Anda di halaman 1dari 23

1.0.

PENGENALAN
Program inklusif telah dimasukkan dalam sasaran kerja utama Kementerian
Pendidikan. Menjelang tahun 2000, salah satu sasaran kementerian ialah
untuk mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah
biasa. Langkah sedemikian menunjukkan dengan jelas bahawa program
inklusif akan menjadi sebahagian daripada proses pendidikan penting pada
masa akan datang. Murid berkeperluan khas dapat menikmati segala
peluang dan pembelajaran sebagaimana yang dirasai, dialami dan dinikmati
oleh rakan sebaya mereka yang normal.
Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang
diketengahkan samada melalui media cetak dan elektronik serta media
massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang
tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam
pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita
perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan
tumpuan sejenak untuk menyelami dunia kecil pendidikan di Malaysia iaitu
Pendidikan Khas.

2.0. ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN


KHAS:
Dalam bahagian bab 2 ini akan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan
program Pendidikan Khas khususnya program Pendidikan Khas yang dilaksanakan di
negara ini. Isu-isu ini merangkumi perkara-perkara berikut:
i.
ii.
iii.
iv.

Pihak pengurusan sekolah


Guru Pendidikan Khas
Murid Pendidikan Khas
Ibu bapa atau waris

Hala tuju pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas pada masa kini ialah ke arah
mengintegrasikan mereka dengan murid-murid normal. Untuk itu, pelbagai usaha telah
dilaksanakan oleh kerajaan bagi merealisasikan matlamat berkenaan.

Namun,

berdasarkan beberapa kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menghalang


kepada kejayaan dan keberkesanan program-program Pendidikan Khas.

Laporan

kajian Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (1997) yang bertajuk Bias Pengajaran
Guru Dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal oleh Ysseldyke dan Alozzine
(1982), menyatakan antara faktor-faktor tersebut ialah;

2.1

Sumber yang terhad


Sikap yang negatif dan;
Kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya.

PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Pihak
Pengurusan
Sekolah

isu pengasingan aktiviti antara murid aliran perdana dan murid


pendidikan khas

isu peruntukan kewangan isu aspek


pembangunan fizikal

isu layanan kelas


kedua

isu peperiksaan
awam

isu elaun guru


pendidikan khas

isu layanan kelas kedua


isu layanan kelas kedua yang diterima oleh guru-guru pendidikan khas dan
murid murid pendidikan khas sudah menjadi kebiasaan di setiap sekolah. Ini
kerana kebanyakan guru aliran perdana sering memperlekehkan golongan
pendidikan khas kerana kurangnya pendedahan terhadap golongan ini. Guru
aliran perdana sering menggangap tugas sebagai guru pendidikan khas
merupakan kerja yang enteng memandangkan bilangan murid yang tidak
ramai

di

dalam

sesebuah

kelas

disamping

dibantu

oleh

pembantu

pengurusan murid. Ini menyebabkan pihak pengurusan sekolah sering

mengambil kesempatan dengan memberi tugas tambahan melebihi guru


aliran

perdana

dengan

alasan

bahawa

guru

pendidikan

khas

tidak

mempunyai kerja yang banyak seperti menanda buku dan sebagainya.

Isu elaun guru pendidikan khas


Guru-guru dari aliran perdana menganggap tugas mengajar murid-murid ini
tugas yang sia-sia dan tidak kurang juga yang merasa jijik. Selain itu, isu
elaun yang diterima oleh guru Pendidikan Khas turut menjadi pertikaian
kerana melalui anggapan mereka mengajar murid-murid khas lebih senang
berbanding mengajar murid aliran perdana. Malah terdapat juga segelintir
guru aliran perdana yang menganggap bahawa elaun yang diberikan tidak
adil memandangkan beban kerja guru aliran perdana lebih berat jika
dibandingkan dengan guru pendidikan khas jika dikira dari faktor bilangan
murid yang terdapat di dalam sesebuah kelas.

