Anda di halaman 1dari 10

Anatomi dan fisiologi Ginjal ( Buah Pinggang)

Sistem urinary manusia terdiri daripada dua biji ginjal, dua


saluran urin yang dipanggil ureter,satu pundi kencing dan satu saluran
urethra. Ginjal berbentuk seperti biji kacang panjang dan berwarna
merah tua. Saiznya kira-kira 10 cm panjang dan 6.4 cm lebar,tetapi ia
juga dipengaruhi oleh saiz badan dan umur seseorang individu itu
sendiri. Setiap ginjal terletak dibelakang dinding abdomen
(retroperitoneal) di bahagian kiri dan kanan. Ginjal di sebelah kanan
terletak ke bawah sedikit dari sebelah kiri kerana hati menggunakan
bahagian yang luas di sebelah kanan abdomen.

Setiap ginjal mempunyai satu juta unit yang dipanggil nephron


dan berfungsi untuk menghasilkan urin. Urin ini akan disalurkan di
ureter dan disimpan di dalam pundi kencing. Kemudian urin ini akan
disalurkan ke urethra untuk dikeluarkan dari badan.
Ginjal merupakan vital organ yang memainkan peranan penting
dalam mengimbangkan kepekatan dan bahan yang terkandung
didalam darah. Fungsi ginjal adalah seperti;
Menyingkirkan air yang berlebihan di dalam badan.
Menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh
badan seperti urea dan kreatinin.
Mengawal keseimbangan elektrolit di dalam badan seperti
sodium, potassium, kalsium dan fosfat.
Mengawal keseimbangan pH (keasidan dan kealkalian) di dalam
badan dengan meyerap bicarbonate apabila darah berada
didalam keadaan yang berasid.
Menghasilkan hormon Erythropoietin untuk merangsang sumsum tulang menghasilkan sel darah merah.
Menghasilkan hormon Renin untuk mengawal tekanan darah.
Menghasilkan aktif Vitamin D untuk meyerap kalsium dari
makanan melalui usus kecil untuk mengekalkan pembentukan
tulang yang sihat dan kuat..

Penyakit Buah Pinggang (Ginjal) yang kronik


Penyakit ginjal yang kronik adalah penyakit yang dihidapi
kepada pada semua orang tidak mengira peringkat umur, jantina dan
bangsa. Penyakit ini berlaku secara berperingkat ke arah yang teruk
dengan perlahan-lahan tanpa disedari. Ia merupakan penyakit yang
tidak boleh disembuhkan tetapi dapat dikawal dengan mengenalpasti
apakah punca yang meyumbang kepada penyakit buah pinggang yang
kronik seperti Diabetis dan Hypertensi.
Pesakit yang menghidapi penyakit ginjal yang kronik dapat
dikenalpasti berdasarkan tahaap fungsi buah pinggang iaitu
Glomerular Filtration Rate ( GFR ). Fungsi ginjal normal manusia
ialah 120 ml/min/1.73m2. Penyakit ini berlaku apabila proses
kerosakan pada stuktur GFR kurang daripada 60 ml/min/1.73m2
dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan.
Jadual 1: Peringkat Penyakit Ginjal Yang Kronik
Peringkat
1

GFR
ml/min/m2
90

Ringkasan

Tanda-tanda

GFR masih
berada di paras
normal
Fungsi ginjal
merosot sedikit

Pesakit masih dalam


keadaan yang sihat

60-89

30-59

Kemerosotan
GFR yang
sederhana

15-29

GFR yang teruk

Berlaku perubahan pada


kalsium dan fosfat tetapi
pesakitbelum merasa
sebarang gejala
Pesakit mengalami
anamia, hypokalsemia,
hyperfosfatemia dan
hypertensi
Pesakit mengalami gejala

<15

uremia seperti anaemia,


hyperfosfatemia,
hypokalsemia,
hyperlipidemia,
hypertensi, dan air yang
berlebihan.
End Stage Renal Memerlukan rawatan
Disease
seperti Transplant dan
dialysis

Penyebab utama penyakil ginjal yang kronik


1.
2.
3.
4.
5.

