DENGAN KEPUJIAN
HBAE4403
PROJEK KHAS
NAMA PELAJAR
: ANASSUZA BT KAMARUDDIN
NO. MATRIKULASI
: 740608055418001
: 0133020415
E-MEL
: anassuza74@gmail.com
NAMA TUTOR
ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1.0
Pengenalan
34
2.0
6 12
13 - 15
4.0
Kesimpulan
16
5.0
Rujukan
17
ABSTRAK
Masyarakat melayu terdahulu terkenal dengan bangsa yang kreatif dan berdaya saing dalam
bidang seni kraf sehingga terhasilnya pelbagai jenis anyaman yang sangat dikagumi sehingga
ke hari ini. Penghasilan anyaman secara tidak langsung menjadi salah satu sumber pendapatan
masyarakat kampung dan negara dalam bidang pelancongan. Ia dapat menaikkan seni kraf
anyaman melayu ke serantau dunia melalui para pelancong yang datang ke Malaysia.
Penghasilan anyaman tradisi dari pelbagai sumber bahan mentah yang terdapat di hutan
Malaysia turut mempengaruhi proses penghasilan reka bentuk produk yang unik dan menarik.
Oleh itu, aktiviti anyaman tradisi melayu perlu dipelihara supaya generasi akan datang dapat
mengenali dan menghargai seni anyaman warisan. Tanpa pelbagai usaha yang berterusan seni
anyaman ini akan terus pupus ditelan arus permodenan yang sentiasa bergerak pantas.
Walaupun seni anyaman mengalami persaingan sengit dengan penghasilan pelbagai jenis
barangan moden yang lebih tahan lama, ringkas dan murah namun ia tetap harus
dipertahankan memandangkan tanpa sebarang warisan sesuatu bangsa itu tidak akan
dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Anyaman turut menjadi kebanggaan masyarakat
melayu yang mana ia memaparkan masyarakat melayu pada ketika itu diantara golongan bijak
pandai. Ini kerana pada ketika itu, masyarakat tanah melayu belum memberi penekanan dalam
bidang pendidikan seperti pada hari ini tetapi mereka masih mampu menghasilkan pelbagai
jenis anyaman yang memerlukan ketangkasan dalam pengiraan. Ini menunjukkan kehebatan
masyarakat terdahulu dalam menghasilkan sesuatu yang dapat digunakan sehingga ke hari ini
disamping mempunyai nilai estetik yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
ABSTRACT
Previous Malay community known for the creative and competitive in the field of art craft
hard to produce various kinds of webbing which is admired to this day. Income woven
indirectly become a source of income of the villagers and the state in the field of tourism. It
can raise the craft woven into the regional Malay world through the tourists who come to
Malaysia. Income tradition woven from a variety of sources of raw materials found in the
forests of Malaysia also affect the production process of product design is unique and
interesting. Therefore, activity of Malay tradition webbing must be preserved so that future
generations can recognize and appreciate the art of weaving heritage. Without sustained
efforts will continue weaving extinct modernization which always move fast. While weaving
run into fierce competition with the production of a range of modern, more durable, simple
and cheap but it must be maintained without any heritage as a nation it will not be highly
regarded by the outside world. Matting is also the pride of the Malay community in which it
displays the Malay community at that time among the intelligentsia. This is because at that
time, society has not yet malay emphasis on education as at this day but they were still able to
produce various kinds of webbing that requires agility in the calculation. This shows the
power of people in the past to produce something that can be used to this day in addition to
having aesthetic that can not be overstated.
PENDAHULUAN
Pemerhatian yang telah dijalankan adalah untuk mengcungkil tentang kraf tradisional
anyaman tikar mengkuang. Bagi memenuhi keperluan tugasan HBAE4403 Projek Khas sya
menjalankan kajian kraf tradisional anyaman dengan mendalami aktiviti pembuatannya.
Secara umumnya ia merupakan istilah umum untuk mendapatkan maklumat penghasilan tikar
mengkuang sebagai hasil peninggalan masa silam. Tugasan ini membincangkan mengenai
bidang kajian, kraftangan tradisional yang merujuk kepada hasil buatan tangan oleh manusia.
