Anda di halaman 1dari 36

Elemen 1

Elemen 2
SENARAI KANDUNGAN
ASPEK MUKA SURAT

1.TAJUK KAJIAN

2.SENARAI KANDUNGAN

3.PENGHARGAAN

4.OBJEKTIF KAJIAN

5.KAEDAH KAJIAN

6.HASIL KAJIAN

7.RUMUSAN

8.LAMPIRAN

9.RUJUKAN
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala

petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya

disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli

keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama

sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka

Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji

Surimin Bin Giman selaku pengetua SMK Jalan Tiga yang banyak memberi

sokongan kepada para pelajarnya.

Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Hasliza Hasan Basri

selaku guru matapelajaran sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan

juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah

ini. Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk

dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan

dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.ucapan penuh

kasih sayang juga saya tujukan buat ayah saya, Khairul Anwar Bin Mustafa dan ibu

saya, Norasmah Binti Zamidin, terima kasih atas segalanya


Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya

akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini..

Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun

tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.

Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua

hamba-hamba-Nya yang banyak membantusaya dala menyiapkan KERJA KURSUS ini.

Amin.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan

manusia yang menghargai dan bersyukur kepada ALLAH terhadap apa yang

dikurniakan kerana HARI RAYA AIDILFITRI adalah hari kemenangan umat

Islam seluruh dunia.

2. Melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis-jenis perayaan tradisi pelbagai

kaum yang terdapat di negara Malaysia ini seperti hari Raya Aidilfitri, Hari

Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Depavalli dan Cristmast.

3. Melalui kajian ini juga saya mengetahui sejarah Hari Raya dalam Islam dan

konsep Hari Raya dalam Islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan

keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat.

4. Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan

guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.
KAEDAH KAJIAN

1. Kaedah kajian yang saya gunakan ialah kaedah internet. Bahan-bahan untuk

kajian ini saya perolehi daripada internet dengan melayari laman-laman web

yang berkenaan dan berkaitan dengan tajuk kajian.

2. Kaedah kajian perpustakaan. Saya mencari tajuk kajian daripada buku-

buku ilmiah yang saya pinjam dan perolehi daripada perpustakaan sekolah

ini dan sekolah-sekolah lain.

3. Kaedah temubual juga saya gunakan dalam kajian ini, iaitu saya

menemubual ibu dan ayah saya berkenaan dengan perayaan ini. Mereka

sebagai orang sumber yang menjadi rujukan utama saya semasa menyiapkan

kajian ini.
4.Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini

melalui majalah-majalah yang berkaitan.

HASIL KAJIAN

HARI RAYA AIDILFITRI

1. PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi

Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari Lebaran. Ia juga

dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai

Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat Islam di

seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum

Melayu yang beragama Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula

selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara

iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya

melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal,

iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan
diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa

tempat yang strategik.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat

mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu

bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan

minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan

menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana

sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia

balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia

yang sememangnya bersih dari noda dan dosa


2. LATAR BELAKANG

sejarah/asal usul perayaan

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera

menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi

secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan

dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya

korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan.

Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu

adalah satu ibadat.


Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan

ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum

selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri

daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.

Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan

daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah

yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang

sememangnya bersih daripada dosa dan noda.


UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya

itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari

raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan

solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan

bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik

dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan

mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid

menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung

mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau

melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah
umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja

semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba

baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut

Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata:

"Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang

mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak

melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah

tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai

pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah

apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit

untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa

kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin

pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang

mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.

Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.
Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan

harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan

prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu.

Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam

menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan

diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut

lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa

pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan

Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan

dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.


PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

SEBELUM

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum

perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-

pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara

besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.

Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan

premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu

sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat

kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri

bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai

Balik Kampung.

BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud "

Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan

pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan

yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya
dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

 Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
 Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa

 iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi

dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
 Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
 Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di

dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
 Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan

 bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti

beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

SEMASA
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.

Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari

Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya

Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara

mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian

mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan

bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah

hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di

kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul

duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada

amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada

Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau

kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-

syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer

RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-

hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu

detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan

turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid
dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai

simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau

atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana

pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana

pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan

dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga

Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid

kami." , dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka

Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang

bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga

sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang

ke bandar setelah cuti tamat.

PAKAIAN
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki

di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket

di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju

kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi

mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket,

dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh

Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT


Amalan sunat di bulan Syawal :

  Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri


b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
e)
yang lain
f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal
g)
hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
   
 Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan

Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka

perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."


