Anda di halaman 1dari 4

1.

Syarat-Syarat Asas
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
Warganegara Malaysia
Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
Telah disahkan dalam jawatan
Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan
oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
Pinjaman bersama suami dan isteri mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan

2.

Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Pertama


Bayaran Wang Proses adalah RM 1.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang
hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 1.00)
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP,
tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan
Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan membina rumah) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari
kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 12 tahun

3.

Syarat-Syarat Pinjaman Pembelian Harta Kedua

(i)

Pegawai skim berpencen


Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama
dan tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari anggaran pencen berdasarkan gaji semasa
Bagi menentukan kelayakan pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen, kaedah pengiraan
pencen adalah seperti berikut :1_

X Gaji pokok semasa X 300 bulan.

600
(ii)

Pegawai skim KWSP.


Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama

(iii)

Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu ringgit yang
hampir (RM 500 dan ke atas dikenakan tambahan RM 2.00 )

(iv)

Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 25 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP
tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan

(v)

Bagi pinjaman jenis IV (Pembelian tanah untuk tujuan mendirikan rumah) kelayakan maksima adalah tidak melebihi 50% dari
kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik adalah 10 tahun

(vi)

Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95
masing-masing dan pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat kuasa dari semasa ke
semasa.

4.

Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang dibeli melalui Pinjaman Kerajaan

(i)

Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5 tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman Jenis I dan Jenis V ATAU 5 tahun dari
tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% bagi pinjaman Jenis II dan Jenis III

(ii)

Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

(iii)

Permohonan pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.

(iv)

Amaun pinjaman adalah perbezaan di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah diambil atas
pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful / Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.

(v)

Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP
tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan

(vi)

Pemohon hendaklah melantik Pemegang Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format
Borang 3C (Kes Assignment) atau 3D (Kes Gadaian)

(vii) Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan
(viii) Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang
Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang
bersetuju untuk menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai Pemegang Gadaian Kedua
dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang Gadaian Ketiga.
(ix)

Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh
dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam dan digadaikan kepada Kerajaan
Malaysia

(x)

Permohonan ubahsuai hendaklah menggunakan skim pinjaman yang diluluskan mengikut pinjaman pertama pemohon samaada
SPPP atau SPPPI

(xi)

(xii)

Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman
Perumahan Perbendaharaan
Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan
pinjaman dikeluarkan

(xiii) Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah.

5.
(i)

Syarat-Syarat Pinjaman Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah yang tidak dibeli melalui Pinjaman Kerajaan
Surat persetujuan daripada bank atau institusi kewangan menjadi pemegang gadaian kedua jika harta masih dicagar kepada bank
atau institusi kewangan

(ii)

Kerja ubahsuai hanya dibenarkan ke atas rumah yang telah siap sepenuhnya

(iii)

Suami/isteri kepada peminjam juga dibenarkan untuk memohon pinjaman bagi kerja ubahsuai rumah dengan syarat mereka
adalah pemilik bersama

(iv)

Pemohon yang telah mengambil pinjaman pertama perlu menyelesaikan pinjaman tersebut dan amaun pinjaman yang layak
dipohon adalah baki kelayakan semasa

(v)
(vi)

Pelan kerja ubahsuai yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuatkuasa
Pemohon hendaklah mengemukakan salinan Borang 1 yang dikemukakan kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta,
Kementerian Kewangan

(vii) Kerja ubahsuai rumah hanya boleh dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman
Perumahan Perbendaharaan

(viii) Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama (suami atau isteri)
(ix)
(x)
(xi)

(xii)

6.

Pindaan ke atas pelan yang telah diluluskan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan selepas surat tawaran kelulusan
pinjaman dikeluarkan
Pinjaman kerja ubahsuai tidak diluluskan ke atas pembelian aksesori rumah
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah 30 tahun bagi pemohon yang memilih skim pencen. Bagi pemohon skim KWSP
tempoh bayaran balik adalah terhad kepada baki tempoh perkhidmatan.
Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu / Strata telah dikeluarkan, pinjaman untuk kerja ubahsuai rumah hanya boleh
dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata dipindahmilik kepada nama peminjam.

Syarat-Syarat Pinjaman Harta Yang Belum Mempunyai Hakmilik Individu/Strata Di Pasaran Sekunder daripada
Individu/Pemaju (Penjual Kedua)

(i)

Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau dikecualikan lesen oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

(ii)

Rumah telah siap 100%

(iii)

Permohonan hanya dibenarkan bagi skim SPPP sahaja

(iv)

Perjanjian jualbeli antara pemaju (penjual pertama) dengan pembeli pertama

(v)

Perjanjian jualbeli antara penjual kedua dengan pembeli

(vi)

Akujanji Pemaju, Tuan Tanah dan Pemegang Pertaruhan (Borang 5B)

(vii) Akujanji Pemegang Pertaruhan (Borang 3A)


(viii)

Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum
mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10)

(ix)

Salinan surat permohonan pemaju untuk pecah bahagi bangunan kepada Pejabat Tanah dan Galian

(x)

Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan (sekiranya berkaitan)
Nota:
Syarat-syarat dan dokumen lain yang perlu dikemukakan bersama Borang Permohonan Pinjaman adalah mengikut Pinjaman
Jenis I.