Melalui pemerhatian ini ia bertujuan untuk menjadikan kraftangan tradisional dijadikan
sumber termasuk penulisan, temuramah, pemerhatian dan arkeologi untuk dijadikan bahan
rujukan sebagai nilai peninggalan yang sangat berharga dan menjadi kayu ukur ketinggian
nilai seni tradisional. Sebagai pemerhati yang mengkaji seni anyaman, saya berpeluang
mendapat dan menggunakan sumber, mentafsir dan membandingkan fakta bagi mendapatkan
kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu. Anyaman merupakan seni yang
mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Menganyam adalah satu
cabang kerajinan yang telah lama kewujudannya.
PENGENALAN
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari
sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh
dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam
dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah
yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal
menebat pengaliran haba. Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima
pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan
kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan
asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan
di sekitar pantai.
Anyaman merupakan satu seni kerajinan yang dimiliki masyarakat Melayu. Ia
melibatkan proses menyilangkan bahan-bahan asli daripada tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan sebagai barangan seharian. Bahanbahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut
dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Anyaman merupakan seni
kraf sejagat Melayu wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh,
rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil rimba ini memaparkan
barangan harian, hiasan dan hadiah.
Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Melayu menghasilkan kraf tangan
anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna,
dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata. Kepelbagaian penghasilan produk ini
memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Melayu yang dianggap seni kraf yang
unik di rantau Asia. Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan
anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang
masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
perusahaan kraftangan anyaman adalah terdiri golongan yang boleh dikatakan tiada
mempunyai kelulusan khusus terutama dalam bidang sains dan teknologi (Chamhuri Siwar et
al:1988). Ramai di antara pengusaha kraftangan memperolehi kemahiran dan pengetahuan
dari golongan yang terdahulu secara informal (seperti memerhati dan cuba meniru apa yang
dilakukan oleh ibu bapa atau nenek masing-masing). Proses pembelajaran secara informal ini
hanya membolehkan pengusaha kraftangan anyaman itu meniru tanpa mengetahui secara
mendalam apa tujuan proses dan teknik yang digunakan. Seterusnya dengan berbekalkan
pengetahuan tersebut, mereka pun memulakan perusahaan tanpa berusaha untuk terus
mempertingkatkan lagi pengetahuan teknologi dari semasa ke semasa (Ahmad Tajuddin,
1990). 11 Pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi boleh diperolehi
melalui media cetakan seperti jurnal, majalah serta media elektronik pula seperti televisyen
dan radio, penyertaan dalam seminar, bengkel dan kursus. Malangnya pengusaha kraftangan
anyaman belum sedar akan kepentingannya dan tidak menghargai faedah yang telah
disediakan sebagai usaha untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman. Jika dilihat kepada
industri kraftangan anyaman di Melaka yang telah dikuasai sejak berpuluh tahun yang lampau
adalah boleh dikatakan bahawa tiada perubahan atau pembaharuan ketara yang berlaku
sehingga kini. Produk-produk industri kraftangan negara kita masih kekal dengan rekabentuk
lama yang stereotype (Ahmad Tajuddin, 1990). Begitu juga dengan kaedah atau proses
pengeluaran produk-produk tersebut. Cara lama yang dipusakai turun temurun masih
