Anda di halaman 1dari 20

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

MODUL 5.1 : 5.1.1 & 5.1.2


Standard
kandungan:
Standard
pembelajaran:

5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi

Masa:

120 minit

5.1.1 Mentakrifkan Sistem Fertigasi


5.1.2 Mengenal pasti komponen utama fertigasi
dalam penyediaan reka bentuk.

NOTA RUJUKAN

5.1.1 Mentakrifkan Sistem Fertigasi


Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam
industri pertanian. Sistem ini sangat praktikal diusahakan kerana
mengurangkan kos jangka panjang dan mengurangkan tenaga kerja.
Yang menariknya adalah hasil produk pertanian yang tinggi dan sangat
menguntungkan sesiapa saja yang terlibat.
Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaedah alternatif. Penerimaan dan
penggunaan kaedah ini masih rendah dan menjadi suatu kaedah atau
teknologi yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk
mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua
1

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

langkah awal diambil perhatian termasuk sifat media yang baik dan
sesuai untuk jenis- jenis tanaman, jenis dan bekas tanaman, dan formulasi
baja (nutrien) yang seimbang.

Maksud Sistem Fertigasi


Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan
irrigation. Maksud Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana
pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk
larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis.
Fertigasi merupakan salah satu daripada cabang hidroponik. Antaranya
ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran
Cetek, Hidroponik Statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem
pengairan. Kebanyakan sistem pengairan yang digunakan untuk
pengagihan baja ialah jenis titisan .
2

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai


struktur pelindung hujan dan serangga. Dalam kaedah ini pokok boleh
juga

ditanam

dalam

bekas

di

tempat

yang

terbuka.

Tujuan Sistem Fertigasi


Tujuan sistem fertigasi untuk mengelakkan tanaman dijangkiti penyakit
akar dan mencegah merebaknya patogen daripada tanah seperti
jangkitan penyakit akar seperti Pythnium, Fusarium, Rhizoctonia dan
penyakit layu bakteria. Kaedah yang digunakan adalah dengan
menggunakan bekas tanaman yang diletakkan tidak mencecah tanah
secara langsung (berlapik).
Selain itu itu, ia juga bertujuan mengelakkan larutan baja yang diberikan
kepada pokok menjadi terlalu cair (terkena hujan) sehingga
menyebabkan pemberian baja yang tidak berkesan.
Kelebihan Sistem fertigasi
Kaedah penanaman secara fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri
berbanding dengan kaedah konvensional iaitu:

Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit

Mengatasi masalah bawaan tanah

Meningkatkan hasil pengeluaran

Masalah merumpai sangat rendah

Kualiti hasil yang lebih baik dan bermutu


3

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penggunaan baja yang cekap dan lebih jimat

Mengurangkan penggunaan racun

Modal pusingan yang rendah

Nutrien lengkap boleh dikawal mengikut pertumbuhan pokok

Januari
2016

Kelemahan Sistem Fertigasi

Modal permulaan yang tinggi

Pengetahuan yang mendalam perihal tanaman

Pengurusan ladang yang berterusan

Kerosakan sistem membawa kerugian

Di Malaysia, terdapat dua kaedah penanaman secara fertigasi yang


digunakan iaitu penanaman fertigasi di bawah struktur pelindung hujan
(SPH) dan penanaman fertigasi terbuka tanpa menggunakan SPH.

Aplikasi

KBAT
Apakah tujuan penggunaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) dalam sistem
fertigasi ?
Apakah risiko yang mungkin boleh berlaku kepada pengurusan sistem
dan hasil tanaman sekiranya mengamalkan penanaman fertigasi
terbuka ?
Rujuk Penilaian 2
4

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

5.1.2 Komponen Utama Sistem Fertigasi


Sistem fertigasi dapat dilaksanakan dengan bantuan alat-alat atau
komponen utama seperti tangki nutrien, alat pengatur masa, pam,
penapis, paip ladang, paip utama, paip sekunder, set penitis, tong
larutan baja, bekalan elektrik dan sumber air untuk beroperasi. Selain itu,
ia juga memerlukan keperluan asas yang lain bagi menyokong
pengendaliannya.
Komponen utama yang perlu ada dalam Sistem Fertigasi adalah :
1. Tangki nutrien
2. Alat Pengatur Masa (Timer)
3. Pam(Water pump)
4. Penapis (Filter)
5. Paip ladang.
a. Paip tertier (lateral lines)
b. Paip utama (main lines)
c. Paip sekunder (secondary line)
6. Set penitis.
7. Bekalan elektrik
8. Sumber air
9.
10.

