Anda di halaman 1dari 4

1. Apakah faktor yang mempengaruhi adanya kehendak?

A Berusaha untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih selesa dan gembira
B Sikap manusia yang tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki
C Keperluan manusia berubah mengikut tingkat pendapatan dan cita rasa pengguna
D Keperluan yang manusia perlu untuk terus hidup
2. Hierarki Keperluan Maslow terbahagi kepada tiga tatatingkat. Antara yang berikut manakah
susunan yang betul.
A Rohani, Fisiologi dan Sosial
B Fisiologi, Sosial dan Rohani
C Rohani, Sosial dan Fisiologi
D Sosial, Rohani dan Fisiologi
3. Antara berikut yang manakah benar tentang keperluan sempurna kendiri?
A Bebas daripada segala ancaman bahaya
B Kasih sayang sesama manusia, persahabatan dan kemesraan
C Mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru dan lebih menarik
D Tanpa keperluan ini manusia tidak dapat terus hidup
4. Sebagai seorang pelajar yang manakah dianggap sebagai kehendak?
A Komputer
B Kesihatan
C Pendidikan
D Makanan berkhasiat
5. Berikut adalah maklumat mengenai pengeluaran langsung kecuali
A Berlaku dalam masyarakat sara diri dan primitif
B Kecekapan dalam pengeluaran tidak akan berlaku
C Membawa kepada aktiviti perdagangan
D Barang dikeluarkan sendiri tanpa bantuan pihak luar
6. Antara berikut yang manakah aktiviti pengeluaran?
I
perdagangan
II khidmat langsung
III perkilangan
IV perusahaan
A II, III dan IV
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II dan IV
Memerlukan keupayaan fizikal yang lebih
banyak berbanding keupayaan mental
7. Manakah jenis buruh di atas?
A Buruh mahir

B Buruh paksa
C Buruh separuh mahir
D Buruh kurang mahir
Segala sumber dan bahan yang dapat
diperoleh daripada alam semula jadi
8. Pernyataan di atas merujuk kepada
A Modal
B Usahawan
C Tanah
D Buruh
9. Pengeluaran merujuk kepada..
A Proses pengeluaran barang dengan menggunakan mesin
B Proses menghasilkan keperluan asas
C Aktiviti yang menghasilkan barang dan perkhidmatan
D Aktiviti yang melibatkan urusan kewangan
10. Antara berikut yang manakah bukan tanggungjawab seorang usahawan
A Menghasilkan idea serta sanggup menanggung risiko
B Menjayakan aktiviti pengeluaran
C Penggerak utama dalam proses pengeluaran
D Terlibat dalam proses pengeluaran
11. Mengapakah perkhidmatan yang diberikan oleh seorang peguam boleh dianggap sebagai
pengeluar?
A Melibatkan proses penciptaan nilai faedah
B Melibatkan urusan perniagaan
C Dapat memenuhi kehendak manusia
D Meningkatkan taraf hidup manusia
12. Pengkhususan dalam pengeluaran mempunyai beberapa kesan buruk. Antaranya ialah..
A Membazirkan faktor pengeluaran buruh
B Meningkatkan kos pengeluaran barang
C Kos hidup masyarakat meningkat
D Menghasilkan barang-barang dengan nilai faedah
13. Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah. Apakah yang dimaksudkan dengan
nilai faedah?
A Barang atau perkhidmatan yang berupaya memberi kepuasan kepada manusia
B Salah satu jenis kos pengeluaran
C Sesuatu keuntungan pengeluaran akibat pengkhususan
D Barang yang berupaya menghasilkan harga yang tinggi

14. Kesemua berikut merupakan contoh pekerjaan dalam bidang perdagangan kecuali..
A Broker
B Agensi
C Pengimport
D Perlombongan

Kedua-dua pihak bergaduh tentang jumlah


ikan yang patut ditukarkan untuk seekor ayam
15. Maklumat di atas berkaitan dengan sistem barter. Masalah yang wujud berkaitan dengan
A Masalah penyimpanan nilai
B Masalah pembahagian barang
C Masalah kadar pertukaran
D Masalah kemahuan serentak

Kehilangan keaslian seni


Hasil keluaran seragam
Saling bergantung antara satu sama lain
16. Pernyataan di atas merupakan masalah yang timbul akibat kelemahan sejenis pengkhususan.
Maklumat tersebut berkaitan dengan pengkhususan.
A Mengikut antarabangsa
B Mengikut proses
C Antara individu
D Antara kawasan

17. Pengkhususan antarabangsa wujud akibat daripada perbezaan..


I
II
III
IV
A
B
C
D

Geografi
Teknologi
Pekerjaan
Masa bekerja
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

18. Pilih jenis pekerjaan yang terlibat dalam bidang industri ekstraktif
I
II

Mekanik
Nelayan

III
IV
A
B
C
D

Operator telekom
Pekerja estet
III dan IV
I dan III
II dan IV
I dan II

19. Antara berikut manakah pernyataan yang benar tentang pertambahan nilai faedah
I
kayu balak dari hutan dibawa ke kilang
II permintaan terhadap serbuk pencuci cap X bertambah kerana promosi
III syarikat MAYA Bhd. meningkatkan pengeluaran barang Y
IV bulu kambing biri-biri di proses menjadi selimut
A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV
20. Norlida bekerja di sebuah kilang elektronik. Apakah jenis pengkhususan yang mungkin
dijalankan dalam kilang tersebut..
I
pengkhususan antara kawasan
II pengkhususan mengikut proses
III pengkhususan mengikut jenis pekerjaan
IV pengkhususan masa bekerja
A II dan III
C II dan IV
B III dan IV
D I dan II
Soalan struktur
1. Keperluan bermaksud _______________ dan ______________ yang membolehkan manusia
untuk terus hidup pada tahap keselesaan yang minimum.
2. Pengeluaran ialah sebarang aktiviti yang menghasilkan ______________ dan
______________ yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad.
3. Modal terdiri daripada ________________,_______________, dan _____________ yang
digunakan untuk membantu pengeluaran.
4. ______________ ialah menumpukan aktiviti _____________ kepada bidang pengeluaran
tertentu berdasarkan minat, kebolehan, dan kemahiran seseorang individu.
5. ________________ bermaksud pertukaran sejenis barang untuk barang lain tanpa melibatkan
wang.

Anda mungkin juga menyukai