menentukan pilihan yang lebih baik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan
baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang berazam untuk mengerjakan
sesuatu maksud sedangkan ia ragu-ragu samada patut diteruskan atau tidak, maka
disunatkan melakukan solat sunat istikharah.
Solat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas selesai solat teruslah
berdoa dengan doa istikharah. Setelah itu ambillah keputusan perkara yang hendak
dilakukan berdasarkan kecenderungan hati. Jika masih ragu-ragu maka lakukanlah
lagi solat tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika
masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu
samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik
daripada Allah.
Atau;
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan)
kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d. Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang
betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW.,
para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.