Anda di halaman 1dari 12

kan Angel

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Ikan Angel

[[Imej: |frames|260px]]
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Perciformes
Famili: [[]]
Genus: Pterophyllum
Spesies: Pterophyllum scalare

Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip
dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang sirip
yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah tubuhnya
kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh membesar
sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di pertengahan
akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini tahan lasak dan
pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd., Moina sp., jejentik dan
pelet. Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan mempunyai badan lebih
besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan perutnya pipih dan
kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal (dahi) berbentuk
cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan berbentuk 'V'. Ikan
betina bersaiz lebih kecil. Pandangan dari atas kelihatan perutnya lebih besar dan
kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata. Warnanya tidak
secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak berbentuk 'U' apabila
ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada ikan jantan.

[sunting] Pembiakan
Apabila ikan angel jantan dan betina yang matang mendapat pasangan yang sesuai ia
akan sentiasa berdua-duan, dan akan mencari permukaan untuk bertelur. Ikan angle
melakukan pesenyawan luaran. Telur mereka boleh menjangkau hingga 800 biji.

[sunting] Pautan luar

kan Kelisa
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Ikan Kelisa

Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Actinopterygii
Order: Osteoglossiformes
Famili: [[]]

Sub-famili

Heterotidinae
Osteoglossinae

Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau
"Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para
pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat
diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies
ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang
dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur
mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah
kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan
kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula
kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh
mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang
berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

[sunting] Kelakuan
Ikan kelisa merupakan haiwan karnivor. Mereka pandai melompat, dan banyak yang
mencari makan berhampiran permukaan air.

[sunting] Pengelasan
Ikan kelisa terbahagi kepada sepuluh spesies: tiga dari Amerika Selatan, satu dari Afrika,
empat dari Asia dan dua lagi dari Australia.

Scleropages formosus
 Kelisa Emas
o Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue;
nama sainsnya Scleropages formosus)
o Ikan Kelisa Emas Indonesia: (Indonesian Golden atau Red-Tailed Golden
Arowana; nama sainsnya Scleropages aureus)

Ikan Kelisa adalah di bawah CITES (Convention on International Trade in Endangered


Species). Dilarang menjual atau membeli Ikan Kelisa tanpa permit. Kebanyakan Ikan
Kelisa di dalam akuarium rumah adalah daripada "fish farm" yang membiak ikan ini
untuk dijual dan dieksport ke negeri lain, seperti Jepun dan Amerika.

2.3 IKAN HIASAN


2.3.1 PENGENALAN

Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada
pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara.
Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di
dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor.
Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada
bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna
tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara
dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.
Rajah 2.16 Bahagian-bahagian luar ikan
2.3.2 KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu
hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan
lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain
aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan
yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti
ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.

Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu
pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan
berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan
satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan
dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu
membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.
2.3.3 Jenis-jenis ikan hiasan
a. Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar- penggemar ikan hiasan. Berikut
adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia
yang boleh dipelihara.

Jadual 2.10 Spesies-spesies Ikan Hiasan


Bil
Famili
Spesies
Ciri-ciri Utama
1. Cyprinidae
seluang (Rasbora), ikan
mas, kap
Barb

Kecil, berbadan mampat,
besesunngut. Tiada adipos
fin dan gigi

Ekor terbuka dan
berbentuk fork

Badan bersisik dan
bergerak pantas

Kepala tanpa sisik

Terdapat di Afrika, Amerika
Utara, sebahagian besar
dari Asia Tenggara
2. Cichildae
Angel
discus
oscar

Hanya sepasang lubang
hidung

Hanya satu dorsal fin (long
base)

Sirip ekor bulat
3. Characidae
Semua jenis ikan Tetra

Seakan ikan barb

Tiada sesungut

Ada gigi dan adiposfin

Berasal dari Amerika
Selatan dan Afrika Tengah
Bil
Famili
Spesies
Ciri-ciri Utama
4. Belontiidea
Ikan pelaga Siam (Betta

Berbadan lebar dan
splendens),
Gourami biru (Trichogaster
trichopterus),
Dwarf Gourami (Colisa lalia)
mampat

Sirip anal yang panjang

Mempunyai aksesori
respiratory organ untuk
bernafas di udara.

Terdapat di Korea Selatan,
Asia Tenggara dan Afrika
Barat.
5. Poecillidae
Guppy.
Sward tail
Platy

Livebearing tooth carps

Melahirkan anak

Sedikit persamaan dengan
mamalia.
6. Catfish
Families
Corydoras sp. Ikan
bandaran (Rinelloricaria
parva)

Suckermouth

Bersesunggut
2.3.4 Memilih bekas (akuarium).
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu
seperti:•
jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)

jenis ikan hiasan

bilangan ikan hiasan

saiz ikan hiasan

saiz akuarium
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai
digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan

s
ederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas
yang lebih besar.

Ikan Arowana
  IKAN Arowana atau Scleropages Formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat
popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa
sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan
pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk
diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered
Species of Wild Fauna and Flora (CITES).

Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial
untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah
Jabatan Perikanan. Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada
Jun hingga Ogos di habitat asalnya.

Di pasaran tempatan , Arowana Emas Malaysia dan Arowana Merah Indonesia bersaiz
15-20cm dijual dengan harga sekitar RM 1,500 – RM2,000 seekor , manakala Arowana
Emas Indonesia dijual dengan harga RM300 – RM500 seekor. Ikan Arowana Hijau pula
dijual dengan harga sekitar RM25 –RM30 seekor. Bagi pasaran tempatan , ikan ini tanpa
memerlukan sebarang kawalan undang-undang.

Di peringkat pasaran antarabangsa, urusniaga Arowana memelukan permit CITES yang


dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Hanya ikan generasi F2 dari “Commercial Captive-
breeding Operstion ” yang ditakrifkan oleh CITES dibenarkan untuk diurus niaga. Bagi
syarikat atau individu yang menjalankan operasi pengeluaran benih Arowana untuk
pasaran luar negara , perlu mendaftar sebagai “ Commercial Captive –breeding
Operation ” dengan kerjasama Jabatan Perhilitan . Syarikat utama yang perlu dipatuhi
ialah ikan mestilah boleh dibiakkan dalam kurungan Sekurang-kurangnya sehingga
generasi kedua atau F2.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi
memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak
RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan
diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk
yang baik, pemakanan dan pengurusan.

Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun
ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa.
Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran
benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk
mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima
tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan
dan mendatangkan pulangan yang lumayan.