Anda di halaman 1dari 1

Kekangan masa merupakan halangan kepada perubahan yang terdapat dalam

konteks organisasi sekolah cikgu Then moli.Saya bersetuju dengan pendapat


cikgu.Kini profesion perguruan mengalami perubahan yang pesat dalam sistem
pendidikan. Pelbagai dasar dan sistem pendidikan digubal atau diubahsuai sejajar
dengan ledakan pengetahuan dan perkembangan dalam bidang sains dan
teknologi. Ini menyebabkan bidang tugas seorang guru semakin bertambah dan
membebankan. Ini kerana guru merupakan amanah yang diberi tanggungjawab
untuk menyampaikan ilmu kepada anak didiknya. Sama ada rela atau tidak, mereka
dituntut untuk menyesuaikan diri dengan sebarang bentuk perubahan serta
pembaharuan dalam bidang pendidikan yang berlaku dari semasa ke semasa.
Situasi ini secara umumnya mengakibatkan guru-guru terpaksa berhadapan dengan
pelbagai tanggungjawab yang lebih mencabar dan semakin kompleks.Pendapat ini
disokong oleh Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1998) yang mengatakan selain
daripada mengajar dan berdepan dengan pelbagai karenah pelajarnya, seseorang
guru juga dituntut untuk melaksanakan pelbagai tugasan lain yang menjadi rutin
pekerjaan mereka seperti mengutip yuran, mengemaskini kedatangan pelajar,
menyediakan soalan ujian dan peperiksaan dan lain-lain lagi.Adakalanya, tugas
guru bukan sekadar pengurus di sekolah sahaja, malah mereka juga menjalankan
tugas di peringkat daerah dan negeri. Jelaslah kepada kita bahawa guru mempunyai
tugas harian, mingguan dan tahunan yang penuh mencabar dan profesion
perguruan ini sebenarnya sukar, meletihkan dan membosankan (Faridah Karim dan
Zubaidah Aman, 1998).

Anda mungkin juga menyukai