Anda di halaman 1dari 2

SURAT IZIN SUAMI

muhamad shukri bin ab aziz


no. 50, jalan setia jasa 7
bandar satelit, 26700
muadzam shah, Pahang
Tempat Bertugas : SK Kedaik, Rompin, Pahang

Ketua Sektor,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya.

15 Januari 2016

Tuan,

KEIZINAN PERTUKARAN SEKOLAH


Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan
permohonan pertukaran sekolah isteri saya, NUR AZIAH BT AZMI melalui laman
web E-GTukar (no. permohonan) adalah berkaitan.

2.
Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas telah memberi
keizinan kepada isteri saya, NUR AZIAH BT AZMI (870101385018) yang kini
bertugas di Sekolah Kebangsaan Kuala Matu, Matu, Sarawak untuk berpindah
kemana-mana sekolah di dalam daerah Rompin, Pahang.(PPD Rompin)

3.
Untuk makluman tuan, saya mewakili isteri saya berharap agar pihak tuan
dapat meluluskan permohonan perpindahan ini atas sebab-sebab berikut :

Jarak perjalanan yang jauh untuk kami suami isteri bertemu dan ianya
melibatkan kos yang tinggi serta masa.
Ancaman Keselamatan semasa pemanduan. Isteri saya terpaksa
memandu seorang diri untuk balik ke rumah sewa dari lapangan terbang
Sibu yang jaraknya mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Tekanan emosi yang dialami oleh isteri saya menyebabkan kami sering
bergaduh dan bimbang akan mempengaruhi keadaan rumah tangga kami.
Fokus untuk mengajar juga sering terganggu.
Saya juga sebagai suami mengalami masalah yang sama. Sukar untuk
kami membuat atau merancang rumah tangga kami disebabkan
berjauhan.

4.
Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar permohonan perpindahan
isteri saya untuk berada dekat disamping saya mendapat pertimbangan yang
sewajarnya dan seterusnya diluluskan oleh pihak tuan. Oleh kerana sebaik baik
isteri adalah berada disisi suaminya. Saya juga berharap benar permohonan kali
ini akan diluluskan kerana ini adalah kali ke 8 permohonan dibuat.

5.
Sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang maklumat lanjut, pihak tuan
boleh menghubungi kami di talian 012-2904571 (Muhamad Shukri bin Ab. Aziz)
atau 019-4948171 (Nur Aziah bt Azmi). Segala kerjasama daripada pihak tuan
saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(MUHAMAD SHUKRI BIN AB AZIZ)

Anda mungkin juga menyukai