Isu peruntukan kewangan


Setiap

sekolah

akan

mendapat

peruntukan

dimana

peruntukan

ini

merupakan salah satu perkara utama yang dirancang dalam Rancangan


Malaysia sejak dari Rancangan Malaysia pertama bertujuan menaiktaraf
kemudahan sekolah serta bantuan kepada murid-murid yang memerlukan.
Namun begitu, peruntukan kewangan yang diterima tidak disalurkan dengan
betul kepada program pendidikan khas. Terdapat sesetengah sekolah yang
menggunakan peruntukan kewangan tersebut bagi kepentingan sekolah
seperti membeli barang keperluan sekolah dan bukannya kepada program
pendidikan khas sekolah tersebut. Ini

menyebabkan perancangan aktiviti

program tersebut terbantut dan tidak dapat dijalankan kerana kewangan


yang tidak mencukupi. Malah fasiliti kelas program tersebut tidak dapat
ditingkatkan

memandangkan

kekurangan

atau

ketiadaan

peruntukan

kewangan yang diturunkan kepada program tersebut. Ini menyebabkan kelas


berada dalam keadaan yang teruk seperti bilik yang sempit, tidak kondusif,
tidak ceria dan tidak sesuai dengan murid pendidikan khas.

Isu peperiksaan awam


Ari (2008) menyatakan bahawa pihak pentadbiran sekolah berasa kurang
senang apabila murid daripada pendidikan khas mengambil peperiksaan
awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil pelajaran
Malaysia (SPM). Pihak pentadbiran tidak begitu menggemari situasi ini
kerana mereka takut perkara ini akan menjatuhkan graf peperiksaan sekolah
memandangkan prestasi murid pendidikan khas yang lemah sedangkan
mereka juga layak diberikan peluang seperti kanak-kanak normal yang lain.

Isu aspek pembangunan fizikal


Kelas bagi program pendidikan khas biasanya didirikan di bangunan yang
terpinggir atau lama. Malah ruang yang disediakan juga terhad dan sempit.
Ini amatlah tidak sesuai untuk digunakan oleh murid pendidikan khas yang
memerlukan kawasan yang lebih luas dan kondusif supaya memudahkan
pergerakan murid untuk melakukan sebarang aktiviti. Isu ini sering
dipandang

remeh

oleh

pihak

pengurusan

sekolah

kerana

mereka

menganggap mereka hanya merupakan golongan minoriti di dalam kawasan


sekolah tersebut dan kewujudan mereka tidak dipedulikan sekolah. Selain
itu, kurang komunikasi berlaku di antara guru pendidikan khas dan guru
aliran perdana kerana faktor penempatan yang berasingan memandangkan
guru aliran perdana ditempatkan di dalam bilik guru manakala guru
pendidikan khas pula ditempatkan di bangunan pendidikan khas yang
terasing daripada bangunan utama sekolah.

Isu pengasingan aktiviti antara murid aliran perdana dan murid pendidikan
khas
Seperti yang dapat dilihat di setiap sekolah, murid pendidikan khas akan
diasingkan atau dikecualikan daripada sebarang aktiviti di sekolah dengan
alasan murid pendidikan khas tidak dapat mengawal diri dengan baik dan
akan menggangu kelancaran aktiviti tersebut.

2.2

GURU PENDIDIKAN KHAS

i
ksk
pan
go
pm
ig
k

i
s
p

i s su
k eie
k i
dr rag
a o
s na un
i
l g e i es
g p u a
ih d
n
k

uu
e kss k a
sk eue a
r i na a o n f
ne
n ra o
u
ln
u n
m
r d
u e r n u r n
a i
k s
h

