan di Peranchis oleh sepuluh orang pakar sains,
diketuai oleh Bernard-Pierre Roques dari Ren Descartes University of Paris, arak
tergolong dalam kategori dadah yang amat berbahaya sama seperti heroin dan
candu.
Hal ini dilaporkan oleh Debora MacKenzie dalam New Scientist bertarikh 27 Jun
1998.
BBC News bertarikh 24 Mei 2001 pula melaporkan kenyataan yang dibuat oleh
Presiden Mens Health Forum di UK, Dr. Ian Bank, yang mengatakan, statistik yang
mengaitkan alkohol dengan perbuatan membunuh diri, jenayah, kemalangan,
tindakan ganas serta masalah kesihatan amat menggerunkan.
Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kaunselor-Kaunselor
Penyalahgunaan Alkohol dan Dadah Kebangsaan di UK, Rosa Della-Tolla, yang
menegaskan ramai yang memfokuskan tentang bahaya dadah dan melupakan

alkohol, sedangkan kesan negatif hasil daripada penyalahgunaan alkohol adalah


lebih besar daripada dadah yang lain.
Masalahnya ialah, pengambilan alkohol diterima sebagai suatu yang biasa di dalam
masyarakat sedangkan kesan pengambilannya sebenarnya adalah lebih teruk.
Justeru, Islam mengharamkan arak sama sekali dan tidak menganggapnya sebagai
penawar walaupun terdapat sedikit kebaikan padanya, namun kemudaratannya
adalah lebih besar daripada kebaikan. Allah berfirman,
Dan mereka bertanya kamu tentang arak dan judi. Katakanlah, pada keduaduanya ada banyak keburukan dan beberapa kemanfaatan, namun
keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya.
(Surah Al-Baqarah ayat 219)
Namun dalam ayat seterusnya Allah telah menyatakan akan manfaatalkohol itu
sendiri

kepada

manusia.

Nah

bukankah

pada dunia sekarang alkohol merupakan sesuatu yang sangat penting di sebalik
kemudaratannya.
Alkohol menjadi keperluan ataupun kemestian di dalam
bidangperubatan, perindustrian, pengesteran dan berbagai lagi. Dalam bidang
perubatan kita dapat lihat alkohol memainkan peranan sebagaibius yakni ubat
kebas.
Sedar atau tidak ketika sebelum kita di suntik alkohol akan di sapukan di bahagian
tersebut agar ia terasa sejuk bagi mengurangkan kesakitan yang di alami manusia.
Dengan sifat alkohol yang cepat meruap ke udara pula ia telah menjadi elemen
terpenting dalam pembuatan pewangi beralkohol.
Ini amat penting kerana pewangi beralkohol mampu mengatasi masalah bau badan
bagi individu yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Mengikut mazhab Syafie
pengunaan alkohol dalam solat sebagai pewangi adalah harus bagi individu yang
tidak mempunyai pilihan lain untuk mengatasi masalah bau badan.

Selain itu pengunaan alkohol dalam pengesteran adalah untuk di campurkan dengan
asid karboksilik dan elemen-elemen lain bagi menghasikan bau-bauan seperti buahbuahan, bunga dan sebagainya.
Jika Allah itu tidak Maha Mengetahui nescaya alkohol ini tidak akan disebut dalam
Al-Quran dan tidak pula manusia mampu mengunakan manfaat alkohol tersebut.
Namun kebaikan dan keburukan alkohol terletak kepada manusia itu sendiri kerana
manusia sudah dikurniakan akal untuk berfikir dan menyingkap ke-agungan Allah
S.W.T.

Kesan Penyalahgunaan Dadah


Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih
dadah. Di antaranya ialah:-

(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

1.

Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu

makanyang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.

2.

Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki

dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka

3.

Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka

terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.

4.

Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka

yang menggunakan jarum suntikan)

5.

Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.

6.

Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.

7.

Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-

khayalan kesan dadah yang mereka ambil.

8.

Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental,

sehingga percakapan susah di fahami.

9.

Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.

Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut
individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang
digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

U GEJALA SOSIAL : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA

ISU GEJALA SOSIAL


PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN
REMAJA

Caption: Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu
yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk
membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian
zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.

Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di
kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah
menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.

PENGENALAN

Gejala sosial ialah perilaku buruk yang bertentangan dengan tatasusila ketimuran dan
nilai-nilai murni. Dewasa ini, isu keruntuhan moral dalam kalangan remaja sering meniti dari
bibir ke bibir masyarakat dan sering terpampang dalam akhbar tempatan. Memang tidak

dapat dinafikan bahawa isu gejala sosial dalam kalangan remaja telah mencapai satu tahap
kritikal. Keruntuhan moral dalam kalangan remaja menunjukkan ketidaksantunan remaja kita
pada hari ini. Mereka sering melibatkan diri dalam aktiviti negatif seperti mat rempit,
gangsterisme, vandalisme, buli dan yang paling serius, pergaulan bebas.

Pergaulan bebas sering dikonotasikan dengan sesuatu yang negatif seperti seks bebas,
narkoba, kehidupan malam, dan sebagainya. Istilah ini diadaptasi daripada budaya barat,
iaitu kebebasan melakukan sesuatu tanpa takut menyalahi norma-norma masyarakat.
Konsep ini amat berbeza dengan budaya timur yang menganggap semua itu adalah hal
tabu sehingga sering kali kita mendengar ungkapan jauhi pergaulan bebas kerana bagi
masyarakat kita, pergaulan bebas itu telah menentang konsep yang kita berpegang teguh
selama ini, iaitu kesantunan.

Pada masa kini, penyimpangan dan masalah seksual dalam kalangan remaja semakin
membimbangkan. Remaja-remaja ini hilang sikap kesantunan yang patut ada pada jati diri
mereka. Hal ini bertambah buruk apabila seseorang remaja itu tidak mengamalkan nilai
harga diri, iaitu kesanggupan menjaga maruah diri dalam kehidupan seharian.
Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan harus dihindari setiap
remaja. Hal ini memerlukan perhatian orang ramai bagi menyelematkan remaja-remaja kita
daripada terus terjebak dalam isu ini.

Faktor-faktor

Sebelum merancang langkah-langkah untuk menyelamatkan remaja-remaja kita, kita


seharusnya mengenalpasti punca-punca remaja melakukan pergaulan bebas agar masalah
ini dapat diselesaikan dengan berkesan.

1. Tahap Iman yang lemah

Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan


iman. Kehilangan kesantunan, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama

mendorong seseorang itu dikuasai nafsu. Seseorang itu akan mengalami kehilangan akal
fikiran yang waras. Tahap iman manusia hidup dalam jiwanya lemah dan kosong. Oleh itu,
seseorang itu tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan dan antara kebenaran dan
kebatilan.

2. Dunia Cinta Remaja

Pergaulan bebas antara remaja lelaki dan remaja perempuan disebabkan oleh
perasaan ingin berpasangan yang semakin menghantui mereka. Apabila perasaan ini tidak
dikawal, sudah tentu hal ini akan menimbulkan gejala-gejala sosial yang tidak diingini seperti
pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya.

3. Pengaruh Media Massa dan pendedahan bahan lucah

Internet sememangnya mengubah pemikiran manusia di seluruh dunia. Internet amat


berpengaruh dalam kalangan remaja berbanding dengan media yang lain kerana internet
dapat melintas sempadan negara, sukar disekat, ditapis dan dihalang. Bahan-bahan lucah
boleh didapati dengan begitu mudah sahaja melalui internet. Selain itu, rancangan yang
disiarkan di televisyan juga selalu memaparkan adengan-adengan seks. Media cetak seperti
majalah-majalah berbentuk hiburan juga memberi kesan negative kepada remaja. Sekiranya
kita perhatikan, banyak majalah yang memaparkan gambar-gambar artis barat dan kelakuan
dan gaya mereka yang tidak bersantun dalam mata orang Timur.

