Anda di halaman 1dari 22

CIRI-CIRI GURU ABAD KE 21

Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita


selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah
seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan
kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan
pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.
6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak
canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu
kandungan dalam subjek yang diajarnya.

2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi


Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang
pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra

pelajar.

3. Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid


Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan
perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21
seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka.

4. Memahami Psikologi Pembelajaran


Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para
pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar,
maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang
pendidik.

5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar.
Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi
perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guruguru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam
dan luar bilik darjah.

6. Penggunaan Teknologi Terkini


Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri
penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan
penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam
menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang
menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana
pembelajaran di dalam kelas.

KELAS ABAD KE-21

Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan dunia, maka sektor pendidikan haruslah
seimbang dengan perkembangan abad ke 21. Kemajuan teknologi dan juga keupayaan
pelajar harus digunakan dengan sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan
kemenjadian murid yang tinggi dalam kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri
pembelajaran abad ke 21 yang boleh dimanfaatkan.
10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun
penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar
sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan
lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka

9. Penilaian berasaskan pencapaian


- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan
sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam
pembelajaran

SUSUN ATUR KELAS ABAD KE-21


Susunatur bagi kelas abad ke 21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu
membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang
autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang
pembelajaran mental.

3 konsep utama yang boleh digunapakai adalah Campfire, Watering Hole dan Cave.
Campfire adalah konsep yang memberi ruang pembelajaran daripada orang pakar atau pun
pencerita. Manakala konsep Watering Hole pula adalah ruang pembelajaran sesama rakan
yang melibatkan kolaborasi dalam kumpulan yang kecil. Konsep Cave pula adalah ruang
pembelajaran individu untuk mereka yang belajar mendapatkan ilmu secara sendirian.

AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen penting dalam
PPPM, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai
seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab penting
dalam melengkapkan diri dengan pedagogi-pedagogi terkini.
Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pembelajaran
berasaskan Pembelajaran abad ke-21.

1. Round Table

2. Think-Pair-Share

3. Hot Seat

4. Deklamasi Sajak/ Nanyian

5. Pembentangan Hasil Sendiri

6. Role Play

7. Gallery Walk

8. Three Stray, One Stay

9. Lain-Lain

10. Peta i-Think

Semoga perkongsian ini memberi input dan sedikit gambaran berhubung dengan contoh
dan keperluan yang perlu ada bagi sesebuah kelas abad ke 21. Selamat beramal!