Diabetis yang tidak terkawal


Hypertensi yang tidak terkawal
Keradangan buah pinggang ( Glomerulonephritis)
Polycystic kidney
Penyekatan pada saluran air kencing seperti prostate hyperplasia
dan batu karang
6. Jangkitan kuman pada saluran air kencing
7. Penggunaan ubat tahan sakit dalam jangka masa yang panjang
seperti ponstan,dan Ibuprofen
8. Sistemik Lupus Erthematosus (SLE)

Tanda tanda dan gejala


Ramai orang tidak sedar bahawa buah pinggang mereka rosak
sehingga mereka membuat pemeriksaan perubatan. Ada di antara
individu yang pernah mengalami tanada-tanda dan gejala seperti:
Ketidakselesaan atau rasa terbakar pada permukaan urethra
ketika membuang air kecil (burning sensation).
Darah keluar bersama-sama urin ( Haematuria).
Perubahan kekerapan membuang air kecil terutamanya pada
waktu malam.
Jumlah urin yang sedikit ( Oliguria).
Perubahan corak pada urin yang berbuih.
Sakit belakang di bahagian loin
Sembap di bahagian bawah mata yang berlarutan
terutamanya pada sebelah pagi.
Cepat berasa letih ketika melakukan aktiviti fizikal seperti
berjalan kaki dan menaiki tangga.
Loya dan muntah.
Kurang selera makan.

Kurang berat badan


Bengkak di bahagian pergelangan kaki.
Tekanan darah tinggi
Sesak nafas
Anaemia
Kekejangan otot
Sakit tulang
Gatal-gatal kulit

Ujian untuk mengesan penyakit ginjal yang


kronik
Cara untuk mengesan penyakit ginjal yang kronik adalah
berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain berdasarkan
punca dan sebab kepada penyakit ginjal yang kronik. Ujian yang
dilakukan di HKL termasuklah:

1. Ujian darah.

Tujuan:
Untuk mengesan tahap kerosakan ginjal.
Untuk mengesan berapakah fungsi ginjal GFR
ml/min/1.73 m2.
Mengesan penyebab kegagalan ginjal seperti Diabetis dan
SLE.
Mengesan komplikasi penyakit ginjal seperti anaemia dan
penyakit tulang.
Jenis ujian darah yang dilakukan adalah FULL Blood
Count, Renal Profile, Liver Function Test,Fasting Lipid
Status, Random Blood Sugar, HbA1C dan viral status.

2. Ujian urin dipstick.

Tujuan: Untuk mengesan kehadiran protein, darah dan


leaukocyte didalam urin.
Tindakan Jururawat.
Terangkan kepada pesakit apakah ujian dan tujuan
melakukan ujian urin.
Label botol specimen urin mengikut nama pada kad
pengenalan pesakit.
Nasihatkan pesakit supaya memcuci bahagian kemaluan
dengan air dan keringkan menggunakan tisu bersih
sebelum mengambil sampel urin.
Nasihatkan pesakit supaya mengambil sampel medium
urin, dengan mengeluarkan aliran urin yang pertama dan
pada aliran kedua ambil sampel urin. Lakukan eliminasi
urin sampai habis.
Beritahu doktor keputusan ujian urin tersebut.

3. Ujian urin 24 jam.

Tujuan: Untuk mengesan berapakah jumlah protein yang


dikeluarkan oleh ginjal dalam tempoh 1 hari (g/day untuk
melaraskan dos ubat steroid.
Tindakan Jururawat.
Terangkan kepada pesakit apakah ujian dan tujuan
melakukan ujian urin tersebut.
Ajar pesakit supaya mencatat tarikh dan masa pada botol
specimen urin pada hari pertama pengumpulan sampel
urin.
Ajar pesakit supaya membersihkan bahagian perineum
sebelum mengambil sampel urin.
Nasihatkan pesakit supaya mengumpulkan sampel urin
dalam tempoh satu hari.
Nasihatkan pesakit supaya mengambil sampel urin terlebih
dahulu sekiranya hendak membuang feces untuk
mengelakkan kehilangan urin dan kontaminasi feces pada
sampel urin.
Nasihatkan pesakit supaya memberhentikan pengumpulan
urin tepat tempoh 24 jam pada keesokan harinya.
Beritahu pesakit untuk menghantar specimen urin ke
makmal selepas pengumpulan urin 24 jam selesai.

4. Ultrasound ginjal

Ultrasound akan dilakukan kepada semua pesakit ginjal yang


kronik yang menghidapi masalah seperti berikut;
Pesakit ginjal kronik yang berterusan.
Pesakit yang mengalami haematuria.
Pesakit yang menghidapi kesekatan pada saluran kencing.
Sejarah keluarga yang menghidapi polycystic kidney.
penyakit ginjal yang kronik.yang sudah berada pada tahap
4 dan 5
pesakit yang akan menjalani prosedur renal biopsy.
Tujuan:
Untuk mengesan peringkat penyakit ginjal yang kronik
Untuk mengetahui size ginjal sama ada sizenya mengecut
ataupun membesar.
Untuk mengesan ada pembentukan nanah ataupun
pembengkakkan pada ginjal.
Untuk menilai aliran darah ke ginjal.
Untuk mengesan thrombosis di ginjal.

Anda mungkin juga menyukai