Anda di halaman 1dari 2

9.

CARA-CARA MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA


Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah keluarga.
Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini. Merekalah yang
memberikan kita kasih sayang yang sejati hingga sanggup berkorban harta
dan nyawa demi kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa
berusaha untuk menggembirakan hati mereka.
Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka berakhlak mulia.
Akhlak mulia akan menyebabkan seseorang itu mentaati perintah agama,
menghormati orang lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya.
Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga nama baik
ibu

bapa

dan

keluarga.

Hal

yang

demikian,

sudah

tentu

akan

menggembirakan hati ibu bapa.


Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak mereka
belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang rajin belajar kebiasaannya
akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita
mestilah rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh masa
depan yang lebih cerah.
Di samping itu, kita juga haruslah membantu ibu bapa. Kita boleh
membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja yang sesuai seperti
mendidik adik, mengemas rumah dan sebagainya. Dengan itu, kita dapat
meringankan beban mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak menghormati
mereka. Bercakap dengan sopan, bersalaman dan mencium tangan,
mendengar teguran dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum
semasa berhadapan dengan mereka antara contoh kita menghormati ibu

bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa kita sentiasa gembira bersama anakanak.
Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita ingin melihat
ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru, sentiasalah berazam dan berusaha
untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita lebih
diberkati.

Anda mungkin juga menyukai