Anda di halaman 1dari 37

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor

Jabatan Agama Islam Selangor

PENYELEWENGAN AQIDAH, SYARIAT DAN AKHLAK DALAM TARIKAT


Abdul Manam bin Mohamad al-Merbawi

1.0

MUQADDIMAH

Dunia tasawwuf sering dikaitkan dengan kesesatan dan penyelewengan.


Hakikatnya tasawwuf sudah diterima sebagai salah satu cabang ilmu Islam dan
ia mempunyai tokoh-tokoh besar seperti al-Muhasibi, al-Makki, al-Qushayri, alTusi, al-Ghazali dan lain-lain. Namun kemunculan ajaran-ajaran sesat yang
menyusup masuk dan berselindung di sebalik kemurniaan tasawwuf telah
merosakkan dan memudarkan imejnya. Lebih malang lagi kedudukan ilmu
tasawwuf

yang

digambarkan

bersifat

dalam

terasing

beberapa

dan

riwayat,

semakin
dan

pupus

dalam

masa

seperti

yang

yang

sama

berkembangnya amalan dan ajaran sesat, menjadikan ilmu ini semakin kurang
dikenali sehingga akhirnya ia diselaputi oleh gambaran kesesatan dan
penyelewengan.

Tulisan ini akan menjelaskan beberapa perkara yang biasa terjadi di kalangan
segolongan yang berminat dan berusaha menghayati tasawwuf namun ia
memberikan imej buruk kepada tasawwuf. Antara perkara yang akan dijelaskan
ialah persoalan tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama lantaran
mengharapkan ilmu ilham dari Allah, keinginan untuk mendapatkan kekeramatan
zahir (karamah hissiyyah), terpengaruh dan terpedaya dengan mimpi-mimpi dan
kasyaf suri, merasa `ujub (bangga dengan kebolehan diri) dan takabbur
(sombong), memisahkan di antara syariat dengan hakikat, meninggalkan usaha,
tidak mahu bercampur dengan masyarakat, dan menceritakan pengalaman
kerohanian kepada orang yang bukan berkeahlian.

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

2.0

TIDAK MAHU MENUNTUT ILMU

Masalah tidak mahu mempelajari dan mendalami ilmu agama di kalangan


sebahagian pengamal tarekat (salik) merupakan satu masalah yang biasa
terjadi, terutamanya bagi salik yang berada pada peringkat permulaan dan tidak
mempunyai latar-belakang pengetahuan dan didikan agama yang kuat. Demikian
juga salik yang kurang mendapat ta`lim dan tarbiyah dari shaykh. Masalah ini
adalah satu masalah yang sangat penting kerana ia menjadi punca bagi
masalah-masalah salik yang lain yang akan dijelaskan selepas ini.

Sikap tidak mahu menuntut serta mendalami ilmu agama bertentangan dengan
prinsip agama Islam itu sendiri yang menghendaki setiap muslim yang mukallaf
supaya menuntut ilmu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah
s.a.w dalam sabda baginda:


Maksudnya:
Menuntut ilmu adalah satu kewajiban ke atas setiap muslim (al-Suyuti:1:20).

Terdapat banyak ayat al-Qur'an dan juga hadis Nabi s.a.w yang menyarankan
serta menggalakkan orang-orang Islam supaya menuntut dan menambahkan
ilmu. Ilmu yang disertai dengan keimanan menjadi sebab Allah mengangkat
darjat seseorang itu, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah dalam
firmanNya:


Maksudnya:
Allah mengangkat orang yang beriman di kalangan kamu dan juga orang-orang
yang diberikan ilmu, beberapa darjat (al-Mujadalah:11).
2

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Antara punca utama mengapa perkara ini terjadi ialah anggapan sebahagian
salik bahawa ilmu itu dapat diperolehi menerusi ilham maka kerana itu tidak
diperlukan lagi proses pembelajaran bagi mendapatkannya malah cukup hanya
dengan menanti ilham. Anggapan seperti ini merupakan satu anggapan yang
kurang tepat sekalipun ada sudut kebenarannya. Mendapat ilmu menerusi ilham
ini memang diakui kebenarannya oleh para ulama tasawwuf. Terdapat banyak
ayat al-Qur'an dan hadis Nabi s.a.w yang dirujuk oleh mereka bagi menyatakan
kebenaran perkara ini. Antaranya ialah firman Allah s.w.t iaitu:


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu bertaqwa kepada Allah, maka
Allah akan menjadikan untuk kamu furqan (cahaya petunjuk yang dapat
membezakan di antara yang benar dan yang salah) (al-Anfal:29).

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa sekiranya orang-orang yang beriman itu
bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya maka Allah akan menjadikan
untuk mereka furqan iaitu cahaya pertunjuk yang dapat membezakan di antara
petunjuk dan kesesatan, kebenaran dan kepalsuan, kebaikan dan keburukan
dan sebagainya lagi. Demikian juga Firman Allah s.w.t:


Maksudnya:
Dan orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami (Allah), Kami akan
memberi

hidayah

(tunjukkan)

kepada

mereka

jalan-jalan

Kami,

dan

sesungguhnya Allah itu adalah bersama-sama dengan orang-orang yang


berbuat baik (al-`Ankabut:69).

Dalam ayat ini dinyatakan bahawa orang-orang yang bermujahadah pada jalan
Allah, akan ditunjukkan kepada mereka jalan-jalan ke arah mengenal dan
3

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

mencapai keredaan Allah. Dalam ayat yang lain pula, Allah s.w.t ada
menyatakan perkara yang sama, sebagaimana firmanNya:


Maksudnya:
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan menjadikan baginya
jalan keluar (dari berbagai masalah) dan mengurniakan kepadanya rezeki dari
sumber yang tidak disangka-sangka (al-Talaq:3).

Dalam ayat ini Allah s.w.t menjelaskan bahawa sesiapa yang bertaqwa kepada
Allah dengan sebenar-benarnya, maka Allah akan menjadikan untuknya jalan
keluar atau penyelesaian terhadap berbagai permasalahan yang dihadapinya
dan akan mengurniakan kepadanya rezeki dari sumber-sumber yang tidak
disangka-sangka. Kurniaan rezeki di sini, luas pengertiannya di mana ia
merangkumi kurniaan lahir seperti anak-pinak, harta kekayaan dan sebagainya
dan juga kurniaan batin yang merupakan ilmu, ma`rifat, hidayah dan sebagainya
lagi.

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda menyatakan tentang kurniaan ilmu seperti ini
sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:
Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya maka Allah akan
mewarithkan (mengurniakan) kepadanya apa yang tidak diketahuinya dan
memberi taufiq kepadanya dalam amalannya itu (Mahmud:311).

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sesiapa yang


mengamalkan pertunjuk dan perkara-perkara kebaikan yang diketahuinya, maka
Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu yang tidak diketahuinya dan juga Allah
akan memberi taufiq kepadanya dalam melaksanakan amalannya itu. Dari
4

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

keterangan beberapa ayat al-Qur'an dan juga hadis Nabi s.a.w ini jelas
menunjukkan adanya ilmu yang diperolehi bukan menerusi proses pembelajaran
malah ia diperolehi semata-mata menerusi kurniaan Allah s.w.t. Ilmu ini, menurut
para ulama tasawwuf, disebut sebagai ilmu ilham, ilmu warathah atau ilmu
laduni.

Ini tidaklah bererti seseorang salik itu tidak perlu mempelajari ilmu lantaran
adanya ilmu ilham tersebut. Ini kerana ilmu ilham atau warathah berhubungan
dan berkait rapat dengan ketaqwaan (melaksanakan suruhan Allah dan
memelihara diri dari laranganNya) di mana ilmu warathah adalah hasil dari
ketaqwaan tersebut. Untuk melaksanakan ketaqwaan ini seseorang itu
memerlukan ilmu kerana tanpa ilmu, amal tidak dapat dilakukan. Amal yang
dilakukan tanpa ilmu lebih terdedah kepada kesalahan dan banyak mengandungi
kecacatan.

Rasulullah

s.a.w

telah

bersabda

menyatakan

perkara

ini

sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:
Sesiapa yang menyembah (beribadah) kepada Allah berasaskan kejahilan, maka
apa yang merosakkan (amal ibadahnya itu) adalah lebih banyak dari apa yang
membetulkannya (al-Jaylani:182).

