Anda di halaman 1dari 9

KECEKALAN MENGIKUT KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT BERMAKSUD

KETABAHAN @ KETETAPAN HATI

asas menjadi cemerlang adalah ilmu dan sebab itu mahasiswa perlu mencari
sebanyak mungkin ilmu bukan sahaja berkaitan duniawi tetapi akhirat.
"Belajar betul-betul, kerana sekarang ini ramai orang yang berpelajaran tetapi tiada
ilmu. Jadi dalam masa kita belajar, kita cari juga ilmu untuk kehidupan
kejayaan bukan milik seorang tetapi milik semua dan atas hakikat itu setiap pelajar
hendaklah bersama-sama membina keyakinan mencapai kecemerlangan.
"Kita mesti ada keyakinan diri dan hendaklah berada pada tahap yang tinggi kerana ini
akan membantu untuk berjaya. Jangan berasa rendah diri atau terlalu mudah mengaku
kalah.
"Biarlah kita dari kampung sekali pun, kejayaan tetap bersama kita

"Menuntut ilmu adalah wajib bagi umat Islam dan perlu melakukannya dengan
niat ikhlas kerana Allah. Selain itu ilmu yang dituntut itu haruslah memberi
manfaat kepada umat Islam yang lain kerana agama Islam cenderung kepada
bantu-membantu."
kepayahan dan kesulitan yang dihadapi dalam mencari ilmu menuntut
mahasiswa untuk mempunyai kesabaran yang tinggi.

mahasiswa perlu mencontohi sifat sabar yang dimiliki oleh para ulama terdahulu
dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam mencari ilmu.
"Pada zaman dahulu banyak ulama yang cekal dan bersungguh-sungguh dalam
menuntut ilmu, misalnya Imam Ahmad bin Hanbal yang berjalan kaki dari
Baghdad, Iraq ke Sana'a, Yaman untuk belajar ilmu agama."

KITA sering kali mendengar istilahSMART yang


digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan. Pada
umumnya sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada
manusia maka ianya membawa pengertian bahawa
seseorang individu itu perlu menggunakan daya
intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan
aspek fizikal dan spiritual supaya segala pilihan dan tugasan
yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta
memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.

Perkataan SMART sebagai satu perkataan akronim serta


membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat
menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan harian
kita.

Maksudnya SMART membawa


pengertian Sentiasa Mahu AmbilRisiko
dan Tanggungjawab. Huraiannya adalah seperti berikut:-

S (Sentiasa) Sentiasa membawa pengertian sesuatu


yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau
berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan
semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan
setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan.
Pepatah melayu ada mengatakan Sedikit-sedikit lamalama jadi bukit.

Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan


tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu
dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.

M (Mahu) Kemahuan adalah punca segala kejayaan.


Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada
kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang
mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka
panjang atau matlamat jangka pendek akan sentiasa
bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke
arah kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu
berbunyi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

A (Ambil) Segala keinginan tidak akan tercapai


sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain

perkataan, sekiranya seseorang itu tidak mengambil


inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan
maka ianya hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi
sahaja. Oleh itu tindakan harus diambil untuk
merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam
jiwa kita. Bulat tidak akan datang menggolek dan pipih
tidak akan datang melayang tanpa usaha yang gigih.

R (Risiko) Risiko membawa maksud cabaran.


Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang
inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran.
Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan
yang lebih dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung
Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Cabaran
juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti
usianya.

T (Tanggungjawab) Tanggungjawab adalah sifat yang


amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang
bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan
sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada
dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang
yang bertanggungjawab juga akan cuba mengelak
membuat sebarang tindakan yang boleh mendatang
kerugian serta keburukan.

Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang


yang SMARTadalah mereka yang sentiasa mahu ambil
risiko dan tanggungjawab.
Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai
keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa
jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah
tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.

Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi


cabaran. Cabaran adalah merupakan mainan dan asam
garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling
utama dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga
adalah separuh daripada iman.
Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah
bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah
percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri.
Sekiranya anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala
tindakan yang anda lakukan, maka insyaAllah tindakan yang
akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.

Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur
dan ikhlas, tanpa dipaksa dan dengan penuh rasa
tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani
mengambil risiko dan tanggungjawab adalah merupakan
sifat yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru
sentiasa menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam
melaksanakan tugas mereka.

Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai


perancangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah
ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang.
Mereka lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan
tenaga.
Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan
sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri
mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses
anjakan paradigma.

Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang


yang SMART?

Apakah sifat-sifat pelajar cemerlang


Pelajar Cemerlang
Setiap murid inginkan kejayaan. Lebih-lebih lagi kita sebagai pelajar
memfokuskan kejayaan dalam pelajaran sebagai matlamat utama.
Namun kejayaan tidak datang bergolek dan tidak pula datang dengan
sekelip mata. Ianya memerlukan komitmen dan usaha gigih dalam
mencapai sesuatu kejayaan. Bertitik tolak daripada inilah kita
sememangnya memerlukan perancangan yang teliti dan modal yang
kukuh dalam menentukan kejayaan kepada pelajar khususnya yang
bakal menghadapi peperiksaan semester dan sebagainya. Oleh itu,
kita seharusnya tahu sedikit sebanyak tentang tips-tips dan rahsiarahsia untuk mencapai kejayaan.
Sifat-sifat pelajar yang berjaya.
1.

Bertaqwa

Berdoa dan memperuntukkan masa untuk mengigati Allah. Semua


kewajiban terhadap agama hendaklah dipenihi bagi menjamin kita
mendapat keredhaan Allah. Berdoalah memohon kesenangan dan
kalancaran dalam mencapai kejayaan serta berdoa juga agar
dikurniakan kecerdasan otak yang lebih. Otak yang dikurniakan Tuhan
kepada makluk-makluknya adalah sama. Sebarang kelebihan adalah
datangnya dari Allah.
2.

Bersemangat

Setiap murid yang ingin berjaya, mempunyai keinginan dalam


mencapai kecemerlangan. Dengan kata lain pelajar itu mempunyai
semangat untuk nerjaya. Semangat boleh dipupuk dengan adanya
cita-cita. Cita-cita boleh meransang diri murid itu untuk lebih berusaha
dan berkeyakinan dalam menempuh rintangan untuk berjaya. Oleh itu
tetapkanlah matlamat atau cita-ciata anda dengan jelas dan
berusahalah untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh.
3.

Berdisiplin

Disiplin adalah faktor yang sangat penting untuk berjaya. Setiap murid
hendaklah mengikut peraturan serta menghormati ibu bapa,, guru,
orang yang lebih tua dan rakan-rakan. Sedarkah anda bahawa
individu-individu ini adalah orang yang mendorong anda untuk
berjaya. Jangan sesekali menderhaka kepada mereka, kerana restu
dan doa mereka, anda sebagai seorang murid akan mencapai kejayaan
yang anda. Jadilah orang yang berdisiplin.
4.

Cekal

Usaha dengan berterusan melalui pemikiran dan minda yang positif,


kerana kelemahan dan kekurangan bukan batasan dan bukan untuk
dijadikan alasan. Maksudnya sesuatu kejayaan itu hanya akan dapat
dicapai sekiranya anda tidak berputus asa apabila dilanda kegagalan
atau meneyedari kelemahan pada diri anda. Berfikirlah secara matang
dan terbuka berdasarkan fikiran yang waras untuk mengatasi
kekurangan atau kelemahan diri.
5.

Maju kehadapan

Sentiasa berusaha untuk berada di hadapan orang lain atau menjadi


yang terbaik di kalangan yang terbaik dengan cara yang sihat, tanpa
menjatuhkan satndard orang lain. Dalam aspek ini sifat cemburu pada
kejayaan orang lain boleh menjadi peransang kepada seorang murid
untuk membaiki diri, seterusnya bersaing secara sihat dikalangan
masing-masing demi untuk mengatasi yang lain. Awas! Kadangkadang sifat cemburu boleh membawa kepada hasad dengki, lalu
menimbulkan niat untuk menjatuhkan seseorang dengan cara yang
salah. Elakkan berperasaan begini. Anda hendaklah sentiasa bersifat
terbuka dalam mewujudkan suasana persaingan yang positif.
6.

Tidak mudah berpuas hati

Sikap ini perlu diamalkan dalam diri setiap murid. Jangan memandang
kepada apa yang telah kita capai tetapi sebaliknya fikirkanlah apa
yang perlu dilakukan untuk menjadikan pencapaian yang telah kita
perolehi itu sebagai pendorong kepada kejayaan yang mendatang.

Anda mungkin juga menyukai