Aplikasi

KBAT

Apakah yang akan berlaku sekiranya pam yang digunakan rosak?


Bagaimana cara untuk mengatasinya daripada berlaku ?
Apakah yang akan terjadi sekiranya penapis tidak dibersihkan dan
diperiksa secara berkala dan mengapa ianya terjadi ?

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID


1. Murid telah didedahkan dengan reka bentuk dan teknologi.

KEPERLUAN BAHAN
1.
2.
3.
4.

Contoh atau gambar sistem fertigasi


Kertas Mahjong
Pen Marker
Blue tack

KEPERLUAN PERALATAN
1. LCD
2. Komputer
3. Alat Tulis

AKTIVITI
Mentakrifkan Sistem Fertigasi

Set Induksi Guru menayangkan klip video atau paparan grafik /


gambar atau produk sebenar sistem fertigasi kepada murid.
Guru mengemukakan beberapa soalan berdasarkan klip
video atau paparan grafik / gambar atau produk sebenar
yang dilihat.
a) Nyatakan teknologi yang digunakan.
b) Apakah perbezaan antara kedua-dua cara
penanaman yang ditunjukkan ?
6

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Murid memberi jawapan secara lisan dan guru menulis


jawapan murid di papan putih atau murid mengisi Jadual
KWL secara bertulis.
Rujuk Lampiran Jadual KWL

Langkah 1

1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk


pelajaran hari ini.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan diberi sekeping kertas yang mengandungi
maklumat mengenai sistem fertigasi (Rujuk Nota) :
a. Maksud sistem fertigasi
b. Tujuan
c. Kebaikan dan kelemahan sistem
Rujuk Penilaian 1
3. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing. Wakil
kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan
kumpulan.
4. Guru membuat ulasan.

Langkah 2

1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap


kumpulan diberi sekeping kertas majong yang
mengandungi maklumat yang perlu dicari dan
dibincangkan seperti :
Perbandingan Antara Fertigasi (Tanpa Tanah) dengan
Penanaman Secara Konvensional Di Atas Tanah :

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Kumpulan 1 : Jenis tanaman, struktur pelindung


hujan, dinding jaring kalis serangga,
sistem pengairan, varieti tanaman
dan medium tanaman.
Kumpulan 2 : Air, tenaga elektrik, modal,
pengetahuan teknikal, tapak tanah
dan kesuburan tanah.
Kumpulan 3 : Kos operasi, risiko, tenaga buruh,
potensi hasil dan kualiti hasil.
Kumpulan 4 : Kesan terhadap alam sekitar dan
pengurusan dan penjagaan.
2. Murid menggunakan peta buih berganda dalam
membuat persembahan di hadapan kelas.
Rujuk Penilaian 3
3. Guru dan murid membuat rumusan.
Langkah 3

1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap


kumpulan diberi kertas edaran yang mengandungi
beberapa gambar.
Rujuk Penilaian 4
2. Murid bergerak dalam kumpulan masing-masing. Setiap
kumpulan diminta mencari maklumat berkaitan nama
dan fungsi komponen mengikut gambar.
3. Guru menyediakan 2 stesen maklumat yang merangkumi
komponen sistem fertigasi yang berbeza (internet,
majalah, buku ilmiah, buku teks dan lain-lain bahan).