Seseorang salik yang menjalani jalan Allah dengan berpandukan hanya kepada
akal fikiran atau sangkaan semata-mata tanpa merujuk kepada pertunjuk ilmu
yang terang akan mudah tergelincir dari landasan yang lurus dan seterusnya
terhumbang ke jurang kebinasaan. Ini kerana jalan tasawwuf itu merupakan jalan
yang berasaskan ilmu dan amal seperti yang telah ditegaskan oleh seorang
tokoh tasawwuf terkenal, Shaykh `Abd al-Qadir al-Jaylani, sebagaimana katakata beliau Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang merasa cukup
dengan pendapatnya (buah fikirannya semata-mata) maka dia akan sesat? Tidak
ada seorang yang berilmu pun kecuali dia memerlukan tambahan ilmu. Jalan
5

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

(menuju kepada mengenal Allah) ini tidak dilalui dengan nafsu dan keinginan
(hawa) bahkan (dilalui) dengan hukum dan beramal dengannya (al-Jaylani:194).

Imam al-Ghazali pula menentukan tugas menuntut ilmu ini sebagai `aqabah
(halangan) pertama yang mesti ditempuh oleh setiap salik yang ingin menjalani
jalan Allah. Ini dapat dilihat pada kenyataan beliau iaitu Wahai orang-orang yang
menuntut keselamatan dan ibadah, kewajiban anda yang pertama, mudahmudahan Allah memberi taufiq kepada anda, ialah menuntut ilmu kerana ilmu itu
adalah merupakan asas dan di atas asas inilah berligar semua yang lain (alGhazali:13).

Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu itu dalam menjalani jalan Allah. Untuk
mendapatkan ilmu seseorang salik itu perlu mempelajarinya kerana ilmu itu
diperolehi menerusi proses pembelajaran seperti yang telah dinyatakan oleh
Rasulullah s.a.w:


Maksudnya:
Wahai manusia, belajarlah ilmu, sesungguhnya ilmu itu diperolehi dengan cara
belajar (Al-`Asqalani:1:194).

Penglibatan tokoh-tokoh tasawwuf terkenal dalam usaha mencari ilmu sehingga


mereka dikenali sebagai saihun yang bererti orang-orang yang mengembara
sudah cukup menjadi bukti yang menunjukkan bahawa menuntut ilmu itu adalah
satu perkara yang perlu dilakukan oleh salik dalam perjalanannya menuju
kepada Allah. Seseorang salik yang tidak berilmu lebih mudah ditipu dan
diperdaya oleh syaitan berbanding salik yang berilmu. Abu Hurayrah ada
meriwayatkan satu hadis di mana Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan
perkara ini sebagaimana sabda baginda:
6

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor


Maksudnya:
Tidak disembah (dilakukan ibadah kepada) Allah dengan sesuatu yang lebih
afdal (utama) dari fiqh (memahami) agama dan seorang faqih itu lebih sukar bagi
syaitan (untuk menipu dan menyesatkannya) berbanding seribu orang `abid (ahli
ibadah) (al-Samarqandi:337).

Memang tidak dinafikan ada salik yang mendapat ilmu secara ilham, tetapi
bukan semua ilham itu betul kerana ada juga ilham yang datang dari bisikan
syaitan dan nafsu. Untuk memastikan kebenaran satu-satu ilham itu, seseorang
itu perlu merujuk kepada ajaran al-Qur'an dan Sunnah. Sekiranya ilham tersebut
bertentangan dengan ajaran al-Qur'an dan Sunnah maka ia tidak boleh diikuti.
Untuk merujuk kepada ke dua-dua sumber ini seseorang itu mestilah mempunyai
ilmu tentangnya. Oleh itu ilmu perlu dipelajari terlebih dahulu. Pegangan yang
membuta-tuli terhadap ilham tanpa merujuk kepada ajaran al-Qur'an, Sunnah
dan juga tafsiran atau pendapat para ulama khususnya ulama tasawwuf yang
muktabar menjadi punca utama penyelewengan dan kesesatan di kalangan
pengamal tarekat.

3.0

KEINGINAN UNTUK MENDAPATKAN KEKERAMATAN

Antara masalah lain yang biasa dihadapi oleh segolongan salik ialah adanya
keinginan untuk mencapai kekeramatan. Kekeramatan yang dimaksudkan di sini
ialah kekeramatan zahir (karamah hissiyyah) iaitu perkara yang menyalahi adat
kebiasaan seperti dapat berjalan di atas air, terbang di udara, pergi ke sesuatu
tempat yang jauh dalam masa yang singkat, keluar air dari tempat yang tidak
disangka, mendapat makanan dari sumber yang tidak diketahui, melihat perkara
ghaib dan lain-lain lagi.

Perkara kekeramatan seperti ini bukanlah menjadi tujuan mengamalkan tarekat


dan ini adalah pendirian para ulama tasawwuf. Seorang tokoh ulama tasawwuf
7

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

terkenal iaitu Shaykh Baha' al-Din Shah Naqshaband pernah diminta oleh muridmurid beliau supaya menzahirkan kekeramatan. Sebagai menjawab permintaan
mereka itu beliau menyatakan kami berjalan di atas muka bumi ini di samping
adanya dosa-dosa ini merupakan kekeramatan yang paling besar (alKhani:131).

Salik yang mempunyai keinginan terhadap perkara kekeramatan seperti ini


mungkin akan memperolehinya tetapi dia telah terpesong dari tujuan sebenar
menjalani tarekat iaitu untuk sampai kepada mengenal (ma`rifat) Allah dan
keredaanNya. Tumpuan perhatian salik terhadap perkara kekeramatan seperti ini
akan merosakkan kerohanian salik itu sendiri. Ia adalah hijab yang menjadi
penghalang bagi salik dalam usaha mencapai peningkatan kerohanian ke
peringkat yang lebih tinggi sehingga mencapai ma`rifat.

Kekeramatan zahir bukanlah menjadi ukuran bersihnya hati atau tingginya


kedudukan kerohanian seseorang salik di sisi Allah. Shaykh Ibn `Ata telah
menyatakan tentang perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu Bukanlah
setiap orang yang thabit kekhususannya (dengan dikurniakan kekeramatan
zahir) bererti telah sempurna pembersihan dirinya (dari tuntutan-tuntutan hawa
nafsu) (Ibn `Ajibah:1:159). Apa yang menjadi ukuran dalam perkara ini ialah
ketaqwaan seseorang itu seperti yang dinyatakan dalam al-Qur'an sebagaimana
firman Allah s.w.t:


Maksudnya:
Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertaqwa (al-Hujurat:13).

Shaykh Abu Yazid al-Bistami telah memberikan penegasan tentang perkara ini
dengan berkata "Sekiranya seseorang lelaki itu menghamparkan tempat
sembahyangnya (sejadahnya) di atas air dan duduk bersila di udara, maka
8

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

janganlah kamu semua terpedaya dengannya sehinggalah kamu melihat


bagaimana kedudukannya dalam melaksanakan suruhan dan larangan (Allah)
(al-Tusi:400).

Kekeramatan zahir ini kadang-kadang terjadi pada orang yang tidak sempurna
istiqamahnya. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan kata-kata
hikmah beliau iaitu Kadang-kadang Allah mengurniakan karamah (kekeramatan)
kepada orang yang tidak sempurna istiqamahnya (Abu al-`Ula:1:368).

Bukan setakat itu sahaja malah kadang-kadang perkara yang menyalahi adat
yang menyerupai karamah terjadi juga pada orang yang tidak ada istiqamah
sama-sekali seperti ahli sihir, tukang tilik dan pendita. Ia sebenarnya bukanlah
satu kekeramatan tetapi ia adalah istidraj (terpedaya). Menurut Shaykh Ibn
`Ajibah, kadang-kadang diberikan kekeramatan zahir kepada orang yang belum
bersih dari tuntutan hawa nafsunya. Antara hikmat atau tujuannya ialah:
Pertama, membangkitkan semangatnya untuk beramal setelah ia menjadi lemah
atau menurun. Kedua, mengujinya sama ada dia terhenti setakat itu lalu terhijab
atau dia tidak menghiraukannya lalu dapat hampir dengan Allah (qurb). Ketiga,
menambahkan keyakinan dirinya atau keyakinan orang lain terhadapnya supaya
orang tersebut dapat mengambil faedah darinya (Ibn `Ajibah:1:159).

Oleh itu kekeramatan zahir (karamah hissiyyah) bukanlah menjadi tujuan ahli
tasawwuf. Kekeramatan yang dikehendaki di sisi mereka ialah kekeramatan
maknawi (karamah ma`nawiyyah). Kekeramatan maknawi menurut Shaykh Ibn
`Ajibah, ialah seseorang hamba itu istiqamah dalam mentaati Tuhan, zahir dan
batin, terbuka hijab yang menutupi hati sehingga dapat mengenal Tuhan, berjaya
menguasai diri, berjaya menentang kemahuan hawa nafsu, kuat keyakinan dan
merasa tenteram dan tenang hati dengan mengingati Allah (Ibn `Ajibah:2:72-73).

