Anda di halaman 1dari 1

WAJIB kita ketahui bahawa solat merupakan tiang agama dan merupakan satu ibadat yang wajib

dilaksanakan bagi seseorang yang bergelar Muslim sebagaimana firman Allah S.W.T dalam kalamNya
Al-Quran Karim,
"Kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman, dirikanlah solat itu dengan
sempurna sebagaimana biasa. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas
orang yang beriman, yang tertentu waktunya" (an-Nisa':103)
Sangatlah molek jika kita solat secara berjemaah di rumah, pejabat dan lebih bagus jika dapat
berjemaah di Surau atau Masjid kerana secara tidak langsung kita dapat mengimarahkannya dengan
suasana 'Muslim Holistik'. Sabda Rasulullah S.A.W,
.


:
.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal
daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.




,
:
,
. .
Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang sembahyang Isya'
berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang
subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadis riwayat
Muslim.
InsyaAllah, sebahagian hikmah yang dapat kita perolehi daripada solat berjemaah ialah:
1) Mendapat ganjaran pahala yang lebih daripada seseorang yang solat bersendirian.
2) Dapat mengeratkan silaturrahim dengan jemaah yang hadir dan secara tidak langsung dapat
menambah jumlah rakan seakidah.
3) Dapat membiasakan melibatkan diri dalam anggota masyarakat.
4) Dapat melatih diri seseorang itu bersifat berdisiplin kerana makmum wajib mematuhi imam
mereka selagi bertepatan dengan Syarak dan Sunnah.
5)