Anda di halaman 1dari 6

Kisah di sebalik kubur Tok Janggut

Bernama

2015-12-30 22:58:00

2015-12-30 23:00:26

Sama ada Tok Janggut gugur dalam pertempuran dengan British di


Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh, Kelantan atau meninggal
dunia pada usia tua, persoalannya di mana pula jasad pejuang itu
disemadikan?
Sejak sekian lama masyarakat diberitahu kuburnya terletak di Pasir
Pekan, Tumpat.
Bagaimanapun, usaha penulis menjejaki sejarah pejuang ikonik
Kelantan itu membawa kepada penemuan beberapa sumber baharu
lokasi lain kubur Tok Janggut.
Cerita cucu Tok Janggut Ustaz Wan Asrul Wan Hussin, datuknya
dikebumikan di perkuburan lama Kampung Hutan Puteh, Machang
akibat sakit tua selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Tok Janggut memang tidak dikenali kecuali di kalangan segelintir
pengikutnya dan identiti sebenarnya diminta dirahsiakan
sehinggalah beliau meninggal dunia.
http://www.malaysiakini.com/news/325005

Pada akhir hayat Tok Janggut berpesan kepada orang-orang


terdekatnya, " Kebumikanlah saya sama sebagaimana dengan
mana-mana orang lain juga."
Jelas Wan Asrul, kubur di Pasir Pekan itu dibuat-buat oleh pihak
British bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang mahu
membuktikan mereka berjaya membunuh Tok Janggut.
"Hanya kaum tua yang hidup lebih daripada 100 tahun mengetahui
kisah sebenar kubur di Pasir Pekan itu," katanya.
Kubur bertanda botol kaca zaman British
Dakwaan Wan Asrul itu dikuatkan lagi oleh dua individu lain yang
penulis temui iaitu seorang penduduk di Kampung Hutan Puteh,
Roslan Mustafa dan Pengkaji Sejarah Islam Kelantan Ustaz
Abdullah Al-Qari Salleh.
Bertitik tolak daripada keyakinan kisah yang sama didengari oleh
sebahagian penduduk di Pasir Puteh yang mendakwa Tok Janggut
tidak terbunuh, Abdullah Al-Qari berkata beliau berjaya menemui
bukti secara berlisan.
Pujangga Islam itu berkata beliau mendapat cerita Tok Janggut
daripada pengakuan tiga orang penggali kuburnya iaitu Adam
Ahmad, Pakteh Taib dan Paksu Yunus Abd Rahman yang
ditemuramahnya pada tahun 2010.
Hasil temuramah itu ditulis dalam halaman terakhir bukunya bertajuk
Ensiklopedia Unggul Doa Hajat Jampi Mujarab Segala Penyakit
Tanpa Ubat.
Bagaimanapun, sekarang hanya Adam yang masih hidup
sementara dua orang lagi sudah meninggal dunia kira-kira dua
tahun lalu.
Dikatakan ketika Tok Janggut meninggal umur ketiga-tiga penggali
kubur itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 22 tahun.
http://www.malaysiakini.com/news/325005

Mengimbas kembali pertemuan dengan mereka, Abdullah Al-Qari


berkata Tok Janggut meninggal dunia selepas menghabiskan sisasisa hidupnya di Kota Simpul Berlubang, bersempadan dengan
Kampung Hutan Puteh di mana terletak lokasi kuburnya kini.
"Kematian Tok Janggut pada tengah hari Selasa disaksikan ramai
orang kampung dan jenazahnya diiringi kira-kira 30 orang.
"Mengikut adab orang kampung di situ apabila seseorang
dikebumikan, kuburnya di tanda dengan botol kaca, satu di kaki dan
satu di kepala.
"Di bahagian kepala kubur Tok Janggut diletakkan sebuah batu
merah bersama botol, manakala bahagian kakinya kekal dengan
botol kaca," katanya.
Tinjauan penulis ke lokasi perkuburan itu yang terletak di ladang
getah mendapati tidak kurang daripada empat kubur yang bertanda
botol kaca.
Botol kaca di kubur yang dikatakan milik Tok Janggut tertera ayat
"Bottle Made In England". Bagaimanapun, tarikhnya tidak dapat
disahkan.
Sesudah perang Pasir Puteh
Rentetan daripada usia yang sudah semakin lanjut, Wan Asrul
berkata Tok Janggut mengambil keputusan untuk menghabiskan
masanya dengan mengabdikan diri kepada Allah selain mengajar
ilmu agama dan persilatan untuk penduduk kampung.
Daripada segi fizikal dan susuk badan, Wan Asrul berkata Tok
Janggut adalah seorang yang tidak tinggi, kulitnya pula bewarna
cerah dan janggutnya mencecah ke dada sejak muda lagi.