eu rdd p
e s
af g
i
s a
u
ei
u
d
a

ii

Isu kesediaan guru


Sebagai seorang guru pendidikan khas, penting bagi guru tersebut untuk
bersedia dari segala segi bagi menghadapi murid-murid pendidikan khas. Ini
kerana mengajar murid istimewa memerlukan kesabaran dan persediaan
dari segi fizikal dan mental dalam melayani karenah mereka yang pelbagai.
Dalam mendidik murid istimewa, guru perlu membuat persediaan yang lebih
berbanding mengajar murid aliran perdana. Persediaan tersebut merangkumi
bahan bantu mengajar dan kreativiti semasa menjalankan pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Namun terdapat sesetengah guru yang hanya mengajar
sambil lewa. Malah terdapat guru yang langsung tidak mengajar dengan
alasan bahawa murid-murid pendidikan khas tidak boleh diajar. Sedangkan
mereka berhak untuk menerima pendidikan seperti murid normal yang lain.
Terdapat guru yang tidak bersedia secara mental untuk mengajar murid ini.
Kecacatan

murid

yang

pelbagai

dianggap

menyusahkan

dan

suatu

yang

menjengkelkan. Sikap guru yang tiada kesediaan dari segi mental akan mewujudkan

jurang di mana guru tidak mesra dengan muri. Oleh itu, guru tidak akan memahami apa
yang dihadapi oleh murid dan kekurangan murid tersebut dijadikan alasan untuk guru
tidak mengajar dengan baik.
Segelintir guru mengajar kelas pendidikan khas kerana terpaksa sedangkan opsyen
mereka adalah mata pelajaran lain di aliran perdana. Ini menjadikan mereka tidak dapat
menerima hakikat dan tidak mempunyai ilmu dan kemahiran dalam mendidik murid
istimewa ini. Ini kerana mereka tidak mempunyai kemahiran psikologi dan mengajar
yang cukup. Guru ini akan menghaapi kesukaran kesukaran kerana mereka tidak dapat
mengagak apa yang perlu dilakukan bagi mengajar murid ini, cara menangani sebarang
masalah yang timbul dan sebagainya.

Isu kekurangan guru Pendidikan Khas


Seperti yang kita sedia maklum, program Pendidikan Khas ini masih dikira
program yang baru dilaksanakan oleh kerajaan. Dengan itu, sudah tentu
masalah kekurangan guru terlatih bagi program ini menjadi satu masalah
yang belum selesai memandangkan semakin banyak program pendidikan
khas dibuka di sesebuah sekolah sedangkan penempatan yang sedia ada
masih mempunyai masalah kekurangan guru. Dengan itu, guru daripada
aliran perdana terpaksa diserap masuk ke dalam program ini.
Apa yang menjadi masalah ialah guru-guru ini tidak mempunyai asas yang
kukuh dalam pendidikan khas yang dikira jauh berbeza dari apa yang mereka
pelajari. Malah terdapat persepsi yang mengatakan bahawa guru-guru yang
bermasalah dan teruk akan dihantar ke program pendidikan khas. Ini
sekaligus menjadikan guru tersebut

berasa tertekan dan rendah diri

sehingga prestasi guru menurun. Malah guru juga tidak bersemangat kerana
tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditempatkan bagi mengajar

murid pendidikan khas sehingga murid istimewa ini menjadi mangsa.


Kekurangan guru pendidikan khas juga menyukarkan sesebuah program
menjalankan aktiviti P&P mereka kerana kurangnya tenaga pengajar. Guru
yang sedia ada perlu mengambil alih kesemua murid-murid sehingga guru
sukar untuk menumpukan perhatian khusus kepada murid tersebut. Ini juga
merupakan satu faktor utama mengapa murid sukar dikawal dan diajar.

Isu sikap profesionalisme guru


Guru merupakan tunggak utama dalam sesebuah institusi. Guru, murid dan
waris merupakan hubungan yang saling berkaitan dalam memastikan
perkembangan pendidikan murid di sekolah. Sebagai guru pendidikan khas,
hubungan di antara guru dan waris sangatlah penting kerana mereka perlu
saling berhubung jika terdapat sebarang masalah yang berkaitan dengan
murid.
Namun terdapat segelintir guru yang tidak profesional dalam menjalinkan
hubungan dengan ibu bapa. Terdapat guru yang mempunyai masalah untuk
berinteraksi dengan ibu bapa dan sebagainya. Ini hanya akan menyukarkan
kedua-dua belah pihak.