   

SELEPAS

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya

dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam

seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.


BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat

dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah

menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :

 Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu

sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah

 
 Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang
berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak

pernah melakukan maksiat.

 
 Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu

sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah

 
 Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari

itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.

 
 Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada

hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur

 
 Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-

nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah

dengan pandangan rahmat

 
 Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang

berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu

kesulitannya

 
 Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih

anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari

Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa

hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah

 
 Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa

mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut
terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut

akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan

sentosa.
 

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.


Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai
b)
menunaikan solat Adha
Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan
c)
yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah

e) hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)

 
 Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat

Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal

Muharram.
KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim

sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak

bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya

sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari

kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.


PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua

kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-

masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi

menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Juster

itu perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan

tenteram.

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana

ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka

datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak

langsung menyumbang sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan

negara.
KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari

kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan

Ramadhan.
RUMUSAN

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur

patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini

menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai perayaan ini kerana

perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya.

Saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara

istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan

yang ada di Malaysia ini.Perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di

Malaysia ini. Sama ada kaum Melayu, Cina atau India. Perayaan tradisi ini

melahirkan perpaduan terhadap bangsa di Malaysia, melahirkan nilai hormat-


menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung

antara kaum semasa perayaan. Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara

ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. Negara Malaysia merupakan sebuah

negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.Saya amat menyayangi

Negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.

LAMPIRAN

Diatas adalah contoh sampul duit raya


Kad raya yang digunakan untuk mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’

Umat Islam Bersambahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri


Kuih Raya

Baju Melayu
Baju Kurung

RUJUKAN

1. Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidil_Fitri

http://www.scribd.com/

http://cikgumahfuzah.wordpress.com/2010/02/13/kerja-kursus-sejarah-t-3-2010/

2. Majalah

- Majalah Wanita, Halaman 32,33.36,37,39


Elemen 3

TUGASAN 2;

SOALAN:

BAGAIMANAKAH SAMBUTAN PERAYAAN TRADISI PELBAGAI KAUM

DAPAT MEMPERKUKUHKAN DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM

KALANGAN RAKYAT MALAYSIA?


Di Malaysia terdapat pelbagai jenis perayaan tradisi yang dirayakan oleh kaum-kaum

yang ada di Malysia ini.Seperti Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu.Tahun

Baru Cina oleh kaum Cina,Depavalli oleh kaum India, Cristmast oleh kaum India atau

Cina yang menganut ajaran Kristian.

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum ini dapat memperkukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kaum-kaum yang ada di

Malaysia ini sama-sama menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

masing-masing.Rumah terbuka antara kaum mengalakkan mereka saling kunjung

mengunjungi di antara satu sama lain.Bersama- sama berkongsi kemeriahan dan

kegembiraan semasa menyambut hari perayaan.Melalui Majlis rumah terbuka ini sifat

muhibah dan semangat bermasyarakat dapat lahir dengan sendirinya.

Semasa perayaan berlangsung kita dapat melihat bagaimana kaum-kaum yang

menyambut perayaan ini melayani tetamu mereka dengan baik walaupun berlainan

bangsa dan agama.Ini juga mencerminkan mereka adalah insan atau masyarakat yang

berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Melalui perayaan ini akan lahir nilai hormat

menghormati terhadap kaum-kaum lain.Sebagai rakyat Malaysia, kita mesti menyokong

Konsep Satu Malaysia yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Malysia yang disanjungi.
Perayaan tradisi juga menunjukkan bahawa masyarakat perlu bersefahaman dan

bermuafakat di antara satu sama lain.Masyarakat perlu bertolak ansur , bekerjasama

dan tolong menolong sama ada semasa di jalan raya untuk pulang ke kampung

menyambut perayaan atau menolong ketika membuat persiapan untuk menyambut

perayaan kerana semasa musim perayaan semua rakyat Malysia akan bercuti walaupun

kaum yang tidak menyambut perayaan ketika itu.

Sebagai rakyat Malaysia tidak kira di mana kita berada, sifat bertanggungjawab

kepada bangsa dan negara perlu disematkan di dalam sanubari masing-masing.Justeru

itu Semasa perayaan tradisi kita perlu lebih bersatu padu dan berharmoni.Sebagai

rakyat Malaysia kita perlu bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Semua kaum

diminta menyayangi negara dan bangga kepada negara Malaysia kerana dengan cara ini

dapat mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai