Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BESTARI JAYA

45600 BESTARI JAYA


SELANGOR

KERTAS CADANGAN

PROGRAM MINGGU TRANSISI TAHUN SATU


DAN
GURU PENYAYANG
(2017)

TEMPOH PELAKSANAAN
03 JANUARI 20 JANUARI 2017

Kertas Cadangan
Program Orientasi & Transisi Tahun Satu
Sekolah Kebangsaan Bestari Jaya 2017

Pendahuluan
Program Transisi Tahun Satu adalah satu program yang diadakan pada
minggu awal persekolahan dengan tujuan untuk memudahkan muridmurid baru di sekolah ini mengadaptasi dengan suasana baru iaitu alam
persekolahan. Sebelum ini, murid murid hanya menerima pendidikan
secara tidak formal di rumah mahupun di prasekolah, tetapi sekarang
mereka perlu menjalani pendidikan formal. Program ini adalah wadah
utama pihak sekolah untuk membantu murid-murid ini untuk
menyesuaikan diri, dan seterusnya bersedia untuk menghadapi fasa
seterusnya dalam proses pembelajaran.
Tujuan
1. Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran (guru-guru dan
kawan baru) dalam masa yang singkat.
2. Guru guru dapat menyelaras keperluan kognitifl, emosi, kerohanian
dan jasmani secara menyeluruh sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran secara formal.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk hadir ke sekolah
dengan keyakinan diri yang tinggi.
Objektif
1. Murid dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru persekolahan
2. Murid mendapat pendedahan awal pendekatan pembelajaran
bertema
3. Murid murid yang masih belum menguasai kemahiran literasi dan
numerasi dikenalpasti
Rasional
1. Murid-murid dari pelbagai latar belakang yang berbeza dapat
berinteraksi dengan baik.
2. Mengesan potensi diri..
3. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran

yang menyeronokkan.
Sasaran
Program ini mensasarkan semua murid Tahun Satu / 2017 dan juga guruguru yang terlibat secara langsung dengan murid Tahun Satu.
Tempat
Sekitar kawasan sekolah.
Tarikh
Program ini berjalan selama 3 minggu, bermula 03 Januari hingga 20
Januari 2017.
Struktur Organisasi Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi
En Nadzri bin Ismail (Guru Besar)
Naib Pengerusi
Pn. Rosita bt Md Jali (GPK Kurikulum)
En. Helmi b. Johari (GPK Hal Ehwal Murid)
En. Samsudin b. Said (GPK Ko-kurikulum)
En. Dasuki b. Pomin (GPK Pendidikan Khas)
Setiausaha
Pn. Nurul Afni bt Zulkifly (Penyelaras Transisi)
Pen. Setiausaha
Pn. Zazanilah bt Ismail (Penyelaras Tahun Satu)
Ahli Jawatankuasa
Semua guru Tahun Satu
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Guru Pemulihan Khas
Guru Agama/ Moral/ P. Jasmani/ P. Seni

Cara Perlaksanaan Dan Tentatif Program


Rujuk Lampiran -Modul Program Transisi
Anggaran Perbelanjaan
Tiada perbelanjaan diperlukan kerana semua peralatan dan bahan edaran
menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak pentadbiran
sekolah.
Penutup
Diharapkan usaha ini dapat memudahkan proses penyesuaian murid baru
Tahun Satu dalam suasana pembelajaran di SK Bestari Jaya. Diharapkan
murid-murid ini dapat mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, dan
berasa seronok ketika sesi persekolahan. Selain itu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bertema juga diharapkan dapat diterima
baik oleh murid murid Tahun Satu dan dilaksanakan oleh guru-guru Tahun
Satu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Juga
diharapkan dengan pengesanan awal murid yang masih tidak menguasai
kemahiran numerasi dan literasi juga dapat memudahkan pihak sekolah
merencanakan program LINUS dan seterusnya mencapai LINUS sifar.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

______________________________
__________________________
(PN. NURUL AFNI BT ZULKIFLY)

(EN.

NADZRI

ISMAIL)
Penyelaras,
Program Transisi Murid Tahun Satu 2017
SK Bestari Jaya

Guru Besar,
SK Bestari Jaya

B.

Anda mungkin juga menyukai