Kesempurnaan istiqamah ini merujuk kepada dua perkara iaitu betulnya


keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah dan mengikuti apa yang dibawa oleh
9

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Rasulullah s.a.w, zahir dan batin. Shaykh Abu al-Hasan al-Shadhili telah
menyatakan perkara ini dengan berkata Sesungguhnya kedua-duanya adalah
merupakan dua kekeramatan yang merangkumi iaitu kekeramatan iman dengan
bertambahnya keyakinan dan penyaksian matahati dan kekeramatan amal
dengan mencontohi dan mengikuti (Nabi s.a.w) dan menjauhi dakwaan dan
penipuan. Sesiapa yang diberikan kedua-dua perkara ini kemudian dia inginkan
sesuatu yang lain darinya maka dia adalah seorang hamba yang terpedaya dan
penipu (Ibn `Ajibah:2:73).

4.0

TERPENGARUH DENGAN MIMPI DAN KASYAF SURI

Antara masalah sebahagian pengamal tarekat ialah terlalu berpegang dengan


mimpi dan juga perkara yang dikasyafkan kepada mereka tanpa merujuk kepada
pertunjuk al-Qur'an, Sunnah dan juga huraian para ulama khususnya ulama
tasawwuf yang muktabar. Kesilapan salik dalam masalah kasyaf ini terjadi
apabila dikasyafkan kepadanya beberapa keaiban dan kesalahan yang dilakukan
oleh seseorang seperti zina, mencuri dan sebagainya, kemudian dia terus
menuduh orang tersebut dengan berbagai tuduhan tanpa bukti lantaran terlalu
percayakan kasyaf tersebut. Syariat tidak membenarkan seseorang membuat
sebarang tuduhan yang tidak berasaskan bukti nyata sekalipun perkara tersebut
benar-benar terjadi.

Percayakan kasyaf semata-mata tanpa merujuk kepada panduan al-Quran,


hadis dan penjelasan ulama, sering menimbulkan salah sangka yang boleh
mengakibatkan pertengkaran dan permusuhan. Rasulullah s.a.w telah bersabda
melarang amalan buruk sangka ini sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:

10

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Jauhilah (peliharalah) diri kamu dari sangkaan (buruk sangka) kerana


sesungguhnya sangkaan itu adalah percakapan yang paling dusta (alNawawi:436).

Sikap dan tindakan seperti ini adalah satu kesilapan kerana bukan semua
perkara yang dikasyafkan itu betul. Ada juga kasyaf yang tidak betul seperti
kasyaf jin yang biasanya diperolehi oleh ahli sihir, tukang tilik dan orang-orang
yang sepertinya. Ukuran sama ada betul atau tidak sesuatu yang dikasyafkan itu
ialah pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah iaitu sama ada ia bertepatan atau tidak
dengan kedua-dua sumber asas ini. Oleh itu setiap perkara yang dikasyafkan itu
hendaklah dinilai dengan neraca al-Qur'an dan Sunnah. Ini kerana pertunjuk alQur'an dan Sunnah merupakan kebenaran yang terjamin serta tidak ada
keraguan padanya manakala kasyaf pula tidak dijamin kebenarannya. Rasululah
s.a.w telah bersabda menyatakan perkara ini sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:
Aku telah meninggalkan untuk kamu dua himpunan yang mana kamu tidak akan
sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab
Allah (al-Qur'an) dan Sunnahku (al-Samarqandi:439).

Setiap kasyaf yang bertentangan dengan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah, tidak
betul dan tidak boleh diterima. Dalam masalah ini salik dikehendaki supaya
berpegang dengan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah serta menolak sama sekali
kasyaf tersebut. Mengenai perkara ini Shaykh Abu al-Hasan al-Shadhili ada
menegaskan dengan berkata Apabila kasyaf anda bertentangan dengan alQur'an dan Sunnah maka berpeganglah dengan al-Qur'an dan Sunnah dan
tinggalkan kasyaf dan katakan kepada diri anda sesungguhnya Allah menjamin
bagi saya `ismah (terpelihara dari kesilapan) pada al-Qur'an dan Sunnah dan dia
tidak menjaminnya pada kasyaf, ilham dan mushahadah kecuali selepas dinilai
dengan al-Qur'an dan Sunnah (Mahmud:132).
11

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Kasyaf sebenarnya ada dua jenis iaitu kasyaf suri dan kasyaf imani (kasyaf `ilmi
atau kasyaf ma`nawi). Kasyaf suri ialah terbukanya hijab yang menutupi matahati
seseorang sehingga dia dapat mengetahui perkara yang tersembunyi, dapat
melihat dan mendengar sesuatu yang tidak dapat dilihat dan didengar oleh
pancaindera biasa, dapat menyelami alam kerohanian seperti alam jin dan
seumpamanya dan sebagainya lagi. Kasyaf suri ini tidak dikehendaki di sisi ahli
tasawwuf. Manakala kasyaf ma`nawi pula ialah terbukanya hijab yang menutupi
matahati seseorang itu sehingga dia dapat melihat rahsia keagungan Allah
dengan matahatinya. Kasyaf ma`nawi inilah yang dikehendaki di sisi ahli
tasawwuf dan kasyaf inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Shaykh Ibn
`Ata iaitu Dan suatu nur yang mana Allah bukakan (kasyafkan) untuk anda
dengan nur tersebut tentang sifat-sifatNya (Abu al-`Ula:1:317).

Nur tersebut merupakan cahaya keyakinan yang dicampakkan ke dalam hati


yang mana dengannya Allah mengkasyafkan kepada seseorang itu tentang sifatsifatNya yang azali iaitu sifat jamal (keindahan), kamal (kesempurnaan) dan jalal
(keagungan) Allah sehingga dia dapat menyaksikannya dengan pandangan
matahati dan dia tidak memerlukan lagi dalil untuk membuktikannya. Nur yang
terhasil dari tajalli sifat jamal, jalal dan kamal Allah ke atas murid menghasilkan
kasyaf dan dinamakan kasyaf tersebut kasyaf ma`nawi (Abu al-`Ula:1:317).

Kasyaf suri pula kadang-kadang menjadi sebab yang membawa kepada


bencana dan jauhnya seseorang dari Allah s.w.t. Shaykh Ibn `Ata telah
menyatakan perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu Sesiapa yang
dapat melihat rahsia-rahsia hamba dan dia tidak berakhlaq (bersifat) dengan
rahmah ilahiyyah (seperti menutup kesalahan orang yang melakukannya,
berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat, berlemah-lembut kepada orang
yang zalim, memaafkan orang yang jahil, kasihan-belas dan bersifat rahmat
terhadap hamba-hamba Allah dan sebagainya) maka penglihatannya itu adalah

12

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

fitnah (ujian) ke atas dirinya dan menjadi sebab yang mengundang bala
bencana (Ibn `Ajibah:287).

Shaykh Ibn `Ajibah telah menjelaskan kata-kata hikmat Shaykh Ibn `Ata ini
dengan menerangkan bahawa dapat melihat rahsia-rahsia hamba sebelum
mencapai tahap tamkin (keteguhan hati) dalam shuhud (penyaksian batin) dan
tidak berakhlak dengan akhlak Allah adalah menjadi satu fitnah atau musibah
besar. Ini kerana seseorang yang belum mencapai tahap tamkin dalam ma`rifat,
kadang-kadang hatinya sibuk serta terganggu dengan apa yang dikasyafkan itu
sehingga menjadikannya lemah untuk shuhud dan mencapai keteguhan dalam
ma`rifat. Begitu juga selagi hawa nafsu seseorang itu masih hidup dan dia belum
lagi mencapai fana', kadang-kadang dia menganggap kasyaf tersebut sebagai
satu keistimewaan bagi dirinya yang tidak ada pada orang lain sehingga dia
merasa takabbur (angkuh) dan `ujub (bangga diri). Kedua-dua sifat ini adalah
punca maksiat yang menjadikannya jauh dari Allah (Ibn `Ajibah:288).

Keinginan salik untuk mendapatkan kasyaf suri ini adalah satu kesilapan. Salik
yang memberikan tumpuan kepada kasyaf suri tersebut akan terganggu
perjalanan dan peningkatan rohaninya sehingga ia akan terhenti tanpa mencapai
matlamat iaitu mengenal Allah berdasarkan dhawq (rasaan rohani) dan wujdan
(pandangan batin). Apa yang lebih utama bagi salik ialah menumpukan perhatian
kepada keaiban diri sendiri serta berusaha memperbaikinya. Shaykh Ibn `Ata
ada menyatakan tentang perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau iaitu
Keinginan anda untuk melihat keaiban yang tersembunyi dalam diri anda (sifatsifat tercela seperti angkuh, dengki, riya, `ujub dan sebagainya) adalah lebih baik
dari keinginan anda untuk melihat perkara ghaib yang dihijabkan dari diri anda
(Ibn `Ajibah:81).