dipraktikkan tanpa sebarang usaha yang dibuat untuk mempertingkatkan kecekapannya. Oleh
sebab itu, perusahaan kraftangan anyaman ini makin menurun. Di samping itu, Ahmad
Tajuddin (1990) menyatakan jika dibandingkan dengan Negara-negara ASEAN yang lain
seperti Thailand, Indonesia dan Filipina perusahaan kraftangan mereka berkembang dan
mengeluarkan rekabentuk produk yang baru dan mampu bersaing dan menandingi barangan
kraftangan dari negara kita. Kebanyakan pengusaha kraftangan anyaman menganggap
pembungkusan barangan kraftangan tidak begitu penting. Ini terjadi mungkin disebabkan
proses pembungkusan adalah merupakan proses yang paling akhir di dalam pengeluaran
produk. Oleh itu, kita sering melihat kebanyakan barangan kraftangan anyaman di pasaran
mempunyai kemasiap atau pembungkusan yang tidak begitu menarik. Sejak kebelakangan ini,
ramai pengusaha kraftangan telah menyedari tentang kepentingan kualiti produk tetapi masih
ramai yang beranggapan bahawa mengamalkan kawalan kualiti akan meningkatkan kos
pengeluaran dan seterusnya tidak mendapat pulangan yang tinggi. Sebenarnya pandangan ini
sudah tidak sesuai lagi apabila usahawan di negara-negara maju membuktikan sebaliknya
(Ahmad Tajuddin, 1990). 12 Tambahan pula, pengusaha anyaman memilih tempat yang tidak
7
strategik iaitu mendirikan gerai-gerai di tepi jalan yang kurang tumpuan orang ramai,
manakala ada sesetengah pengusaha mendapat tempat jualan kraftangan di tempat tersorok
daripada laluan orang ramai. Harga kraftangan juga tidak memberi kepuasan terhadap
pengguna yang ingin membeli. Jadi pengusaha telah mengabaikan strategi campuran
pemasaran dalam usaha meningkatkan jualan kraftangan anyaman. Pada masa kini, minat
generasi muda untuk mempelajari kemahiran ini bertambah merosot. Ini disebabkan
menganyam memerlukan masa yang lama, perlu ketekunan serta kesabaran dan ia tidak
mempunyai pasaran yang tetap. Contohnya penganyam tikar menghasilkan tikar pandan ini
merangkumi semua proses daripada mengambil bahan mentah iaitu daun pandan liar
hinggalah memproses, mewarna dan menganyam tikar. Proses ini mengambil masa di antara
dua hingga tiga minggu. Ini menyebabkan ramai muda-mudi yang tidak meminati untuk
berkecimpung dan meneruskan bidang ini. Kebanyakan mereka lebih suka berhijrah ke bandar
untuk bekerja. Di sini nyata sekiranya kemahiran kraftangan anyaman ini tidak diwarisi
kepada generasi muda kita, maka dengan perlahan-lahan akan pupus.
OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh
pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi
campuran pemasaran.
Kajian ini mempunyai tiga objektif utama yang telah dikenalpasti iaitu:
(a) Mendapatkan maklumat berkaitan hasil kraf seni anyaman yang telah dihasilkan tentang
bentuk, ketulinannya dan cara menghasilkannya.
(b) Menjalankan pemerhatian tentang alatan yang digunakan semasa menghasilkan tikar
mengkuang dan teknik yang digunakan dalam penghasilan kraf.
(c) Memahami situasi yang digunakan semasa menghasilkan hasil kraf seni tikar mengkuang.
KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk membolehkan kraf seni tikar mengkuang dapat dikenalpasti akan
kewujudanya dalam zaman yang serba moden ini. Walaupun terdapat perubahan dari segi cara
penghasilan namun keaslian seni yang diwarisi sejak turun-temurun oleh generasi sebelumnya
terus terpelihara. Selain itu, pemerhatian yang dijalankan bertujuan untuk mendapatkan
maklumat secara terperinci. Penghasilan tikar mengkuang pada masyarakat ketika itu adalah
sebagai memenuhi masa terluang, aktiviti santai bersama keluarga dan bukan bermotifkan
keuntungan.
DAPATAN KAJIAN
Fokus kajian dalam sesi pemerhatian yang dijalankan berpandukan pada latar
masyarakat yang menjalankan kraf seni anyaman tikar mengkuang sebagai bahan buatan
sendiri dan kegunaannya adalah hanya untuk keperluan ahli keluarga dan kejiranan. Bermula
atas dasar minat dan kemahuan masyarakat lama yang diwarisi sejak turun-temurun ianya
sendiri berkembang positif.
