Anda di halaman 1dari 7

LAMPIRAN A : PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Acara Lari Dalam Guni

Peralatan : Guni
1. Pertandinagn ini terdiri daripada 4 orang murid dalam 1 kumpulan.
2. Acara lari dalam guni terdiri daripada 2 murid lelaki dan 2 murid perempuan
dalam 1 kumpulan.
3. Peserta pertama (perempuan) akan memulakan larian sejauh 10 meter untuk
mengambil guni dan masuk ke dalam guni dan berlari ke garisan penamat
secara berganti-ganti.
4. Peserta pertama akan lari dari A ke B. Peserta lelaki menggantikan peserta
perempuan dari B ke A. seterusnya peserta kedua perempuan akan lari dari A ke
B dan peserta lelaki terakhir akan lari dari B ke A (garisan penamat).
5. Hadiah untuk pemenang yang menamatkan larian mengikut peraturan lari dalam
guni adalah dari nombor satu hingga nombor tiga sahaja.
6. Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. Acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu

Peralatan : Sudu dan Bola Ping Pong


1. Setiap kumpulan hendaklah menghantar 5 orang peserta mewakili kumpulan.
2. Peserta pertama daripada setiap kumpulan dikehendaki membawa bola di dalam
sudu dengan menggunakan mulut tanpa memegang bola tersebut dari garisan
permulaan ke garisan yang menempatkan pesarta ke dua.
3. Peserta kedua akan melakukan aktiviti yang sama dari garisan kedua ke garisan
yang menempatkan peserta ketiga.
4. Seterusnya peserta ketiga membawanya ke peserta seterusnya. Peserta terakhir
akan membawanya terus ke garisan penamat.
5. Peserta yang bolanya jatuh hendaklah berhenti, kutip bola dan bawa bola di
dalam sudu ke garisan penamat.
6. Hadiah akan diberikan untuk tempat pertama sehingga tempat ketiga
berdasarkan catatan masa.
7. Keputusan pengadil adalah muktamad.

3. Acara Jalan Batu-Bata

Peralatan : Batu-bata

1. Terdapat 5 kumpulan untuk acara ini. Setiap kumpulan mempunyai 5 orang


peserta..
2. Peserta akan berada dalam kedudukan menghadap kumpulan masing-masing
dengan jarak di antara mereka ialah 50 meter.
3. Setiap kumpulan akan dibekalkan 3 biji batu-bata.
4. Peserta pertama dari kumpulan pertama bagi setiap kumpulan akan berjalan
sehingga ke tempat ahli kumpulan dengan syarat hanya berjalan dengan
menggunakan batu-bata sahaja.
5. Peserta tadi akan menyerahkan batu bata pada ahli yang seterusnya dan
permainan ini akan berterusan sehingga habis semua peserta. Peserta dikira
mati sekiranya kaki mereka jejak tanah ketika berjalan. Ia akan diganti pada
peserta seterusnya, dan di situ akan ditolak satu point.
6. Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang pertam dapat menghabiskan
permainan paling awal.

4. Acara Tiup Belon Sampai Pecah

Peralatan : Belon

1. Terdapat 5 kumpulan untuk acara ini. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang
peserta.
2. Peserta perlu meniup belon sehingga pecah sebaik sahaja wisel dibunyikan.
3 setiap ahli dalam kumpulan perlu meniup belon sehingga pecah mengikut giliran.
4. Peserta yang berjaya memecahkan belon dalam masa yang singkat dikira sebagai
pemenang.
5. Keputusan hakim adalah muktamad.

5. Acara Rebut Kerusi Bermuzik

Peralatan : Kerusi dan Radio.

1. Semua peserta terlibat dalam permainan ini kecuali penjaga radio. Terdapat 5 orang
peserta yang mengambil bahagian.

2. Permainan dimulakan dengan meletakkan 5 buah kerusi dengan kedudukan bulat.


Semua peserta akan berdiri di hadapan kerusi dan bergerak apabila muzik dimainkan.

3. Apabila muzik dihentikan, kesemua peserta perlu berebut untuk mendapatkan kerusi
yang ada. Sekiranya ada pemain yang tidak berjaya mendapatkan kerusi, pemain
tersebut terkeluar daripada permainan ini.

4. Sebelum permainan disambung, sebuah kerusi akan dikeluarkan. permainan


diteruskan sehingga hanya tinggal sebuah kerusi bagi dua orang pemain.

5. Pemenang dikira berdasarkan kepada pemain terakhir yang berjaya merebut kerusi
yang tinggal.

PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

1) Johan keseluruhan dikira berdasarkan jumlah mata pertandingan acara-acara sukan


ragam. Untuk pertandingan acara sukan ragam mata untuk setiap kedudukan adalah
seperti berikut ;-

Tempat

Markah

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Tahap 2 SK Taman Maluri.

PEMBATALAN PENYERTAAN

Peserta yang lewat mendaftar pada hari pertandingan dan peserta yang tidak hadir pada hari
pertandingan, penyertaan kumpulan tersebut akan dibatalkan serta merta.

PERATURAN BERPAKAIAN
Setiap peserta mestilah berpakaian sukan yang kemas pada setiap kali menyertai acara yang
disertainya. Baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar. Semasa menerima hadiah pula, setiap peserta
dikehendaki memakai track suit dan berkasut sukan.

KESELAMATAN
Murid-murid di ingatkan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri pada sebelum, semasa dan
selepas menyertai acara yang dipertandingkan.