Kesan-kesan

Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak
kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat kita lihat dalam masyarakat barat
yang membudayakan pergaulan bebas. Antara kesan negatif pergaulan bebas dalam
kalangan remaja ialah:

1.Pembuangan bayi

Remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas akan menjalinkan hubungan di luar tabii.
Hal ini membawa kepada kehadiran individu yang ketiga yang tidak diharapkan
(mengandung sebelum berkahwin). Situasi ini lebih serius apabila remaja lelaki yang berjanji
semati hidup itu tidak mahu bertanggungjawab atas individu yang ketiga itu serta
menghilangkan diri. Dalam situasi tersebut, remaja perempuan yang hilang kewarasan akan
menjadi tidak berperikemanusiaan lalu meninggalkan anak yang baru dilahirkan di tempattempat seperti tandas awam, tong sampah, tepi longkang dan sebagainya.

2. Perceraian dan keruntuhan rumah tangga

Kebanyakan pemuda-pemudi berkahwin akibat pihak perempuan mengandung.


Pembinaan rumah tangga sebegini biasanya tidak stabil kerana mereka masih tidak matang
lagi. Sekiranya terdapat pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas sebelum
perkahwinan, perkahwinan ini tidak dapat bertahan lama biasanya. Institusi keluarga mudah
mengalami kepincangan yang seterusnya membawa kepada penceraian walaupun hanya
disebabkan oleh perkara kecil. Hal ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian yang
berlaku di Malaysia. Keruntuhan rumah tangga mampu menjejaskan masa hadapan anakanak.

3. Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut

Terdapat pelbagai penyakit yang disebabkan oleh hubungan bebas antara lelaki dan
wanita. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini merosakkan system pertahanan
badan dan boleh membawa maut. Penyakit ini paling banyak disebar melalui pergaulan
bebas. Ubat bagi mengubati AIDS masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Langkah mangatasi

Memandangkan masalah ini semakin menular dalam kalangan remaja, langkahlangkah perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Langkah-langkah yang patut
diambil adalah seperti berikut:

1. Peranan ibu bapa

Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Rakan-rakan
anak harus dikenali dengan lebih mendalam. Ibu bapa perlu mengawasi perilaku anak-anak.
Peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tiada angin masakan pokok akan bergoyang.
Setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak-anak pasti ada penyebabnya. Sehubungan
dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa memperhatikan
perkembangan fizikal dan mental anak-anak remaja mereka. Pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan sudah sinonim dengan masyarakat. Seluar ketat, baju singkat hingga
menampakkan pusat ibarat suatu adat yang diikuti oleh remaja. Maka ibu bapa perlu
memainkan peranannya dengan penuh tanggungjawab bagi memastikan anak-anak remaja
bersantun sentiasa dalam pergaulan, pertuturan, cara perpakaian dan sebagainya. Hal ini
demikian kerana sikap remaja menggambarkan kejayaan atau kegagalan didikan keluarga.
Ibu bapa tidak patut terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak remaja
yang memerlukan kasih saying dan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa juga harus
menunjukkan teladan yang baik, iaitu sentiasa bersantun agar sikap baik ini dicontohi anakanak.

2. Peranan pihak sekolah

Pencegahan pergaulan bebas harus dilakukan dengan memberikan pengetahuan


seks melalui ceramah. Pendidikan formal mengenai seksualiti harus diberikan kepada
remaja agar mereka sedar akan kesan negatif pergaulan bebas. Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus mengadakan perbincangan dengan
Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan pendidikan seksual di sekolah seluruh negara
Pelaksanaan pendidikan itu perlu disegerakan supaya remaja dapat dibimbing secara
terancang dan sempurna, seterusnya membantu mereka lebih memahami isu berkaitan
seksualiti dan menjadi benteng kepada mereka daripada terbabit dalam kegiatan tidak
bermoral seperti pergaulan bebas

Pengiraan Kalori Yang Diperlukan Oleh Tubuh Badan


Create on Saturday - 4/5/2013

BMR - Basal Metabolic Rate


Kadar Metabolisme Asas
Jumlah tenaga yang diperlukan badan untuk menjalani kehidupan.
Boleh rujuk kat link nie BMR Formula untuk penerangan fully in BI.