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

4. Murid dalam kumpulan akan bergerakke setiap stesen


untuk mendapatkan maklumat secara bergilir-gilir. Setiap
stesen diperuntukan selama 15 minit.
(Wisel akan digunakan apabila masa tamat)
5. Murid mengumpulkan kertas edaran yang lengkap
kepada guru. Guru memilih beberapa orang untuk
membentangkan hasil dapatan.
6. Guru dan murid membuat rumusan.
Penutup

Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran


yang telah dipelajari.
Murid melengkapkan Jadual KWL bahagian hasil
pembelajaran tentang definisi sistem fertigasi.

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 1
Menyatakan pengetahuan sediada
Arahan : Murid diberi masa selama 10 minit
Langkah 1 :

Murid ditunjukkan dengan tayangan klip video atau


paparan grafik / gambar atau produk sebenar sistem
fertigasi.
Guru mengemukakan beberapa soalan berdasarkan klip
video atau paparan grafik / gambar atau produk sebenar
yang dilihat.
a) Nyatakan teknologi yang digunakan.
b) Apakah perbezaan antara kedua-dua cara
penanaman yang ditunjukkan ?

Langkah 2 :

Murid memberi jawapan secara lisan dan guru menulis


jawapan murid di papan putih atau murid mengisi Jadual
KWL secara bertulis.
Rujuk Lampiran Jadual KWL.
Setiap murid dikehendaki melengkapkan bahagian
pengetahuan sediada (K), apa yang ingin dipelajari (W)
dan pembelajaran akhir (L).

Langkah 3:

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

10

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 2
Menyatakan Definisi Sistem Fertigasi
Arahan : Murid diberi masa selama 20 minit
Kerja Berkumpulan
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberi sekeping kertas yang mengandungi maklumat
mengenai sistem fertigasi :
a. Maksud sistem fertigasi
b. Tujuan
c. Kebaikan dan kelemahan sistem
3. Ketua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan di
hadapan kelas.
4. Guru membuat rumusan hasil pembentangan.

11

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 3
Perbandingan Antara Fertigasi (Tanpa Tanah) dengan Penanaman
Secara Konvensional Di Atas Tanah
Arahan : Murid diberi masa selama 30 minit
Kerja Berkumpulan
1. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2. Murid diberi faktor perbandingan yang perlu dicari dalam kumpulan
dengan menggunakan pelbagai sumber dan maklumat.
a. Kumpulan 1 : Jenis tanaman, struktur pelindung
hujan, dinding jaring kalis serangga, sistem pengairan,
varieti tanaman dan medium tanaman.
b. Kumpulan 2 : Air, tenaga elektrik, modal,
pengetahuan teknikal, tapak tanah dan kesuburan
tanah.
c. Kumpulan 3 : Kos operasi, risiko, tenaga buruh,
potensi hasil dan kualiti hasil.
d. Kumpulan 4 : Kesan terhadap alam sekitar dan
pengurusan dan penjagaan.
3. Maklumat diberikan dalam bentuk jadual di bawah :
Bil

Faktor
Perbandingan

Jenis tanaman

Struktur pelindung
hujan

Penanaman secara
fertigasi (tanpa tanah)

Penanaman secara
konvensional (tanah)

12

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

5. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, murid menggunakan peta buih


berganda dalam membuat persembahan di hadapan kelas.

PETA BUIH BERGANDA

6. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan.


7. Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

13

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

AKTIVITI 4
Mengenal Pasti Komponen Utama Fertigasi Dalam Penyediaan
Reka Bentuk
Arahan : Murid diberi masa selama 40 minit
Kerja Berkumpulan
1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan diberi kertas
edaran yang mengandungi beberapa gambar.
Rujuk Lampiran : Komponen Utama dalam Sistem Fertigasi
2. Murid bergerak dalam kumpulan masing-masing.
3. Setiap ahli kumpulan diminta mencari maklumat berkaitan nama dan
fungsi komponen mengikut gambar.
4. Guru menyediakan 2 stesen maklumat yang merangkumi komponen
sistem fertigasi yang berbeza (internet, majalah, buku ilmiah, buku teks
dan lain-lain bahan).
5. Murid dalam kumpulan akan bergerak ke setiap stesen untuk
mendapatkan maklumat secara bergilir-gilir.
Setiap stesen diperuntukan selama 15 minit.
(Wisel akan digunakan apabila masa tamat)
6. Murid mengumpulkan kertas edaran yang lengkap kepada guru. Guru
memilih beberapa orang untuk membentangkan hasil dapatan.
4. Guru dan murid membuat rumusan.

