Anda di halaman 1dari 19

2

BAHAGIAN A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 17
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Raja Alif bin Raja Ahmad ialah Pegawai Kawalan Alam Sekitar. ____________
menerangkan cara-cara mengekalkan keseimbangan alam semasa diwawancara oleh
wartawan.
A
B
C
D

Objek untuk membina diorama perlu diletakkan di dalam kotak yang ___________
supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi.
A
B
C
D

tah
tidak
ialah
adalah

Semua ____________ yang mengerjakan bendang akan dibekalkan dengan anak


benih yang berkualiti .
A
B
C
D

ditebuk
ditebus
ditekan
diterap

Makanan yang dihidangkan di atas meja itu _____________ nasi kerabu.


A
B
C
D

Dia
Beliau
Mereka
Baginda

peniaga
pengilang
pesawah
penternak

Setiausaha program itu sedang menerangkan ______________ majlis kepada Puan


Nadirah .
A
B
C
D

atur cara
kertas kerja
reka bentuk
gambar rajah

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

3
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Izzati dan Ismah duduk di atas _________________ di bawah pohon yang rendang.
A
B
C
D

Ketika angin bertiup _______________ nelayan dinasihati tidak turun ke laut.


A
B
C
D

deras
ganas
sayup
kencang

Jurulatih itu __________ apabila mendapati para pemainnya tidak bersungguhsungguh ketika berlatih di padang.
A
B
C
D

panggung
pangkin
kerusi
banir

gusar
gerun
goyah
gamam

Cikgu Aleya menegaskan ___________ disiplin sangat penting jikalau hendak


cemerlang.
A
B
C
D

bahawa
kerana
untuk
yang

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

4
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10

Amalan bertegur sapa dan bertukar-tukar makanan dapat ______________ semangat


kejiranan.
A
B
C
D

memperkuat
memperlebar
mempercepat
memperkukuh

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11

Wau yang terbang ___________________ di angkasa itu kepunyaan Shamiro.


A
B
C
D

12

melangit
melantun
melampai
melambung

Encik Syahmi telah menjawab _________________ ibu bapa murid-murid


sekolahnya mengenai perubahan format peperiksaan.
A
B
C
D

riuh-rendah
keluh-kesah
hingar-bingar
gembar-gembur
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13

Pak Rafiq mengetuk beberapa ___________ paku untuk membina jambatan dengan
____________ tukul besi.
A
B
C
D

biji ... sebuah


bilah ... sebatang
kotak ... sebuah
batang ... sebatang

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


14

Alunan muzik sewaktu mengiringi tarian zapin sungguh menarik dan rancak.
A
B
C
D

15

Alunan muzik dan tarian zapin sungguh menarik dan rancak.


Kerancakan tarian zapin kerana alunan muziknya yang menarik
Kerancakan alunan muzik akan mengiringi tarian zapin yang sungguh menarik.
Tarian zapin akan diiringi dengan alunan muzik yang sungguh menarik dan
rancak

Hashimah memaklumkan pertandingan silat akan diadakan pada minggu hadapan


kepada rakan sekelasnya.
A
B
C
D

Kawan-kawan, pertandingan silat akan diadakan di dalam kelas kata


Hashimah.
Kawan-kawan,minggu hadapan pertandingan silat akan diadakan, kata
Hashimah.
Hashimah,pertandingan silat akan diadakan pada minggu hadapan, kata rakan
sekelas.
Pada minggu hadapan pertandingan silat rakan sekelas akan diadakan, kata
Hashimah.

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

6
Pilih ayat yang betul
16

17

I
II
III
IV

Baik sekali perangai pemuda itu.


Sajak Selamat Berjuang itu mereka karang.
Pemain bola jaring itu masih lemah daripada segi hantaran jauh.
Pertarungan antara pencadang dengan pembangkang perbahasan itu amat sengit.

A
B
C
D

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

I
II
III
IV

Beberapa kotak-kotak buah limau itu telah rosak.


