Anda di halaman 1dari 2

7 Formula Menulis Blog Berbahasa Inggeris Bagi Bukan

Penutur Jati.
www.azwans.com /7-formula-menulis-blog-berbahasa-inggeris-bagi-bukan-penutur-jati/
By azwan

2017-01-02

Bolehkah blog berbahasa Inggeris diterbitkan oleh seorang yang bukan


penutur jati.
Can a non-native speaker write a blog in English? Begitulah soalan yang diajukan kepada aku. Termenung
juga seketika. Yang pertamanya, aku tiada blog berbahasa Inggeris sepenuhnya. Yang kedua, bahasa Inggeris
aku juga ke laut. Lalu, aku jadikan soalan itu sendiri sebagai cabaran.
Setelah beberapa klik di google, aku memperolehi sedikit panduan dan formula bagaimana menerbitkan blog
berbahasa inggeris bagi mereka bahasa inggeris bukan bahasa ibundanya.

Apa kelebihan dan kekurangan blog berbahasa Inggeris?


English is the language of the internet. Begitulah lebih kurang ungkapannya. Bahasa Inggeris boleh difahami
oleh pelbagai manusia dan bangsa dari segala pelusuk dunia. Dengan menerbitkan sebuah blog berbahasa
inggeris, kita dapat menyampaikan isi kandungan kepada lebih ramai pembaca.
Tetapi, oleh kerana ramai yang boleh berbahasa inggeris maka, saingan terhadap blog kita akan menjadi lebih
hebat, hanya kerana ramai boleh sebagimana yang kita tulis. Jadi, ada kelebihan dan kekurangan yang harus
dipertimbangkan sebelum memulakan blog berbahasa inggeris.

1. Jangan menggunakan terjemahan automatik.


Jika kita boleh menulis dengan baik dalam Bahasa Melayu, jangan tulis artikel yang ingin kita tulis dalam
bahasa melayu dan terus menggunakan sebarang bentuk perisian, terutamnya google translate untuk
menterjemahkannya dalam bahasa inggeris.
Cara yang terbaik ialah mula menulis dan menyiapkan artikel itu dalam bahasa Inggeris, bukannya
menterjemahkannya. Hadkan penterjemahan itu di dalam kepala kita sahaja.

2. Kamus ialah perkara wajib yang perlu ada.


Sama ada dalam bentuk zikal (buku) atau dalam bentuk perisian, kamus adalah wajib dalam menulis sesuatu
yang bukan bahasa ibunda kita. Google juga boleh menjadi kamus yang baik. Bukan Google Trranslator, tetapi
carian google itu sendiri.
Dari keputusan carian, kita boleh melihat maksud perkataan tersebut dan konteks bagaimana ianya digunakan.

3. Belajar menulis dengan membaca dan menonton.


Jadikan rutin membaca bahan bacaan dalam bahasa inggeris. Tidak terhad kepada bacaan, kita boleh juga
menonton lem atau siri televisyen dalam Bahasa Inggeris. Elakkan menggunakan sari kata (subtitle).
Dari masa ke masa, penguasaan bahasa inggeris kita akan bertambah baik. Antara yang bahan bacaan yang
mudah difahami dan baik ialah berita online, surat khabar dan juga blog yang mempunyai entri yang pendek.

4. Hadkan bilangan perkataan supaya di bawah 1000 patah.


1/2

Pada peringkat awal, kita cuma perlu berlatih menulis artikel yang pendek sahaja. Artikel yang pendek tetapi
tersusun dari segi isi dan tatabahasanya lebih bagus dari yang panjang tetapi lemah susunannya.

5. Gunakan khidmat penulis lain.


Kita boleh mendapatkan khidmat freelancer yang boleh menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris. Tetapi
seperti yang dinyatakan sebelum ini, jangan bekalkan mereka dengan artikel berbahasa Melayu dan minta
diterjemahkan dalam bahasa Inggeris.
Tulis dalam bahasa inggeris dan minta mereka lakukan semakan dan membetulkan kesalahan yang wujud.
Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan kita mengeluarkan sedikit modal.

6. Perbaiki penguasaan Bahasa Inggeris diri sendiri.


Setengah orang boleh memahami bahasa inggeris dengan baik, tetapi amat lemah dalam menulis atau bertutur.
Sebenarnya orang seperti ini hanya kurang latihan dan kurang biasa. Jika kita mengambil peluang untuk
menggunakan bahasa inggeris dalam kesempatan yang ada, tahap penguasaan kita akan meningkat.

7. Jangan kejar kesempurnaan.


I eat nasik
What nasik?
Rice, you know, paddy
Jika kita inginkan kesempurnaan sebelum mula menulis, kemungkinan besar kita tidak akan bermula langsung.
Menulis dalam keadaan yang tidak sempurna merupakan satu bentuk pembelajaran. Kita akan dikomen, ditegur
dan mungkin juga dilaknat oleh pengguna internet lain.
Jangan diperdulikan. Ambil yang positif dan belajar dari kesilapan. Jika lebih banyak yang mengomen, lebih
bagus, itu menunjukkan artikel kita dibaca oleh ramai orang.

azwan
Azwan merupakan seorang blogger yang berminat dalam penulisan, pengaturcaraan ,dunia
teknologi informasi, pengurusan kewangan dan motivasi.

2/2

Anda mungkin juga menyukai