Anda di halaman 1dari 3

KONSEP PEMULIHAN DALAM KBSR

Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan KBSR.


Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas
pendidikan dengan memberi fokus kepada 3M dan murid-murid yang tidak dapat
menguasainya akan dibantu melalui Program Pemulihan Khas. Pengajaran dan
pembelajaran pada tahap 1 (tahun 1-3) akan membolehkan guru-guru mengenalpasti
murid-murid
yang
mempunyai
masalah
penguasaan
3M.
Di dalam KBSR, terdapat beberapa jenis program pemulihan yang dijalankan
sama ada di dalam kelas dan di kelas khas. Di antara program yang dijalankan di
dalam kelas adalah seperti KIA2M, PROTIM selain daripada aktiviti pemulihan dalam
kelas. Manakala program Pemulihan Khas pula dijalankan dikelas khas
menggunakan withdrawal system.

1) PEMULIHAN DALAM KELAS


Pemulihan KBSR
- dalam kelas biasa
- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari
KIA2M ( telah digantikan dengan program LINUS)
- oleh BPK
- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan menulis)
- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum dibebaskan
- gagal Ujian Pelepasan 3 masuk ke kelas Pemulihan Khas pada tahun berikutnya

PROTIM
- program pemulihan 3M tahap 2
- membantu murid tahun 4 - 6 menguasai 3M
- tahun 6 - dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR
- gagal praujian - murid PROTIM
- BM dan Matematik

2) PROGRAM PEMULIHAN KHAS


- Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)
- murid yang dikenalpasti melalui ujian saringan
- ke kelas pemulihan pada waktu tertentu sahaja (BM dan Matematik)
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan
- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas khas secara sepenuh masa
- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai kemahiran asas 3M
RASIONAL PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS
i.

Dari sudut Falsafah

Pelaksanaan program pemulihan khas akan memenuhi keperluan setiap murid


yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Oleh itu,
ianya adalah selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua

ii.

Dari sudut Pencegahan

Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin
menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Jadi pelaksanaan program ini
amatlah
diperlukan
bagi
memenuhi
tuntutan
tersebut.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS


Membantu murid-murid mengatasi masalah-masalah dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan
alternatif selaras dengan potensi dan minat murid.
Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran
mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara
satu dengan yang lain.
Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin.
Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan
biasa.