Sesiapa pun layak untuk dilantik sebagai ketua kelas.
Hasil kayu-kayan di hutan itu sumber rezeki penduduk tempatan.
Sahadam diberi masa satu suku jam untuk menyiapkan tugasannya.
A
B
C
D

I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

7
Soalan 18 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
Pertandingan melukis poster anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu akan diadakan
di Dewan Seri Kenanga, Kuala Terengganu,Terengganu pada 30 Januari 2016.
Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
1. Pelajar sekolah rendah
2. Pelajar sekolah menengah
3. Orang awam
Poster yang dilukis hendaklah bertemakan Sayangi Alam Sekitar Kita. Borang penyertaan
boleh didapati dengan memuat turun laman web Jabatan Alam Sekitar.Borang yang telah
lengkap hendaklah diemailkan kembali atau diserahkan kepada Urusetia Pertandingan di
Jabatan Alam Sekitar sebelum 15 Januari 2016.
Hadiah-hadiah menarik menanti setiap pemenang mengikut kategori yang ditetapkan.
Hadiah Bagi Kategori Sekolah Rendah

Hadiah Bagi Kategori Sekolah Menengah

Pertama:
Kedua:
Ketiga:

Pertama:
Kedua:
Ketiga:

RM400.00
RM300.00
RM200.00

RM450.00
RM350.00
RM250.00

Hadiah Bagi Kategori Orang Awam


Pertama:
Kedua:
Ketiga:

RM500.00
RM400.00
RM300.00

Wang tunai RM50.00 akan diberikan kepada 10 pemenang saguhati setiap kategori.
Semua peserta yang bertanding akan diberikan sijil penyertaan.
Para peserta yang bertanding perlulah membawa sendiri peralatan untuk melukis. Penganjur
hanya menyediakan kertas lukisan sahaja.

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

8
18

Apakah matlamat pertandingan melukis poster diadakan?


A
B
C
D

19

Puan Adibah seorang guru sekolah menengah dan akan menyertai pertandingan
melukis poster kategori ..............
A
B
C
D

20

Menanam sikap mencintai aktiviti seni.


Memperkenalkan laman web Jabatan Alam Sekitar.
Memberi kesedaran dan menanam sikap mencintai alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar hendak memberi hadiah kepada peserta terbaik.

bebas
orang awam
sekolah rendah
sekolah menengah

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Tema poster ditentukan oleh pihak penganjur.
B Semua peserta yang bertanding akan mendapat hadiah
C Borang pendaftaran hendaklah dibawa pada hari pertandingan.
D Peserta yang tiada peralatan melukis boleh meminjam dengan penganjur.

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.
tergapai-gapai

terumbang-ambing

terkebil-kebil

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

terkesot-kesot

terkinja-kinja

terngiang-ngiang

Farah kesunyian tinggal di rumah kerana ibu dan ayahnya pergi ke Australia untuk melawat
abangnya yang belajar di sana. Pesanan mereka kepadanya supaya menjaga keselamatan diri
masih ______________________ di telinga. Tiba-tiba, dia terdengar suara memberi salam di
luar rumah. Apabila pintu dibuka, Farah ____________________ melihat kedua-dua orang
tuanya berdiri di muka pintu. Adik kecilnya ________________________ ke muka pintu
apabila melihat ibu dan ayah. Farah _____________________ melihat patung beruang besar
yang dibawa ibunya.
[ 4 markah ]
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Budak lelaki itu ialah jiran baharu saya yang baru berpindah .
_____________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Selamat petang, Amirul.


Ayah kamu ada di rumah?
Saya sudah berjanji untuk
berjumpa dengannya.
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

10

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c.

Soalan berikut berdasarkan kenyataan di bawah.

Pak Samat berasa sangat gembira kerana mendapat hadiah


sebuah kereta daripada anaknya. Namun begitu, dia tidak
mempunyai lesen dan tidak pandai memandu.
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

11

Apakah peribahasa yang sesuai berdasarkan kenyataan di atas ?


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
[ 2 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya .
Muhammad Adam bin Razali
43 Kampung Semarak Jaya,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu.
3 Januari 2016.
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

12

Menemui sahabatku Shazwan bin Suhaimi, semoga sihat sejahtera di samping keluarga
tercinta. Saya di sini sihat sahaja.
Saudara,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengutus surat untuk
saya di sini. Seperti yang dijanjikan , saya akan menceritakan pengalaman saya semasa
sambutan Rumah Terbuka 1Malaysia yang telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa kampung
saya sempena sambutan Hari Malaysia . Penduduk di kampung saya terdiri daripada masyarakat
berbilang kaum dan agama. Kami hidup dalam keadaan harmoni dan bekerjasama. Sebelum
majlis tersebut berlangsung, penduduk kampung bergotong-royong membuat persiapan.
Kaum ibu ditugaskan untuk menyediakan makanan. Kaum bapa pula mendirikan
khemah dan menyusun atur dewan bersama-sama. Abang saya dan kawan-kawannya turut
membantu menghias dewan. Saya dan rakan-rakan saya, Ah Meng, Ravi, Chandran dan Amli
pula membantu menyusun kerusi dan meja di bawah khemah.
Pada hari sambutan tersebut, semua penduduk sibuk dengan tugas masing-masing.
Suasana lebih ceria

dan penuh warna-warni dengan kehadiran penduduk yang memakai

pakaian tradisional kaum masing-masing. Selain itu, pelbagai juadah yang enak seperti lemang,
rendang, maruku, kuih bulan, kuih pau dan sebagainya dihidangkan untuk para tamu. Majlis
turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan setiap kaum.
Suasana pada hari itu sangat meriah. Penduduk mengambil kesempatan untuk beramah
mesra dan berkenalan antara satu sama lain. Saya berasa sangat gembira dan bangga dengan
semangat perpaduan yang diamalkan oleh penduduk di kampung saya.
Hingga di sini sahaja yang dapat saya ceritakan kepada saudara. Semoga kita bertemu
lagi dalam lembaran yang lain. Sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga.
Yang benar,
Adam
a.

Surat di atas telah diterima oleh _______________________________________________


[1 markah]

b.

Bagaimanakah keadaan kehidupan penduduk di Kampung Semarak Jaya?


________________________________________________________________________
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

13

________________________________________________________________________
___________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Sambutan Rumah Terbuka 1Malaysia

diadakan

sempena Hari Malaysia.

Penduduk di kampung itu terdiri daripada kaum


Melayu, Cina dan India.

Betul

Kaum lelaki mendirikan khemah dan memasak

Salah

makanan.

Adam dan kawan-kawannya menghias dewan.

[2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Wau merupakan permainan tradisional. Permainan ini juga dikenali sebagai permainan
rakyat. Permainan wau amat digemari oleh penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak
kurun ke-15. Wau masih digemari dan dimainkan di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu,
Kedah dan Perlis.
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

14
Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti Wau
Burung, Wau Pari, Wau Katak, Wau Bayan, Wau Merak, Wau Kucing, Wau Jala Budi, Wau
Puyuh, Wau Daun, Wau Kenyalang dan Wau Barat. Namun begitu, Wau Bulan sangat digemari
oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan
wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna.
Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi sebahagian pendapatan tambahan
kepada penduduk dengan menjadikan wau sebagai kraf tangan dan bahan hiasan dinding.Harga
wau yang dijual berdasarkan saiz dan corak wau yang dihasilkan.
Walaupun pada masa dahulu permainan ini hanya dimainkan oleh masyarakat kampung,
tetapi pada hari ini wau telah diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa seperti dalam
Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang. Hasil sambutan festival ini sangat
memberangsangkan terutama dalam kalangan peserta dari luar negara. Ini cukup membuktikan
bahawa permainan tradisional juga mempunyai potensi untuk dikomersialkan. Jadi warisan
tradisional ini haruslah dikekalkan kerana permainan wau ini merupakan identiti budaya bangsa
Melayu.
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang
wau dan seorang lagi yang dipanggil Juru Anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup
maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut naik tinggi ke udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah lagi
kecantikan wau yang berwarna-warni itu.

a.

