Anda di halaman 1dari 3

TEMA : BUDI BAHASA

Hadirin,
_____________tajuk pidato spontan__________ boleh dikonsepkan sebagai budi pekerti,
tingkahlaku, sikap atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi
dengan orang lain berdasarkan nilai baik yang disepakati bersama. Maka 2 isi akan
saya unjurkan.
Pertama : KEPENTINGAN AMALAN BUDI BAHASA
Budi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Malaysia mempunyai
pelbagai kaum dan adat budaya. Justeru, amalan budi bahasa amat penting untuk
melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Kata orang, budi bahasa itu
cerminan bangsa. Sekiranya masyarakat mengamalkan budi bahasa dalam
kehidupan seharian, pasti semangat bangsa bangsa Malaysia dapat kita
semarakkan. Seterusnya melahirkan suasana yang harmoni dan sejahtera. Selain
itu juga, budi bahasa dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Bak kata pepatah,
orang berbudi kita berbahasa. Tidak kiralah sama ada saya berbangsa Melayu, anda
berbangsa India dan anda berbangsa Cina. Kita tetap anak Malaysia yang sentiasa
mengamalkan budi bahasa demi kesejahteraan bersama.
Hadirin, yang kedua : CARA-CARA MEMUPUK AMALAN BUDI BAHASA
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Justeru, perlu untuk
kita fahami. Pendidikan awal itu bermula dari rumah. Ibu bapa, perlu menjadi role
model kepada anak-anak supaya anak-anak faham nilai budi bahasa semenjak kecil
lagi. Sebagai contoh, ibu bapa perlu mengamalkan sikap berbudi bahasa dalam
kehidupan berkeluarga dan kejiranan. Hal ini dapat memberi kefahaman kepada
anak-anak tentang pentingnya amalan budi bahasa dalam kehidupan. Peranan
kerajaan juga tidak dilupa. Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Januari
2005, secara khususnya mempunyai misi yang jelas, melahirkan modal insan kelas
pertama yang memiliki budi pekerti mulia berlandaskan nilai-nilai baik amalan budi
bahasa.
Hadirin, kesimpulannya amalan budi bahasa amat penting untuk melahirkan
masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Justeru, semua pihak perlu berganding
bahu untuk memupuk amalan budi bahasa. Sesungguhnya _______________tajuk
pidato_______________________

TEMA : SUKAN ALAT PERPADUAN


_____________tajuk pidato spontan__________ boleh dikonsepkan sebagai aktiviti
fizikal yang boleh dilakukan oleh semua individu. Pada hari ini, sukan bukan sahaja
dapat menjamin kualiti hidup yang sihat malah menjadi agen perpaduan antara
kaum. Justeru, 2 isi akan saya huraikan.
Hadirin, yang pertama : SUKAN MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN
Umum mengetahui Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan adat budaya.
Untuk menyatu padukan rakyat Malaysia bukan satu perkara yang mudah. Namun,
pada hari ini sukan telahpun menjadi medium semangat perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia. Melalui sukan, rakyat Malaysia diajar erti kebersamaan.
Ini dapat kita buktikan melalui semangat perpaduan yang ditunjukkan dalam
menyokong atlet negara Dato Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir
badminton sukan Olimpik 2008. Tatkala itu, kita dapat melihat seluruh rakyat
Malaysia tidak kira warna kulit dan rupa, duduk semeja di kedai mamak, di restoren
malah di seluruh pelusuk negara bersatu padu memberikan sokongan kepada atlet
negara. Ini menunjukkan bahwa sukan turut memainkan peranan dalam memupuk
semangat perpaduan.
Hadirin, yang kedua : SUKAN MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN
Sukan pada hari ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang sihat
sejahtera, malah sukan juga dapat memupuk semangat kekitaan. Ibarat secekak lidi
yang kukuh. Melalui sukan, rakyat diajar erti semangat kekitaan untuk meraih
kejayaan. Tanpa semangat ini, amat mustahil untuk Malaysia melakar kejayaan di
pentas antarabangsa. Buktinya, pada Tahun 2015 pasukan bola sepak Johor Darul
Takzim telah berjaya membawa pulang piala AFC ke Malaysia. Hasil usaha
berpasukan, tanpa mengira ras dan budaya, mampu memupuk semangat kekitaan
seterusnya sama berusaha untuk mencapai kejayaan.
Hadirin, 2 isi telah saya huraikan. Jelas, sukan pada hari ini bukan sahaja menjadi
medium kesihatan malah sukan kini berperanan sebagai alat perpaduan. Justeru,
semua pihak perlu berganding bahu untuk memajukan bidang sukan agar
masyarakat bersatu padu dapat kita lahirkan.

TEMA : RUKUN NEGARA

Anda mungkin juga menyukai