13

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

5.0

UJUB (BANGGA DIRI) DAN TAKABBUR (ANGKUH)

Antara masalah segolongan pengamal tarekat ialah merasa `ujub (banga diri)
dan takabbur (angkuh). Di kalangan mereka ada yang merasakan diri sudah
bersih, sempurna dan tinggi kedudukan di sisi Allah setelah berjaya mencapai
beberapa tingkatan kerohanian lebih-lebih lagi setelah dikurniakan berbagai
karamah hissiyyah, kasyaf suri dan sebagainya. Lantaran itu salik tersebut
memandang rendah kepada orang lain yang tidak mencapai apa yang telah
dicapainya dan menganggap jiwa mereka masih lagi kotor serta rendah martabat
di sisi Allah.

Salik tersebut sebenarnya sudah lupa kepada ajaran yang terkandung dalam
firman Allah s.w.t yang melarang seseorang itu mensucikan atau menganggap
diri bersih dan sempurna sebagaimana firmanNya:


Maksudnya:
Janganlah kamu mensucikan (menganggap bersih) diri kamu. Dialah (Allah)
yang lebih mengetahui tentang orang yang paling bertaqwa (al-Najm:32).

Dia juga lupa kepada ajaran yang terkandung dalam firman Allah s.w.t yang
melarang seseorang itu menghina atau memandang rendah kepada orang lain
sebagaimana firmanNya:


Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu menghina kaum
lain, boleh jadi mereka (yang dihina) itu lebih baik dari mereka (yang menghina)
(al-Hujurat:11).

14

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Perasaan `ujub ini merupakan satu penyakit rohani yang akan merosakkan
kerohanian salik. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan keburukan sifat
`ujub ini yang merupakan salah satu dari tiga perkara yang boleh merosakkan
dan membinasakan seseorang sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:
Tiga perkara yang membinasakan iaitu sifat kedekut yang dituruti, hawa nafsu
yang dipatuhi dan perasaan `ujub seseorang itu terhadap dirinya (alMuhasibi:336).

Begitu juga sifat takabbur, ia juga merupakan satu penyakit rohani yang boleh
merosakkan kerohanian seseorang salik dan menjauhkannya dari Allah. Orangorang yang bersifat takabbur terhalang dari menyaksikan keagungan Allah
seperti yang dinyatakan dalam firmanNya:


Maksudnya:
Aku akan memalingkan dari (menyaksikan) tanda-tanda (keagunganKu) orangorang yang bersifat takabbur di muka bumi ini tanpa sebenar (al-A`raf:146).

Sifat takabbur inilah yang menghalang seseorang dari mencapai ma`rifat yang
sebenar-benarnya seperti yang diisyaratkan dalam hadis Rasulullah s.a.w:


Maksudnya:
Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi sifat
angkuh (takabbur) (al-Ghazali:142).

15

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Dalam hadis ini dinyatakan bahawa orang yang ada di dalam hatinya perasaan
angkuh, walaupun sedikit, tidak akan dapat memasuki syurga sama ada syurga
yang penuh dengan perhiasan dan kenikmatan (jannah al-zakharif) atau syurga
ma`rifat (jannah al-ma`arif) seperti yang diisyaratkan dalam firman Allah:


Maksudnya:
Dan bagi orang yang takutkan Tuhannya ada dua syurga (iaitu syurga nikmat
dan syurga ma`rifat) (al-Rahman:46).

Sifat takabbur inilah yang menyebabkan syaitan itu dilaknat oleh Allah sehingga
ke hari akhirat dan dihalau dari syurga dalam keadaan terhina. Allah s.w.t telah
berfirman menceritakan tentang kisah ini sebagaimana firmanNya:

. .

Maksudnya:
Allah berfirman Apakah yang menghalang engkau sehingga engkau tidak sujud
ketika Aku menyuruh engkau. Syaitan menjawab Aku lebih baik darinya (Nabi
Adam a.s), Engkau telah menjadikan aku dari api dan Engkau telah
menjadikannya dari tanah. Allah berfirman Keluarlah darinya (syurga), engkau
tidak berhak takabbur di dalamnya, keluarlah, sesungguhnya engkau terdiri dari
kalangan orang-orang yang hina (al-A`raf:12-13).

Perasaan `ujub dan takabbur ini berpunca dari memandang kepada perbuatan
diri (ru'yah al-`amal) iaitu memandang kepada usaha, kekuatan dan ikhtiar
(pilihan) diri. Seseorang salik yang memandang kepada perbuatan dirinya akan
merasakan bahawa dialah yang melakukan amalan ketaatan dan dialah orang
yang paling banyak melakukannya. Dengan amalan ketaatan yang telah
dilakukannya itu, dia berhak mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah. Salik
16

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

tersebut sebenarnya terhijab dari memandang kepada hakikat bahawa segala


sesuatu itu terjadi dengan kurniaan, rahmat, kekuasaan dan kehendak Allah
semata-mata seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:


Maksudnya:
Dan Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan (perbuatan kamu)
(al-Safat:96).

Dalam ayat ini dinyatakan dengan jelas bahawa perbuatan manusia itu adalah
tertakluk dengan qudrah (kekuasaan) dan iradah (kemahuan atau kehendak)
Allah. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda menyatakan hakikat ini sebagaimana
sabda baginda:


Maksudnya:
Tidak ada daya (melakukan ketaatan) dan tidak ada upaya (meninggalkan
kejahatan) kecuali dengan (qudrah dan iradah) Allah (al-Nawawi:2:85).

Memandang kepada perbuatan diri berasaskan keyakinan bahawa ia ciptaan


dirinya menurut Imam al-Ghazali adalah satu kesyirikan kerana perbuatan
manusia pada hakikatnya terjadi dengan kehendak dan kekuasaan Allah
semata-mata. Apa yang ada pada manusia hanyalah usaha (kasb) atau pilihan
(ikhtiyar). Oleh itu, memandang kepada perbuatan diri adalah sesuatu yang
bertentangan dengan hakikat ini. Ini dapat dilihat pada kata-kata beliau iaitu
memandang perbuatan diri adalah syirik kerana perbuatan hamba dinisbahkan
kepada Allah dari sudut mencipta dan mengadakannya dan dinisbahkan kepada
hamba dari sudut usaha untuk diberi pahala atas perbuatan ketaatan dan disiksa
atas perbuatan maksiat (al-Ghazali:6).

17

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Untuk menghapuskan perasaan `ujub dan takabbur, seseorang itu hendaklah


berpegang teguh serta memandang dengan matahati bahawa segala perbuatan
dirinya adalah semata-mata kurniaan Allah yang terjadi dengan qudrah dan
iradahNya. Allah s.w.t telah berfirman menyatakan perkara ini sebagaimana
firmanNya:


Maksudnya:
Katalah (wahai Muhammad), dengan kurniaan dan rahmat Allah, maka dengan
yang demikian itu hendaklah mereka bergembira, ia lebih baik dari apa
(kekayaan) yang mereka himpunkan (Yunus:58).

6.0

MEMISAHKAN DI ANTARA SYARIAT DENGAN HAKIKAT

Satu lagi masalah lain yang berlaku di kalangan segolongan pengamal tarekat
ialah tidak mahu melakukan amal ibadah atau melaksanakan syariat zahir
dengan anggapan bahawa ia hanyalah kulit semata-mata. Isinya ialah hakikat
dan ma`rifat yang mereka sangkakan telah sampai kepada hakikat dan ma`rifat
tersebut. Mereka menyangka telah sampai ke tahap yang tinggi dalam
perkembangan kerohanian kerana itu tidak perlu lagi bersusah-payah melakukan
amal ibadah. Bukan setakat itu sahaja malah mereka memandang rendah
kepada orang yang mengamalkan syariat. Bagi mereka, zikir sahaja sudah
mencukupi bagi menggantikan amal ibadah kerana tujuan melakukan amal
ibadah itu ialah untuk mengingati Allah.

Salik yang beranggapan seperti ini sebenarnya terkeliru dalam memahami


beberapa dalil al-Qur'an dan Hadis. Dia tersilap dalam memahami firman Allah
s.w.t:


18

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Maksudnya:
Dan sembahlah (beribadahlah) kepada Tuhanmu sehingga engkau didatangi apa
yang diyakini (mati) (al-Hijr:99).

Dia memahami bahawa seseorang itu dikehendaki beribadah kepada Allah


sehingga mencapai keyakinan. Apabila seseorang itu telah mencapai keyakinan
tersebut maka dia tidak perlu lagi melakukan amal ibadah. Tafsiran seperti ini
bertentangan dengan apa yang telah disepakati oleh para ulama yang
menafsirkan perkataan al-yaqin dalam ayat tersebut dengan makna al-ajal
(kematian).Dia juga tersilap dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w iaitu:


Maksudnya:
Sesungguhnya semua amalan berasaskan niat dan sesungguhnya bagi setiap
orang itu menurut apa yang diniatkannya (al-Nawawi:4).