Selain itu, terdapat guru yang melepaskan

kemarahan peribadi terhadap murid-murid pendidikan khas. Ini sepatutnya


tidak berlaku walaupun murid tersebut tidak tahu untuk melawan.
Sebagai guru pendidikan khas juga, penting bagi guru untuk melindungi
maklumat peribadi murid. Guru tidak boleh bercerita sewenangnya kepada
orang lain maklumat peribadi murid mahupun memburukkan diri murid di
hadapan orang lain.
Walaupun mengajajar kelas pendidikan khas, guru sepatutnya memastikan
setiap

tugas

dilaksanakan

dengan

baik

daripada

segi

menyediakan

rancangan pengajaran harian (RPH), menyediakan bahan bantu mengajar


(BBM) dan mengajar murid-murid ini. Guru tidak boleh menganggap bahawa

tiada bezanya jika guru mengajar atau tidak. Apa yang penting ialah setiap
guru perlu menonjolkan sikap profesionalisme dalam profesion perguruan ini.

2.3

MURID PENDIDIKAN KHAS

Isu kehadiran murid


Dalam program pendidikan khas, kehadiran murid menjadi satu masalah
yang dapat dilihat dengan jelas. Ramai murid yang mempunyai masalah
kehadiran. Terdapat murid yang mempunyai masalah kesihatan sehingga
memaksa mereka untuk tidak hadir ke sekolah. Murid pendidikan khas ini
biasanya mempunyai tahap imuniti yang lemah yang menyebabkan mereka
mudah jatuh sakit seperti selsema, demam dan batuk.

Namun terdapat juga murid yang sengaja tidak hadir ke sekolah kerana
malas

mahupun

sengaja

tidak

dihantar

oleh

waris

ke

sekolah.

Memandangkan murid ini sering membuat perangai apabila ingin ke sekolah,


ini menyebabkan ibu bapa mereka mengambil jalan untuk tidak menghantar
mereka ke sekolah. Malah cuaca yang tidak baik juga merupakan salah satu
faktor mengapa waris tidak menghantar mereka ke sekolah.
Isu kesediaan murid
Murid-murid pendidikan khas terdiri daripada pelbagai kecacatan yang menyebabkan
mereka sukar untuk menerima pengajaran guru dengan sempurna. Kepelbagaian
kecacatan dan kekurangan ini sangat mempengaruhi kesediaan murid dan ianya
merangkumi masalah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah laku murid.
Dalam pendidikan khas, isu kesediaan murid ini sering timbul kerana setiap murid
menunjukkan tahap kesediaan yang berbeza untuk belajar. Perbezaan tahap dan jenis
kesediaan yang bergantung kepada kecacatan ini menyebabkan penyediaan sumber
pengajaran yang disediakan oleh guru adalah berbeza-beza mengikut kategori murid.
Isu ini turut menjadi permasalahan utama kerana kesukaran guru untuk memahami dan
mengendalikan tingkah laku murid yang pelbagai. Pembelajaran juga menjadi lebih
sukar kerana guru perlu mengawal ramai murid yang terdiri daripada pelbagai
kecacatan pada satu masa yang sama.

Isu pelabelan dan pengasingan


Pelabelan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 862) bermaksud perbuatan
membubuh label pada sesuatu. Manakala pengasingan pula menurut sumber yang
sama mendefinisikan kata pengasingan perihal mengasingkan atau memisahkan,
pemisahan, menyisihkan dan memencilkan diri.

