Anda di halaman 1dari 5

SK KUALA DUNGUN, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PSS


BIL 1/2017
Tarikh
Hari
Tempat
Kehadiran

: 9.1.2017
: Isnin
: Bilik Seni
: 17/28

1. Pn Asmawati bt Musa
2. Pn Hjh Mahani bt Yusof
3. Pn Norhanim bt Zulkifly
4. Pn Noriah bt Omar
5. En Zainuddin B Abd Majid
6. Pn Rozita Bt Lizan
7. Pn Hjh Sanariah Bt Sahak
8. Pn Haslinah Bt Abdul
9. Pn Lim Choon Fah
10. Pn Hjh Noor Anita Bt Abd Rahman
11. Cik Mageswari a/p Nalliah
12. Pn Nurul Bahiyah Bt Johari
13.Tn Hj Abu Kasim B Md Jani
14. Pn Siti Norbaayah Bt Ayup
15. Pn Khadijah Bt Mohd Abdul Karim

(Pengerusi)
(GPK Pentadbiran)
(Setiausaha PSS / Penyelaras Bilik Maya)
(Penyelaras Bilik Tv Pendidikan)
(GKMP Teknik & Vokasional)
(Ketua Panitia Bahasa Melayu)
(Ketua Panitia Sains)
(Ketua Panitia Kimia)
(Ketua Panitia Muzik)
(Ketua Panitia Perdagangan)
(Ketua Panitia PSV)
(Ketua Panitia Matematik)
(Ketua Panitia Fizik)
(Ketua Panitia PJPK)
(Penyelaras ICT)

Urusetia Mesyuarat:
1. Pn Noradhilla Bt Arif
2. Pn Hjh Roziaili Bt Ismail (Pencatat minit)
Tidak Hadir Bersebab:
1. Pn Ong Voon Min
2. Pn Tey Siew Yong
3. En Ghazali B Husain
4. Pn Lau Jinn
5. En S. Ravisanthran
6. En Noor Syafiq B Md Saat
7. En Yazid B Abu
8. Pn Junaidah Bt Sulong
9. En M.Theigarajah
10. En Ahmad Sazaly B Sedek

(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)


(Ketua Panitia Sejarah)
(Wakil Panitia KH)
( Ketua Panitia Bahasa Cina)
(Penyelaras Bahasa Tamil)
(Juruteknik Komputer)
(GKMP Kemanusiaan)
(Ketua Panitia Pendidikan Islam)
(Ketua Panitia Pendidikan Moral)
( JK Bestari)

11. En Zakwan B Che Su


12. En Abdul Salam B Abdul Jalal
13. Pn Sri Haryani Bt Md Yunus

(Program NILAM)
(Siaraya)
(Ketua Panitia Geografi)

1. Ucapan Pengerusi
1.1

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn Hj Zolkaply B Yunus (Pengetua Cemerlang SMK


Iskandar Shah). Pengerusi memaklumkan Bilik Tayang sekolah telah menjadi bilik
pembelajaran abad ke-21. Penggunaan Bilik Tayang dan Bilik Matematik diberi
keutamaan kepada guru yang menggunakan Frog Vle. GKMP diminta membuat jadual
penggiliran penggunaan bilik-bilik ini untuk mewujudkan keseimbangan dalam
penggunaan Frog Vle dalam kalangan guru.
Tindakan: Semua guru

1.2

Pengerusi juga berharap agar semua warga SMKIS bersedia untuk kehadiran pelawatpelawat dari pelbagai negeri untuk tahun ini ke sekolah sebagai contoh sekolah
cemerlang Frog Vle.terkini, pada 2/2/2015 sekolah akan didatangi oleh pelawat dari SMK
Datuk Kailan,Pulau Pinang. Pada 22/1/2015 pula syarikat Frog Vle akan mengadakan
penggambaran sebagai penghargaan kepada sekolah kerana menggnakan Frog vle
dengan cemerlang. Ajk PSS diminta untuk menceriakan lagi Bilik Tayang dan Matematik
untuk penggambaran Pembelajaran dan pengajaran
Tindakan: Semua guru

1.3

Pengerusi juga berharap agar program NILAM pagi iaitu dari pukul 7-725 pagi akan terus
berjalan sepanjang tahun iaitu pada setiap hari persekolahan kecuali hari Jumaan untuk
bacaan Yassin. Pentadbir diminta memastikan lampu dapat dipasang di dataran untuk
memudahkan pelajar membaca awal pagi. Guru Tingkatan mengambil kehadiran pelajar
manakala guru yang memainkan peranan bertugas sepanjang program NILAM ini adalah
guru bertugas mingguan.
Tindakan: Pentadbir, guru bertugas

2. Pengesahan Minit
2.1

Pn Rozita Bt Lisan ( Ketua Panitia Bahasa Melayu) mengesahkan minit mesyuarat yang
lalu dan disokong oleh Tn Hj Abu Kasim B Md Jani (ketua Panitia Fizik)

3. Bangkitan Minit
3.1

Pn Noradhilla Bt Arif memaklumkan segala laporan aktiviti PSS sepanjang tahun 2014
boleh dilihat di dalam Frog Vle laman Pusat Sumber SMK Iskandar Shah.

