Anda di halaman 1dari 2

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Prinsip dan Prosedur T.O.T.A.P.S

T.O.T.A.P.S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa


T = Talk (Bercakap)
Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu bercakap? Tanya
mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa
seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana
dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !

O = Observe (Melihat Keadaan)


Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa seperti di bahagian
kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta pernafasan
dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan mangsa

T = Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang bengkak atau
defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum memeriksa
dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan tersebut.

A = Active Movement (Pergerakan Aktif)


Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yg cedera seperti tangan, kaki
dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan melakukan pergerakan
sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit, rujuk kepada
pakar perubatan dgn segera

P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)


Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggotanya sendiri.
Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk menggerakkan anggotanya.

Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan untuk


memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan
bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius

S = Skill (Kemahiran)
Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan melompat
sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg
dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan
doktor atau paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa
meneruskan aktiviti.

Kaitan TOTAPS dengan permainan padang & gelanggang