Anda di halaman 1dari 10

LDK 1 : YANG PALING HEBAT

Tempoh Masa : 30 minit


Alatan : Tangan

Tujuan / Matlamat
Menyedarkan para peserta tentang kehebatan dan kebolehan yang dimiliki oleh
diri masing-masing.
Objektif
1. Mewujudkan perasaan percaya pada kebolehan diri sendiri
2. Mewujudkan sifat sifat menghargai diri sendiri di kalangan para peserta
3. Menyedarkan kepada para peserta setiap orang mempunyai kebolehan
masing-masing
Aktiviti
Menceritakan kehebatan jari dan fungsi setiap jari
Modus Operandi
1. Para peserta akan berkumpul dalam kumpulan masing-masing
2. Fasilitator akan menceritakan tentang kehebatan jari dan fungsi setiap jari
yang berada di tangan.
Jari Ibu : Dipanggil Ibu, paling besar antara jari-jari yang lain, kalau nak
cakap best takkan naik jari-jari lain melainkan ibu jari, kalau majlis rasmi ibu
jari digunakan untuk tunjuk arah.
Jari Telunjuk : Dalam sembahyang, jari telunjuk sahaja yang keluar, kalau
nak tunjuk arah telunjuk saja digunakan.
Jari Hantu : Paling tinggi daripada yang lain, tiada dapat ditandingi
Jari Manis : Cincin perkahwinan akan disarungkan di situ, paling manis
Jari Anak : Selalu digunakan untuk tempat sempit, kalau lubang kecil jari lain
tidak dapat masuk kecuali jari anak
3.

Setelah habis bercerita, para peserta akan ditanya tentang pendapat mereka
jari yang paling hebat dan rasional kenapa dia memilih jari tersebut

LDK 2 : MENDENGAR DENGAN BAIK

Masa : 45 minit
Alatan :
Objektif :
1. Supaya peserta dapat mengetahui kemahiran asas berkomunikasi yang
berkesan
2. Supaya peserta sedar adanya beberapa halangan komunikasi yang boleh
menimbulkan masalah dalam perhubungan
Prosedur :
1. Peserta-perserta diminta mencari pasangan-pasangan (A & B)
2. Setiap pasangan diminta mencari tempat yang sesuai. Peserta diminta
menceritakan pengalaman sedihnya kepada pasangannya dalam masa yang
ditetapkan fasilitator
3. Semua pasangan berkumpul semula dalam kumpulan besar
Peserta B menceritakan balik apa yang telah diberitahu oleh A
Peserta A pula diminta mengesahkan sejauhmana benarnya cerita yang
disampaikan semula oleh peserta B
Peserta A diminta menceritakan tingkahlaku B pada masa A menceritakan
pengalaman sedihnya tadi :
Sebagai contoh ;
Adakah B memotong percakapannya
Adakah B memberi perhatian yang sepenuhnya
Adakah B pura-pura mendengar
Adakah B dalam keadaan khayal
Adakah B dipengaruhi emosi

Adakah B empati
Adakah B menggunakan respon yang sesuai
Adakah B mendengar dengan baik
4.

Fasilitator

menambah

jika

perlu

dan

merumuskan

apa

yang

telah

dibincangkan oleh peserta-peserta dan mengaitkannya dengan perlakuan


penting bila berkomunikasi dengan rakan

LDK 3 : SECRET OF NAME

MASA: 30 Minit
ALATAN:

Kertas A4
Pensel/Pen

OBJEKTIF

1.

Memberi peluang kepada para peserta untuk menghilangkan


perasaan malu dan segan.

2.

Menggalakkan peserta berkenalan supaya tidak membuat


kesimpulan awal tentang rakan.

3.

Membina sikap positif terhadap diri sendiri dan orang lain.

KAEDAH
1.

Fasilitator

akan

mengedarkan

sehelai

kertas

A4

yang

menggambarkan Borang Secret Of Name kepada setiap peserta.


2.

Peserta diminta untuk memikirkan nama timang-timangan


atau nama di rumah yang biasa digunakan.

3.

Sila tulis di dalam ruang yang telah disediakan di dalam


Borang tersebut.

4.

Kemudian, peserta dikehendaki mencari pasangan masingmasing dan bertukar-tukar borang tersebut.

5.

Kemudian, kedua-dua peserta dikehendaki menulis sifat yang


menggambarkan pasangan peserta masing-masing berpandukan nama
yang ditulis.

Contohnya:
NAMA TIMANGAN

PENERANGAN

Akur pada ibu bapa

Dorong rakan supaya berjaya

Indah pada bahasa

6.

Setelah selesai, pulangkan kembali kepada pasangan masingmasing.

7.

Fasilitator akan menanyakan soalan kepada peserta mengapa


ia memilih perkataan sifat tersebut.

PERBINCANGAN

Fasilitator meminta pandangan peserta:

1.

Apa yang peserta dapat daripada aktiviti ini?

2.

Apakah pengajaran yang dapat anda ambil?

FALSAFAH

1.

Memang sukar untuk mengukur atau membaca sifat rakan


yang belum dikenali.

2.

Peserta perlu tahu untuk mengelakkan diri daripada membuat


kesimpulan awal tentang seseorang yang baru dikenali berasaskan kepada
apa yang kita lihat.