Namun, pelabelan yang saya

maksudkan ini bukanlah perbuatan membubuhkan label pada sesuatu barang atau
yang lainnya tetapi perbuatan atau pandangan negatif masyarakat termasuk komuniti di

sekolah seperti guru-guru aliran perdana, rakan-rakan sebaya yang biasa atau normal,
pihak pentadbir yang prejudis, memandang rendah akan kelemahan dan kekurangan
yang dimiliki murid khas, menganggap murid khas tidak memberi sebarang sumbangan
kepada sekolah dan sebagainya.
Anggapan mereka bodoh dan seumpanya sering kali berlaku terhadap mereka.
Mereka juga dipandang sinis oleh sesetengah pihak yang tidak mempunyai hati dan
perasaan. Tindakan pelabelan seperti ini semestinya menyebabkan murid-murid khas
hilang keyakinan diri dan tidak mahu hadir ke sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan
yang sempurna yang lain sama ada di sekolah mahupun di rumah.

Isu kepelbagaian kompotensi murid


Murid pendidikan khas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan dan keupayaan yang
berbeza di antara satu sama lain. Isu kepelbagaian kompetensi murid ini bertambah
rumit lagi kerana wujudnya penempatan yang tidak sesuai berdasarkan kebolehan dan
keupayaan murid-murid di sekolah. Misalnya, terdapat murid yang mempunyai
keupayaan IQ yang terlalu rendah dicampurkan bersama dengan murid yang
mempunyai keupayaan yang sederhana. Hal ini boleh menyebabkan murid yang IQ
rendah itu akan lebih ketinggalan semasa mengikuti proses pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas. Akibatnya kanak-kanak tadi tidak lagi berminat untuk
menumpukan perhatian di dalam kelas. Proses P&P sedikit sebanyak akan terganggu
kerana murid yang tidak dapat memberikan tumpuan akan mengganggu rakan-rakan
lain.

IB U B A P A /W A R IS

2.4

IBU BAPA/WARIS

Isu keprihatinan ibu bapa


Ibu bapa merupakan tunggak penting kepada anak istimewa memandangkan
mereka lebih mengenali anak mereka sendiri melebihi orang lain. Namun
terdapat ibu bapa yang bersikap lepas tangan dengan melepaskan semua
tanggungjawab tersebut kepada guru. Ibu bapa mengharapkan guru untuk
menguruskan segala hal anak mereka di sekolah.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka seharusnya memastikan anak
mereka

terurus

sebelum

diserahkan

kepada

guru.

Namun

terdapat

sesetengah ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah dalam


keadaan tidak terurus seperti tidak mandi, tidak membawa wang saku, tidak
memakai kain lampin jika tidak dapat menguruskan diri dan sebagainya.
Sikap

seperti

ini

hanya

akan

menyusahkan

guru

untuk

mengurus

keseluruhan kelas.
Selain itu, terdapat ibu bapa yang tidak prihatin terhadap sebarang aktiviti
anak di sekolah seperti cuti, aktiviti luar dan sebagainya sedangkan surat
pemberitahuan telah diberikan kepada waris sehingga menyukarkan proses
aktiviti dijalankan.

Isu penyalahgunaan elaun


Seperti yang diketahui umum, murid pendidikan khas akan menerima elaun
bulanan lebih kurang RM150. Elaun ini sedikit sebnayak dapat membantu
waris yang kebanyakannya terdiri daripada orang yang susah. Elaun yang
diberikan kepada murid ini seharusnya digunakan bagi tujuan perubatan,
pendidikan, program sekolah dan sara hidup murid.
Malangnya terdapat sesetengah ibu bapa yang menyalahgunakan elaun
yang diberikan bagi tujuan peribadi. Kerap terjadi ibu bapa datang meminta
buku akaun murid dengan alasan untuk membeli barang keperluan murid
tetapi murid tersebut tetap ke sekolah dalam keadaan yang tidak terurus.
Malah ibu bapa juga enggan memberikan anak mereka menyertai aktiviti
atau program yang dianjurkan oleh program pendidikan khas di sekolah yang
memerlukan

duit

dengan

alasan

bahawa

aktiviti

yang

dijalankan

memerlukan duit dan mereka tidak mampu. Ini menjadikan anak mereka
terlepas peluang untuk mencuba sesuatu perkara baharu dan tidak dapat
menjalankan aktiviti tersebut bersama rakan.