BATASAN KAJIAN
Pemerhatian ini dijalankan secara individu dan ianya adalah merupakan suatu tugasan
yang dilakukan secara individu. Pada awalnya didapadi aktiviti anyaman tradisional ini
merangkumi penglibatan beberapa individu generasi lama yang mengikut jejak langkah
generasi terdahulu menjadikan minat masyarakat di sini mempelajari dan mengembangkannya
disamping bakat yang menjadikan anugerah ilahi bergerak maju dan dikekalkan keasliannya
oleh masyarakat setempat yang menumpukan perhatian kepada menjaga dan menghargai seni
anyaman tikar mengkuang sebagai warisan yang perlu diteruskan. Ternyata langkah
menghasilkan tikar mengkuang ini mampu menarik minat generasi baru untuk menerima ilmu
itu sebagai bekal pada masa depan untuk menghasilkannya secara kegunaan sendiri, keluarga
dan penduduk kejiranan.
10
pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi,
sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan
dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak
hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengahtengah ataupun di
bucu. 4. Langkah Awal Untuk Menghasilkan Tikar Mengkuang: Dikenali juga sebagai sisir
kayu/buluh bermata tajam, di negeri Kedah lebih dikenali sebagai Jangat. Tangkai jangka
diperbuat daripada buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa
mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, bergantung kepada jumlah serta jarak
mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang lebih
kecil dan sebaliknya.
5. Pemilihan dan Pemotongan Daun Daun pandan dan mengkuang yang sesuai dipilih dari
jenis yang baik. Pengambilan daun bagi pokok yang ditanam mestilah berusia lebih kurang
dua tahun tetapi bagi pokok yang tumbuh meliar daunnya boleh diambil sebulan sekali. Daun
pandan/mengkuang di potong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu pagi dan
petang adalah sangat sesuai untuk pengambilan daun bagi mengelakkan daun dari cepat
layu.Daun disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga lima helai, dipotong di bahagian pangkal
dan hujung daun. Kemudian duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun dibuang. 6.
Melayur Daun Daun dilayur di atas bara api sehingga kekuning-kuningan. Proses ini
dilakukan supaya daun tersebut menjadi lembut dan tahan lama. Daun yang lembut akan
memudahkan proses menjangka. 7. Menjangka Daun Menjangka merupakan proses
membelah/mengoyak daun menjadikan bilah-bilah atau helaian daun yang kecil. Saiz bilah
atau helaian daun ditentukan melalui penggunaan mata jangka sama ada mata jangka rapat
atau tidak. Melalui proses menjangka ini juga duri di bahagian kiri dan kanan akan di buang.
8. Melurut Daun yang dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering.
Kemudian daun tersebut dilurut dengan "pelurut". Proses melurut dilakukan berulang kali
supaya bilah atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung. 9. Merendam Selepas
dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam. Tongkol-tongkol
direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua hari dua malam. Air
mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Ia direndam untuk melunturkan warna asalnya,
kemudian dibuka ikatannya untuk dicuci dan dijemur.
DEFINISI OPERASI
11
12
13
14
15
16
17
RUMUSAN
Kepelbagaian seni anyaman yang terdiri daripada mengkuang, pandan, rotan, bemban, buluh,
lidi dan ribu-ribu dapat menghasilkan pelbagai jenis produk anyaman yang unik dan kreatif.
Penghasilan anyaman tersebut dapat mengekspresi diri para pengaryam yang sangat halus
serta mempunyai daya imaginasi yang tinggi dalam menghasilkan pelbagai produk anyaman.
Barangan yang dihasilkan oleh para pengaryam turut mempunyai pelbagai maksud yang
tersirat dan tersurat yang mana memerlukan kita berfikir sejenak. Selain itu, penghasilan
anyaman tradisi turut membantu masyarakat pada hari ini supaya tidak terlalu bergantung
kepada teknologi semata-mata. Ini terbukti dengan kepakaran masyarakat terdahulu dalam
menghasilkan pelbagai jenis anyaman bermula pada zaman neolitik lagi yang mana mereka
mampu menghasilkan pelbagai jenis produk yang unik tanpa kewujudan teknologi seperti
pada hari ini. Kepakaran masyarakat terdahulu dalam penghasilan anyaman turut memberi
sumbangan besar kepada masyarakat kampung dalam usaha meningkatkan pendapatan
ekonomi sampingan sesebuah keluarga. Selain itu, seni anyaman tradisi secara tidak langsung
18
dapat membantu para pengaryam memperluaskan lagi anyaman yang sedia ada ke peringkat
yang lebih tinggi dalam usaha memelihara anyaman daripada terus hilang dari bumi Malaysia.
