Anda di halaman 1dari 1

1.

FIQH MUAMALAT

Islam merupakan sebuah agama wahyu yang merangkumi segenap aspek


kehidupan manusia. Keluasan ilmu Islam ini merangkumi tiga cabang utama;
akidah, amali (praktikal) dan akhlak. Dalam kajian ini, perbincangan
difokuskan kepada cabang ilmu yang kedua iaitu ilmu fiqh amali yang
berkaitan dengan urusan harian manusia. Ilmu fiqh amali ini disebut sebagai
fiqh muamalat.
1.2.1 Definisi fiqh muamalat
Menurut definisi dari aspek bahasa, kalimah fiqh bermaksud pemahaman atau
kebolehan untuk memahami. Secara istilah pula, ilmu fiqh ditakrifkan oleh para
ulama sebagai, ilmu yang berkaitan dengan hukum-hakam Syarak yang bersifat
'amali (praktikal) yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci. Merujuk
kepada perkataan muamalat dari segi literal, ianya bermaksud saling

bertindak, saling berbuat dan saling mengamalkan. Dari segi istilah pula,
muamalat adalah peraturan-peraturan Allah yang harus diikuti dan ditaati
dalam hidup bermasyarakat untuk menjaga kepentingan manusia. 1 Daripada
definisi perkataan fiqh dan muamalat, terminologi fiqh muamalat pula
boleh disimpulkan sebagai, ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ketetapan Allah
ke atas umat manusia

1 Abdul Majid. 1986. Pokok-Pokok Fiqh Muamalah dan Hukum Kebendaan dalam
Islam. IAIN Sunan Gunung Djati: Bandung. hlm 1.

Anda mungkin juga menyukai