Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum

sejahtera.

warahmatullahi

wabarakatuh,

selamat

pagi,

selamat

Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru


kanan, rakan guru, pemimpin pelajar dan serta seluruh warga SKBPT
yang
dikasihi
sekalian.
Selain tugas rutin, pada minggu lalu saya (mohd uzair ) guru bertugas
bersama tiga lagi rakan sejawat saya iaitu cikgu ( anita, Juanita dan
farhanah ) telah diamanahkan untuk menjadi guru bertugas memantau dan
merekod keadaan persekitaran sekolah. sepanjang minggu lalu. Terlebih
dahulu saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi
syabas dan tahniah kepada majoriti atau sebahagian besar warga sekolah
men arabiah kluang yang telah berusaha menyumbang terhadap
persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.
Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas sepanjang
minggu lalu, proses pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah laku pelajar
juga didapati
sangat baik pada minggu pertama persekolahan Cuma
beberapa aspek tertentu perlu diperbaiki lagi agar budaya positif sekolah
menampakkan pencapaian yang baik di masa-masa akan datang.
KEHADIRANPELAJAR
sepanjang minggu ini kehadiran pelajar kurang memuaskan disebabkan
faktor kesihatan dan ada di kalangan pelajar yang masih lagi tidak pulang
keasrama ,ramai dikalangan pelajar luar kehadiranya lewat dari waktu yang
ditetapkan
DISIPLIN /KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN
Beberapa orang pelajar ditegur kerana tidak memberi tumpuan semasa lagu
negaraku dinyayikan dan pelajar masih lagi membuat bising ketika
pembarisan untuk masuk kekelas,pelajar tingkatan
.
~Sikap dan siasah~
"Budaya salam menyalam" sebelum ini pernah disebut dalam
perhimpunan lalu. Namun terdapat beberapa pelajar yang masih belum
mempraktikkan sepenuhnya amalan ini. Murid yang terserempak dengan
mana-mana guru di sekitar kawasan sekolah hanya pandang dan lihat sahaja
tanpa memberi salam atau hormat kepada guru yang mendidik mereka.
Semoga amalan salam ini kembali dihidupkan bagi membentuk generasi
yang berbudi bahasa. Terima kasih diucapkan kepada mana-mana murid
yang berusaha proaktif membantu guru-guru mereka mengangkat barangbarang ke tempat yang dituju. Semoga amalan ini akan menjadi ikutan
murid-murid lain.

Anda mungkin juga menyukai