Dia memahami bahawa apa yang menjadi ukuran ialah niat. Oleh itu dia
beranggapan bahawa seseorang akan mendapat ganjaran apabila berniat
hendak melakukan sesuatu kebaikan, walaupun tanpa melakukan amalan yang
diniatkan. Baginya, niat sahaja sudah cukup bagi menggantikan amal dan dia
tidak perlu lagi bersusahpayah melakukan amal ibadah tersebut.

Anggapan seperti ini adalah satu kesilapan besar. Ini telah ditegaskan oleh
seorang tokoh tasawwuf terkenal, Shaykh Junayd al-Baghdadi. Pernah terjadi
dalam satu peristiwa di mana seorang lelaki menyebut tentang ma`rifat di
hadapan beliau dengan berkata bahawa ahli ma`rifat akan sampai ke peringkat
meninggalkan pergerakan-pergerakan (amalan zahir) yang termasuk dalam
perkara kebaikan dan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah s.w.t. Lalu
Shaykh Junayd menjelaskan kesilapan kata-kata lelaki tersebut dengan berkata
bahawa sesungguhnya ini adalah kata-kata satu kaum (golongan) yang
memperkatakan tentang gugurnya amalan (tidak perlu melakukan amalan zahir).
19

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Ia di sisiku adalah satu kesalahan yang sangat berat. Orang yang mencuri dan
berzina adalah lebih baik keadaannya berbanding orang yang berkata demikian
(Mahmud:131).

Anggapan seperti ini bertentangan dengan prinsip ilmu tasawwuf itu sendiri yang
menjadikan pertunjuk al-Qur'an dan Sunnah sebagai dasar atau rujukan
sebagaimana yang telah ditegaskan oleh tokoh-tokoh tasawwuf terkenal seperti
Sahl al-Tustari. Beliau pernah menegaskan tentang perkara ini dengan berkata
bahawa asas-asas tarekat kami ada tujuh iaitu berpegang dengan al-Qur'an,
mengikuti Sunnah... (Mahmud:130).

Tanpa mengikuti pertunjuk al-Qur'an dan mencontohi sirah atau perjalanan


Rasulullah s.a.w seseorang itu tidak akan sampai kepada hakikat dan ma`rifat
seperti yang dikehendaki dalam ajaran ilmu tasawwuf. Shaykh Junayd alBaghdadi telah menegaskan tentang perkara ini dengan berkata bahawa jalanjalan semuanya tertutup ke atas makhluk kecuali orang yang menjejaki
peninggalan Rasulullah s.a.w, mengikuti Sunnah baginda dan melazimi tarekat
baginda (Mahmud:131).

Imam al-Ghazali pula menjelaskan bahawa tanda orang yang benar dalam
menjalani jalan Allah ialah semua gerak gerinya itu berpandukan ajaran alQur'an dan juga Sunnah. Ini dapat dilihat dari kata-kata beliau iaitu semua
perbuatannya yang ikhtiyariyyah diukur dengan neraca syara` dan menurut
ketetapannya sama ada menyimpan sesuatu atau mengeluarkannya, mara atau
mundur dan sebagainya. Ini kerana seseorang itu tidak dapat menjalani jalan ini
kecuali setelah menghiaskan diri dengan semua akhlak dan amalan syariat yang
terpuji (Mahmud:131).

Hakikat tidak dapat dipisahkan daripada syariat. Orang yang berpegang dengan
hakikat semata-mata tanpa mengamalkan syariat adalah tidak betul begitu juga
orang yang beramal dengan syariat semata-mata tanpa memahami dan
20

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

berpegang dengan hakikat adalah tidak betul. Mengenai perkara ini Imam alQushairi telah menegaskan dengan berkata bahawa syariat itu adalah perintah
supaya melaksanakan `ubudiyyah (kehambaan diri) dan hakikat itu adalah
mushahadah (menyaksikan) rububiyyah (sifat-sifat ketuhanan). Setiap syariat
yang tidak disokong dengan hakikat maka ia tidak diterima dan setiap hakikat
yang tidak dikuatkan dengan syariat maka ia tidak berhasil (al-Qushayri:82).

7.0

MENINGGALKAN USAHA

Di antara masalah segolongan pengamal tarekat ialah sikap tidak mahu


berusaha mencari rezeki yang halal dengan alasan bertawakkal kepada Allah,
sedangkan mereka masih lagi berada pada maqam asbab (sebab musabbab) di
mana mereka masih lagi memerlukan malah berkewajiban berusaha mencari
rezeki yang halal di samping bertawakkal kepada Allah yang menjadikan asbab
tersebut. Lantaran itu mereka meninggalkan kerja mencari rezeki yang halal dan
membiarkan isteri dan anak-anak mereka berada dalam keadaan kelaparan
malah ada di antara mereka yang meminta-minta dari orang lain. Mereka lupa
kepada kewajiban mencari rezeki yang terkandung dalam hadis Rasulullah s.a.w
iaitu:


Maksudnya:
Cukuplah dikira sebagai dosa bahawa seseorang itu tidak memberi nafkah
kepada orang wajib ke atasnya memberi nafkah (kepadanya) (al-Nawawi:111).

Lainlah keadaannya jika sekiranya seseorang salik itu berada pada maqam tajrid
di mana orang yang berada pada maqam tersebut tidak lagi berkewajiban
berusaha mencari rezeki. Orang yang berada pada maqam tajrid (mutajarrid)
ialah orang yang sudah terlepas, zahir dan batinnya, dari ikatan asbab di mana
dia mempunyai keyakinan kuat yang tidak dapat digoncangkan oleh sebarang
kesusahan dan kesempitan hidup, bersifat sabar dan tidak mengeluh ketika
21

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

menghadapi kepayahan, tidak meminta-minta dari manusia dan tidak ada nafkah
wajib ke atas dirinya atau dia ada nafkah wajib tetapi orang yang dinafkahkan itu
rela dengan keadaan tersebut dan dia juga sepertinya (Abu al-`Ula:1:66).
Peningkatan seseorang salik ke maqam tajrid ini menurut Shaykh Ibn `Ajibah,
berlaku dengan ketentuan Allah menerusi perintah shaykh atau isyarat jelas
yang menunjukkan bahawa dia sudah berada pada maqam tersebut (Ibn
`Ajibah:16).

Salik yang berada pada maqam asbab (mutasabbib) tetapi dia berkeinginan dan
berusaha meletakkan dirinya pada maqam tajrid adalah satu kesilapan dan salah
adab terhadap Allah. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan perkara ini dengan katakata hikmat beliau iaitu kemahuan anda untuk bertajrid sedangkan Allah
meletakkan anda pada maqam asbab adalah keinginan nafsu (syahwat) yang
tersembunyi (Ibn `Ajibah:15).

Menurut Shaykh Ibn `Ajibah, kemahuan nafsu tersembunyi yang terdapat di


sebalik keinginan dan usaha seseorang untuk melakukan tajrid, sedangkan Allah
meletakkannya pada maqam asbab, adalah kerana tujuan orang tersebut ialah
untuk mendapatkan kerehatan diri. Di samping itu, dia tidak memiliki keyakinan
kuat yang dapat menghadapi serta menanggung kepayahan atau kesusahan
hidup. Apabila dia menghadapi kepayahan, keyakinannya akan tergoncang dan
terus kembali kepada asbab. Ini adalah perkara yang lebih buruk baginya
berbanding berada pada maqam asbab (Ibn `Ajibah:16).

Salik tersebut sebenarnya terkeliru dalam memahami konsep tawakkal di mana


dia menyangka bahawa tawakkal yang sebenar-benarnya ialah semata-mata
menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah tanpa berusaha. Baginya usaha
berlawanan dengan konsep tawakkal yang sebenar seperti yang difahaminya.
Fahaman seperti ini tidak bertepatan dengan ajaran al-Qur'an dan sunnah.
Memang benar Allah telah menjamin rezeki makhluknya sebagaimana yang
dinyatakan dalam firmanNya iaitu:
22

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor


Maksudnya:
Dan tidak ada seekor binatang melata pun di atas muka bumi ini melainkan Allah
akan memberi rezeki kepadanya (Hud:6).

Allah s.w.t juga menyuruh orang-orang yang beriman supaya bertawakkal


kepadaNya dengan sebenar-benarnya seperti yang dinyatakan dalam firmanNya
iaitu:


Maksudnya:
Dan kepada Allah (sahajalah) hendaklah orang-orang yang beriman itu
bertawakkal (berserah diri) (Ibrahim:11).