LDK 4: Jalan Si Buta


Objektif
1

Memberi peserta pengalaman memberi arahan secara tepat


dan berkesan
2. Mengamalkan kemahiran
mendengar secara aktif

Peserta
Masa

Bahan
Mengelirukan
Prosedur

Berpasangan

15 minit
:

Penutup mata, Pen/pensel, Rajah Laluan

Peserta diarah duduk berpasangan, salah seorang peserta


menutup mata
2 Rakan yang celik diberi Rajah Laluan Mengelirukan
(lampiran A3 1)
3

Rakan yang celik memberikan arahan lisan Laluan


Mengelirukan dan rakan yang menutup mata
mengerakkan pen mengikut arahan rakannya
4 Tukar peranan
5 PerbincanganAplikasi
Latihan ini dibuat secara berpasangan di mana seorang
daripadanya ditutup mata. Pasangannya akan memandunya
melalui rajah berbentuk mengelirukan. Pasangan yang celik
haruslah menggunakan komunikasi lisan sahaja. Sentuhan
dibenarkan apabila pen yang dipegang oleh pasangan yang
menutup mata terkeluar dari muka kertas
Soalan yang boleh dikemukakan ialah:
Adakah arahan yang diberi itu jelas ?
Adakah mudah memberi arahan?
Adakah anda berasa tidak puas hati kerana perlu menerima
arahan?
Pernahkah anda berasa tidak puashati dengan seseorang kerana
dia tidak memahami anda?

LDK 5: Si Buta Sayang


Masa

: 1 Jam

Alatan

: Kain penutup mata bagi setiap pelajar

Objektif

: Pada akhir aktiviti pelajar dapat;

1.

Menyedari tentang faktor faktor yang menyebabkan seseorang itu


mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri
serta orang
lain.

KKE

Personal

: keyakinan diri
: kawalan emosi kendiri

Sosial

: komunikasi
: kolaborasi
: membina hubungan

Langkah langkah:
1. Pelajar diminta memilih pasangan masing masing dan menamakan diri A
dan B.
2. Pelajar diberi sehelai kain penutup mata dan A menjadi si buta yang
menggunakan kain tersebut sebagai pengikat mata. Pelajar B yang tidak
menutup mata menjadi pemandu arah.
3. Pemandu arah dikehendaki memberi panduan dan arahan yang tertentu
kepada si buta sambil berjalan. Si buta dikehendaki mematuhi apa apa
sahaja arahan rakannya.
4. Pelajar diminta bertukar peranan.
5. Selepas aktiviti perbincangan diadakan, fokus perbincangan ialah
-

Mengingat semula pengalaman dalam aktiviti yang telah dijalankan.

Perasaan mereka semasa menjadi si buta dan pemandu.

Reaksi reaksi yang diberikan dalam aktiviti ini.

Falsafah:
1. Keyakinan diri akan membawa kejayaan.
2. Kepercayaan kepada orang lain akan menimbulkan perasaan selesa dalam
diri.
3. Menghormati dan menghargai
diberikan oleh orang lain.

kepercayaan

LDK 6

: Garis Hayat

Masa

: 1 Jam

Alatan

: Kertas pendua, marker pen.

Objektif:
peristiwa

dan

daya

usaha

yang

Para pelajar dapat membuat rumusan daripada peristiwa


bermakna yang menunjukkan kesedaran dan keinsafan.

Langkah langkah:
1. Pelajar melukis satu garis melintang merentasi bahagian tengah kertas
pendua. Di hujung sebelah kiri tulis tarikh lahir sementara di sebelah
kanan ditulis tarikh hari ini.
2. Fikirkan tiga peristiwa yang bermakna telah dialami. Lukiskan satu
simbol bagi setiap peristiwa mengikut urutan di sebelah atas atau
bawah garisan. Di sebelah atas menandakan peristiwa peristiwa
menyedihkan.
3. Tandakan satu peristiwa yang paling bermakna.
4. Secara bergilir gilir, pelajar menceritakan peristiwa yang bermakna
yang telah dialami kepada kumpulan. Rakan rakan sekumpulan
digalakkan bersoaljawab mengenai peristiwa peristiwa yang ingin
diketahui secara mendalam. Masa diberi adalah 10 minit seorang.

Falsafah:
1. Kenangan manis dan pahit dalam kehidupan akan mematangkan dan
mendewasakan kita.

2. Pengalaman adalah GURU yang paling penting dan berkesan dalam


kehidupan ini.

LDK 7: CARIKAN SESEORANG YANG


( tulis nama ringas sahaja)
TUJUAN: pelajar berkomunikasi dengan kawan-kawan dan bertanya
SAIZ KUMPULAN: 3 orang
ANGGARAN MASA: 30 minit

Berada dekat anda


Mempunyai hobi yang
pelik
Mempunyai saudara di
luar negara
Boleh memasak Tom
Yam
Merokok
Bela kucing
Rasa gementar
Rasa gembira hari ini
Menunggang basikal
Bangun lewat pagi ini

Suka baca novel


romantik
Suka tonton cerita
seram
Suka bersukan
Suka berangan-angan
Suka termanung
Rajin beribadat
Ada kekasih
Boleh bermain alat
muzik
Kasut saiz sama
dengan
saya
Pakai cermin mata
Makan asam
Hidung mancung
Cepat marah
.Anak yatim
.Dapat biasiswa
.Benci kerja sekolah
.Ibubapa pendidikan
tinggi
.Ponteng kelas
.Minat Bahasa Inggeris
.Minat Akedemi
Fantasia
.Makan sup ekor
.Minum air kelapa muda
.Anak sulong
.Anak bongsu
.Minat menjahit

.Suka melepak
.Suka mengemas
rumah
.Ramai kawan
.Suka SMS
.Suka melayari internet
.Bermain video game

Anda mungkin juga menyukai