Anda di halaman 1dari 1

kEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

1. Ilmu pengetahuan dapat menjamin masa hadapan seseorang


- menjamin masa hadapan yang cemerlang
- jika seseorang berusaha bersungguh-sungguh, mereka akan memperoleh ilmu yang
dipelajari kerana usaha tangga kejayaan
- mereka boleh menimba ilmu pengetahuan daripada guru yang mengajar mata
pelajaran sejarah di sekolah
- dapat mengetahui sejarah kejayaan seseorang tokoh
- akan menjadikan tokoh tersebut sebagai idola dalam usaha mencapai cita-cita
2. Tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kita sering mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui


peraduan gores dan menang. Mereka dengan mudah memberikan harta sama
ada dalam bentuk barangan atau wang tunai semata-mata tertarik dengan
barangan murah atau barang mudah dapat. Hal ini terjadi kerana, masyarakat
yang terpedaya itu tidak berilmu dan tidak berfikir panjang. Hal ini tidak terjadi
kepada masyarakat yang berilmu.
3. Seseorang mampu menyelesaikan masalah
- dalam menjalani kehidupan seharian kita akan mengalami pelbagai masalah
- sentiasa berfikir secara positif atau optimis tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir
secara pesimis dan mudah pula berputus asa
- memiliki ilmu pengetahuan kerana ilmu pelita hidup - penerang kegelapan
- ilmu agama yang tinggi dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan yang terburuburu
- kemahiran menyelesaikan masalah dengan berkesan boleh dikuasai
4. Ilmu pengetahuan mampu melahirkan insan bermoral
- boleh menjadi insan yang memiliki sahsiah terpuji
- kita akan mendapat panduan yang baik melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki
- seseorang yang berilmu akan dapat memanfaatkan nilai-nilai murni yang dipelajari
dalam kehidupan seharian
- nilai saling menghormati, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan menghargai
- akan menjadi insan yang berakhlak mulia jika kita berilmu pengetahuan
5. Seseorang akan mengetahui pelbagai bidang ilmu
- boleh mendapat ilmu dalam pelbagai bidang melalui mata pelajaran yang dipelajari di sekolah
seperti sains, matematik, perdagangan, ekonomi dan sastera
- ilmu yang diperoleh boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka
- seseorang akan berjaya jika mereka boleh menguasai ilmu pelbagai bidang yang dipelajari

Anda mungkin juga menyukai