3.0. CADANGAN-CADANGAN

UNTUK

MENGATASI

ISU-ISU

DALAM

PENDIDIKAN KHAS

3.1

PIHAK SEKOLAH

Bagi mengatasi isu sokongan pihak sekolah yang sering berlaku di mana-mana
program pendidikan khas ini, semua guru Pendidikan Khas mestilah tabah dan tidak
mudah berputus asa. Guru-guru Pendidikan Khas perlulah menganggap apa sahaja
persepsi negatif pihak sekolah sebagai satu cabaran. Guru-guru Pendidikan Khas juga
perlu melakukan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komited dan ikhlas supaya
mereka menyedari bahawa guru-guru Pendidikan Khas lebih cemerlang dalam segala
aspek.
Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah sekolah.
Dalam usaha mengatasi masalah yang timbul berkaitan hubungan pihak pentadbir
sekolah dengan program Pendidikan Khas ini sebenarnya amat bergantung kepada
kredibiliti seorang Guru Besar atau Pengetua untuk mewujudkan suasana persekitaran
sekolah yang harmoni antara aliran biasa dan program Pendidikan Khas.
Jika Guru Besar sendiri mewujudkan jurang dan menerapkan elemen negatif di dalam
diri warga sekolah, sudah tentu keseluruhan warga sekolah akan memandang serong
kepada program pendidikan khas tersebut.

Justeru, apa yang boleh dilakukan oleh pihak pentadbir untuk memantapkan lagi
program Pendidikan Khas di sekolah mereka ialah:

Mendalami dan memahami dunia Pendidikan Khas dengan menambah


pengetahuan mengenainya melalui kursus-kursus, seminar dan bengkel yang
disediakan atau dianjurkan oleh pihak kerajaan khususnya Kementerian

Pelajaran Malaysia.
Membina jati diri yang positif sebagai ketua yang berkaliber dalam sesebuah
organisasi dengan tidak mengamalkan nilai-nilai yang tidak patut dimiliki oleh
seseorang ketua seperti berburuk sangka dan memandang ringan terhadap
profesion guru Pendidikan Khas dengan menganggap guru-guru Pendidikan
Khas tidak ada kerja berat dengan hanya mengasuh murid-murid itu di sekolah

sahaja, meletakkan perspektif negatif lain dan sebagainya.


Sebagai ketua atau guru biasa sekalipun, perlu disedari setiap bidang yang
diceburi mempunyai cabaran yang perlu digalas sendiri dan ianya pasti tidak

sama antara satu sama lain.


Sentiasa mengambil berat akan perkembangan program Pendidikan Khas di
sekolah seperti kewangan, peralatan dan bahan bantu mengajar, aktiviti-aktiviti
yang boleh meningkatkan kemahiran sosial serta urus diri murid Pendidikan
Khas dan sebagainya.

3.2

GURU PENDIDIKAN KHAS

Sebagai seorang guru pendidikan khas, guru perlu sentiasa mempunyai nilainilai murni dan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas.
Nilai-nilai murni dan sikap profesionalisme ini dapat dipupuk apabila guru
ikhlas dalam mendidik dan menggunakan kewarasan akal apabila bertindak.
Guru

perlu

sentiasa

berusaha

untuk

menambahkan

ilmu

tidak

kira

pengetahuan asas, pedagogi mahupun ilmu berkaitan bidang pendidikan


khas sebagai persediaan mengajar murid istimewa ini.