Namun ini bukanlah bererti seseorang itu tidak perlu berusaha sama sekali bagi
mendapatkan rezeki kerana Allah juga menyuruh orang-orang yang beriman
supaya berusaha mencari rezeki kurniaan Allah itu sebagaimana yang
dinyatakan dalam firmanNya iaitu:


Maksudnya:
Maka apabila kamu telah selesai menunaikan solat maka bertebaranlah di muka
bumi ini dan carilah sebahagian dari kurniaan Allah (al-Jum`ah:10).

Hakikat tawakkal menurut Shah Wali Allah al-Dahlawi, ialah penguasaan


keyakinan ke atas diri seseorang sehingga lemah segala usahanya untuk
mendapatkan

sesuatu

yang

bermanfaat

dan

menolak

sesuatu

yang

memudaratkan, tetapi dia tetap berusaha di samping tidak bergantung dengan


usahanya itu. Ini kerana kesan tawakkal itu ialah meninggalkan sebab yang
23

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

ditegah oleh syariat bukannya meninggalkan sebab yang ditetapkan dan


dibenarkan oleh Allah untuk hambaNya (al-Dahlawi:615). Ini telah dijelaskan
dalam hadis Rasulullah s.a.w iaitu:



Maksudnya:
Akan masuk syurga dari kalangan umatku seramai tujuh puluh ribu tanpa hisab.
Mereka ialah orang-orang yang tidak menggunakan jampi serapah (yang
dilarang), tidak menenung nasib dan tidak menggunakan kaedah rawatan iktiwa
(pemanasan yang dimakruhkan) dan kepada tuhan merekalah mereka
bertawakkal (al-Nawawi:38).

Mengambil kira sebab musabbab atau berusaha tidaklah menafikan atau


bertentangan dengan hakikat tawakkal kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:


Maksudnya:
Maka bertaqwalah kepada Allah dan beradablah (terhadap Allah dan
berserahlah kepadaNya) dalam menuntut (al-Iskandari:89).

Rasulullah s.a.w membenarkan dan mengharuskan menuntut atau mencari


sesuatu berasaskan sebab musabbabnya namun ia hendaklah dilakukan dengan
penuh adab iaitu mengambil kira halal haram dan meyakini bahawa ia adalah
kurniaanNya. Sekiranya pencarian dan usaha itu berlawanan dengan hakikat
tawakkal maka baginda tidak akan mengharuskannya.

24

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

8.0

TIDAK MAHU BERCAMPUR DENGAN MASYARAKAT

Memencilkan diri dan tidak mahu bercampur dengan masyarakat sama sekali
merupakan satu masalah yang berlaku di kalangan sebahagian pengamal
tarekat. Di antara mereka ada yang tidak mahu bermuamalah dengan anggota
masyarakat, tidak mahu melaksanakan solat secara berjamaah, tidak menghadiri
solat jumat, tidak mahu menghadiri majlis ilmu yang diadakan, tidak mahu
tolong-menolong

dalam

melaksanakan

perkara

kebaikan,

tidak

mahu

mengeratkan hubungan persaudaraan dan sebagainya.

Pergaulan bersama manusia bukanlah bermaksud bercampur atau bersahabat


dengan orang jahat yang buruk perangainya dan tolong-menolong bersama
mereka dalam melakukan perkara kejahatan, kemungkaran dan seumpamanya.
Apa yang dimaksudkan dengan pergaulan itu sebagaimana menurut Imam alNawawi, ialah menghadiri solat jumat, solat berjamaah, tempat kebaikan dan
majlis zikir, melawat yang sakit, menghadiri jenazah, membantu yang
memerlukan,

menunjuk-ajar

kepada

yang

tidak

berilmu

dan

maslahat

masyarakat yang lain bagi orang yang mampu melakukan amr ma`ruf dan nahy
munkar, mengelakkan diri dari menyakiti dan bersabar terhadap karenah orang
ramai (al-Nawawi:208).

Menurut Imam al-Nawawi lagi, bercampur dengan manusia seperti ini adalah
menjadi pilihan utama di mana Rasulullah s.a.w, para nabi a.s, al-khulafa' alrashidun, para sahabat dan tabi`in selepas mereka, para ulama dan juga orangorang Islam yang baik memilih pendirian ini. Ia adalah mazhab kebanyakan
tabi`in dan orang-orang selepas mereka. Ia juga merupakan pendapat Imam alShafi`i, Imam Ahmad dan kebanyakan ahli feqah (al-Nawawi:208). Rasulullah
s.a.w telah bersabda menyatakan tentang kelebihan bercampur dengan manusia
ini sebagaimana sabda baginda:

25

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor



Maksudnya:
Orang mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar terhadap
karenah mereka adalah lebih baik dari mukmin yang tidak bercampur dengan
mereka dan tidak bersabar terhadap karenah mereka dan pada kedua-duanya
ada kebaikan (al-Sahrawardi:34).

Memang betul zaman ini merupakan zaman fitnah seperti yang telah dinyatakan
sifat-sifatnya oleh Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh
`Abd Allah ibn Mas`ud di mana beliau menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w
telah bersabda kepada al-Harth ibn `Umayrah sebagaimana sabda baginda iaitu:



Maksudnya:
Sekiranya dipanjangkan umur anda maka akan datang satu zaman (yang mana
pada zaman itu) pemidatunya ramai tetapi ulamanya kurang, orang yang
meminta ramai tetapi orang yang memberi kurang, hawa nafsulah yang
memimpin ilmu pada zaman itu.

Kemudian baginda ditanya tentang bilakah akan berlaku yang demikian itu. Lalu
baginda menjawab dengan sabda baginda:


Maksudnya:
Iaitu apabila solat dimatikan (tidak lagi didirikan), rasuah diterima, agama dijual
dengan dunia yang berharga murah, maka carilah keselamatan, carilah
keselamatan (al-Ghazali:34).

26

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Dalam sebuah hadis yang lain pula, `Abd Allah ibn Amr ibn al-`As telah
menceritakan bahawa ketika beliau bersama-sama dengan sekumpulan para
sahabat berada di sekeliling Nabi s.a.w, tiba-tiba disebut (ditanya) tentang fitnah,
lalu baginda menjawab dengan sabda baginda iaitu:
( (
Maksudnya:
Apabila kamu melihat manusia di mana janji mereka tidak ditepati dan amanah
mereka diringan-ringankan dan mereka seperti ini (di mana Rasulullah s.a.w
menghimpunkan jari kedua-dua belah tangannya yang bermaksud mereka sudah
bercampur aduk).

Beliau kemudiannya bertanya baginda tentang apakah yang sepatutnya beliau


lakukan ketika zahirnya tanda-tanda zaman fitnah itu, lalu baginda menjawab
dengan sabda baginda:

Maksudnya:
Biasakan diri anda berada di rumah, tahanlah lidah anda (jagalah percakapan),
ambillah apa yang anda tahu (kedudukannya) dan tinggalkanlah apa yang anda
tidak mengetahuinya, hendaklah anda menunaikan perkara yang khusus untuk
diri anda dan tinggalkanlah urusan umum (masyarakat) (al-Ghazali:34).

Tanda-tanda zaman fitnah seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w
ini, sudah jelas kelihatan pada zaman ini. Saranan Rasulullah s.a.w kepada para
sahabat bagi menghadapi zaman fitnah tersebut ialah supaya beruzlah atau
mengasingkan

diri

dengan

cara

membiasakan

diri

duduk

di

rumah,

mengurangkan percakapan dengan manusia, meninggalkan perkara-perkara

27

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

yang

syubhah

(diragukan),

menunaikan

kewajiban-kewajiban

diri

dan

meninggalkan urusan umum iaitu urusan masyarakat.

Meskipun uzlah itu dituntut pada zaman fitnah ini, namun uzlah seperti yang
dilakukan oleh sebahagian pengamal tarekat tidak menepati hukum dan juga ciriciri uzlah seperti yang dijelaskan oleh para ulama tasawwuf yang muktabar.

Imam al-Ghazali telah memberikan penjelasan yang begitu terang mengenai


uzlah ini dengan menerangkan hukum melakukan uzlah dan juga ciri-cirinya.
Dalam masalah ini beliau telah membahagikan manusia kepada dua golongan.
Golongan pertama ialah orang yang tidak diperlukan oleh masyarakat dalam
masalah pengajaran ilmu dan penjelasan hukum-hukum agama. Apa yang lebih
utama bagi orang seperti ini ialah beruzlah (al-tafarrud) atau mengasingkan diri
dari masyarakat tersebut di mana dia tidak mencampuri mereka kecuali dalam
beberapa perkara seperti mengerjakan solat jumat, solat berjamaah, solat
hariraya, mengerjakan haji, menghadiri majlis ilmu agama atau kerana mencari
keperluan hidup (al-Ghazali:37).