Tindakan : Penyelaras Perpustakaan


4. Pembentangan Program Khas 2015
4.1 Pn Norul Akmar Bt Alang selaku Ketua Penyelaras Perpustakaan mengucapkan ribuan
terima kasih di atas kesudian guru hadir ke mesyurat PSS kali pertama pada tahun 2015 ini.
Beliau memaklumkan bahawa Cik Nurul Hidayah (Pt Rintis) telah berhenti bekerja dan
diharap semua AJK dapat bersatu padu bergabung tenaga membantu PSS SMKIS.
Sementelah, PSS SMK Iskandar Shah sekali lagi telah dicalonkan untuk Pusat Sumber
Cemerlang Negeri Melaka mewakili daerah Jasin.
4.2 Born To Read
4.2.1 Pn Norul Akmar memberitahu tentang perlaksanaan Program Born To Read ini.
beliau menambah bahawa Pengawas pusat Sumber akan meletakkan kotak-kotak
buku sebagai menampung bacaan pelajar yang tidak membawa buku untuk bacaan
Pn Hamidah meminta Penyelaras PSS untuk mengira jumlah sebenar buku di dalam
perpustakaan dan diadakan pengiraan stok.
Tindakan: Penyelaras PSS, Pengawas PSS
4.2.2 Pn Rozita Lizan memberitahu di harap dengan mengadakan program galakan
membaca seperti ini dapatlah aktiviti Rakan Pembaca menjadi lebih aktif lagi. Bilangan
Tahap Jauhari juga akan bertambah.Sekolah juga dapat menghantar calon Tokoh
Nilam yang berkualiti .
Tindakan: Semua guru
4.3 Sudut Pameran Berkala
4.3.1 Pn Noradhilla Bt Arif memaklumkan bahawa Sudut Pameran Berkala kurang mendapat
sambutan pada tahun 2014, hanya 4 panitia sahaja yang membuat pameran berkala
iaitu Bahasa Inggeris, Sejarah, bahasa Melayu dan Sains. Pn Norul Bahiyah (Ketua
Matematik mencadangkan agar Unit Bimbingan dan Kaunseling juga perlu diselitkan
di dalam penggiliran Pameran Berkala ini.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
4.4 Bilik Tayang Gemilang
4.4.1 Pn Hamidah memaklumkan bahawa bagi menceriakan Bilik Tayang Abad ke 21 ini
pembelian langsir akan dibuat menggunakan duit PIBG manakala segala bahan
keceriaan bilik-bilik di bawah PSS akan menggunakan duit PCG. Diharap semua AJK
dapat memberikan cadangan pembelian bahan untuk tahun 2015 ini.
Tindakan : Semua AJK PSS 2015
4.5 Mural peta i-Think

4.5.1 Pn Noradhilla mencadangkan setiap panitia mengambil satu slot dinding di belakang
perpustakaan untuk dicat mural peta i-Think berdasarkan subjek masing-masing.
Pn Norul pula mencadangkan agar Pn Sanariah untuk mengagihkan mural itu kepada
persatuan akademik untuk aktiviti kelab dan persatuan.
Tindakan: Pn Noradhilla, Pn Sanariah
4.6 Peti Buku Bergerak
4.6.1 Pn Norahilla Bt Arif membentangkan projek khas untuk membeli bekas plastik bagi
mengisi dan menampung bacaan program NILAM atau kelas ganti. Perlaksanaan
program dibentangkan dan semua bekas plastik berisi buku itu akan diletakkan di
perpustakaan dan dilabel untuk perekodan.
Tindakan: Semua guru
5. Keceriaan Pusat Sumber
5.1 Pn Norul Akmar mencadangkan pada tahun ini keceriaan PSS pada tahun ini lebih
tertumpu kepada Bilik Tayang, Bilik Matematik ,Bilik Tayang Asrama dan Perpustakaan
sendiri. Diharap guru-guru dapat memberikan sumbangan idea dan bantuan untuk
menceriakan Puast Sumber Sekolah . Guru-guru juga diminta untuk sama-sama
mengekalkan dan menjaga bilik-bilik ini dengan baik untuk kegunaan masa panjang
5.2 Penggunaan Bilik-bilik ini hendaklah direkodkan untuk penggunaan bagi tujuan laporan
data.
Tindakan : Semua guru

6. Kewangan
6.1 Pn Norul Akmar mencadangkan setiap panitia menyenaraikan BBM yang sesuai untuk
dibeli bagi subjek masing-masing
6.2 Pn Habibah Bt Abdullah memohon pembelian almari berkunci untuk diletakkan di dalam
Bilik Matematik untuk meletakkan barang-barang Matematik. Diharap ditampalkan
peraturan Bilik tayang dan Bilik Matematik di setiap bilik tersebut .
Tindakan: Semua guru
6.3 Kunci Bilik Tayang dan Matematik juga perlu di duplikasikan untuk diletak di pejabat untuk
memudahkan pengguna sekiranya tiada penyelaras PSS.
Tindakan : Ajk PSS
7.Lain-lain
7.1 En Abu Kassim B Md Jani memberitahu agar Sistem Siaraya di tempat perhimpunan perlu

dibetulkan supaya pengumuman dapat didengar tepat pada satu kawasan bukan umum
boleh didengar semua kawasan.
Tindakan: Pn Hamidah Bt Jasmani
7.2

En Abu Kassim B Md Jani juga mencadangkan agar Pusat Sumber Alam Sekitar dapat
dijaga dan dibaik Pulih. Cadangan untuk menjaga Bilik tersebut diberi kepada Kelab Alam
Sekitar.Cadangan kedua bilik diletakkan di bawah pusat sumber tetapi pengurusan di
bawah Kelab Alam Sekitar.
Tindakan: Pn Norul Akmar Bt Alang

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 pm

(NORADHILLA BT ARIF)
Setiausaha Mesyuarat AJK Induk PSS 2015

Anda mungkin juga menyukai