Pelbagai usaha perlu dijalankan secara berterusan di kalangan masyarakat memandangkan
seni ini akan mengalami kepupusan secara sedikit demi sedikit jika tiada sebarang usaha yang
berterusan dijalankan. Penyelidikan yang dijalankan turut dapat membantu pengusaha
anyaman menghasilkan pelbagai jenis anyaman yang lebih kreatif serta dapat bersaing dengan
pasaran dari luar seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam yang turut menghasilkan produk
dari anyaman. Para pengusaha anyaman turut dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu
dan merekabentuk produk-produk anyaman yang baru mengikut permintaan pasaran yang
terkini.
Secara keseluruhan seni Anyaman Tikar Mengkuang ini sungguh bernilai dan sewajarnya
dipelihara dan dikembangkan pada tahap yang dapat dikenali oleh generasi baru yang ternyata
ramai yang tidak tahu walaupun pada peringkat asas. Keadaan ini disebabkan oleh arus
permodenan yang lebih bersikap terbuka maka akhirnya warisan Melayu yang dulu menjadi
kemegahan kian pudar warnanya dan terus-menerus dilupakan. Namun begitu ketika ini seni
Anyaman Tikar Mengkuang mula mendapat tempat dan mula di kormesilkan. Justru peranan
yang perlu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa dan guru serta masyarakat
sewajarnya mengadakan sesi pengenalan secara terbuka dan menjelaskan peluang-peluang
pasaran Seni Anyaman Tikar mengkuang secara langsung atau tidak langsung bagi membuat
pendedahan secara besar-besaran agar seni warisan melayu ini kembali seperti zaman
kegemilangannya serta dapat dikormesilkan bukan sahaja dalam kalangan ahli keluarga atau
kejiranan malah lebih daripada itu.
3804 patah perkataan
RUJUKAN
RUJUKAN Ahmad Jelani Halim (2008),Sejarah dan tamadun bangsa melayu.Selangor Darul
Ehsan:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Alo Liliweri, M.S. (2002), Makna budaya
dalam komunikasi antarbudaya.Yogyakarta:PT LKiS Pelangi Aksara. C.A.Van Peursen
(1988),Strategi Kebudayaan.Yogyakarta:Penerbit Kanisius. Heinz Frick & Petra Widmer
(2006),Membangun,membentuk,menghuni.Yogyakarta: Penerbit Kanisius. K.H. Toto Tasmara
(2002), Membudayakan etor kerja islami.Jakarta:Gema Insani. Mudji Sutrisno & Hendar
Putranto (2005),Teori-teori kebudayaan.Yogyakarta:Penerbit Kansius. Muhamad Zakaria &
Mustafa Ali Mohd (1994), Traditional Malay:Medicinal Plants.Kuala Lumpur:Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Rohani Sulaiman (2009), Tafsiran Budaya.Kuala
19
Lumpur:Ampang Press Sdn. Bhd. Ismail Ibrahim (2007), Warisan Motif & Corak Etnik Sabah
: Universiti Malaysia Sabah. Haziyah Hussin (2006), Motif Alam dalam Batik dan Songkek
Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan
Pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Rousliluddin Ambia, Mohd Jamel Hj, Mohd Taslim Abd Rahim, Manan Sarbani, 2011,
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, Open University Malaysia.
Mohd Johari Ab Hamid, 2004, Falsafah dan Kritikan Seni, Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Perak
http://nuraninurain.blogspot.com/2012/09/penulisanku-untuk-tugasanku-ii.html
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PSV3105.pdf
20
21