Sekiranya seseorang itu mahu mengasingkan diri sama sekali dari manusia di
mana dia tidak mencampuri mereka dalam mana-mana urusan sekalipun, sama
ada urusan agama, dunia, solat jumat, solat berjamaah dan sebagainya, kerana
sesuatu kebaikan (maslahah) bagi dirinya yang dapat dilihatnya, maka dia tidak
boleh melakukannya kecuali dengan adanya salah satu dari dua perkara.
Pertama, dia pergi ke suatu tempat yang jauh dari manusia di mana tidak
terkena lagi ke atas dirinya kewajiban tersebut seperti di puncak bukit, di tengah
lembah dan seumpamanya. Kedua, dia benar-benar yakin bahawa kemudaratan
yang akan menimpanya dalam pergaulan dengan masyarakat dengan sebab
melaksanakan kewajiban itu adalah lebih besar berbanding meninggalkan
kewajiban tersebut (al-Ghazali:37).

28

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Jika sekiranya dia mempunyai salah satu dari dua perkara ini maka dia dikira
sebagai mempunyai keuzuran dan dibolehkan bagi melakukan uzlah tersebut.
Tetapi, jalan pertengahan dalam masalah ini menurut Imam al-Ghazali, ialah
jalan yang pertama iaitu menyertai atau bercampur dengan masyarakat dalam
melaksanakan solat jumat, solat berjamaah dan juga perkara kebaikan lain dan
memisahkan diri dari mereka itu dalam perkara-perkara yang lain dari itu (alGhazali:37).

Golongan kedua ialah orang yang menjadi ikutan dalam masalah ilmu di mana
masyarakat memerlukannya dalam urusan agama mereka bagi menjelaskan
kebenaran, menolak perkara bidah, menyeru kepada kebaikan, sama ada
dengan perbuatan atau kata-kata dan seumpamanya. Orang seperti ini tidak
boleh beruzlah dari manusia bahkan dia hendaklah meletakkan dirinya di
kalangan mereka dengan menasihati mereka, memelihara dan mempertahankan
agama dan menjelaskan hukum Allah kepada mereka (al-Ghazali:38). Dia tidak
boleh melakukan uzlah sama sekali kerana dia tergolong dalam golongan orangorang yang berkewajiban menyatakan kebenaran. Ini kerana, dalam sesebuah
masyarakat itu mesti ada satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan,
menyuruh melakukan perkara ma`ruf dan mencegah perkara mungkar. Allah
s.w.t telah berfirman menyatakan perkara ini sebagaimana firmanNya iaitu:


Maksudnya:
Hendaklah ada dari kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada
kebaikan, menyuruh perkara ma`ruf dan melarang perkara mungkar (Alu
`Imran:104).

Seseorang yang berilmu, tetapi mendiamkan diri sahaja, tanpa berusaha


membendung perkara-perkara bidah yang berleluasa di kalangan masyarakat,
akan menerima akibat buruk. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan
perkara ini sebagaimana sabda baginda:
29

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor


Maksudnya:
Apabila telah zahir perkara-perkara bidah dan orang yang berilmu hanya
mendiamkan diri maka dia mendapat laknat Allah (al-Ghazali:38).

9.0

MENCERITAKAN PENGALAMAN KEROHANIAN

Antara masalah lain yang berlaku di kalangan sebahagian pengamal tarekat


ialah menceritakan pengalaman kerohanian yang dilalui seperti kekeramatan
yang perolehi, maqam yang dicapai dan juga ma`rifat serta rahsia ketuhanan
yang dibukakan, kepada orang yang bukan ahli yang dapat memahaminya
dengan betul. Seseorang salik itu tidak sepatutnya memberitahu atau
menceritakan pengalaman kerohanian yang dialami kepada orang lain kecuali
shaykh yang memimpinnya.

Perbuatan menceritakan perkara tersebut bertentangan dengan kaedah yang


telah ditetapkan oleh para ulama tasawwuf. Perbuatan tersebut juga boleh
merosakkan kerohanian salik itu sendiri. Shaykh Ibn `Ata telah menyatakan
perkara ini dengan berkata tidak sewajarnya bagi seseorang salik itu
menceritakan waridat yang diperolehinya kerana yang demikian itu akan
mengurangkan kesan atau fungsinya terhadap hati dan menghalang kewujudan
sifat benar terhadap Tuhan (Abu al-`Ula:2:385).

Di samping itu, ia menunjukkan kejahilan seseorang salik itu sendiri seperti yang
disebut oleh Shaykh Ibn `Ata tentang perkara ini dengan kata-kata hikmat beliau
iaitu sesiapa yang anda melihatnya menjawab setiap apa yang ditanya,
menta`birkan setiap apa yang disaksikannya dan menyebut setiap apa yang
diketahuinya maka hendaklah anda menjadikan yang demikian itu sebagai dalil
yang menunjukkan kejahilannya (Abu al-`Ula:2:195).
30

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Perbuatan tersebut juga berlawanan dengan ajaran yang terdapat dalam hadis
Rasulullah s.a.w yang menghendaki seseorang itu hanya menceritakan atau
menyatakan sesuatu perkara yang dapat diterima oleh akal orang yang
mendengarnya sahaja sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:
Kami, para nabi, diperintahkan supaya bercakap (mengajarkan) kepada manusia
sekadar kemampuan akal mereka (al-Sahrawardi:23).

Sayyiduna `Ali juga ada menyebut tentang perkara ini dengan kata-kata beliau
iaitu:


Maksudnya:
Berbicaralah kepada manusia apa yang mereka ketahui. Adakah anda suka
sekiranya Allah dan rasulNya didustakan? (Ibn Kathir:4:501).

Para ulama tasawwuf telah menjelaskan beberapa sebab mengapa salik dilarang
menjelaskan atau menceritakan pengalaman kerohaniannya. Antaranya ialah
kerana perkara tersebut merupakan rasaan rohani dan juga rahsia ketuhanan
yang mana orang yang bukan ahlinya tidak dapat memahaminya dengan baik.
Shaykh Ibn `Ajibah telah menyatakan perkara ini dengan berkata ini kerana
perkara tersebut merupakan rasaan rohani (adhwaq batiniyyah) dan rahsia
ketuhanan (asrar rabbaniyyah) yang tidak dapat difahami kecuali ahlinya maka
menyebutnya kepada orang yang tidak memahaminya dan tidak merasainya
bererti jahil tentang nilainya (Ibn `Ajibah:144).

Ini kerana, seseorang salik yang mengalami peningkatan kerohanian yang baik,
akan sampai ke suatu peringkat di mana dia tidak dapat menjelaskan sama
sekali

keadaan

yang

dialaminya

itu.

Jika

sekiranya

dia

cuba

untuk
31

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

menjelaskannya maka kata-katanya itu akan mengandungi kesilapan yang


sangat jelas dan orang yang mendengarnya pula akan tersilap faham dengan
kata-katanya itu. Imam al-Ghazali telah menyatakan perkara ini dengan berkata
kemudian keadaan akan meningkat lagi dari menyaksikan gambaran dan
misalan ke suatu tingkatan yang mana ruangan percakapan menjadi sempit
untuk menjelaskannya (tidak dapat dijelaskan) maka orang yang cuba untuk
menjelaskannya, kata-katanya itu mengandungi kesalahan yang jelas yang tidak
dapat dihindari (Mahmud:378-379).

Perbuatan menceritakan pengalaman kerohanian ini akan menyebabkan orang


yang mendengar menginkgarinya. Rasulullah s.a.w telah bersabda menyatakan
perkara ini sebagaimana sabda baginda:


Maksudnya:
Sesungguhnya ada di antara ilmu itu seperti mutiara tersembunyi yang tidak
dapat diketahui kecuali oleh ulama billah. Apabila mereka menzahirkan ilmu
tersebut maka orang yang terpedaya akan mengingkarinya (Ibn `Ajibah:145).

Tindakan tersebut juga akan menimbulkan berbagai fitnah di kalangan


masyarakat. Mengenai perkara ini, Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib k.w.h ada
menyatakannya dengan kata-kata beliau iaitu:


Maksudnya:
Anda tidak memperkatakan kepada suatu kaum itu sesuatu perkara yang mana
akal mereka tidak mampu memahaminya melainkan ia menjadi fitnah bagi
sebahagian mereka (Ibn Kathir:4:501).