http://www.malaysiakini.com/news/325005

Disebabkan perwatakan yang zuhud, rendah diri dan juga dikenali


dengan nama lain seperti Pakcu Hj Mat Hassan, ramai yang tidak
tahu beliaulah sebenarnya Tok Janggut.
Dalam hal ini, Abdullah Al-Qari juga bersependapat dengan Wan
Asrul yang mengatakan penampilan Tok Janggut gemar memakai
pakaian serban dan jubah yang bewarna hijau.
"Pada penelitian saya, Tok Janggut adalah seorang yang bertaqwa
atau bertaraf Wali di mana setiap masa terutamanya pada waktu
malam beliau mengajak orang-orang kampung bertahlil dan
membentuk majlis zikir yang dibuat secara berjadual sama ada di
rumah atau di masjid.
"Di sini jelas kelihatan keperibadian Tok Janggut yang mempunyai
tujuan yang baik dan ikhlas semata-mata hanya kerana Allah," kata
Abdullah Al-Qari.
Waris dan cucu
Apabila menghuraikan perihal waris atau salasilah, Wan Asrul
mengingatkan adalah penting untuk berhati-hati dalam membuat
pengakuan bahawa beliau adalah waris atau cucu Tok Janggut.
Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya sebarang fitnah.
Tok Janggut, katanya, berkahwin selepas perang di Pasir Puteh dan
mempunyai dua isteri yang kemudiannya bercerai mati.
Isterinya Che Yah mempunyai tiga orang anak manakala isteri yang
seorang lagi, Che Timah, mempunyai dua orang anak.
Beliau pernah berjumpa dengan salah seorang anak Tok Janggut
yang dikenali Haji Ahmad berusia 68 tahun pada 1996 dan
pertemuan itu berlaku di perkuburan lama Hutan Puteh, Machang.

http://www.malaysiakini.com/news/325005

Bagaimanapun, Wan Asrul berkata itulah kali terakhir beliau


berjumpa dengannya dan tidak pasti sama ada anaknya itu masih
hidup atau sebaliknya sekarang.
Selain itu, kata Wan Asrul waris Tok Janggut ada daripada
kumpulan kanan dan kiri kerana kurang sepakat dan tidak tahu
sejarah sebenar Tok Janggut.
"Saban tahun ada himpunan waris Tok Janggut. Saya juga turut
hadir dan cerita hal ini. Tetapi hanya sekadar berkumpul, tidak ada
objektif bagaimana sama-sama menjernihkan balik sejarah Tok
Janggut.
"Kalau kita mengaku waris Tok Janggut, sepatutnya kena tahu
ceritanya, misalnya apabila ditanya hal Tok Janggut dan kita mesti
tahu untuk menjelaskannya, bukan diam sahaja," katanya.
Diceritakan semula moyangnya
Dalam pada itu Wan Asrul memberitahu Bernama, kisah pejuang itu
diceritakan kembali oleh moyangnya, Allahyarhamah Che Yah
Adam yang meninggal dunia pada usia 139 tahun pada tahun 2008.
Adam, bapa kepada moyangnya merupakan adik beradik kepada
Munas, iaitu bapa Tok Janggut. Selain Adam dan Munas, seorang
lagi ialah Minah.
Che Yah pernah berkahwin dengan Pak Do Yasin yang juga dikenali
sebagai Mat Kelubi dan antara pengikut Tok Janggut.
Wan Asrul berkata, moyangnya seorang yang pendiam dan menjadi
rujukan masyarakat setempat dalam hal-hal agama terutamanya
yang berkaitan ilmu falak.
"Dalam keluarga, antara adik beradik saya orang yang paling rapat
dengan moyang saya. Mungkin disebabkan itu, beliau kerap
bercerita kepada saya sejak berusia lapan tahun.

http://www.malaysiakini.com/news/325005

"Meskipun pada mulanya tidak mengetahui siapa sebenar yang


diceritakan itu kerana disebut tok fakir, tok fakir sehinggalah moyang
saya mendedahkan cerita sebenar.
"Ada masa boleh berkunjung ke kampung Batu 8, Nilam Puri dan
berjumpa dengan Tok Su Yah. Insya-Allah sampai sekarang orang
tua tidak lupa pada arwah moyang saya," katanya.
Dalam pada itu, Wan Asrul memiliki beberapa barang peribadi yang
dipercayai milik Tok Janggut di mana kesemuanya pemberian
moyangnya.
Antara barang yang masih disimpan adalah periuk, parang calok,
pisau rejam, tempayan dan tulisan tangan ayat perang.
- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/325005

Anda mungkin juga menyukai