Sebelum mengajar, penting bagi guru untuk membuat persediaan mengajar


seperti merancang P&P dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang
sesuai dengan tahap murid. Ini sekaligus dapat membantu murid memahami
dengan lebih baik setiap apa yang diajar oleh guru. Malah guru juga perlu
sentiasa membimbing dan memantau murid semasa mereka menjalankan
sebarang aktiviti.
Bagi mengatasi masalah kekurangan guru pendidikan khas, kerajaan perlu
mengambil inisiatif menambah bilangan guru pelatih yang memohon untuk
mengambil bahagian pendidikan. Ini kerana pendedahan dari awal guru
pelatih kepada bidang ini akan memudahkan mereka untuk lebih bersedia
apabila diserapkan ke dalam program pendidikan khas. Ini berbeza dengan
guru daripada bidang yang berlainan dan diserapkan ke dalam pendidikan
khas. Mereka tidak betah dan tidak dapat menghayati dengan baik
berbanding mereka yang sudah berkecimpung dari awal dalam bidang
tersebut.

3.3

MURID PENDIDIKAN KHAS

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan bagi mengatasi setiap isu yang
berkaitan dengan pendidikan khas. Kesemua pihak boleh berganding bahu
bagi membantu murid ini dari pelbagai segi.
Dari sudut ibu bapa, mereka memainkan peranan yang paling besar dalam
mengurus kehidupan anak mereka. Ibu bapa perlu sabar dalam mendidik
dan menjaga murid istimewa ini. Setiap keperluan anak mereka perlu diurus
dengan baik dan murid ini juga layak diberikan peluang seperti peluang
belajar, bersosial, rawatan dan sebagainya supaya mereka dapat membesar
seiring dengan kanak-kanak normal yang lain. Ibu bapa seharusnya
menonjolkan anak mereka di khalayak ramai supaya anak mereka lebih
mudah diterima disamping meningkatkan keyakinan anak itu sendiri.

Sebagai seorang guru, guru perlu memfokuskan atau mengenal pasti kemahiran utama
dan minat murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana terdapat murid yang menunjukkan
tingkah laku agresif di dalam bilik darjah adalah kerana tidak berminat dengan
pembelajaran formal, mereka sebenarnya menggemari aktiviti hands-on seperti
pertukangan, perkebunan dan menghasilkan kraftangan.

Justeru, guru-guru boleh

memperbanyakkan aktiviti yang sesuai berdasarkan minat dan kemahiran utama murid
tersebut. Apa yang penting ialah mereka diberi peluang untuk mencuba perkara baharu.
Guru juga perlu memastikan bahawa murid diberi latihan yang sesuai dengan tahap
pemikiran mereka bagi mengelakkan mereka berasa rendah diri.

3.4

IBU BAPA ATAU WARIS

Isu penyalahgunaan elaun murid-murid pendidikan khas sering wujud kerana tiadanya
kesedaran di kalangan ibu bapa murid. Bagi mengatasi masalah penyalahgunaan elaun
ini, pemantauan oleh pihak Jabatan Kebajikan masyarakat perlulah diwujudkan supaya
setiap ibu bapa tidak menggunakan wang yang diperuntukkan untuk murid sewenangwenangnya. Dengan adanya pihak yang bertanggungjawab, masalah penyalahgunaan
elaun ini mungkin dapat dibendung seikit demi sedikit.
Selain itu, ibu bapa perlulah diberikan taklimat mengenai elaun yang diperuntukkan
untuk anak-anak mereka. Sesi perbincangan dan kaunseling mengenai pengurusan
elaun boleh diadakan. Jadi, ibu bapa akan mendapat gambaran sebenar mengenai
tujuan sebenar elaun diperuntukkan kepada anak mereka.
Sehubungan itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk mengelakkan
penyalahgunaan elaun murid khas ini. Buku akaun murid dikendali dan dipegang oleh
penyelaras pendidikan khas supaya elaun yang masuk setiap bulan tidak digunakan
sesuka hati oleh ibu bapa. Kawalan yang dibuat oleh guru bukanlah bertujuan untuk
mengawal setiap perbelanjaan murid, tetapi lebih bersifat menjaga supaya tidak berlaku
penyelewengan yang tidak sepatutnya.

