Anda di halaman 1dari 16

Kata-kata Semangat Menghadapi Kegagalan

PERINGATAN!!!
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA
FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI
SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN
HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH
KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.
selamat membaca!!
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi
dengan cara yang lain.
* Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
* Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi
seorang yang gagal.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari
sesuatu.
* Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
* Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka
takut gagal jika mencuba kerja lain.
* Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau
pekerjaan.
* Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
* Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
* Anda tidak gagal. Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
* Kesilapan adalah realiti kehidupan yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
* Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari, bersedialah untuk terbakar.
* Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
* Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
* Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
* Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagagalan itu hanya
bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
* Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang
menang? Fikirkanlah! .* Lulus dan Gagal adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.
Cara baru ialah pengetahuan danKejahilan .
* Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah
satu ujian.
* Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
* Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
* Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu
takut GAGAL!!
* Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
* Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke
mana-mana.
* Kesilapan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
* Apabila anda telah sampai ke penghujung talidan tiada lagi simpulan untuk bergantung..
.lompatlah ke tali yang lain.
* Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.
* Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.
* Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal
terlebih dahulu.
* Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang

yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan, perbuatan atau sebagainya.
* Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.
* Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,..anda hanya tewas apabila anda telah
berputus-asa.
* Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN
HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
* Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.
* Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia
tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.
* Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu
mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.
* Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan. Orang yang menang membayangkan
ganjaran bagi setiap kejayaan.
* Terseradung bukannya terjatuh.
* Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan
kegagalan, mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.
* Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.
* Jika pada awalnya anda tidak berjaya, cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda
lemparkan ke dalam tong sampah.
* Apabila anda kaya, fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.
* Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.
* Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
* Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk
melakukan kesilapan.
* Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.
* Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
* Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.
* Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah
dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencaricari- apa silapnya.
* Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.
* Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.
* Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara tetapi
saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.
* Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.
* Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.
* Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk
mencuba lagi.
* Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah, atau yang berjaya dan gagal,
juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya. Saya membahagikan dunia
kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.
* Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi
diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
* Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba
pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
* Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
* Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya
menerusi kegagalan dan kesilapan.
* Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih
bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
* Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai
keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

Pelajar Berkerusi Roda Raih 7A

KLANG, 23 Dis Seorang pelajar istimewa membuktikan bahawa


ketidakupayaannya untuk berdiri bukanlah penghalang untuk beliau memperoleh
7A 1B dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang keputusannya
diumumkan hari ini lapor Bernama.
Jayson Pua, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Idris Shah,
Kapar di sini berkata walaupun pada mulanya menjangkakan untuk memperoleh
8A tetapi beliau tetap gembira dan sangat berpuas hati kerana mendapat dik itu
memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah,
Geografi, Bahasa Cina dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Perdagangan dan
Keusahawanan) serta memperoleh B dalam Bahasa Inggeris.
Saya berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan sekolah yang banyak
membantu walaupun saya berkerusi roda, katanya ketika ditemui di rumahnya di
Bukit Kapar di sini.
Bapanya, Pua Hock Chai, 59, seorang pesara, berkata Jayson mengalami masalah
kaki lemah sejak berumur lapan tahun dan keadaan itu menyebabkan dia kerap
terjatuh.
Ibunya, Goh Eng Booy, 48, pula terpaksa meninggalkan kerjayanya sebagai guru
pada 1992 bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada Jayson yang terpaksa
menggunakan kerusi roda ketika umurnya 10 tahun.
Pua berkata Jayson terpaksa memakai alat penyokong badan selepas menjalani
pembedahan pada 2 Dis lepas bagi meluruskan tulang belakang yang bengkok.

Pelajar Cemerlang SPM

Sempena cuti persekolahan ini pasti banyak program-program yang dirancang . Apa
pun program yang dirancang diharap ianya memberi faedah dan manfaat kepada
diri anda sekeluarga. Mungkin ada yang merancang untuk pergi melancong, balik
kampung dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa untuk mentalaah buku khususnya
kepada pelajar yang akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini sama ada UPSR,
PMR, SPM, STAM dan STPM.
Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik
NIK NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi
(Perempuan) Kota Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR
TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah
rahsia kejayaan beliau?
Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Difahamkan ramai
wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah
beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga terpanggil untuk berbicara tentang
rahsia kejayaan beliau.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi
(Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak
seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari
keluarga yang agak senang.
Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan.
Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong
kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan
kedua ibu bapanya.

Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau
bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia

Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.


Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius,
malah waktu belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas
tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau, Saya belajar bila
terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa. Itulah rahsia kejayaan beliau.

Cuba anda tengok (gambar di atas), itulah pondok kecil beliau yang menjadi
tempat beliau sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas. Rumahnya pula tak
semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan. Ruang untuk
belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau
mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji
pelajaran setiap hari.
Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan
Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami
ilmu fizik. Moga-moga Allah SWT mempermudahkan segala urusan beliau.
Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan
untuk anda untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari
esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga
menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan.
KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ? Tanyalah diri anda
pasti anda mengetahui jawapannya.

