Anda di halaman 1dari 3

PEMAKANAN BERASASKAN DIET SEIMBANG

Corak pemakanan juga dapat membantu kita menghindarkan diri daripada stres. Di
samping untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memastikan agar tahap mental dan
badan kita sentiasa sihat, amalkan diet atau pemakanan yang seimbang dan berkesan.
Sumber makanan boleh di dapati daripada enam kumpulan iaitu vitamin, tenaga,
karbohidrat, protein, lemak dan zat besi. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai
piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging,
barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.
KENAPA KITA PERLU MENGAMBIL DIET SEIMBANG

Makanan yang mengandungi diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang
diperlukan badan bagi membantu mengatasi stres.
Tiada satu kumpulan makanan yang boleh memberi semua zat yang diperlukan.
Untuk memastikan badan kita mendapat semua zat, kita perlu mempelbagaikan
pemilihan makanan dalam setiap kumpulan makanan seperti piramid makanan.

Scan PIRAMID MAKANAN


Lemak, Minyak dan Gula
Mengandungi kolestrol yang hanya perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Scan Gambar Makanan memberi tenaga (karbohidrat dan lemak)
Susu, Hasil tenusu, Telur, Ikan, Daging dan Kekacang.
Mengandungi protein dan ia perlu di ambil dalam kuanatiti yang sederhana
Scan gambar Makanan membina badan (protein)
Buah-buahan dan Sayur-sayuran
Buah-buahan dan sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh dan perlu di
ambil dalam kuantiti yang banyak
Scan gambar Makanan mencegah penyakit (vitamin dan mineral)
Bijiran, Nasi, Roti, Mee dan Ubi
Nilai karbohidrat amat penting kepada tubuh. Oleh itu, pengambilan jenis makanan ini
perlu di ambil dalam kuantiti yang banyak.

LANGKAH PENJAGAAN DIET


1. Bagi mengelakkan berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan tenaga dan lemak
2.
3.
4.
5.

yang banyak.
Tingkatkan penggunaan karbohidrat kompleks dan gula semulajadi dari 28% kepada
48%.
Kurangkan pengambilan gula yang diproses daripada 45% kepada 10% daripada
keseluruhan jumlah tenaga.
Jumlah lemak tidak melebihi jumlah tenaga. Lemak polyunsaturated tidak lebih
10% dan lemak monounsaturated pada kadar 10% - 15%.
Kurangkan pengambilan kolesterol tidak lebih dari 30mg. sehari.

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN


STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.
a. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan

Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita
mengambil 3 hidangan dalam sehari.

a. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.

6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran,
kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

a. Kurangkan kafein

Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan
pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

a. Kurangkan pengambilan garam.

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu
mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang
mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

a. Kurangkan gula

Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh
menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

a. Berhenti merokok

Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi


mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti
senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

a. Berhenti dari pengambilan alkohol

Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar


dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

a. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.

Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat


meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt

Yogurt mengandungi Lactobacillus acidhophitis yang tidak merbahaya dan dapat


menghalang pembesaran bakteria pathogens di samping menggalakkan sistem
keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

a. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur

Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3
kali seminggu selama 20 minit.

Anda mungkin juga menyukai