Di antara mereka mungkin ada yang akan menghukumnya sebagai sesat, kufur,
zindiq dan seumpamanya. Imam Zayn al-`Abidin, `Ali ibn al-Husayn ibn `Ali ibn
32

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Abi Talib, telah mengungkapkan beberapa rangkap syair bagi menjelaskan


tentang fitnah yang akan menimpa dirinya sekiranya dia cuba menzahirkan
perkara tersebut itu sebagaimana syair beliau iaitu sesungguhnya aku pasti
akan menyembunyikan permata (hakikat) ilmuku supaya orang yang jahil tidak
melihatnya (mengetahuinya) sehingga dia terfitnah. Sesungguhnya Abu Hasan
(`Ali) telah mendahului dalam (membicarakan) perkara ini kepada Husayn dan
dia telah berwasiat sebelumnya kepada Hasan. Hai, berapa banyak permata
(hakikat) ilmu ini, sekiranya aku nyatakannya (zahirkannya) akan dikatakan
kepadaku Anda adalah antara orang yang menyembah berhala. Orang-orang
Islam akan menghalalkan darahku, mereka melihat perkara yang paling buruk
mereka lakukan itu sebagai satu kebaikan (al-Ghazali:7).

Abu Hurayrah r.a juga ada menyatakan tentang perkara yang sama
sebagaimana kata-kata beliau:



Maksudnya:
Aku menghafal dari Rasulullah s.a.w dua karung ilmu. Salah satu darinya aku
sebarkannya di kalangan manusia dan yang satu lagi, sekiranya aku
sebarkannya nescaya akan dipotong leherku ini (dibunuh) (Ibn `Ajibah:145).

Sebab kedua ialah perkara tersebut merupakan amanah dan rahsia Allah. Orang
yang mendedahkan rahsia Allah itu akan mendapat balasan dan dihalau dari
hadrat Allah. Dia juga tidak akan memperolehinya lagi selepas itu. Shaykh Ibn
`Ajibah telah menyatakan perkara ini dengan berkata bahawa ia adalah amanah
dan suatu rahsia dari rahsia-rahsia Allah dan rahsia Allah itu tidak boleh
dibongkarkan (didedahkan). Sesiapa yang membongkarnya maka dia adalah
pengkhianat dan berhak untuk dihalau serta mendapat kemurkaan dan tidak
sesuai lagi untuk menjadi pemegang amanah selepas itu (Ibn `Ajibah:144).
33

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

Sebab ketiga ialah menyatakan perkara tersebut akan menjadikannya kurang


berkesan terhadap diri atau batin salik itu sendiri. Ini kerana tujuan atau faedah
ahwal atau waridat itu ialah untuk menguatkan keyakinan salik dan
menghapuskan keraguan yang ada dalam hatinya. Dengan memberitahu kepada
orang lain, menjadikannya kurang berkesan terhadap dirin. Ini telah dinyatakan
oleh Shaykh Ibn `Ajibah sebagaimana kata-kata beliau iaitu membongkarkan
perkara tersebut akan menyebabkan kurang fungsi dan manfaatnya kerana
faedah ahwal dan waridat ilahiyyah itu ialah menghapuskan sesuatu yang
bersifat

kebendaan

dan

menzahirkan

sesuatu

yang

maknawi

atau

menghapuskan keraguan dan menguatkan keyakinan. Apabila seseorang itu


membongkarnya maka fungsinya akan menjadi lemah dan natijahnya menjadi
kurang (Ibn `Ajibah:144).

Sebab keempat ialah dalam menempuh ahwal tersebut sedikit demi sedikit adat
kebiasaan nafsu akan terhapus. Sesiapa yang berjaya menghapuskan
kebiasaan nafsu tersebut, janganlah dia memberitahunya kepada orang lain,
kerana dengan melakukan perkara demikian bererti dia menghidupkan atau
membangkitkan kembali nafsu tersebut. Ini kerana sifat nafsu itu memang suka
dipuji atau disanjung. Dengan sebab memberitahu kepada orang lain, dia akan
mendapat pujian. Ini bererti dia menghidupkan kembali nafsu itu. Di samping itu
melakukan perkara demikian juga dapat mengurangkan keikhlasan serta
memasukkan riya' ke dalam hati yang mana ia adalah sebab kebinasaan diri (Ibn
`Ajibah:144).

10.0

PENUTUP

Ini adalah sebahagian dari masalah yang terjadi di kalangan sebahagian


pengamal tarekat. Walau bagaimanapun di sana masih ada beberapa masalah
lain lagi yang tidak dijelaskan di sini seperti masalah dakwaan menjadi wali besar
dan Imam al-Mahdi, masalah perbomohan dan penggunaan kaedah rawatan
yang meragukan, masalah guru mengambil kesempatan dan habuan duniawi
34

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

atas kepatuhan para murid, masalah kepatuhan dan keyakinan melampau para
murid terhadap guru dan sebagainya. Semua perkara ini boleh menyumbang
kepada penyelewengan di kalangan pengamal tarekat kalau tidak diperbetulkan
dan ditangani dengan baik. Ia secara tidak langsung boleh merosakkan dan
memburukkan imej tasawwuf yang merupakan sebahagian dari ilmu Islam.

35

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

11.0

RUJUKAN

al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. 1989. Minhaj al-`Abidin. Bayrut: Dar alJayl.
al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. t.th. Mukashafat al-Qulub. Qahirah: alMaktabah al-Tawfiqiyyah.
al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. 1986 M./ 1406 H. Mukhtasar Ihya `Ulum
al-Din. Bayrut: Muassasah al-Kutub al-Thaqafiyyah & Dar al-Fikr.
al-Ghazali, Muhammad ibn Muhammad. 1986 M/ 1406 H. Rawdat al-Talibin wa
`Umdat al-Salikin. Dlm. Majmu`at Rasail al-Imam al-Ghazali. Bayrut: Dar alKutub al-`Ilmiyyah.
Mahmud, `Abd al-Halim. t.th. Qadiyyat al-Tasawwuf: al-Munqidh min al-Dalal.
Qahirah: Dar al-Ma`rifah.
al-Jaylani, `Abd al-Qadir. 1968. Al-Fath al-Rabbani wa al-Fayd al-Rahmani.
Qahirah: Maktabah wa Matba`ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladihi.
al-`Asqalani, Ahmad ibn `Ali ibn Hajar. 1379. Fath al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari.
Bayrut: Dar al-Ma`rifah.
al-Samarqandi, Nasr ibn Muhammad. 1986 M/ 1406 H. Tanbih al-Ghafilin.
Bayrut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
al-Khani, `Abd al-Majid ibn Muhammad. 1306. Al-Hada'iq al-Wardiyyah fi Haqa'iq
Ajilla al-Naqshabandiyyah. Damshiq: t.pt.
Ibn `Ajibah, Ahmad. 1983 M/1403 H. Iqaz al-Himam fi Sharh al-Hikam. Bayrut:
Dar al-Kitab al-`Arabi.
al-Tusi, Abu Nasr al-Sarraj. 1960. Al-Luma` fi al-Tasawwuf. Qahirah: Dar alKutub al-Hadithah, Baghdad: Maktabah al-Mathna.
Abu al-`Ula, Muhammad Mustafa. t.th. Sharh al-Hikam: Min `Ata' Allah. Qahirah:
Dar al-Taba`ah al-Muhammadiyyah.
al-Nawawi, Yahya ibn Sharf. t.th. Riyad al-Salihin. Qahirah: Matba`ah al-Anwar
al-Muhammadiyyah.
al-Nawawi, Yahya ibn Sharf. t.th. Sharh Sahih Muslim. Qahirah: Dar al-Rayyan.

36

Seminar Tarikat Sufiyyah : Isu Dan Permasalahan Di Negeri Selangor


Jabatan Agama Islam Selangor

al-Khani, Muhammad ibn `Abd Allah. 1989 M/ 1409 H. al-Bahjah al-Saniyyah fi


Adab al-Tariqah al-`Aliyyah al-Khalidiyyah al-Naqshabandiyyah. Yayinidir,
Turkey: Waqf al-Ikhlas.
al-Qushayri, `Abd al-Karim ibn Hawazin. 1990. al-Risalah al-Qushayriyyah.
Bayrut: Dar al-Jayl.
al-Dahlawi, Ahmad ibn `Abd al-Rahim. t.th. Hujjat Allah al-Balighah. al-Qahirah:
Dar al-Kutub al-Hadithah, Baghdad: Maktabah al-Mathna.
Al-Muhasibi, al-Harith ibn Asad. 1405 H./1985 M. al-Ri`ayah Li Huquq Allah.
Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah.
Al-Iskandari, Ahmad ibn `Ata Allah. T.th. al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir. T.tp: t.pt.
Al-Sahrawardi, `Abd al-Qahir. T.th. Adab al-Muridin. T.tp: t.pt.
Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma`il. t.th. Tafsir ibn Kathir. t.tp: Dar al-Manar.
Al-Suyuti, Jalal al-Din. T.th. Sharh Sunan Ibn Majah. Karachi: Qadimi Kutub
Khanah.

37