Dalam menentukan hala tuju murid-murid Pendidikan Khas, ibu bapa perlu menjadi
tunjang untuk menyokong apa yang anak mereka lakukan. Ibu bapa perlu sedar
bahawa sokongan dari pihak keluarga terutama ibu bapa sangat penting kepada muridmurid khas ini. Ibu bapa perlu didedahkan mengenai pengetahuan dan maklumat yang
berkaitan Pendidikan Khas. Maklumat yang diperolehi bukan sahaja untuk mengenali
masalah murid-murid khas tetapi lebih bersifat membantu ibu bapa supaya dapat
menguruskan anak-anak istimewa ini dengan cara yang betul dan terbaik. Sehubungan
itu, kelas kaunseling dan bimbingan perlu dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti untuk
memberi maklumat yang berguna mengenai keupayaan dan juga kelebihan yang ada
pada murid-murid khas ini supaya mereka tidak disisihkan dan sentiasa diterima oleh
masyarakat.
Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan, sesi kaunseling boleh
dilaksanakan oleh kaunselor yang profesional agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh
menerima kekurangan dan kelebihan anak mereka. Murid-murid khas ini jika diajar dan
dibimbing seperti anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar mereka juga
boleh berjaya. Sekiranya mereka tidak mendapat kemewahan dalam kehidupan,
kebolehan menguruskan diri sendiri pun susah memadai bagi murid-murid berkeperluan
khas ini.

4.0 KESIMPULAN
Pendidikan Khas ini memberi satu cabaran kepada guru Pendidikan Khas untuk
membentuk murid yang dari tiada apa-apa menjadi murid dan insan yang boleh
dibanggakan dan diharapkan. Sebagai guru, didikan yang ikhlas perlulah diberikan
kepada murid-murid berkeperluan khas ini kerana mereka juga sama seperti muridmurid yang memerlukan sokongan dan perhatian daripada pelbagai pihak. Murid
pendidikan khas perlulah dilayan sama rata seperti murid-murid lain supaya tiada lagi
isu-isu negatif dibangkitkan.
Oleh hal yang demikian, semua pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan
(NGO), guru-guru Pendidikan Khas, guru-guru aliran perdana/ biasa, pihak pentadbiran
sekolah, ibu bapa dan juga masyarakat Malaysia amnya perlu lebih prihatin terhadap
nasib golongan ini. Mereka juga mempunyai hak untuk menikmati segala kemudahan
yang ada termasuk keperluan pendidikan yang sama rata selaras dengan hasrat
kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sama rata kepada semua atau disebut
sebagai education for all.

5.0 RUJUKAN

Buku

Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Penganjaran Dengan Penekanan
Pendidikan Inklusif. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
K.A. Razhiyah. (2006). Anak Istimewa Panduan Bagi Ibu Bapa Membesarkan Anak
Istimewa. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
K.A. Razhiyah. (2008). Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd.
K.A. Razhiyah. (2008). Menjadi Guru Pendidikan Khas. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : longman
Sdn. Bhd
Mohd Sharani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-kanak Susah Belajar. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010).
Multimedia Sdn. Bhd.

Perkembangan

kanak-Kanak.

Selangor: Penerbitan

Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Omardin Ashaari. (2009). Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur
: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sheila Devaraj, Samsilah Roslan. (2006). Apa Itu Disleksia? Panduan Untuk Ibu Bapa,
Guru dan Kaunselor. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Internet
http://yushazwani.blogspot.com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikan-khas.html
(dilayaripada 24/9/12)
http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/02/isu-profesionalisma-guru-pendidikan.html
(dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurusekolahrendahkecewa (dilayaripada
25/9/12)
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/OKUmatikenaderadipercayaikenaliwat
(dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TPMserahbantuanpersekolahanRM2_49bili
on (dilayaripada 25/9/12)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Wujudsekolahkhasmuridlemah
(dilayaripada 25/9/12)

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai