Anda di halaman 1dari 2

SULIT

Bahagian A
[ Masa yang dicadangkan : 45 minit ]
[ 30 markah ]

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tujuan
menganjurkan rumah terbuka. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

TUJUAN PENGANJURAN
RUMAH TERBUKA HARI
RAYA

Merayakan
perayaan

Mengumpulk
an sanaksaudara dan
rakan-rakan

Memudahkan
dan
menjimatkan
masa tuan
rumah

SULIT
Skema jawapan
Pendahuluan
Rumah terbuka merupakan hari yang diadakan untuk menerima tetamu berkunjung ke
rumah sempena hari perayaan pada stu masa yang ditetapkan. Misalnya, perayaan Hari
Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, dan sebagainya. Tuan rumah memilih satu
hari yang ditetapkan untuk mengadakan rumah terbuka.
Perenggan isi
Rumah terbuka diadakan bertujuan untuk merayakan perayaan. Hari tersebut menjadi
meriah dengan kunjungan saudara-mara dan rakan-rakan sempena menyambut perayan
tersebut. Perayaan bertambah meriah dengan kunjungan rakan-rakan ke rumah. Budaya
ini sudah menjadi tradisi yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.

Rumah terbuka diadakan untuk mengumpulkan sanak-saudara dan rakan-rakan.


Pertemuan tersebut dapat mengeratkan hubungan persaudaraan atau persahabatan tanpa
mengira kaum. Mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan. Hal ini juga dapat
menonjolkan budaya tempatan melalui makanan, pakaian, dan cara menghormati tetamu
serta sahabat.

Rumah terbuka bertujuan untuk memudahkan dan menjimatkan masa tuan rumah. Tuan
rumah menyediakan jamuan sekali untuk para tetamu. Berbanding adat kunjungan
terbuka yang diamalkan sebelum ini, iaitu tetamu boleh berkunjung pada bila-bila masa
sepnjang tempoh perayaan tersebut. Kekangan tugas menyebabkan masayarakat tidak ada
masa untuk menerima tetamu tanpa masa yang ditentukan.

Penutup
Rumah terbuka sudah menjadi budaya dalam masyarakat di Malaysia. Budaya ini
wajar diamalkan untuk mengeratkan perhubungan antara rakan-rakan, khususnya
daripada kaum-kaum lain.

Anda mungkin juga menyukai