Anda di halaman 1dari 1

CIKGU JEYA (jeyastars@gmail.

com) 201
7
KEGUNAAN DATA PENDAPATAN NEGARA
1. Dapat mengukur taraf hidup
- Data pendapatan perkapita dapat digunakan untuk mengukur taraf hidup rakyat.
Pendapatan perkapita(PPK) =
-

Pendapatan negara
Jumlah penduduk

Semakin tinggi nilai pendapatan perkapita maka semakin tinggi taraf hidup rakyat,
sebaliknya, semakin rendah nilai pendapatan perkapita maka semakin merosot
taraf hidup rakyat.

2. Dapat Mengukur Kadar Pertumbuhan ekonomi


-

Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur dengan menggunakan nilai keluaran


Negara benar.
Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar1 KDNK benar0
KDNK benar0

X 100

Jika nilainya positif maka berlaku pertumbuhan ekonomi sebaliknya nilai negatif
menunjukan kemerosotan ekonomi.

3. Mengukur jumlah sumbangan pelbagai sektor ekonomi


-

Peratusan sumbanagn setiap sector ekonomi terhadap KDNK dapat dihitung.


Dapat menentukan kepentingan atau prestasi setiap sector ekonomi
Dapat menentukan kadar pertumbuhan jumlah keluaran setiap sektor ekonomi
antara tahun bagi mengenalpasti peningkatan atau kemerosotan

4. Dapat mengenalpasti perubahan struktur ekonomi


-

Data pendapatan dalam satu siri masa (misalnya 5 tahun) dapat menunjukkan
perubahan struktur ekonomi.
Melalui kaedah keluaran dapat mengetahui sumbangan setiap sektor dan
seterusnya dapat mengenalpasti perubahan struktur ekonomi.
Misalnya, struktur ekonomi Malaysia berubah daripada berasaskan pertanian pada
tahun 1970-an kepada perindustrian pada tahun 1980-an dan 1990-an.

5. Asas dalam membuat perancangan ekonomi


-

Data pendapatan negara merangkumi perbelanjaan, pelaburan, keluaran sektor dan


sebagainya.
Menjadi petunjuk kepada pihak kerajaan membuat perancangan ekonomi masa
depan.

Anda mungkin juga menyukai