Tujuh Tips Peperiksaan

Peperiksaan adalah medan ujian bagi setiap orang, tak kira kecil atau besar. post kali ini
menekankan lagi tips peperiksaan dan fokus kepada persediaan menghadapi
peperiksaan.Antaranya:

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya
pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir
diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang
akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak
ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan
ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika
menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas
peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan
soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang
masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda
sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya
berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi
peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang
kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan
membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan


Ada 3 perkara yang perlu diamalkan calon bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, rajin,kuat
dan tambahkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah/ipt/rumah/asrama, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan
masa yang ada, tidak kira di mana saja anda berada dengan membaca nota ringkas yang
disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah
dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki
peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu
boleh menyebabkan anda akan jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa sihat dan dapat memberi tumpuan
terhadap pelajaran sama ada ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di
rumah/asrama. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki
peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa
yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan
kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan
peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa
hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu
mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan
yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan
penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini
disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda
berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang
masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal,
bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja
tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda
panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita
dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan

anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah,
anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat
bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh
pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa
terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih
mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat
kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang
tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan
huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga
hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif,
semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam
memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk
tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang
diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab
kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak
digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi
mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab
kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan
berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak
jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan


Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa
bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan
solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan
terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal


Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan,
anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi
sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah
senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Semoga tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu anda menghadapi peperiksaan dengan
tenang. Kata-kata motivasi: "Usaha Tangga Kejayaan"
salam sukses!

Tips Cepat Ingat

Banyak perkara atau subjek atau term yang kita kena ingat setiap hari apatah lagi kehidupan
seorang yang bergelar pelajar. Untuk menjadi pelajar cemerlang, kita hendaklah tahu teknik
atau kemahiran mengingat. beberapa tips kemahiran mengingat seperti dibawah:

1. Tampal nota-nota penting di dinding.


(membantu mengingat melalui proses tidak langsung)

2. Gambar.
(cuba tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah)

3. Gabungan.
( gabungkan huruf pertama dari kata-kata kunci untuk membentuk perkataan baru)

4.Kaitkan dengan cerita.


( reka cerita mengenai perkataan atau konsep yang perlu diingati, lagi unik cerita lagi baik)

5. Pecahkan.
(pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil dan analisis secara logik perkaitannya)

Doa Hari Peperiksaan

Doa ketika masuk dewan peperiksaan

Maksudnya: Dan katakanlah: Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar
lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan
berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.

Doa Menerima Kertas Soalan

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.

Doa ketika sukar menjawab soalan

Maksudnya: Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan
kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan
senang jika Engkau kehendaki.

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan

Maksudnya: Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan
padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"

Pelajar Rabun Di Johor Peroleh 8A Dalam PMR

JOHOR BAHARU: Seorang pelajar perempuan yang mengalami masalah rabun membuktikan
kecacatan penglihatan yang dialaminya tidak menjadi penghalang untuk memperoleh 8A dalam
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini, yang keputusannya diumumkan pada
Khamis.
Ting Kai Li, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim,
Batu Pahat, berkata dia berasa sangat terkejut dengan keputusan itu kerana tidak menyangka
mendapat pencapaian yang cemerlang.
"Saya mempunyai jadual belajar yang ditetapkan dan akan memastikan sentiasa mengikut jadual
tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan PMR oleh Pengarah
Pelajaran Johor Markom Giran di sini pada Khamis.
Ting, yang turut dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah
penglihatan), berkata dia menggunakan masa lapangnya dengan bermain piano ataupun
mendengar muzik klasik.
Anak sulung daripada tiga adik beradik itu berkata dia amat meminati subjek Bahasa Inggeris
dan bercita-cita menjadi seorang doktor.
Farah Raihanah Atan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, pula
dianugerahkan pelajar cemerlang kategori pelajar pendidikan khas (bermasalah fizikal) apabila
memperoleh 4A, 3B dan 1D.
Farah Raihanah, 15, yang menghidap autisme sejak berumur tiga tahun, berkata dia banyak
mengulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolahnya denagn dibantu oleh guru.
"Saya suka mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris, dan saya suka membaca novel ataupun
cerpen berunsur sejarah," kata Farah Raihanah yang bercita-cita menjadi seorang penulis. BERNAMA

Sikap Pelajar Cemerlang

Seringkali kita mendengar pelajar cemerlang mempunyai sikap-sikap positif dan merangsang
mereka berjaya dengan cemerlang. tetapi mungkin segelintir saja yang tahu apakah sikap
pelajar cemerlang? Dan kali ini saya senaraikan beberapa sikap yang mudah ditiru tetapi
dipandang remeh oleh segelintir pelajar untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan.
(1) Sentiasa menunjukkan reaksi yang ceria, positif, bersemangat dan bermotivasi tinggi.
(2) Mulakan harinya dengan doa. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang,
sebelum mengulangkaji dan juga sebelum menghadapi peperiksaan.
(3) Menggunakan kedua-dua otak kanan dan otak kiri mereka. Ini dapat dilakukan dengan
membuat aktiviti untuk meransang otak kanan dan otak kiri.
(4) Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-kita
-kita
-kita
-kita
-kita

ingat
ingat
ingat
ingat
ingat

cuma 10% dari apa yang dibaca


cuma 20% dari apa yang kita dengar
50% dari apa yang didengar dan dilihat
70% dari apa yang dicakapkannya
90% setelah dipraktikkan

(5) sentiasa membawa pensel/ballpen dan buku catatan.

Semoga ciri-ciri di atas ada pada anda semua.


Semoga dapat menjadi pelajar cemerlang!
-salam sukses-

KELEBIHAN PETA MINDA


Dalam Pembelajaran

Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah keseronokan dalam


proses pembelajaran, mengulangkaji dan mengambil peperiksaan.
Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk
mempelajari apa sahaja matapelajaran.

Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan.
Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

Dalam Pandangan Keseluruhan

Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala


fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan
pantas.

Dalam Berfikir
Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan
sebarang kerja secara bersistematik.

Dalam Merancang

Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya


dalam sehelai kertas.

Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.

Anda mungkin juga menyukai