7.

(i)

(ii)
(iii)
(iv)

(v)
(vi)

Syarat-Syarat Pinjaman Harta yang Mempunyai Hakmilik Individu/Strata di Pasaran Sekunder daripada Individu/Pemaju
(Penjual Kedua)
Hakmilik Individu/strata telah dikeluarkan atas nama pemaju (penjual pertama) tetapi belum dipindahmilik kepada nama penjual
kedua sebagai pemilik berdaftar
Hartanah dimajukan oleh pemaju berlesen atau jika dikecualikan lesen hendaklah mengemukakan surat pengecualian daripada
pihak berkuasa yang berkenaan
Rumah telah siap 100% dan Sijil Layak Menduduki telah dikeluarkan
Penyata baki hutang bank penjual kedua bagi 6 bulan kehadapan berserta Akujanji Bank akan melepaskan wang tebusan jika
gadaian tidak dapat dibuat
Salinan Borang Pindahmilik (14A) yang telah disempurnakan dengan menyertakan Borang Penyeteman Surat Cara Pindahmilik
Hartanah antara pemaju dengan pemohon
Surat Kebenaran Pindahmilik oleh Pejabat Tanah daripada pemaju kepada pembeli

(vii) Akujanji pemegang pertaruhan untuk pindah milik terus kepada nama pemohon (Borang 3B)
(viii)

Persetujuan pembeli kedua menanggung risiko kerana membeli harta daripada penjual yang bukan pemilik berdaftar (harta belum
mempunyai Hakmilik Strata (Borang 10)

8.

Syarat-Syarat Permohonan Lanjut Tempoh Pinjaman Perumahan Perbendaharaan

(i)

Tiada tunggakan bayaran balik

(ii)

Pemohon masih dalam perkhidmatan / belum bersara

(iiii) Tiada perlanjutan tempoh bagi pinjaman pembelian tanah


(iv)
(v)

Salinan borang opsyen lanjut tempoh perkhidmatan daripada 56 tahun kepada 58 tahun bagi skim KWSP
Salinan surat pengesahan pertukaran dari skim KWSP ke skim berpencen daripada SPA, SPP Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
Pentadbiran Negeri dan Badan Berkanun

(viii) Bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju/kontraktor/penjual

9.

Syarat Pinjaman Untuk Membeli Lelongan Hartanah Kerajaan

(i)

Hartanah mestilah mempunyai hakmilik individu/strata

(ii)

Penyata baki hutang hartanah yang dilelong tidak melebihi kelayakan pemohon

(iii)

(iv)

Pemohon bukan seorang bankrap atau siberhutang hukuman atau tidak berkemampuan kewangan atau sedang dalam tindakan
tatatertib
Borang Cagaran hendaklah disempurnakan dan dikemukan kepada BPP dalam satu bulan dari tarikh surat kelulusan pinjaman
tertakluk kepada Surat Setuju Terima Pinjaman (Borang E) telah dikembalikan oleh peminjam

(v)

Kontrak jualan daripada mahkamah atau surat pengesahan dari pejabat tanah mengesahkan pemohon berjaya dalam lelongan

(vi)

Permohonan pinjaman hendaklah dikemukakan kepada BPP dalam tempoh tujuh hari selepas berjaya dalam lelongan

10.

Jenis-Jenis Pinjaman
JENIS I: PEMBELIAN RUMAH TELAH SIAP
JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK INDIVIDU/STRATA)
JENIS I: RUMAH SIAP DARI PASARAN SEKUNDER (HAKMILIK ASSIGNMENT)
JENIS II: PEMBINAAN RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI
JENIS III: PEMBELIAN RUMAH DALAM PEMBINAAN
JENIS IV: PEMBELIAN TANAH
JENIS V: PENYELESAIAN HUTANG (AMBILALIH PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN)
JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH PINJAMAN KERAJAAN
JENIS VI: UBAHSUAI RUMAH BUKAN PINJAMAN KERAJAAN

11.

Kelayakan Pinjaman/Pembiayaan
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA
permohonan
Sila rujuk Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994
Amaun pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah diantara kelayakan/harga
rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.
www.bpp.treasury.gov.my

Anda mungkin juga menyukai