Anda di halaman 1dari 3

SI TUDUNG MERAH

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, selamat pagi, dan salam satu Malaysia. Yang
dihormati, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tepat dengan setiap
detik masanya dan yang dikasihi, semua hadirin yang hadir pada hari yang indah ini. Pada pagi
ini, saya ingin mempersembahkan sebuah cerita yang bertajuk Si tudung Merah.

Suatu masa dahulu, ada seorang gadis kecil yang tinggal jauh di salam hutan. Dia mempunyai
sehelai baju labuh merah yang bertudung. Dia memakainya setiap masa. Semua orang
memanggilnya si Tudung Merah.

Suatu hari, Ibu si Tudung Merah memberinya sebuah bakul. Ini ada sedikit kek dan roti,
kata ibunya. Tolong hantarkan kepada nenek kamu. Dia sakit. Makanan ini dapat menyihatkan
dia semula.
Sebaik sahaja Si Tudung Merah melangkah pergi, ibunya berteriak, Pergi Terus ke rumah
nenek! katanya. Jangan di singgah ke mana-mana!
Ya, saya akan berhati-hati, kata Si Tudung Merah .

Si tudung Merah berjalan semakin jauh dan jauh ke dalam hutan. Tidak lama kemudian, dia
bertemu dengan seekor serigala. Dia tidak tahu bahawa serigala itu ialah makhluk yang jahat,
jadi dia langsung tidak berasa takut.

Selamat pagi, kata serigala.


Kamu hendak ke mana?
Saya hendak hantar bakul berisi kek dan roti ini kepada nenek saya, terang si tudung merah.
Nenek saya sakit, dan hidangan ini boleh menyihatkannya semula.
Nenek kamu tinggal di mana? tanya serigala.
Dia tinggal di sebuah rumah kayu yang kecil. Jauh di hujung jalan ini, kata Si Tudung Merah.

Serigala yang jahat itu sangat lapar.Dia mahu menjadikan gadis itu dan neneknya sebagai
hidangan makan tengah hari. Dengan pantas, dia memikirkan satu rancangan jahat.

Nenek kamu pun mungkin suka bunga, cadang serigala. Dia menunjukkan sebuah padang di
dalam hutan.
Tengok padang itu. Di sana d bermacam-macam jenis bunga yang berwarna-warni!
Tapi ibu berpesan kepada saya agar terus ke rumah nenek dan tidak singgah di mana-mana,
kata Si tudung Merah.
Tidak mengapa! kata serigala.
Sekejap sahaja. Bunga itu akan menggembirakan nenek kamu nanti.

Si tudung Merah menggangguk. Kakinya mula melangkah ke padang itu.


Betul, katanya.
Betul, bunga itu pasti akan menggembirakan nenek.!
Dia terus mengumpul beberapa kuntum bunga untuk neneknya.

Dengan pantas serigala yang jahat itu pergi ke rumah nenek Si Tudung Merah. Dia
menelanseluruh tubuh nenek tua yang malang itu!
Kemudian, dia memakai penutup kepala nenek itu, lalu duduk di atas katil menunggu ketibaan Si
Tudung Merah.

Tidak lama kemudian, Si Tudung Merah sampai di rumah neneknya sambil melompat-lompat
keriangan. Pintu hadapan rumah neneknya sudah terbuka, lalu ia terus masuk ke dalam.
Helo! Nenek! panggil Si Tudung Merah.
Saya ada bawakan nenek makanan, dan juga bunga!

Si tudung merah berasa tidak sedap hati melihat keadaan neneknya.


Nenek. Katanya perlahan-lahan. Besarnya telinga nenek.
Supaya mudah mendengarmu, cucuku, kata serigala.
Nenek, besarnya mata nenek. Supaya mudah melihatmu, sayangku.
Nenek, besarnya gigi nenek. Supaya mudah untuk MAKAN kamu! Serigala itu menderam.
Dia melompat turun dari katil dan menelan Si Tudung Merah yang malang itu.

Dengan perut yang kekenyangan, serigala berbaring semula untuk tidur sebentar. Dia
berdengkur dengan kuatnya.
Seorang pemburu lalu di hadapan rumah nenek. Dia kenal dengan nenek dan berasa hairan
apabila mendengar dengkuran yang kuat .
Tidak mungkin nenek berdengkur dengan sekuat itu. Dia masuk ke dalam rumah dan melihat
serigala yang sedang tidur.
Dia terus mengacukan senapangnya.

Dia menyedari perut serigala yang besar itu, dia meletakkan senapangnya, lalu mengambil
sebilah gunting dan terus memotong perut serigala.
Dengan segera, Si Tudung Merah melompat dari perut serigala. Kemudian, neneknya pula
merangkak keluar.
Tanpa membuang masa, mereka bertiga memenuhkan perut serigala dengan batu bata dan
menjahitnya semula. Serigala terjaga daripada tidur dan cuba untuk melarikan diri. Akan
tetapi, dia terlalu berat untuk bergerak!

Dia terjatuh ke lantai lalu mati. Pemburu itu pulang ke rumahnya dengan membawa kulit
serigala yang telah mati itu. Nenek pula makan makanan yang di bawa oleh si tudung merah dan
tidak lama kemudian, dia pun menjadi sihat.
Si Tudung Merah pula berjanji yang dia akan mendengar nasihat ibunya dan tidak akan singgah
di mana-mana lagi.

Akhir sekali, pengajaran daripada cerita ini ialah, kita haruslah mendengar nasihat orang tua
dan tidak mudah terpedaya dengan orang yang tidak dikenali. Sekian Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.