Perkataan

dikomersialkan

dalam

petikan

boleh

juga

digantikan

dengan

__________________________.
[1 markah]
b.

Bagaimanakah wau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan?

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

15

_____________________________________________________________________________
[2 markah]
c.

Kenapakah permainan wau harus dikekalkan?

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[2 markah]
d.

Pada pendapat anda, bagaimnakah cara untuk menarik minat golongan muda meminati

permainan tradisional ini?


_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]
Soalan 25
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pohon melati di dalam taman,


Dipetik oleh si anak dara,
Marilah kawan marilah teman,
Kita membaca sepanjang masa,

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

16
Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah buku setiap hari
Tak akan habis ilmu dituntut
Anak muda pulang ke desa
Ibu dan ayah lama menanti
Warga membaca tak buang masa
Khutub khanah teman sejati
Mekar angsana pandang tak jemu
Bunganya luruh ke dalam raga
Buku laksana lautan ilmu
Dasarnya penuh mutiara berharga
Cantik sungguh si bunga
Buat hiasan di hari raya
Marilah sahut seruan negara
Bangsa membaca bangsa berjaya

a.

Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas?

____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[2 markah]
b.

Bagaimanakah cara untuk kita menyahut seruan negara ?

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[1 markah]
BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

17
c.

Tandakan (/) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan syair

tersebut.
Kita perlu membaca pada masa lapang sahaja

Banyak ilmu yang diperoleh dengan membaca


[1 markah]

Buku laksana lautan ilmu


Dasarnya penuh mutiara berharga

d.

Terangkan makud baris-baris di atas.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[3 markah

KERTAS SOALAN TAMAT

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1


BK 1 TAHUN 6 2016
BAHAGIAN A

NO SOALAN

JAWAPAN

NO SOALAN

JAWAPAN

1
2
3
4

B
A
C
C

11
12
13
14

A
B
D
D

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

18
5
6
7
8
9
10

A
B
D
A
A
D

15
16
17
18
19
20

B
D
B
C
B
A

BAHAGIAN B
Soalan 21:
terngiang-ngiang

terkebil-kebil

terkesot-kesot

terkinja-kinja

Soalan 22:
a)

Siapakah budak lelaki yang baru berpindah itu?

b)

Selamat petang. Ada pak cik, tunggu sekejap. Saya akan panggil ayah yang berada di
belakang rumah.

c)

Peribahasa yang sesuai berdasarkan kenyataan di atas ialah bagai Si Kudung mendapat
cincin.

Soalan 23:
a)

Shazwan bin Suhaimi

b)

Kehidupan penduduk di Kampung Semarak Jaya sentiasa dalam keadaan harmoni


sentiasa bekerjasama.

c)

Betul

Salah

Salah

Soalan 24 :
a)

didagangkan / diniagakan

b)

Wau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tembahan dengan menjual wau yang
dihasilkan untuk dijadikan hiasan atau kraf tangan.

c)

Permainan wau harus dikekalkan kerana wau merupakan identiti budaya bangsa Melayu.

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

19
d)

Pada pendapat saya, cara untuk menarik golongan muda meminati permainan tradisional
ini adalah dengan mengadakan pertandingan di peringkat kampung, negeri, kabangsaan
mahupun antarabangsa dengan menyediakan hadiah yang lumayan.

Soalan 25
a)

Maksud rangkap ketiga pantun di atas ialah kita haruslah mengisi masa dengan
membaca buku di perpustakaan

b)

Kita menyahut seruan negara dengan cara melahirkan bangsa yang gemar membaca.
Semangat rajin membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.

c)

d)

Maksud baris-baris di atas ialah kita akan memperoleh pelbagai ilmu yang amat
berharga untuk panduan hidup kita pada masa hadapan.

BK1 BAHASA MELAYU KERTAS 1 TAHUN 6 SK 2016

Anda mungkin juga menyukai