Formula Cara pengiraan Metric:Perempuan


BMR = 655 + (9.6 x berat dalam KG) + (1.8 x tinggi dalam CM) - (4.7 x umur
dalam tahun)
Lelaki
BMR = 66 + (13.7 x berat dalam KG) + (5 x tinggi dalam CM) - (6.8 x umur
dalam tahun)

Formula Cara pengiraan English:-

Perempuan
BMR = 655 + (4.35 x berat dalam Pounds) + (4.7 x tinggi dalam inci) - ( 4.7 x
umur dalam tahun)
Lelaki
BMR = 66 + (6.23 x berat dalam Pounds) + (12.7 x tinggi dalam inci) - (6.8 x
umur dalam tahun)

Maklumat NN
Berat 78 kg @ 171.961 pounds
Tinggi 159 cm @ 62.5984 inches
Umur 31 tahun @ 31 years
Contoh Pengiraan - Metric
BMR NN
= 655 + (9.6 x 78kg) + (1.8 x 159cm) - (4.7 x 31tahun)
= 655 + 748.8 + 286.2 - 145.7
= 1690 - 145.7
= 1544.3
Contoh Pengiraan - English
BMR NN
=655 + (4.35 x 171.961pounds) + (4.7 x 62.5984) - (4.7 x 31 years)
=655 + 748.0304 + 294.2125 - 145.7
= 1697.243 - 145.7
= 1551.543
Kiraan hampir sama.
Metric - 1544.3
English - 1551.543

Setelah dah mengetahui BMR badan seseorang, kita kira pulak nilai kalori yang
diperlukan (Daily Calories Need a.k.a DCR) badan seseorang tu pulak
berdasarkan aktiviti kehidupan seseorang.
Untuk itu kita kena gunakan formula Harris Benedict Equation.

Langkah seterusnya:Nie dari Harris Benedict Equation tadi. NN senaraikan dekat sini.
Faktor aktiviti :1- 1.2 ~ Sedentary - senam sikit2 @ tidak bersenam
2- 1.375 ~ Lightly active - senaman ringan - 1-3kali seminggu bersenam
3- 1.55 ~ Moderately exercise - sederhana aktif - 3-5kali seminggu bersenam
4- 1.725 ~ Very active - sangat aktif 6-7kali seminggu bersenam

5- 1.9 ~ Extra active - terlebih aktif bersenam - senaman berat + 2 kali training

Contoh Pengiraan Nilai Kalori (DCR) yang diperlukan oleh badan.


Formula ~ DCR = BMR x Faktor Aktiviti

Contoh maklumat NN
BMR NN
hasil kiraan metric - 1544.3
hasil kiraan englihs - 1551.543
Faktor Aktiviti
(yang nie pilih dari jadual Harris Benedict Equation kena bedasarkan aktiviti
harian individu)
Contoh NN pilih Lighly active
1.375 ~ Lightly active - senaman ringan - 1-3kali seminggu bersenam
DCR kiraan dalam metric
= 1544.3 x 1.375
= 2123.413
DCR kiraan dalam English
= 1551.543 x 1.375
= 2133.372
~~~
ok boleh faham tak bila dah di translate serba sedikit dalam bahasa melayu,
kalau faham english, boleh terus refer kat link2x yang NN dah selitkan kat atas
tue. ok.
~~~
semoga dapat membantu pada sesiapa yang memerlukan info.
~~~
Insyaallah jika di izinkan dan ada kelapangan, next NN akan tulis mengenai
pengambilan kalori secara sedikit teperinci