Anda di halaman 1dari 6

Pembungkusan Makanan

Pembungkusan makanan adalah salah satu cabang daripada teknologi makanan. Bayangkan makanan
yang dijual tiada pengkhususan yang tepat untuk dibungkus. Pasti makanan mudah tercemar dan kita
mudah untuk dijangkiti penyakit. Teknologi pastinya diperlukan untuk menjamin makanan yang dibungkus
selamat dan tidak tercemar. Pelbagai kaedah dan cara pastinya dipraktikkan oleh para meliputi pelbagai
aspek untuk menjamin makanan yang tersedia diyakini oleh semua.
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Semasa zaman industri di Eropah pada
sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdagangan yang sangat penting.
Definisi pembungkusan ialah kaedah yang menjamin penghantaran barang dari pengeluar kepada
pengguna dengan selamat dari ancaman dan berkeadaan baik pada kos keseluruhan yang rendah. Selain
itu, pembungkusan ialah sains, seni dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu
barangan semasa
dihantar,
disimpan
atau
dipamerkan.
Pembungkusan makanan perlu bagi menjamin kualiti barangan kerana ia dapat melindungi barangan dari
segi fizikal, melindungi makanan dari pencemaran kerosakan fizikal dan biologikal, penurunan mutu,
memudahkan pengendalian dan untuk membantu penjualan makanan itu. . Ia juga memudahkan kerja
penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan.Selain itu, menyampaikan maklumat barangan
kepada pengguna agar pengguna boleh menilai sendiri produk yang dijual. Pembungkusan makanan juga
boleh
mengiklankan
maklumat
dan
mempromosikan
barangan.

Jenis-jenis pembungkusan

PLASTIK

Terdapat berbagai jenis plastik yang digunakan dalam pembungkusan makanan. Contoh-contoh plastik
yang banyak digunakan dalam industrimakanan ialah :
Jenis Plastik

LDPE
low density polyethylene
HDPE High density polyethylene
PP
- Polypropylene
PVC - Polyvinylchloride
PET - Polyethylene terepyhalate ( Polyester )
EVOH - Ethylene vinyl alcohol
NY
- Nylon
PC
- Polycarbonate

Kelebihan Plastik

Mudah dibentuk
Kuat dan selamat
Tidak berkarat
Ringan
Mudah diproses
Kesesuaian
Murah

KERTAS

Kelebihan kertas
Percetakan yang baik
Mudah dibentuk
Ringan
Kos yang murah
Tempat simpan yang kecil
Boleh dikitar semula

Kelemahan Kertas
Senang diserap air
Tidak kuat

KACA

Kelebihan bekas kaca


Kalis bahan kimia
Lutsinar (transparency)
Kekuatan fizikal
Tidak telap air
Boleh ditutup dan disimpan semula
Pelbagai bentuk dan saiz
Digunakan semula dan kitar semula
Kelemahan bekas kaca
Berat
Percetakan memerlukan bahan lain seperti kertas dan plastik yang boleh dilekatkanpada bekas
kaca
Senang pecah

BEKAS LOGAM

Bekas logam yang popular digunakan dalam industri pembungkusan adalah bahanberasaskan besi,timah
dan aluminium. Bahan logam digunakan dalam pembungkusan sebagai penutup botol,dawai
pengikat,tape,dulang dan kerajang nipis

BEKAS ALUMINIUM
Bekas aluminium banyak digunakan sebagai bekas minuman ringan danbergas,dulang dan diproses
menjadi kerajang aluminium yang dapat dilapiskan dengan plastik lentur . Bekas logam bersalut timahBesi
yang disalut dengan lapisan nipis timah dimana salutan timah dapat halangkepingan besi daripada terhakis
dan berkarat .

Kelebihan bekas logam


Tahan panas
Tahan pada tekanan
Kuat dan kukuh
Tidak telap air dan udara

Kreteria penting pada pembungkus

Warna
Ilustrasi
Muka taip (tipografi)
Penerangan
Logo syarikat, nama dan alamat
Keterangan tentang ramuan
Jenama
Gambar hasil
Berat bersih kandungan
Tarikh luput makanan
Harga barangan

Setelah mengetahui fakta-fakta tentang pembungkusan, marilah menikmati video ringkas tentang
pengbungkusan plastik.