14

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 1
Mencari dan Mengumpul

MAKLUMAT
Lengkapkan
peta
pokok
di
bawah
berdasarkan
pembentangan aktiviti kumpulan yang telah dijalankan.

dapatan

PETA POKOK
Sistem Fertigasi
Definisi : _______________________
________________________________
________________________________

Kebaikan
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________

Kelemahan
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________
_________________________________

15

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 2
Aplikasi

KBAT

Penyelesaian

KBAT

Berdasarkan pengetahuan anda tentang sistem fertigasi, cari


penyelesaian masalah bagi soalan-soalan di bawah :
i. Mengapakah penggunaan struktur pelindung hujan dalam sistem
fertigasi diperlukan ? Apa yang akan terjadi kepada tanaman
sekiranya SPH tidak digunakan ?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
ii. Apakah risiko yang mungkin boleh berlaku kepada pengurusan sistem
dan hasil tanaman sekiranya mengamalkan penanaman fertigasi
terbuka ? Kaitkan dengan pengeluaran tanaman di kawasan dataran
rendah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

16

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 3
Mencari dan Mengumpul

MAKLUMAT
Kumpulkan semua maklumat di bawah berdasarkan
pembentangan aktiviti kumpulan yang telah dijalankan.
Bil

Faktor
Perbandingan

1
2

Sistem pengairan

Varieti tanaman

Air

Tenaga elektrik

6
7

Modal

Tapak tanah

Kos operasi

Penanaman secara
fertigasi (tanpa tanah)

dapatan

Penanaman secara
konvensional (tanah)

Medium
tanaman

Pengetahuan
teknikal

10 Tenaga buruh
11 Potensi hasil
12 Kualiti hasil
13 Kesan terhadap
alam sekitar
14 Pengurusan dan
penjagaan

17

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

PENILAIAN 4
Mencari dan Mengumpul

MAKLUMAT
Catatkan nama dan fungsi komponen utama sistem fertigasi dalam
penyediaan reka bentuk berdasarkan gambar yang diberi.

Bil

Komponen
Utama

Nama Komponen

Fungsi

1
2

5
6
7

Paip Ladang

Sumber Air

Bekalan Air

18

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

LAMPIRAN 1
Lampiran Jadual KWL

Nama Murid :
Tingkatan

Tajuk

:
JADUAL KWL

Pengetahuan (K) Apa yang perlu dipelajari (W)

Pembelajaran (L)

*Bahagian pembelajaran (L) diisi selepas sesi PdP berakhir selepas guru
membuat rumusan

19

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Januari
2016

Rujukan:
Laman Web :
1. http://infopertanianonline.blogspot.my/2011/03/struktur-pelindunghujan-sph.html
2. http://ebuletin.mardi.gov.my/buletin/05/Cili%20Fertigasi.pdf
3. http://www.gmpeladang.com.my

Bahan Rujukan :
1. Mahamud, S., Jamaludin, S., Mohamad Roff, M.N., Ab Halim, A.H.,
Mohamad, A.M. dan Suwardi, A.A. (2009). Manual teknologi fertigasi
penanaman cili, rockmelon dan tomato, 94 hlm. Serdang: MARDI
2. Tn. Hj Ghazali bin Muda GM Peladang (2004). Modul Teknologi
Penanaman Secara Fertigasi : 3
3. Masrule Hamid (2008). Panduan Langkah Demi Langkah Menjana
Pendapatan Dari Pertanian Moden Menggunakan Sistem Fertigasi :
Info Strategi Publisher
4. Modul Rekabentuk : Majlis Rekabentuk Malaysia

20

Anda mungkin juga menyukai